Acara ini lebih kepada sesi suka-suka kerana pengisian yang diberi adalah bersifat 'lite and easy'. Geng Taro bermula kisahnya semenjak pandemik tahun nan sudah dan kekal hingga ke hari ini malah kami ada WhatsApp group tersendiri. Alhamdulillah sambutan yang baik sehingga full house katanya! Semoga perkongsian santai ini dapat dimanfaatkan oleh semua dalam mencari idea-idea kreatif khususnya dalam penghasilan bahan video untuk tujuan P&P. Sesungghunya kita ini pengkarya. Jika dibiarkan masa berlalu tanpa apa-apa inovasi, tentu sahaja hidup ini terasa begitu sebu dan membosankan. Lalu ayuh, kita sama-sama mencuba something new and fresh dan jangan takut untuk mencubanya bersama kumpulan pelajar anda. Satu prinsip saya semenjak sekian lama sebagai seorang educator, kita perlu ada spirit 'reflective practice' jika ada yang tidak pasti tentang konsep ini boleh try cari dan baca tulisan Schön. OK, saya kongsikan satu bab dalam penulisan yang suka gemari di bawah semoga bermanfaat! :)
0 Comments
It has been a few months back since I talked to Dr. Rosni regarding the invitation. She called me asking for having a session on how to manage research while we are in the midst of a pandemic crisis. Everybody is working from home, thus limiting a face-to-face meeting, which also affected how research data can be collected.
Two simple tools, yet powerful to help researchers focus on their research content and management, are Wakelet and Trello. In this session, I shared my experience using these tools and how they significantly assisted me in getting going on time. Thanks, KUIS, for the invitation! Hopefully, this will benefit all! Synchronous and asynchronous are basic terms when it comes to online or distance learning. When the pandemic struck, teaching and learning activities were shifted online. Whether you like it or not, that is the only option left. But after almost a year of being under this new norm, we should have mastered the arts and science of planning, selecting, conducting, and assessing our online and distance classes. When is it suitable to conduct a synchronous session? What are learning activities and techniques should we use when you have a large group of students in your Google Meet class? How to ensure students' engagement throughout the session? How can you guarantee collaborative learning to take place when students are learning from a distance? These are among the examples of questions that need to be deliberately answered by all of us, educators. My heartfelt thanks to SieQa committee for this invitation. I had fun sharing my little insights on this topic :) A week before the seminar, we had a quick catch up with the organising committee. Dr Ooi briefed us the tentative and how the sessions would be organised.
And these are among the participants who attended the session. Thanks for joining! This year will probably be the most hectic year throughout my life. I am not kidding, just sharing my strong gut. It is not merely due to training, workshops or consultancy with my fellow friends out there but I strongly believe that my current task will be haunting me - I am ready for sleepless nights! Ok will talk about ODL later in the next entry (when I really have a courage to do so!) Alhamdulillah, managed to 'escape' from my routine works to be with fellow friends from the Resource and Educational Technology Department, MOE. Mrs Phua was the one who approached me I think last December 2020. She expressed the needs of the department to explore more about the potential of Augmented Reality (AR) and possible benefits when it is integrated to text books. I couldn't say no to this proposal as AR is always my passion. So I designed the 2-day training into two segments. Thanks Hazrati for willing to be my partner in crime hehehe. We presented two tools for AR - Blippar and Metaverse. Each of the tool serves different purposes. Blippar can be used for more informative kind if materials whereby you can produce a more interactive learning material using Metaverse as it allows you to arrange the cards just like developing an authorware. We had more or less 80-90 participants attended the 2-day training. I think I had a blast during the Q&A session. Thanks for all the questions, suggestions and insights. I wish we could have more time for that but of course the time wouldn't permit. InshaAllah there will always be next time kan! Wishing the BSTP a good way ahead and all the best with the AR-integrated text book project! Kali ini memenuhi undangan daripada pihak CELPAD UIA untuk berkongsi tentang Tips and Tools for Online Assessment. Pada asalnya dimaklumkan parap eserta hanya sekitar 19 orang yang terdiri daripada ahli Jabatan Bahasa Melayu, namun akhirnya dikembangkan kepada semua jabatan dan di hujung bengkel saya dimaklumkan peserta mencecah 100 orang (jumlah maksimum dalam Zoom). Alhamdulillah, dan terima kasih di atas sambutan menggalakkan yang diberi :) Kali ini saya mengupas secara lebih mendalam tentang aspek penilaian serta elemen yang perlu ditekankan dalam aspek penilaian misalnya berkaitan dengan taksonomi Bloom serta signifikannya Kemahiran Abad ke 21 dinilai dalam situasi di mana kita sedang berada di era perkembangan teknologi mutakhir, ditambah pula dengan ciri-ciri pelajar yang kita hadapi sekarang yang rata-ratanya terdiri daripada generasi Z. Saya juga memetakan taksonomi Bloom dengan bentuk assessment yang sesuai untuk mengukur setiap aras kemahiran dan kemudian apakah tool yang sesuai untuk melaksanakan assessment tersebut secara dalam talian. Saya kagum dengan engagement yang ditunjukkan oleh para peserta dengan pelbagai soalan yang diutarakan. Harapnya setiap jawapan yang diberi dapat memuaskan hati semua! Terima kasih daun keladi CELPAD! Undangan daripada ADEC UM saya terima dicelah-celah Bengkel Terjah yang rancak kami jalankan. Alhamdulillah, akhirnya berjaya dilaksanakan menerusi platform Microsoft Teams. Beberapa sebelum bengkel sebenar, saya telah mencuba Teams untuk memastikan demonstrasi live dapat dijalankan iaitu untuk menunjukkan proses screencasting dilakukan dan semuanya berjalan lancar. Hati senang. Namun, pada hari bengkel dijalankan, talian Internet saya agak merosot (oh, my Unifi!). Berkemungkinan asbab itu, paparan screencast tidak dapat dilihat oleh para peserta. Saya terpaksa beralih ke Plan B secara adhoc. Mujur sekali saya pernah menghasilkan manual penghasilan bahan screencast dan masih tersimpan dalam komputer riba. Harapnya sampailah maklumat yang nak disampaikan! Antara yang dikongsi juga adalah tips dalam membuat rakaman video - pre-production, during dan post production. Terima kasih banyak2 ADEC UM di atas jemputan ini! Geng Terjah / Taro kembali! Kali ini 4 in 1! Kami telah sama-sama merancang empat slot untuk perkongsian secara percuma dengan rakan-rakan di luar sana. Alhamdulillah, sentiasa ada sambutan dan ada antara peserta merupakan jemaah tetap semenjak Siri 1 lagi, terima kasih banyak-banyak! Kami bukanlah pakar. Ini banyak diulang-ulang kerana itulah kebenarannya. Kami hanya sebarisan pendidik yang punya passion untuk berkongsi rasa. Dan yang hadir, bukanlah kerana dipaksa, namun penuh dengan rasa dan rela. Kami senang dengan hal ini kerana suasana yang wujud di setiap kali bengkel memang sentiasa mesra .. ditambah pula dengan perangai masing-masing yang suka menerjah aje! Oh kami tak formal .. santai namun sampai (pinjam tagline ye Mat Nor!) Alhamdulillah empat bengkel telah berjaya disempurnakan semuanya. Ada yang bertanya sama ada bengkel ini akan dilanjutkan lagi. Entahlah. Rasanya semua hal yang basic dan fundamental tentang pelaksanaan pengajaran dalam talian telah kami cover. Namun siapa tahu, mungkin ada lagi peluang di lain masa! #staysafe semua! Rakaman bengkel boleh dilihat di bawah: Trello bukanlah sesuatu yang baharu dan kewujudannya banyak dimanfaatkan untuk pengurusan projek sama ada untuk persendirian atau berbentuk kolaboratif. Namun, Trello juga sebenarnya boleh digunakan secara kreatif untuk tujuan penyeliaan. Rakan-rakan pensyarah di IPT tentu saja berhadapan dengan puluhan pelajar di bawah seliaan sama ada di peringkat prasiswazah mahupun pasca siswazah. Bagaimana sahabat-sahabat sekalian menguruskan penyeliaan dengan sekian ramai pelajar? Apakah medium perantara untuk penghantaran draf, semakan serta penghantaran semula draf kepada pelajar dilakukan? Mungkin ramai yang masih menggunakan mel elektronik sebagai wacana pertukaran/penyampaian bahan. Saya secara peribadi memang kurang gemar menggunakan emel untuk tujuan ini kerana sukar 'dikesan' semula - melainkan kita menggunakan 'label' untuk mengkategorikan emel yang masuk. Namun penggunaan Trello sebenarnya memudahkan penyeliaan dalam beberapa hal: 1. Susunan 'card' dalam board setiap pelajar boleh disusun (lepas dan tarik) di mana-mana sahaja. 2. Susunan 'card' ini lebih mudah dilihat dalam bentuk visual berbanding folder misalnya Google Drive atau Dropbox. 3. Setiap aktiviti sama ada oleh pelajar atau penyelia akan ditandakan tarikhnya - mudah untuk mengesan progress) 4. Trello menawarkan ruang untuk berkomunikasi (asynchronous) - memudahkan perbincangan tanpa gangguan. 5. Ianya percuma! Di bawah adalah sebahagian daripada 'board' yang saya dedikasikan buat setiap orang pelajar seliaan saya untuk mereka memuatnaik apa sahaja bahan berkaitan penyelidikan. Give it a try, lah! :) Musim sebegini memang meruntun jiwa jika terlalu banyak bermenungan tanpa produktiviti! Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk bersama-sama 90 lebih pensyarah dari UUM untuk perkongsian tentang konsep Micro Learning. Bengkel ini adalah di bawah penganjuran pihak UTLC UUM. Platform yang digunakan untuk menjayakan sesi ini adalah Webex. Bengkel dijalankan melalui platform Webex - satu platform yang sangat user friendly and effective! Di dalam bengkel ini saya mebincang sedikit sebanyak tentang konsep Micro Learning serta jenis-jenis bahan yang boleh dibangunkan untuk tujuan Micro Learning, di samping tools yang boleh digunapakai untuk menghasilkan bahan. Selari dengan permintaan tuan rumah, saya menampilkan Biteable sebagai salah satu tool dalam talian untuk menghasilkan bahan video yang mudah dan cepat. Terima kasih UTLC UUM di atas jemputan! Saya bersama Dr Hazrati kembali berkongsi bersama rakan fakulti. Kali ini kami bawakan kemahiran untuk menghasilkan bahan video pengajaran. Hazrati menerangkan penghasilan video menerusi rakamn di PowerPoint manakala saya menyentuh tentang langkah-langkah menggunakan Screencastomatic. Alhamdulillah semuanya masih ceria dan bersemangat mencuba!
#stayathome #iloveyou |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |