Penulisan sesuatu bab atau artikel akan menjadi jauh lebih mudah sekiranya anda memulakannya dengan kerangka atau struktur terlebih dahulu. Dalam penghasilan kerangka bab misalnya, anda akan mampu melihat secara selayang pandang akan sub-topik yang diperlukan untuk melengkapkan bab anda. Tidak kurang pentingnya, sebelum anda merancang kandungan dalam bab yang hendak dihasilkan, pastikan anda faham tentang tema utama dalam buku secara keseluruhan, agar 'bau' penulisan serta hala tuju bab anda akan seiring dengan bab-bab yang lainnya. Inilah keindahan apabila kita terlibat dengan penulisan bab dalam buku kerana setiap bab mempunyai wavelength yang sama. Dan untuk mencapai keharmonian sebegitu, pembentangan kerangka setiap bab adalah perlu agar semua penulis mendapat spirit yang sama. Tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyiapkan kerangka bab masing-masing. Masa kian pantas berlari. Pastikan anda tidak lupa dengan tanggungjawab menyiapkan bab masing-masing ye!
0 Comments
|
What do you want to read?
All
Archives
November 2020
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |