Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Etika  dalam  Penyelidikan

10/28/2019

0 Comments

 
Picture
Salam semua, bertemu kembali :)

Sebagai sebahagian daripada proses dalam pengumpulan data untuk penyelidikan, setiap penyelidik bertanggungjawab memastikan bahawa isu-isu berkaitan etika dan prosedur kajian dijalankan dan dilaporkan secara telus. Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah: 


  • Responden harus kekal anonymous atau dengan ertikata lain, identiti sebenar responden tidak boleh didedahkan oleh penyelidik; 
  • Data yang dikumpul perlu diuruskan secara terpelihara dan dianggap confidential;
  • Responden kajian hendaklah diberi penerangan yang jelas tentang kajian yang dijalankan dan kenapa mereka terlibat dalam kajian tersebut;
  • Penglibatan responden dalam sesuatu kajian hendaklah berdasarkan persetujuan mereka 
 
Bagi sesetengah institusi, penyelidik dikehendaki mengisi borang khusus sebagai penyataan atau kesaksian yang memaparkan bagaimana penyelidik sememangnya mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu etika. Misalnya, sewaktu saya di Nottingham University, saya perlu mengisi borang British Educational Research Association (BERA). Borang ini akan dinilai oleh jawatankuasa etika penyelidikan di School of Education, Nottingham University. Setelah mendapat kebenaran untuk pengumpulan data, baharulah saya melaksanakan temubual bersama responden kajian. 

Sebagai sebahagian daripada prosedur etika dalam penyelidikan, penyelidik juga seharusnya menyediakan satu borang pengesahan kebenaran yang perlu diisi dan ditandatangani oleh responden kajian. Kebiasaannya dalam borang tersebut, penyelidik akan memaklumkan:
  • Pengenalan diri penyelidik (nama, institusi, peringkat pengajian dan nombor untuk dihubungi
  • Tujuan penyelidikan dijalankan 
  • Makluman tentang data yang dirahsiakan
  • Makluman tentang identiti responden yang akan dirahsiakan
  • Makluman bahawa repsonden boleh menarik diri daripada kajian pada bila-bila masa sahaja 
  • Persetujuan responden melibatkan diri dalam kajian yang akan dijalankan

* Borang-borang kebenaran ini hendaklah diletakkan dalam appendix sebagai pembuktian. 

Isu berkaitan privacy dan confidentiality turut ditekankan oleh (Cohen et al., 2001). Hal ini tentu sahaja kerana etika dalam penyelidikan merupakan satu aspek penting yang memastikan jaminan terhadap hak dan maruah responden kajian serta penglibatan mereka dalam sesebuah penyelidikan tidak memberikan impak negatif terhadap mereka serta  kehidupan yang dikecapi. 

Berkait rapat dengan etika dan kerahsiaan, penyelidik juga seharusnya tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran. Ini bermakna, setiap maklumat yang dipaparkan dalam penulisan hendaklah melalui kebenaran repsonden anda! Bagi responden kanak-kanak pula, penyelidik perlu meminta kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak terbabit. 

Any questions?
0 Comments
    MUATTURUN SLAID
    asas_penyelidikan.pdf
    File Size: 2320 kb
    File Type: pdf
    Download File

    epistomology.pdf
    File Size: 12067 kb
    File Type: pdf
    Download File

    conceptual_fwork.pdf
    File Size: 2582 kb
    File Type: pdf
    Download File

    langkah_penyelidikan_.pdf
    File Size: 290 kb
    File Type: pdf
    Download File

    type_of_data.pdf
    File Size: 1928 kb
    File Type: pdf
    Download File

    pernyataan_masalah_.pdf
    File Size: 191 kb
    File Type: pdf
    Download File

    persoalan_kajian_.pdf
    File Size: 305 kb
    File Type: pdf
    Download File

    research_proposal.pdf
    File Size: 3317 kb
    File Type: pdf
    Download File

    research_instruments.pdf
    File Size: 2676 kb
    File Type: pdf
    Download File

    rqs___hyphoteses.pdf
    File Size: 944 kb
    File Type: pdf
    Download File

    sampling.pdf
    File Size: 2775 kb
    File Type: pdf
    Download File

    lit_review.pdf
    File Size: 1567 kb
    File Type: pdf
    Download File

    qualitative_analysis.pdf
    File Size: 2929 kb
    File Type: pdf
    Download File

    validity_and_reliability.pdf
    File Size: 1673 kb
    File Type: pdf
    Download File

    hit counter html

    Archives

    January 2022
    October 2021
    June 2021
    March 2021
    December 2020
    November 2020
    October 2020
    July 2020
    June 2020
    May 2020
    March 2020
    November 2019
    October 2019
    September 2019

    Categories

    All
    Aksi
    Basic Of Research
    Class Album
    Eksperimen
    Empirical Study
    Epistemology
    Etika
    Etnografi
    Hyphoteses
    ID Model
    Jenis Data
    Kajian Kes
    Kuasi Eksperimen
    Literature Review
    Pembentangan Berkumpulan
    Persampelan
    Qualitative
    Quantitative
    Reka Bentuk Kajian
    Research Paradigms
    Research Question
    Testimonials

    Website Traffic Counter

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks