Saya hanya berpeluang untuk bersemuka dengan mereka pada perjumpaan pertama iaitu petang 14 Mac. Mereka adalah pelajar semester pertama yang baharu mendaftar sebagai pelajar sarjana eksekutif di Fakulti Pendidikan. Namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya menukar mod pembelajaran kepada sepenuhnya dalam talian justeru bimbang dengan risika merebaknya wabak Covid 19. Untuk kesejahteraan semua pihak, kami akur dengan keputusan ini. Meskipun pertama kali menggunakan Zoom sebagai platform, saya melihat semangat dan kesungguhan para pelajar yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan di akhir sesi selama dua hari itu, saya mendapat pelbagai maklum balas yang positif tentang penggunaan Zoom untuk pengajaran dan pembelajaran. Sudah pasti, feature 'screen share' sangat bermanfaat buat semua kerana di situlah semua bahan dipaparkan. Pengggunaan ruangan chat malah turut digunakan sebaiknya untuk mengajukan persoalan dan perkongsian fail. Saya juga telah membangunkan Google Classroom khusus untuk kumpulan ini sebagai pangkalan maklumat dan perkongsian serta platform untuk mereka menghantar tugasan yang diperlukan. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang selamat dan disembuhkan dari segala penyakit ye! Keep it up class!
9 Comments
|
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |