Sepagi bersama beberapa rakan fakulti dalam meneliti kaedah penggunaan Zoom untuk pdpc dalam talian di samping membincangkan pendekatan serta praktis terbaik tentang pengendalian kelas secara dalam talian.
0 Comments
Empat sekawan. Dan ini idea asal Shahrul Mizan! Ye, kami bersama-sama menjayakan Bengkel Terjah pada 23 Mac yang lalu. Empat orang instructors dengan pelbagai idea dan tips antaranya Screencasting, Mentimeter, Quizizz, serta Flipgrid untuk kegunaan dalam talian. Terima kasih kepada penganjur - Fakulti Undang-undang serta Prof Nazura selaku Dekan yang supportive :) InshaAllah jumpa lagi pada siri lain. Taken place at Putra Business School UPM, the workshop was attended by officers from the Ministry of Information, Bangladesh. This time around, I was invited to conduct a workshop on Citizen Journalism - an interesting new topic! We had a good time exploring issues related to social media journalism, particularly on citizen journalism. I also learned a lot about citizen journalism in Bangladesh as well as other stories from policies, up to political matter. As we had so many topics to be covered, three day workshop was not enough. Nonetheless, I am grateful and feel proud to see their efforts to produce a short video by just using mobile apps (Animoto and FilmoraGo). Well, some people might underestimate the power of mobile version of video editor, but FilmoraGo and Animoto prove that the perception is totally wrong. For those who are always on the go, but love to share things on their social media, these easy apps would be suitable options. An example of a short video created using Animoto: As for graphic design, Canva will always be my first choice. Comes in web and mobile apps versions, Canva will never disappoint you! Only with few clicks, your graphic is ready to be shared as it allows you to download the output in jpeg and other formats. Speaking about ethics in citizen journalism, there are fews aspects that need to be considered. If you ever shared any news, information or views on your social media, you are considered as citizen journalists! So, as a journalist, there must be ethics that you should follow so as to create a harmonious and constructive sharing environment online. My heartfelt thanks to Putra Business School for this invitation. I do learn a lot myself from conducting this workshop, and also through sharing information with these great guys! Thanks everyone for your attention and determination to complete the training days. I do hope you enjoyed your training as well as your visits! Till then, thanks! Above: Never endiing story, heheheh!
Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan lancar. Saya pada awalnya agak risau jika masa tidak mencukupi untuk melaksanakan keseluruhan aktiviti memandangkan bengkel dijalankan pada hari Jumaat. Namun syukur sekali lagi semuanya berjaya dilunaskan dalam masa yang diperuntukkan. Syabas buat semua peserta yang sangat aktif dan cekap! Cuma saya menunggu-nunggu refleksi yang dijanjikan oleh para peserta namun belum kunjung tiba! Bengkel kali ini agak istimewa kerana pesertanya merupakan 10 pelajar dari negara seberang, Indonesia. Mereka ini pelajar-pelajar terpilih dari daerah Aceh untuk menghadiri kursus pengembangan diri selama sebulan di Malaysia, tepatnya di UPM. Saya dijemput untuk mengendalikan Bengkel Pengembangan Animasi dan Visual Effect. Alhamdulillah, semuanya menunjukkan semangat dan minat yang mendalam untuk meneroka sesuatu yang baharu meskipun kebanyakan mereka sedang mengikut program multimedia dan networking di negara asal. Saya mengucapkan selamat maju jaya buat semua! Tidak pernah terfikir untuk terbang ke Mukah. Namun di atas jemputan akhirnya tiba juga saya ke sini. Saya dijemput untuk mengendalikan sebahagian daripada pengisian sempena Bengkel Industry4ward: AR untuk Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Politeknik Mukah. Para peserta semuanya bersemangat dan sangat sporting tentunya! Antara hang dibincangkan termasuklah kemahiran Merekabentuk Pengajaran menggunakan model-model ID, pembangunan bahan Augmented Reality untuk Pembelajaran Abad ke 21 serta penghasilan e-portfolio akademik. Saya turut memberikan penekanan terhadap aspek problem-based approach yang sekiranya dilaksanakan secara sistematik pasti akan membuahkan hasil yang positif dan konstruktif terhadap pekembangan dan pembelajaran pelajar. Jutaan terima kasih kepada pihak politeknik di atas jemputan ini, serta tidak lupa sahabat saya PM Dr Shahrul Mizan yang mencetuskan kerjasama yang awesome ini :) Tiada yang mampu diucapkan melainkan Alhamdulillah di atas kesempatan masa dan kudrat dan keizinan-Nya jua, perancangan yang telah sekian lama dibuat akhirnya dapat dijayakan. Seramai kira-kira 50 guru pemulihan khas dari daerah Seremban menjalani bengkel pembangunan bahan berasaskan multimedia di bawah anjuran pihak Pejabat Pendidikan Daerah. Sememangnya 1 hari tidak memadai untuk menyentuh kesemua topik yang saya rangka namun dengan masa yang ada, akhirnya saya memilih beberapa aplikasi yang dirasakan sesuai untuk kegunaan dalam pdpc pelajar pemulihan. Dengan adanya banyak aplikasi percuma dalam talian, para guru kini mempunyai ruang yang lebih untuk 'berkarya' dan menghasilkan bahan yang menarik untuk pdpc pelajar. Namun satu aspek penting yang sering saya tekankan ketika penghasilan bahan adalah tentang peri pentingnya kita memahami siapa pelajar kita dan menganalisis keperluan sebenar mereka. Maklumat ini menjadi dasar kepada justifikasi kenapa bahan tersebut hendak kita bina. Jangan terlalu ghairah dengan adanya teknologi untuk penghasilan bahan, tanpa memikirkan rasional dan sebab kenapa bahan itu perlu digunakan. Di sinilah kemahiran seseorang pendidik tentang rekabentuk pengajaran. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPD Seremban di atas jemputan ini. Mudah-mudahan perkongsian ringkas ini membawa makna buat semua dan dapat diamalkan dalam pdpc seharian. Teruskan perjuangan guru2 semua. Saya pasti sekeping hati yang ikhlas takkan pernah goyah dengan apa jua rintangan yang mendatang. Semoga Allah jua yang membalas jasabakti kalian mendidik anak-anak yang berkeperluan ini .. meski orang lain memandang sebelah mata kepada anak-anak yang rendah prestasinya, namun di sisi Allah tiada yang lebih penting melainkan niat yang ikhlas, amal dan takwa pastinya! Alhamdulillah, I had a great time mingled with fellow lecturers from the Faculty of Science and Technology UKM during our workshop on Active Learning. I know, it was held on 8th August .. weekssss ago! And a usual, this is a late update folks! It was a day workshop and the activities planned were quite heavy in a sense that it really required their participation and engagement. I was initially worried that they would be uninterested or perhaps I couldn't reach their expectation .. but it turned out that everybody was so active and participative! Thanks everyone! I hope that you enjoyed the session as much as I did! :) Cerita minggu nan lalu. Saya bertemu dengan kumpulan pensyarah-pensyarah yang sangat havoc dan energetic di UiTM Tapah! Pada asalnya saya bercadang untuk menunda bengkel ini ke satu tarikh lain kerana sedikit faktor teknikal, namun dimaklumkan penganjur yang sudah ada peserta yang mendaftarkan diri untuk menghadiri bengkel tersebut. Tidak sampai hati pula menghampakan harapan orang, lalu perancangan tersebut diteruskan juga. Saya bertemankan pelajar PhD - Syaida. Kebetulan ulang tahun kelahirannya baru sahaja berlangsung jadi kami mengambil kesempatan meraikannya secara sederhana :) Jika sebelum ini saya banyak menggunakan HP Reveal untuk penghasilan bahan AR, kali ini saya bawakan Blippar sebagai hidangan. Sebelum bengkel diteruskan dengan aktiviti penghasilan AR, saya meninjau persepsi peserta-peserta bengkel tentang tahap kesukaran menghasilkan bahan AR. Dalam skala 1 hingga 10, rata-rata memberikan skor 8-9. Namun, persepsi berubah sekelip mata setelah masing-masing berjaya menghasilkan Blipp sendiri. Skala 2 menjadi pilihan! Begitulah, sebenarnya tidak sukar untuk menghasilkan bahan AR, namun yang lebih sukar sebenarnya adalah bagaimana hendak merancang isi kandungan dalam setiap 'overlay video' yang akhirnya dapat membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran yang disasarkan. Pendekata, untuk menjadikan pembelajaran sesuatu yang imersif, segala aktiviti yang dirancang haruslah menekankan aspek pelajar atau learner-centered. Pengalaman saya memberikan tugasan membangunkan bahan AR kepada pada pelajar seringkali mendapat sambutan yang sangat positif serta impak pembelajaran yang melebihi jangkauan. Jadi, gunakanlah teknologi ini sebaiknya. AR hanya perencah rasa - tidak perlu berlebihan, cukup sekadarnya sahaja. Jadi, terpulanglah kepada kebijaksanaan pengajar untuk mereka bentuk pengalaman pembelajaran yang bermakna buat para pelajar mereka :) Jutaan terima kasih buat pihak penganjur di atas jemputan ini. I had a wonderful time, and I do hope that you did too! Aduh aduh aduh .. tanda ketuaan yang nyata barangkali .. memori yang tercipta ini sudah agak lama namun baru hari ini tiba-tiba terkenangkan saat ini lalu sempatlah membuat update entri baharu :) Sekitar Bengkel Micro Learning di UUM Sintok suatu ketika dahulu!! Bagaimana agaknya para peserta kita sekarang? Sudah adakah yang mengamalkan Micro Learning dalam merekabentuk P&P mereka? Masa mengejar. Mohon permisi! |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |