Entah kenapa, dalam kesemua kursus, hanya Kaedah Penyelidikan yang tiada page khusus dalam laman web saya. Walhal, to be honest, kursus ini merupakan kursus favourite saya saban semester! Kenapa saya berkata demikian? Kerana melalui perjalanan kursus ini banyak membantu saya sendiri memperkaya pengetahuan dan selok belok penyelidikan serta sedikit sebanyak membantu memantapkan kajian yang saya jalankan. Sedikit pengalaman yang ada ini juga menjadi bekalan untuk saya membimbing para pelajar di bawah penyeliaan serta di bawah bimbingan di sepanjang semester terlibat. Alhamdulillah, hari ini dikurniakan ilham untuk membuka satu blog page baharu khusus untuk Kaedah Penyelidikan 1 yang saya gemari! Sebelum seseorang penyelidik melaksanakan kajian, haruslah diingat bahawa pengetahuan asas dalam penyelidikan adalah sesautu yang fundamental. Kenapa kita menjalankan sesuatu penyelidikan? Bagaimanakah kita mengenalpasti 'masalah kajian' yang benar-benar sesuai untuk dijadikan asas kajian yang hendak dijalankan? Dan apakah pula kriteria penyelidik yang menjadikannya sesuatu yang empirikal? Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang asas dalam penyelidikan ini, sila coretkan persoalan anda di ruang komen tersedia :)
2 Comments
|
MUATTURUN SLAID
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Archives
December 2020
Categories
All
|