Pada kuliah dalam talian minggu ini saya telah berkongsi tentang penggunaan SPSS dan bagaimana pengetahuan tentang jenis-jenis data memainkan peranan penting apabila penyelidik ingin membuat analisis data menggunakan SPSS. Walaupun perkongsian yang diberi hanya menyentuh beberapa asas sahaja, saya harap ia membuka mata pelajar-pelajar tentang bagaimana memindahkan data mentah daripada Google Form ke dalam SPSS serta pengendalian data untuk analisis deskriptif serta inferensi. Untuk segmen kedua pula, saya menunjukkan cara bagaimana penyelidik dapat memanfaatkan perisian NVivo untuk dua tujuan - analisis data temubual, dan untuk sorotan literatur. Saya kira kebanyakan penyelidik tahu bahawa NVivo sememangnya satu perisina untuk menganalisi data kualitatif seperti temubual namun mungkin tidak berapa ramai yang pernah mencuba NVivo untuk tujuan sorotan literatur. Untuk maklumat lanjut tentang NVivo, sila KLIK DI SINI. Di bawah ini adalah rakaman sesi tersebut untuk rujukan:
1 Comment
Salina
3/24/2021 02:04:26 am
Alhamdulillah, posting Dr semua sangat mambantu dan bermanfaat. Moga Dr teruskan dengan usaha ikhlas seperti ini. Walaupun tak ramai yg tinggalkan komen, saya yakin ramai yg berterima kasih seperti saya. Insha Allah
Reply
Leave a Reply. |
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |