Salam semua, bertemu kembali :) Sebagai sebahagian daripada proses dalam pengumpulan data untuk penyelidikan, setiap penyelidik bertanggungjawab memastikan bahawa isu-isu berkaitan etika dan prosedur kajian dijalankan dan dilaporkan secara telus. Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah:
Bagi sesetengah institusi, penyelidik dikehendaki mengisi borang khusus sebagai penyataan atau kesaksian yang memaparkan bagaimana penyelidik sememangnya mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu etika. Misalnya, sewaktu saya di Nottingham University, saya perlu mengisi borang British Educational Research Association (BERA). Borang ini akan dinilai oleh jawatankuasa etika penyelidikan di School of Education, Nottingham University. Setelah mendapat kebenaran untuk pengumpulan data, baharulah saya melaksanakan temubual bersama responden kajian. Sebagai sebahagian daripada prosedur etika dalam penyelidikan, penyelidik juga seharusnya menyediakan satu borang pengesahan kebenaran yang perlu diisi dan ditandatangani oleh responden kajian. Kebiasaannya dalam borang tersebut, penyelidik akan memaklumkan:
* Borang-borang kebenaran ini hendaklah diletakkan dalam appendix sebagai pembuktian. Isu berkaitan privacy dan confidentiality turut ditekankan oleh (Cohen et al., 2001). Hal ini tentu sahaja kerana etika dalam penyelidikan merupakan satu aspek penting yang memastikan jaminan terhadap hak dan maruah responden kajian serta penglibatan mereka dalam sesebuah penyelidikan tidak memberikan impak negatif terhadap mereka serta kehidupan yang dikecapi. Berkait rapat dengan etika dan kerahsiaan, penyelidik juga seharusnya tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran. Ini bermakna, setiap maklumat yang dipaparkan dalam penulisan hendaklah melalui kebenaran repsonden anda! Bagi responden kanak-kanak pula, penyelidik perlu meminta kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak terbabit. Any questions?
0 Comments
Leave a Reply. |
MUATTURUN SLAID
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Archives
December 2020
Categories
All
|