Pada kuliah dalam talian minggu ini saya telah berkongsi tentang penggunaan SPSS dan bagaimana pengetahuan tentang jenis-jenis data memainkan peranan penting apabila penyelidik ingin membuat analisis data menggunakan SPSS. Walaupun perkongsian yang diberi hanya menyentuh beberapa asas sahaja, saya harap ia membuka mata pelajar-pelajar tentang bagaimana memindahkan data mentah daripada Google Form ke dalam SPSS serta pengendalian data untuk analisis deskriptif serta inferensi. Untuk segmen kedua pula, saya menunjukkan cara bagaimana penyelidik dapat memanfaatkan perisian NVivo untuk dua tujuan - analisis data temubual, dan untuk sorotan literatur. Saya kira kebanyakan penyelidik tahu bahawa NVivo sememangnya satu perisina untuk menganalisi data kualitatif seperti temubual namun mungkin tidak berapa ramai yang pernah mencuba NVivo untuk tujuan sorotan literatur. Untuk maklumat lanjut tentang NVivo, sila KLIK DI SINI. Di bawah ini adalah rakaman sesi tersebut untuk rujukan:
1 Comment
Selamat bertemu kembali. Saya terpanggil untuk berkongsi sedikit tentang aspek epistemologi dalam menjalankan penyelidikan. Saya kira, isu-isu berkaitan epistimologi ini telahpun dibincangkan dalam kursus Kaedah Penyelidikan 1 (sekiranya anda pelajar siswazah di Fakulti Pendidikan UKM). Malah di IPT lain juga saya pasti wujud kesedaran tentang kewujudan aspek epistemologi yang seharusnya menjadi dasar pegangan seseorang penyelidik ketika bergelumang dengan proses penyelidikannya. Apakah kepentingan espitemologi ini? Kenapa kita perlu faham aspek epistemologi? Bagaimana kita menzahirkan pegangan ini dalam penyelidikan kita? Secara mudahnya epistemologi merujuk kepada persoalan tentang bagaimanakah sesuatu perkara itu diterima sebagai satu pengetahuan/ilmu. Umumnya dua cabang utama epistemologi merujuk kepada positivism dan interpretivism. Dalam positivism - penyelidik menjalankan penyelidikan untuk menguji hipotesis yang mana akhirnya membolehkan penyelidik memberi penerangan secara deduktif. Dapatan daripada kajian yang didasari oleh kepercayaan positivism ini kebiasaannya digunakan untuk digeneralisasi kepada populasi kajian. Berbanding positivsm, interpretivism pula secara akasnya menekankan perbezaan individu atau keadaaan yang wujud dalam sesuatu 'setting' yang mana perlu ditangan secara lebih subjektif. Penyelidik intepretivist berfungsi untuk membuat intepretasi terhadap dapatan yang dikumpul berdasarkan perspektif mereka yang dijadikan subjek kajian. Di sinilah, dikatakan intepretivism meraikan kepelbagaian (multiple realities). Dalam hal ini, kita perlu faham bahawa dalam kajian intepretivism, penyelidik tidak boleh 'memaksa' kesemua subjek kajian mereka agar bersetuju dengan sesuatu perkara secara menyeluruh. Hal ini tentu berbeza dengan kaedah atau pendekatan positivism yang seboleh mungkin mendapatkan data yang tidak terlalu 'dispersed'. Ini kerana tujuan positivism adalah untuk membolehkan dapatan yang sama digeneralisasikan terhadap populasi keseluruhan. Manakala melalui pendekatan intepretivism pula, generalisasi bukanlah satu matlamat, sebaliknya, penyelidik mampu memberikan penjelasan yang jelas serta mendalam tentang sesuatu konteks penyeldikan tanpa matlamat untuk digeneralisasi. Istilah positivism serta intepretivism ini seringkali juga dikaitkan dengan istilah kuantitatif dan kualitatif. Saya sertakan jadual ringkas yang menrangkan perbezaan antara kedua kuantitatif (positivism) dan kualitatif (intepretivism) yang dipetik daripada buku Merriam (1998): Pegangan epistemologi dalam penyelidikan perlu difahami oleh para penyelidik. Hal ini kerana, kefahaman tentang bagaimana sesuatu itu menjadi pengetahuan bergantung kepada pegangan epistemologi anda serta 'nature of data' yang diperlukan untuk menjalankan sesuatu kajian. Dalam sesetengah keadaan, pendekatan kuantitatif seusai dijalankan demi mendapatkan gambaran keseluruhan tentang sesuatu isu. Namun ada kalanya pula wujud keperluan untuk mendalami sesuatu setting atau konteks tanpa perlu kepada proses generalisasi. |
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |