Semenjak PKP dikuatkuasakan, inilah kali pertama kami bertemu lagi - kali ini secara dalam talian tentunya. I am glad to see everybody is safe and sound! Untuk kuliah pada kali ini saya bincangkan tentang Jenis-jenis Data dan Teknik Persampelan. Kenapa seorang penyelidik perlu memahami jenis data? Dan bagaimanakah kefahaman tentang jenis data dihubungkaitkan dengan pengukuran? Apakah yang berlaku setelah data-data dikumpul dana bagaimana ia dikendalikan mengikut jenis data yang ada? Bagi penyelidik novis, persoalan ini tentunya seringkali melingkari fikiran namun sekiranya seseorang itu memahami jenis data apa yang yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan data tersebut, inshaAllah proses seterusnya (analisis data) akan menjadi mudah. Namun jika kefahaman ini diabaikan, berkemungkinan penyelidik terbabit akan melakukan kesalahan semasa analisis dilakukan. Misalnya, ada penyelidik yang mengemukakan nilai min bagi jantina! (Bagi mereka yang faham tentang jenis data tentu akan tercuit dengan kenyataan ini - dan bagi yang masih tertanya-tanya berkemungkinan anda masih belum benar-benar faham tentang jenis-jenis data - so please read and learn ye). Rakaman sesi ini boleh dilihat di bawah: ============================================================================ Segmen kedua kuliah diteruskan dengan perbincangan tentang teknik persampelan. Teknik persampelan juga penting semasa penyelidik menyediakan proposal kajian. Bila masa penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak? dan bila pula teknik secara bertujuan perlu dipilih? Elakkan 'clash' antara epistimologi kajian anda dengan teknik persampelan! Jangan bercakap tentang generalisasi jika sampel kajian anda dipilih secara convenience! Jom fahami teknik persampelan!
0 Comments
Leave a Reply. |
MUATTURUN SLAID
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
Archives
December 2020
Categories
All
|