Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Pembentangan kerangka bab dalam buku

11/26/2019

0 Comments

 
Picture

Penulisan sesuatu bab atau artikel akan menjadi jauh lebih mudah sekiranya anda memulakannya dengan kerangka atau struktur terlebih dahulu. Dalam penghasilan kerangka bab misalnya, anda akan mampu melihat secara selayang pandang akan sub-topik yang diperlukan untuk melengkapkan bab anda. 

Tidak kurang pentingnya, sebelum anda merancang kandungan dalam bab yang hendak dihasilkan, pastikan anda faham tentang tema utama dalam buku secara keseluruhan, agar 'bau' penulisan serta hala tuju bab anda akan seiring dengan bab-bab yang lainnya. 

Inilah keindahan apabila kita terlibat dengan penulisan bab dalam buku kerana setiap bab mempunyai wavelength yang sama. Dan untuk mencapai keharmonian sebegitu, pembentangan kerangka setiap bab adalah perlu agar semua penulis mendapat spirit yang sama. 
​
Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyiapkan kerangka bab masing-masing. Masa kian pantas berlari. Pastikan anda tidak lupa dengan tanggungjawab menyiapkan bab masing-masing ye! 

Picture
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Seminar Revolusi Industri 4.0 dari  Perspektif Pendidikan

1/21/2019

1 Comment

 
Picture
Ini acara rutin dan merupakan sebahagian daripada Learning Outcome kursus GE6433 di mana para pelajar perlu menyiapkan penulisan bab dalam buku, menerbitkan buku hasil penulisan serta menganjurkan seminar untuk mereka membentangkan hasil penyelidikan literatur yang telah dijalankan sepanjang semester ini. 

Untuk kali ini, tema Revolusi Industri 4.0 dipilih. Kupasan setiap bab dalam buku yang dihasilkan pula memberi penekanan terhadap elemen-elemen berkaitan Revolusi Industri 4.0 dari kacamata atau perspektif pendidikan. Memang menarik sekali hasil penulisan kali ini. 

Jika anda tidak begitu biasa dengan istilah Internet of Things, 3D Printer, Big Data, Micro Learning (sekadar memtik beberapa istilah),  maka buku ini boleh menjadi sumber rujukan dan maklumat yang berguna. 

Syabas dan tahniah buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan projek buku kali ini - Asni, Nik, Sam, Azi, Syuhada, Adilah dan Nisa! 

Pembentangan ucaptama oleh kenalan saya  Dr Mas Nida Khambari bertajuk 
"Gamification for 21st Century Pedagogy: Why Should We?" amat menarik minat para pendengar. Saya kira konsep gamifikasi seharusnya dihadam oleh semua pendidik agar kemahiran ini dapat dicerna dan dijelmakan dalam aktiviti sebenar bagi membuahkan hasil pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Sekalung penghargaan buat Dr Mas yang sudi hadir meskipun dikekangi faktor masa. Beliau bergegas pula ke Singapura seusai sesi perkongsian di seminar ini. Semoga apa yang disampaikan memberi manfaat buat semua. Terima kasih daun keladi Dr. Mas! :) 

Sedikit refleksi saya - keseluruhan perjalanan projek nampaknya berjalan lancar, meskipun pada awalnya perjalanan agak perlahan khususnya fasa penulisan draf pertama. Selaku penyelaras kursus, saya terpaksa bertindak seperti 'penukul' dan memberi sedikit tekanan untuk memulai proses pemilihan tajuk dan tema serta seterusnya tarikh akhir untuk proses pewasitan. 

Demi menjamin mutu karya, setiap bab melalui sekurang-kurangnya dua kali proses pemurnian berdasarkan komen pewasit. Jawatankuasa susun atur pula memainkan peranan penting untuk memastikan kualiti penulisan seperti ejaan susun atur dan reka bentuk keseluruhan yang memuaskan. 

Syabas di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua - meskipun tugas yang digalas berbeza-beza skopnya. Saya percaya, setiap inci pengalaman yang dilalui menjadi bekal berharga buat anda semua. 

Selesai sudah acara seminar. Paling penting, impak kepada semua. Alhamdulillah, meneliti kesemua penulisan refleksi metakognitif yang panjang lebar, saya kira banyak yang memberi kesan positif buat anda. Kursus ini bukan sekadar memberi pendedahan kepada konsep serta ilmu baharu berkaitan teknologi, malah lebih jauh dari itu menginspirasikan pengalaman bermakna serta impak daripada sebuah komuniti pelaksana (Community of Practice). 

Selamat maju jaya dan salam hormat :) 

1 Comment

Bengkel Pemurnian Bab dalam Buku

12/17/2017

1 Comment

 
Picture
Semester ini agak berlainan. Bukan hanya kerana bilangan pelajar yang jauh lebih kecil malah kerana kesemua (kecuali seorang) pelajar yang mengikuti kelas ini merupakan pelajar Sarjana dari program Pendidikan Komputer (dan bukannya Sumber dan Teknologi Maklumat) maka sedikit perubahan telah saya lakukan selaku penyelaras kursus. 

Secara rutinitasnya, setiap semester para pelajar akan menganjurkan seminar serta melaksanakan pembentangan secara lisan di hadapan kesemua pensyarah bidang Sumber & Teknologi. Namun untuk semester ini, kami mencipta kelainan di mana sebagai alternatif kepada penganjuran seminar yang melibatkan pembentangan individu, para pelajar dikehendaki membuar persiapan untuk penganjuran seminar Cyber Security. Alhamdulillah agenda tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan maklum balas yang sangat positif daripada hadirin. Syabas! 

Projek kedua pelajar kursus ini pada kali ini adalah menghasilkan satu  bab dalam buku yang berkaitan dengan AR. Alhamdulillah, bengkel pemurnian telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini di mana kesemua bab telah diteliti. Terima kasih semua atas kehadiran .. tidak lupa juga di atas kesudian masing-masing membawa makanan yang sedap2 :) Mejar Jasmy dan Tn Hj Yusoff juga hadir memberi sokongan padu! Alhamdulillah May Allah Bless our effort! 

Saya mendoakan agar projek ini dapat dilangsaikan dengan jayanya. Teruskan dengan penulisan kalain. inshaAllah kita akan adakan proses review kali setersunya sebelum bab teakhir dapat dikompilasikan sedikit masa nanti :) 
1 Comment

Cover Buku 

12/9/2015

0 Comments

 
Terima kasih kepada JK yang terlibat dalam pembikinan cover buku serta urusan ISBN buku kita. Semoga usaha kita membuahkan hasil insyaAllah ... :)
Picture
Picture
0 Comments

APA Style Guidelines

12/8/2015

0 Comments

 
Salam semua .. di sini saya kongsikan panduan APA style untuk digunapakai dalam setiap penulisan rujukan dalam bab buku kita. (Sumber: ​http://web.calstatela.edu/library/guides/3apa.pdf)
Boleh juga dimuatturn di sini:
3apa.pdf
File Size: 73 kb
File Type: pdf
Download File

Another guide: 
Sumber: ​https://writing.wisc.edu/Handbook/PDF/APADocumentation_uwmadison_writingcenter_rev_feb2013.pdf
apa2.pdf
File Size: 144 kb
File Type: pdf
Download File

0 Comments

Bab dalam Buku Seminar 

11/20/2015

22 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua, 

Sepertimana yang telah dipersetujui, untuk semester ini kita akan sama-sama sekali lagi meneruskan aktiviti pembentangan dalam Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Teknologi Maklumat. Bahan pembentangan akan dihasilkan dalam bentuk bab-bab dalam buku. Saya pasti semua sudahpun bersedia dengan tajuk masing-masing kan. 

Please then share your title and abstracts by clicking on the comment section. 
I will look through to decide on the themes. 
Mejar will be with you in today's meeting. InsyaAllah I will be joining you next week. Seems like we have lots of things to do/discuss. 

Till then, see you! 

Dr. F 
​
22 Comments

Buku Seminar Aliran Terkini 

11/12/2015

0 Comments

 
Buku yang bertajuk Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan merupakan hasil gabungan penulisan para pelajar yang mengikuti kursus ini. Projek ini merupakan tugasan utama yang yang perlu dihasilkan oleh para pelajar. Tujuan penghasilan buku ini adalah sebagai dokumentasi beberapa hasil kajian kepustakaan serta kajian empirikal yang telah mereka jalankan. Tajuk-tajuk bab dalam buku ini adalah refleksi daripada sebahagian cakupan tajuk dalam kursus ini.

Bab-bab dalam buku adalah seperti berikut:

Muka hadapan
Kata Aluan
Penghargaan
Abstrak
Isi kandungan 
Bab Penuh
​
0 Comments

    What do you want to read? 

    All
    Abstracts
    ADDIE Model
    APA Style
    Buku Seminar
    Communities Of Practice
    Cyber Security
    Expectations
    Final Presentation
    Format Bab Dalam Buku
    Good Presentation Tips
    Identities
    Individual Final Presentations
    Literature Review
    Proforma
    Seminar
    The Concept Of Seminar

    RSS Feed

    Archives

    November 2020
    July 2020
    January 2020
    November 2019
    April 2019
    January 2019
    December 2017
    December 2016
    September 2016
    August 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    January 2015
    November 2014
    September 2014

    Buku Hasil Seminar

    Sem 1 2018-2019

    Picture
    Picture

    Sem 1 2016-2017

    Picture
    Picture

    Sem 1 2015-2016

    Picture
    Picture

    Sem 1 2014-2015

    Picture
    Picture
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.
    free counters

Connect with me:

Picture
Picture

​
Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 RESEARCH METHODS
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks