Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Seminar Revolusi Industri 4.0 dariĀ  Perspektif Pendidikan

1/21/2019

1 Comment

 
Picture
Ini acara rutin dan merupakan sebahagian daripada Learning Outcome kursus GE6433 di mana para pelajar perlu menyiapkan penulisan bab dalam buku, menerbitkan buku hasil penulisan serta menganjurkan seminar untuk mereka membentangkan hasil penyelidikan literatur yang telah dijalankan sepanjang semester ini. 

Untuk kali ini, tema Revolusi Industri 4.0 dipilih. Kupasan setiap bab dalam buku yang dihasilkan pula memberi penekanan terhadap elemen-elemen berkaitan Revolusi Industri 4.0 dari kacamata atau perspektif pendidikan. Memang menarik sekali hasil penulisan kali ini. 

Jika anda tidak begitu biasa dengan istilah Internet of Things, 3D Printer, Big Data, Micro Learning (sekadar memtik beberapa istilah),  maka buku ini boleh menjadi sumber rujukan dan maklumat yang berguna. 

Syabas dan tahniah buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan projek buku kali ini - Asni, Nik, Sam, Azi, Syuhada, Adilah dan Nisa! 

Pembentangan ucaptama oleh kenalan saya  Dr Mas Nida Khambari bertajuk 
"Gamification for 21st Century Pedagogy: Why Should We?" amat menarik minat para pendengar. Saya kira konsep gamifikasi seharusnya dihadam oleh semua pendidik agar kemahiran ini dapat dicerna dan dijelmakan dalam aktiviti sebenar bagi membuahkan hasil pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Sekalung penghargaan buat Dr Mas yang sudi hadir meskipun dikekangi faktor masa. Beliau bergegas pula ke Singapura seusai sesi perkongsian di seminar ini. Semoga apa yang disampaikan memberi manfaat buat semua. Terima kasih daun keladi Dr. Mas! :) 

Sedikit refleksi saya - keseluruhan perjalanan projek nampaknya berjalan lancar, meskipun pada awalnya perjalanan agak perlahan khususnya fasa penulisan draf pertama. Selaku penyelaras kursus, saya terpaksa bertindak seperti 'penukul' dan memberi sedikit tekanan untuk memulai proses pemilihan tajuk dan tema serta seterusnya tarikh akhir untuk proses pewasitan. 

Demi menjamin mutu karya, setiap bab melalui sekurang-kurangnya dua kali proses pemurnian berdasarkan komen pewasit. Jawatankuasa susun atur pula memainkan peranan penting untuk memastikan kualiti penulisan seperti ejaan susun atur dan reka bentuk keseluruhan yang memuaskan. 

Syabas di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua - meskipun tugas yang digalas berbeza-beza skopnya. Saya percaya, setiap inci pengalaman yang dilalui menjadi bekal berharga buat anda semua. 

Selesai sudah acara seminar. Paling penting, impak kepada semua. Alhamdulillah, meneliti kesemua penulisan refleksi metakognitif yang panjang lebar, saya kira banyak yang memberi kesan positif buat anda. Kursus ini bukan sekadar memberi pendedahan kepada konsep serta ilmu baharu berkaitan teknologi, malah lebih jauh dari itu menginspirasikan pengalaman bermakna serta impak daripada sebuah komuniti pelaksana (Community of Practice). 

Selamat maju jaya dan salam hormat :) 

1 Comment

    What do you want to read? 

    All
    Abstracts
    ADDIE Model
    APA Style
    Buku Seminar
    Communities Of Practice
    Cyber Security
    Expectations
    Final Presentation
    Format Bab Dalam Buku
    Good Presentation Tips
    Identities
    Individual Final Presentations
    Literature Review
    Proforma
    Reflections
    Seminar
    The Concept Of Seminar

    RSS Feed

    Archives

    June 2021
    May 2021
    March 2021
    February 2021
    November 2020
    July 2020
    January 2020
    November 2019
    April 2019
    January 2019
    December 2017
    December 2016
    September 2016
    August 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    January 2015
    November 2014
    September 2014

    Buku Hasil Seminar

    Sem 1 2018-2019

    Picture
    Picture

    Sem 1 2016-2017

    Picture
    Picture

    Sem 1 2015-2016

    Picture
    Picture

    Sem 1 2014-2015

    Picture
    Picture
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.
    free counters

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks