Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Etika  dalam  Penyelidikan

10/28/2019

0 Comments

 
Picture
Salam semua, bertemu kembali :)

Sebagai sebahagian daripada proses dalam pengumpulan data untuk penyelidikan, setiap penyelidik bertanggungjawab memastikan bahawa isu-isu berkaitan etika dan prosedur kajian dijalankan dan dilaporkan secara telus. Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah: 


  • Responden harus kekal anonymous atau dengan ertikata lain, identiti sebenar responden tidak boleh didedahkan oleh penyelidik; 
  • Data yang dikumpul perlu diuruskan secara terpelihara dan dianggap confidential;
  • Responden kajian hendaklah diberi penerangan yang jelas tentang kajian yang dijalankan dan kenapa mereka terlibat dalam kajian tersebut;
  • Penglibatan responden dalam sesuatu kajian hendaklah berdasarkan persetujuan mereka 
 
Bagi sesetengah institusi, penyelidik dikehendaki mengisi borang khusus sebagai penyataan atau kesaksian yang memaparkan bagaimana penyelidik sememangnya mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu etika. Misalnya, sewaktu saya di Nottingham University, saya perlu mengisi borang British Educational Research Association (BERA). Borang ini akan dinilai oleh jawatankuasa etika penyelidikan di School of Education, Nottingham University. Setelah mendapat kebenaran untuk pengumpulan data, baharulah saya melaksanakan temubual bersama responden kajian. 

Sebagai sebahagian daripada prosedur etika dalam penyelidikan, penyelidik juga seharusnya menyediakan satu borang pengesahan kebenaran yang perlu diisi dan ditandatangani oleh responden kajian. Kebiasaannya dalam borang tersebut, penyelidik akan memaklumkan:
  • Pengenalan diri penyelidik (nama, institusi, peringkat pengajian dan nombor untuk dihubungi
  • Tujuan penyelidikan dijalankan 
  • Makluman tentang data yang dirahsiakan
  • Makluman tentang identiti responden yang akan dirahsiakan
  • Makluman bahawa repsonden boleh menarik diri daripada kajian pada bila-bila masa sahaja 
  • Persetujuan responden melibatkan diri dalam kajian yang akan dijalankan

* Borang-borang kebenaran ini hendaklah diletakkan dalam appendix sebagai pembuktian. 

Isu berkaitan privacy dan confidentiality turut ditekankan oleh (Cohen et al., 2001). Hal ini tentu sahaja kerana etika dalam penyelidikan merupakan satu aspek penting yang memastikan jaminan terhadap hak dan maruah responden kajian serta penglibatan mereka dalam sesebuah penyelidikan tidak memberikan impak negatif terhadap mereka serta  kehidupan yang dikecapi. 

Berkait rapat dengan etika dan kerahsiaan, penyelidik juga seharusnya tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran. Ini bermakna, setiap maklumat yang dipaparkan dalam penulisan hendaklah melalui kebenaran repsonden anda! Bagi responden kanak-kanak pula, penyelidik perlu meminta kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak terbabit. 

Any questions?
0 Comments

Mensistesis  literatur

10/21/2019

0 Comments

 
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture
Picture

Inilah aksi-aksi spontan tatkala semua orang asyik dengan penulisan sintesis! Meskipun masa agak singkat, namun saya mengharapkan agar aktiviti secara hands-on ini memberikan contoh bermakna buat anda semua tentang bagaimana menulis LR secara sintesis ye! Good job semua!

​(^_____^)


0 Comments

Synthesizing your  literature  review

10/21/2019

0 Comments

 
Before we proceed, consider watching this little explanation on synthesizing information: 


A common challenge faced by a novice researcher is to produce a synthesised literature review. As opposed to an annotated bibliography - that merely focuses on individual sources which are presented separately from others' work - a synthesised LR is about how you arrange the key findings/information e.g., factor, benefits etcetera in a more meaningful way that supports your research idea. A synthesised LR is not just a summary of what has been done, but also relates to how you use the information from different sources to find  a research gap or on other words what has not been addressed. Ultimately you want to convince your readers that the gap is important enough to be studied. 

Basically, prior to synthesising the LR, you need to search for literature,  for example - articles by researchers who conducted a related research to your research interest. However, producing a synthesised LR is not a straight forward process. After reading all the sources that you have, make sure that you identify the key ideas. Then, try to organise the key ideas or elements by putting them into different themes or sub-topics. If you are familiar with coding in qualitative data, you may find this process to be similar. After you have arranged the key elements into topics or sub-topics, then only you write the whole ideas using your own sentences based on your reading from the literature and start citing the sources according to the themes or topics/sub-topics. Remember that the sources my be repeatedly cited as you write. 

Those who had trained themselves to write a synthesised LR would find it to be useful and helpful in elevating their confidence to produce a better quality of LR. 

Note: You may want to read my writing on how Nvivo can help us to synthesise our LR HERE
0 Comments

Epistemology

10/9/2019

1 Comment

 
Picture

​Selamat bertemu kembali. 

Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang aspek epistemologi dalam menjalankan penyelidikan. Saya kira, isu-isu berkaitan epistimologi ini telahpun dibincangkan dalam kursus Kaedah Penyelidikan 1 (sekiranya anda pelajar siswazah di Fakulti Pendidikan UKM). Malah di IPT lain juga saya pasti wujud kesedaran tentang kewujudan aspek epistemologi yang seharusnya menjadi dasar pegangan seseorang penyelidik ketika bergelumang dengan proses penyelidikannya.

Apakah kepentingan espitemologi ini? 
Kenapa kita perlu faham aspek epistemologi? 
Bagaimana kita menzahirkan pegangan ini dalam penyelidikan kita?

Secara mudahnya epistemologi merujuk kepada persoalan tentang bagaimanakah sesuatu perkara itu diterima sebagai satu pengetahuan/ilmu. Umumnya dua cabang utama epistemologi merujuk kepada positivism dan interpretivism. Dalam positivism - penyelidik menjalankan penyelidikan untuk menguji hipotesis yang mana akhirnya membolehkan penyelidik memberi penerangan secara deduktif. Dapatan daripada kajian yang didasari oleh kepercayaan positivism ini kebiasaannya digunakan untuk digeneralisasi kepada populasi kajian. 

Berbanding positivsm, interpretivism pula secara akasnya menekankan perbezaan individu atau keadaaan yang wujud dalam sesuatu 'setting' yang mana perlu ditangan secara lebih subjektif. Penyelidik intepretivist berfungsi untuk membuat intepretasi terhadap dapatan yang dikumpul berdasarkan perspektif mereka yang dijadikan subjek kajian. Di sinilah, dikatakan intepretivism meraikan kepelbagaian (multiple realities). Dalam hal ini, kita perlu faham bahawa dalam kajian intepretivism, penyelidik tidak boleh 'memaksa' kesemua subjek kajian mereka agar bersetuju dengan sesuatu perkara secara menyeluruh. Hal ini tentu berbeza dengan kaedah atau pendekatan positivism yang seboleh mungkin mendapatkan data yang tidak terlalu 'dispersed'. Ini kerana tujuan positivism adalah untuk membolehkan dapatan yang sama digeneralisasikan terhadap populasi keseluruhan. Manakala melalui pendekatan intepretivism pula, generalisasi bukanlah satu matlamat, sebaliknya, penyelidik mampu memberikan penjelasan yang jelas serta mendalam tentang sesuatu konteks penyeldikan tanpa matlamat untuk digeneralisasi. 

Istilah positivism serta intepretivism ini seringkali juga dikaitkan dengan istilah kuantitatif dan kualitatif. Saya sertakan jadual ringkas yang menrangkan perbezaan antara kedua kuantitatif (positivism)  dan kualitatif (intepretivism) yang dipetik daripada buku Merriam (1998): 
Picture

Pegangan epistemologi dalam penyelidikan perlu difahami oleh para penyelidik. Hal ini kerana, kefahaman tentang bagaimana sesuatu itu menjadi pengetahuan bergantung kepada pegangan epistemologi anda serta 'nature of data' yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam sesetengah keadaan, pendekatan kuantitatif seusai dijalankan demi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu isu. Namun ada kalanya pula wujud keperluan untuk mendalami sesuatu setting atau konteks tanpa perlu kepada proses generalisasi. 
1 Comment
    MUATTURUN SLAID
    asas_penyelidikan.pdf
    File Size: 2320 kb
    File Type: pdf
    Download File

    epistomology.pdf
    File Size: 12067 kb
    File Type: pdf
    Download File

    conceptual_fwork.pdf
    File Size: 2582 kb
    File Type: pdf
    Download File

    langkah_penyelidikan_.pdf
    File Size: 290 kb
    File Type: pdf
    Download File

    type_of_data.pdf
    File Size: 1928 kb
    File Type: pdf
    Download File

    pernyataan_masalah_.pdf
    File Size: 191 kb
    File Type: pdf
    Download File

    persoalan_kajian_.pdf
    File Size: 305 kb
    File Type: pdf
    Download File

    research_proposal.pdf
    File Size: 3317 kb
    File Type: pdf
    Download File

    research_instruments.pdf
    File Size: 2676 kb
    File Type: pdf
    Download File

    rqs___hyphoteses.pdf
    File Size: 944 kb
    File Type: pdf
    Download File

    sampling.pdf
    File Size: 2775 kb
    File Type: pdf
    Download File

    lit_review.pdf
    File Size: 1567 kb
    File Type: pdf
    Download File

    qualitative_analysis.pdf
    File Size: 2929 kb
    File Type: pdf
    Download File

    validity_and_reliability.pdf
    File Size: 1673 kb
    File Type: pdf
    Download File

    hit counter html

    Archives

    January 2022
    October 2021
    June 2021
    March 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    March 2020
    November 2019
    October 2019
    September 2019

    Categories

    All
    Aksi
    Basic Of Research
    Class Album
    Eksperimen
    Empirical Study
    Epistemology
    Etika
    Etnografi
    Hyphoteses
    ID Model
    Jenis Data
    Kajian Kes
    Kuasi Eksperimen
    Literature Review
    Pembentangan Berkumpulan
    Persampelan
    Qualitative
    Quantitative
    Reka Bentuk Kajian
    Research Paradigms
    Research Question
    Testimonials

    Website Traffic Counter

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks