Begitulah. Rutin saban semester yang perlu ditempuhi selagi hayat dikandung badan :) Saya mengalu-alukan kedatangan pelajar batch baharu untuk Sem 1 2021-2022 beberapa hari yang lalu. Dalam pertemuan tersebut, saya menekankan aspek penghasilan tugasan yang terancang serta bersasar. Sementelah, kebanyakan pelajar dalam Set 3 ini seringkali melibatkan pelajar-pelajar tajaan HLP yang mengambil Mod B. Justeru, penentuan tajuk penyelidikan sekiranya dapat diberesi bersama penyelia dengan lebih awal sebenarnya akan dapat dimanfaatkan apabila melaksanakan tugasan bagi kursus Kaedah Penyelidikan 1 ini. Dalam erti kata lain, fokus sedari awal terhadap niche penyelidikan dan perspektifnya semenjak pelajar menduduki kelas KP1 akan dapat memangkin penyelidikan dengan lebih efektif. Semoga momentum ini dapat dikekalkan sehingga ke akhir! :)
0 Comments
Yesterday was our first meeting! Majority of them are full time, sponsored students. Congratulations for getting the scholarship! We spent a whole three hours discussing on the topics related to basic of research and of course the must have session - ontological and epistemological considerations. Many of novice researchers may be asking and questioning why is it important to grasp the understanding of research paradigms? Why do we have to learn all these philosophical aspects? When I was doing my masters, I wasn't as lucky as you are, dear students .. as I have never been taught about these paradigms. All I learned in my Research Methods class was merely under quantitative paradigm. I had very minimal exposure on qualitative research .. let alone critical or pragmatism! So, having discussed the differences between these paradigms, I do hope that all of you will gain more insights on WHY we need to understand the aspect and thus will help you to choose the right research paradigm and be able to explain the justification behind the decision. See you again! ^___^ Salam semua, bertemu kembali :) Sebagai sebahagian daripada proses dalam pengumpulan data untuk penyelidikan, setiap penyelidik bertanggungjawab memastikan bahawa isu-isu berkaitan etika dan prosedur kajian dijalankan dan dilaporkan secara telus. Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah:
Bagi sesetengah institusi, penyelidik dikehendaki mengisi borang khusus sebagai penyataan atau kesaksian yang memaparkan bagaimana penyelidik sememangnya mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu etika. Misalnya, sewaktu saya di Nottingham University, saya perlu mengisi borang British Educational Research Association (BERA). Borang ini akan dinilai oleh jawatankuasa etika penyelidikan di School of Education, Nottingham University. Setelah mendapat kebenaran untuk pengumpulan data, baharulah saya melaksanakan temubual bersama responden kajian. Sebagai sebahagian daripada prosedur etika dalam penyelidikan, penyelidik juga seharusnya menyediakan satu borang pengesahan kebenaran yang perlu diisi dan ditandatangani oleh responden kajian. Kebiasaannya dalam borang tersebut, penyelidik akan memaklumkan:
* Borang-borang kebenaran ini hendaklah diletakkan dalam appendix sebagai pembuktian. Isu berkaitan privacy dan confidentiality turut ditekankan oleh (Cohen et al., 2001). Hal ini tentu sahaja kerana etika dalam penyelidikan merupakan satu aspek penting yang memastikan jaminan terhadap hak dan maruah responden kajian serta penglibatan mereka dalam sesebuah penyelidikan tidak memberikan impak negatif terhadap mereka serta kehidupan yang dikecapi. Berkait rapat dengan etika dan kerahsiaan, penyelidik juga seharusnya tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran. Ini bermakna, setiap maklumat yang dipaparkan dalam penulisan hendaklah melalui kebenaran repsonden anda! Bagi responden kanak-kanak pula, penyelidik perlu meminta kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak terbabit. Any questions? Before we proceed, consider watching this little explanation on synthesizing information: A common challenge faced by a novice researcher is to produce a synthesised literature review. As opposed to an annotated bibliography - that merely focuses on individual sources which are presented separately from others' work - a synthesised LR is about how you arrange the key findings/information e.g., factor, benefits etcetera in a more meaningful way that supports your research idea. A synthesised LR is not just a summary of what has been done, but also relates to how you use the information from different sources to find a research gap or on other words what has not been addressed. Ultimately you want to convince your readers that the gap is important enough to be studied. Basically, prior to synthesising the LR, you need to search for literature, for example - articles by researchers who conducted a related research to your research interest. However, producing a synthesised LR is not a straight forward process. After reading all the sources that you have, make sure that you identify the key ideas. Then, try to organise the key ideas or elements by putting them into different themes or sub-topics. If you are familiar with coding in qualitative data, you may find this process to be similar. After you have arranged the key elements into topics or sub-topics, then only you write the whole ideas using your own sentences based on your reading from the literature and start citing the sources according to the themes or topics/sub-topics. Remember that the sources my be repeatedly cited as you write. Those who had trained themselves to write a synthesised LR would find it to be useful and helpful in elevating their confidence to produce a better quality of LR. Note: You may want to read my writing on how Nvivo can help us to synthesise our LR HERE Selamat bertemu kembali. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang aspek epistemologi dalam menjalankan penyelidikan. Saya kira, isu-isu berkaitan epistimologi ini telahpun dibincangkan dalam kursus Kaedah Penyelidikan 1 (sekiranya anda pelajar siswazah di Fakulti Pendidikan UKM). Malah di IPT lain juga saya pasti wujud kesedaran tentang kewujudan aspek epistemologi yang seharusnya menjadi dasar pegangan seseorang penyelidik ketika bergelumang dengan proses penyelidikannya. Apakah kepentingan espitemologi ini? Kenapa kita perlu faham aspek epistemologi? Bagaimana kita menzahirkan pegangan ini dalam penyelidikan kita? Secara mudahnya epistemologi merujuk kepada persoalan tentang bagaimanakah sesuatu perkara itu diterima sebagai satu pengetahuan/ilmu. Umumnya dua cabang utama epistemologi merujuk kepada positivism dan interpretivism. Dalam positivism - penyelidik menjalankan penyelidikan untuk menguji hipotesis yang mana akhirnya membolehkan penyelidik memberi penerangan secara deduktif. Dapatan daripada kajian yang didasari oleh kepercayaan positivism ini kebiasaannya digunakan untuk digeneralisasi kepada populasi kajian. Berbanding positivsm, interpretivism pula secara akasnya menekankan perbezaan individu atau keadaaan yang wujud dalam sesuatu 'setting' yang mana perlu ditangan secara lebih subjektif. Penyelidik intepretivist berfungsi untuk membuat intepretasi terhadap dapatan yang dikumpul berdasarkan perspektif mereka yang dijadikan subjek kajian. Di sinilah, dikatakan intepretivism meraikan kepelbagaian (multiple realities). Dalam hal ini, kita perlu faham bahawa dalam kajian intepretivism, penyelidik tidak boleh 'memaksa' kesemua subjek kajian mereka agar bersetuju dengan sesuatu perkara secara menyeluruh. Hal ini tentu berbeza dengan kaedah atau pendekatan positivism yang seboleh mungkin mendapatkan data yang tidak terlalu 'dispersed'. Ini kerana tujuan positivism adalah untuk membolehkan dapatan yang sama digeneralisasikan terhadap populasi keseluruhan. Manakala melalui pendekatan intepretivism pula, generalisasi bukanlah satu matlamat, sebaliknya, penyelidik mampu memberikan penjelasan yang jelas serta mendalam tentang sesuatu konteks penyeldikan tanpa matlamat untuk digeneralisasi. Istilah positivism serta intepretivism ini seringkali juga dikaitkan dengan istilah kuantitatif dan kualitatif. Saya sertakan jadual ringkas yang menrangkan perbezaan antara kedua kuantitatif (positivism) dan kualitatif (intepretivism) yang dipetik daripada buku Merriam (1998): Pegangan epistemologi dalam penyelidikan perlu difahami oleh para penyelidik. Hal ini kerana, kefahaman tentang bagaimana sesuatu itu menjadi pengetahuan bergantung kepada pegangan epistemologi anda serta 'nature of data' yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam sesetengah keadaan, pendekatan kuantitatif seusai dijalankan demi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu isu. Namun ada kalanya pula wujud keperluan untuk mendalami sesuatu setting atau konteks tanpa perlu kepada proses generalisasi. Entah kenapa, dalam kesemua kursus, hanya Kaedah Penyelidikan yang tiada page khusus dalam laman web saya. Walhal, to be honest, kursus ini merupakan kursus favourite saya saban semester! Kenapa saya berkata demikian? Kerana melalui perjalanan kursus ini banyak membantu saya sendiri memperkaya pengetahuan dan selok belok penyelidikan serta sedikit sebanyak membantu memantapkan kajian yang saya jalankan. Sedikit pengalaman yang ada ini juga menjadi bekalan untuk saya membimbing para pelajar di bawah penyeliaan serta di bawah bimbingan di sepanjang semester terlibat. Alhamdulillah, hari ini dikurniakan ilham untuk membuka satu blog page baharu khusus untuk Kaedah Penyelidikan 1 yang saya gemari! Sebelum seseorang penyelidik melaksanakan kajian, haruslah diingat bahawa pengetahuan asas dalam penyelidikan adalah sesautu yang fundamental. Kenapa kita menjalankan sesuatu penyelidikan? Bagaimanakah kita mengenalpasti 'masalah kajian' yang benar-benar sesuai untuk dijadikan asas kajian yang hendak dijalankan? Dan apakah pula kriteria penyelidik yang menjadikannya sesuatu yang empirikal? Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang asas dalam penyelidikan ini, sila coretkan persoalan anda di ruang komen tersedia :) |
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |