Menghadiri Bengkel Pelan Strategik Perancangan dan Halatuju APEL, ODL, Micro-credential dan Sijil Profesional sempena jemputan daripada pejabat Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UKM sehari sebelum Ramadhan.
Pembentangan mengenai perkembangan semasa bagi setiap program perbincangan tentang halatuju serta sasaran merupakan sesi yang bermakna. Pelataan kepada setiap Pusat Tanggungjawab perlu dilunasi dan direalisasikan oleh pihak PTJ. UKMShape sebagai sebuah pusat yang berrtanggungjawab untuk membantu pelaksanaan program akan terus komited dalam memberikan apa jua bentuk sokongan yang diperlukan demi menjamin objektif dan sasaran dapat dicapai sepertimana yang dirancang. Melalui bengkel ini, perbincangan berpusatkan sekitar program APEL, Micro-credential, Sijil Profesional serta ODL. Alhamdulillah, pelantar untuk pelaksanaan MC serta SP telah siap dibangunkan di pihak UKMShape. Kami hanya menunggu pakar bidang untuk mendapatkan kelulusan Senat untuk penawaran MC serta SP. Manakala untuk program ODL, tidak dinafikan bahawa tempoh masa yang diperlukan untuk sesebuah program itu dibangunkan sehingga mendapat kelulusan JKPT agak panjang sehingga melepasi tempoh 1 tahun. Namun tempoh yang panjang ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menidakkan potensi program ODL ini. Hal ini kerana, ODL UKM merupakan satu bentuk program yang dibangunkan berpaksikan kepada COPPA-ODL yang digariskan oleh pihak MQA. It is about Open & Distance Learning, dan tentunya ada standard tertentu yang perlu dipenuhi secara tuntas misalnya keperluan menyediakan Self Instructional Materials (SIMs) serta infostruktur yang kondusif untuk menyokong pembelajaran kendiri. Mungkin ada juga yang berpendapat bahawa - kalau dah mengajar secara online, maka inilah ODL! Mohon maaf semua, kefahaman ini saya kira meleset sama sekali. Sila rujuk panduan ODL oleh MQA untuk kefahaman lebih lanjut. Kepada mana-mana IPT yang berminat untuk menawarkan program ODL juga diharap dapat membezakan antara Open & Distance Learning yang sebenar dengan 'simply' Online Distance Learning. Kaedah yang kedua iaitu Online Distance Learning hanyalah merujuk kepada pelaksanaan pengajaran secara dalam talian (seperti yang kita lalui semasa suasana pandemik ini) di mana kurikulum serta COPPA masih menggunakan COPPA program konvensional. Dan apabila pandemik berakhir, pelaksanaan program ini perlu dilaksanakan secara bersemuka (sekurang-kurangnya sebanyak 40%) kerana inilah hakikat yang ada di dalam COPPA program konvensional. Namun kerana keperluan semasa suasana pandemik, maka ianya kelihatan seperti everything can be delivered online. Sedangkan untuk program ODL yang menggunakan COPPA ODL, pelaksanaan serta delivery boleh berlaku 100% dalam talian meskipun tiada lagi pandemik kerana sifatnya memang begitu, selari dengan falsafah ODL itu sendiri untuk menyokong life long learning serta memberikan pengalaman pembelajaran yang fleksible buat pelajar-pelajarnya. Another advantage of the ODL program is that, international students can opt for either full time or part time modes. This is something that never happens in the conventional program - through which, international students have no choice other than choosing full time mode. In ODL program, international students also do not have to be in Malaysia during their study years. This is how ODL guarantees flexibility you see! Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Namun tidak dinafikan juga dari perspektif komersial, masa yang panjang tentu akan menjejaskan operasi. Walau bagaimanapun saya percaya pelaburan ini tentu akan memberi pulangan apabila tiba masanya. It's just a matter of time. Lalu kita jangan terlalu gopoh dan terburu-buru sehingga membelakangkan kualiti dan intergriti. ODL UKM merupakan satu program yang direkabentuk secara tersusun kerana kami mengutamakan keselesaan kepada pelajar-pelajar serta kami menjamin pengalaman pembelajaran kendiri yang lebih bersistematik. Selari dengan tagline kami: FUTURISTICS EDUCATION BY THE EXPERTS! Thanks Prof Mad, our TNCAA who never fails to shower us with his tremendous and endless support! #odlukm #micro-credential #ukmshape
0 Comments
Interesting topic for discussion, I would say. Thank you, EdHeroes Asia, for this invitation. Looking at the subject requested, I can't say no as this issue needs to be addressed and discussed thoroughly. It is about moving forward to accommodate a better learning experience for our students/learners. It also gives insight into how important the synergy between all parties is to help everybody survive this crisis. If not because of the internet hiccups that day, I would have enjoyed the session more!
Alhamdulillah. Janji dan amanah tetap perlu ditunaikan. Meski tertangguh beberapa kali, bengkel Siri ke-4 untuk ODL SMEs dapat jua dilaksanakan. Thummalhamdulillah.
Bengkel kali ini difokuskan kepada aspek pengajaran segerak dan tidak segerak khususnya untuk pengendalian kelas-kelas untuk program ODL. Saya bukanlah pakar dalam perkara ini, sekadar berkongsi sedikit sebanyak pengetahuan yang ada. Input daripada rakan-rakan peserta turut menambah maklumat kepada semua. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir! Main takeaway: Communication between learners-instructor can be the key factor to spur students' motivation and thus, help promote the quality of learning :) xoxo Saya mula mengenali PM Adib - Timbalan Pengarah SERI semasa kami sama-sama menghadiri Bengkel Pelataan Penjanaan di Seri Pacific beberapa minggu yang sudah. Pada bengkel tersebut saya membentangkan tentang Micro-credential serta potensinya untuk ditawarkan oleh semua PTJ di UKM. Rentetan daripada sesi tersebut, perbincangan lanjut tentang MC telah berlangsung dengan meriahnya semalam. Terima kasih di atas kehadiran TP PM Adib, felo penyelidik SERI serta KJK Dr Norasiken. Banyak potensi penawaran yang diperdebatkan semasa sesi sumbang saran. Mudah-mudahan hasrat yang ditampilkan semasa perbincangan dapat direalisasikan sebaiknya. Tahniah SERI kerana selain MC, institut ini turut merancang penawaran program ODL bagi Sarjana dan PhD Mod Penyelidikan :) #micro-credential #ODL #UKMShape I was honored to be given a chance to conduct a workshop on animation today. Teaching online classes or MOOC courses always require educators to use various learning materials to detain learners' attention and focus.
For today's workshop, I explained the basics of animation. I also provided a demo on a timeline in an animation application. My heartfelt thanks to Dr. Saba for the invitation :) The workshop attendees were lecturers in Media and Communication from different Higher Education Institutions. Time was so precious, yet I had too many things to say. The time frame also didn't allow any hands-on activity. However, I hope that the demonstration was detailed and structured enough to guide my fellow friends to play with the timeline concept. Somehow, today's session reminded me of my study time in UPM when I did my master's degree in EduTech. We used Flash a lot to develop multimedia kinds of stuff. Those days, we relied a lot on the software. No Powtoon, no Animaker, no Moovly, no Canva, no Biteable! Anyway, happy creating! ^___^ Hari ini saya dan team berkunjung secara maya ke Institut Alam Sekitar & Pembangunan Lestari untuk berkongsi maklumat yang lebih terperinci tentang Program ODL serta Micro-credential. Sesi yang begitu interaktif berselang selikan pelbagai soalan daripada ahli menjadikan ianya sesuatu yang bermakna. Sekalung penghargaan buat semua - Prof Sharifah Zarina, PM Dr Goh, Prof. Rizal, Dr. Tan serta lain-lain kerana sudi meluangkan masa yang agak panjang iaitu sekitar 3 jam untuk membedah siasat kefahaman tentang program ODL. Oleh kerana lebih banyak masa ditumpukan untuk ODL, lalu hasrat untuk segmen kedua iaitu Micro-credential terpaksa ditunda ke lain siaran.
Lestari kini sedang membangunkan satu program Sarjana mod Kerja Kursus iaitu Sarjana Sains Kelestarian. Mudah-mudahan hasrat untuk menawarkan program baharu ini secara ODL akan mendapat restu pengurusan sekaligus menyahut pelataan oleh pihak universiti kepada institut dalam penawaran secara ODL kelak inshaAllah. Allahul Musta'an .. Alhamdulillah setelah beberapa penangguhan tarikh di atas faktor yang pelbagai, akhirnya pertemuan bersama Institut Islam Hadhari berlangsung dengan jayanya.
Mungkin jerayawara ke IIH agak lambat namun saya berbesar hati mendengar perkembangan semasa berkaitan kesediaan mereka untuk menawarkan satu program baharu iaitu Sarjana Psikologi Islam dan Pengurusan secara Open & Distance Learning. Mudah-mudahan bertambah lagi bilangan program ODL UKM, sekaligus meraikan Visi ODL UKM untuk menawarkan program yang fleksibel serta mengintegrasikan teknologi digital dalam memperkasa pembelajaran kendiri pelajar-pelajar ODL. Rentetan daripada itu juga, penawaran Micro-credential turut dibincangkan. InshaAllah akan ada perbincangan selanjutnya selepas ini antara UKMShape dan IIH. Terima kasih kepada semua sahabat dari Institut Islam Hadhari yang telah sudi meluangkan masa bersama kami. Allahul Musta'an .. Alhamdulillah, sesi yang interaktif bersama rakan-rakan dari Institut Kajian Etnik (KITA) UKM. Insha-Allah another ODL program will be offered by KITA i.e., Sarjana Pengurusan Etnik. Semoga dipermudahkan perjalanan .. it's gonna be a long journey indeed .. Sebahagian lagi daripada siri jerayawara ODL dan MC melibatkan pusat dan institut. Hari ini, berkesempatan untuk berkunjung secara maya ke Institut 4IR untuk taklimat penawaran program secara ODL dan micro-credential.
Kebanyakan institut dan pusat sebelum ini lebih banyak memberi tumpuan pelaksanaan program PhD dan Sarjana yang berbentuk penyelidikan. Justeru, bilangan program secara kerja kursus di pusat dan institut boleh dikatakan masih rendah. Perbincangan petang tadi lebih banyak berkisar tentang selok-belok proses dalam penawaran program secara ODL. Ramai yang telah mendengar tentang ODL namun kefahaman yang sebenar tentang program ini masih agak samar-samar. Ada sebahagian pensyarah yang beranggapan bahawa pelaksanaan P&P secara dalam talian seperti praktis sekarang (rentetan daripada keperluan semasa pandemik) adalah ODL. Kefahaman ini agak meleset kerana apa yang berlaku kini hanyalah satu peralihan bentuk pengajaran daripada bersemuka kepada dalam talian. Namun ciri khas yang ada pada program ODL masih belum dipenuhi seperti mana yang digariskan dalam standard MQA sendiri. Itu belum bercerita tentang dokumen COPPA serta keperluan SIM (Self Instructional Material). Alhamdulillah, pertemuan sekitar hampir tiga jam tadi diharap memberi suluhan kepada kefahaman berkaitan ODL serta proses yang terlibat kepada semua yang hadir - Pengarah 4IR, Prof Haslina, Timb Pengarah - PM Dr Hanif, Dr Norshita, Dr Elly, Dr Taha dan lain-lain . UKMShape hanya menjalankan amanah yang diberi bagi memastikan setiap PTJ memulakan langkah ke arah penawaran program secara ODL. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan semua pihak dalam soal ini. Allahul musta'aan .. Alhamdulillah, sempat meluangkan masa bersama Pengarah Institut Perubahan Iklim UKM, PM Dr Zaini Sakawi serta ahli-ahli Dr Maggie, Dr Norsuzlin dan En. Naei'm untuk perbincangan awal tentang penawaran program secara ODL serta potensi pelaksanaan kursus secara Micro-credential.
Sebagai sebuah entiti yang diberikan amanah untuk menyelenggara dan menyelaras penawaran program ODL dan MC, UKMShape terus komited dengan tanggungjawab ini. Meskipun aktiviti dalam pembangunan program ODL memakan masa yang agak panjang serta melalui pelbagai proses di pelbagai peringkat - Pengajaran UKM, Pusat Jaminan Kualiti, JPPA, Senat, JKPT dan MQA, semuanya tidak mustahil untuk dilaksanakan. Alhamdulillah, dua program sarjana daripada Fakulti Pendidikan iaitu Sarjana Pendidikan dalam Teknologi Pendidikan dan Sarjana Pendidikan dan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) akan mula ditawarkan pada bulan Me 2022 ini. Nantikan entri akan datang tentang program baharu ini, inshaAllah. Semangat yang ditunjukkan oleh IPI sememangnya harus diberikan pujian. Saya mendoakan agar hasrat untuk penawarean program Sarjana Perubahan Iklim akan dapat direalisasikan ameen. Terima kasih di atas komitmen masa yang diberi .. semoga Allah jua yang memberi ganjarannya. |
![]() Find categories here
All
Archives
April 2022
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations ![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |