Apabila seseorang menghasilkan sesuatu bahan/produk sama ada secara maujud atau dalam bentuk softcopy dan bahan tersebut dikongsi kepada orang ramai, individu tersebut mempunyai hak untuk melindungi bahan/hasil ciptaannya. Di sinilah timbul isu hakcipta. Hakcipta merupakan satu terma atau istilah yang secara ringkasnya merujuk kepada hak yang diberikan kepada pengguna untuk sama ada mencetak, menerbit, merekod, mengguna atau menghasilkan bahan/hasil yang sama. Bagi pemilik bahan, mempunyai lesen hak cipta boleh memberi faedah di samping dapat memelihara status hasilannya. Salah satu syarikat yang menawarkan lesen hakcipta untuk bahan-bahan yang dipaparkan secara maya adalah Creative Commons. Keseluruhannya setakat ini, terdapat enam jenis lesen yang ditawarkan oleh Creative Commons dan setiap satu lesen memberi makna atau syarat yang berbeza. Lihat syarat-syarat di bawah: Jika anda mempunyai blog atau laman web, perkara pertama yang harus anda fikirkan adalah tentang lesen hakcipta. Dengan adanya lesen hakcipta yang dibenam kepada blog atau laman web anda, secara tidak langsung segala bahan yang dihasilkan secara original akan 'terpelihara' daripada digunakan khususnya untuk tujuan komersial tanpa memberi 'acknowledgement' kepada pemilik asal. Untuk mendapatkan lesen Creative Commons, langkahnya sangat mudah. 1. KLIK DI SINI untuk mendapatkan URL dan anda akan dibawa ke laman ini: Jika anda perhatikan terdapat beberapa button yang harus anda klik dan pemilihan haruslah dibuat berdasarkan syarat-syarat yang anda ingin gunakan untuk hasil kerja anda. 2. Tekan butang 'Yes' untuk kedua-dua pilhan di bawah: Secara automatik akan muncul dua lambang mewakili pilihan 'yes' pertama dan kedua tadi: Seterusnya, klik pada link di bawah 'Helps others attribute you' dan masukkan maklumat berkaitan. Saya cadangkan hanya masukkan maklumat untuk nama dan URL sahaja. Lihat contoh di bawah: Setelah selesai mengisi semua maklumat tersebut, anda akan perhatikan pada kotak di bahagian bawah akan tertera rupa sebenar Lesen Creative Commons anda dan di bawahnya pula anda akan lihat HTML code yang boleh anda salin dan tampal untuk kegunaan di blog atau laman web anda. Salin (copy) keseluruhan HTML code tersebut dan log in ke akaun blog anda dan tunggu apa lagi .. tampallah HTML code ini! Selamat mencuba!
0 Comments
Leave a Reply. |
Find categories here
All
Archives
December 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |