Alhamdulillah sekali lagi webinar anjuran para pelajar bagi kursus GE6433 (Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Sarjana Eksekutif. Sekalung tahniah semua yang telah bertungkus lumus membuat persiapan meskipun dalam tempoh yang agak singkat. Tajuk pilihan kali ini adalah tentang Pendidikan Digital. dimana fokus diberikan kepada program Terbuka & Jarak Jauh. Webinar ini agak istimewa kerana dua pelajar ODL yang sedang mengikuti pengajian telah dijemput untuk berkongsi tentang pengalaman mereka sebagai pelajar jarak jauh. Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di atas kesudian untuk menjalinkan kerjasama menjayakan projek ini. Semoga terus maju dan semoga bakti yang disemai terus menyubur. Inilah barisan anak didik kursus GE6433 yang terbukti memberikan komitmen padu .. congrats all!! Bagi yang berminat mengikuti intisari webinar bolehlah menontonnya ye.
Jika berminat mengikuti pengajian secara ODL, boleh klik pada LINK INI atau pada banner di bawah:
0 Comments
Congratulations to all my seminar class students for a huge success in organizing a webinar on Digital Citizenship and Educators' Roles! It has been our class' KPI that students are required to organize an event on any topics, as long as it relates to Educational Technology area. For this semester, we agreed to highlight Digital Citizenship as the key title for discussion. Tahniah semua! Looking forward to reading out your reflections on the overall learning process for this course :) So proud of you guys!!! Di sebalik tabir: Penganjuran seminar merupakan salah satu daripada KPI yang perlu dilunasi oleh para pelajar bagi kursus ini. Alhamdulillah buat ke sekian kalinya, projek seminar telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kali ini saya kira, kumpulan ini sangat beruntung kerana mendapat kerjasama daripada pihak Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan KPM dan diberikan peluang menggunakan Auditorium di Bukit Kiara untuk pelaksanaan Seminar Pendidikan Digital dalam Era RI 4.0. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak BSTP, khususnya buat tuan Pengarah, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin yang telah memberikan ruang untuk para pelajar kursus ini merasai sendiri pahit manis dalam penganjuran seminar. Sememangnya, tugasan ini bukan bersifat untuk mengukur kemahiran kognitif seperti tugasan yang lainnya, tetapi lebih kepada softskills, kemahiran berkolaborasi, berkomunikasi malah juga mengukur daya tahan mental mereka yang terlibat. Saya kira, kursus ini antara yang memberi impak kepada perkembangan sahsiah serta kemahiran pengurusan projek buat semua pelajar. Malah bukan itu sahaja, melalui projek ini juga mereka menghasilkan sebuah buku yang turut dilancarkan pada seminar terbabit. Syabas dan tahniah yang setinggi-tingginya buat semua - Syazwan, Haz, Shikin, Jannah, Farahin dan Raja kerana mereka berenam sememamngnya awesome! Saya harap tiada yang serik dengan projek ini ye! Melalui seminar ini juga, kami menjemput beberapa pakar untuk turut sama berkongsi ilmu dengan para audiens - Dr. Masnida (UPM), Dr Abdul Hadi (FTSM UKM) serta Kolonel Mustaffa (Cyber Security Malaysia). Ini acara rutin dan merupakan sebahagian daripada Learning Outcome kursus GE6433 di mana para pelajar perlu menyiapkan penulisan bab dalam buku, menerbitkan buku hasil penulisan serta menganjurkan seminar untuk mereka membentangkan hasil penyelidikan literatur yang telah dijalankan sepanjang semester ini. Untuk kali ini, tema Revolusi Industri 4.0 dipilih. Kupasan setiap bab dalam buku yang dihasilkan pula memberi penekanan terhadap elemen-elemen berkaitan Revolusi Industri 4.0 dari kacamata atau perspektif pendidikan. Memang menarik sekali hasil penulisan kali ini. Jika anda tidak begitu biasa dengan istilah Internet of Things, 3D Printer, Big Data, Micro Learning (sekadar memtik beberapa istilah), maka buku ini boleh menjadi sumber rujukan dan maklumat yang berguna. Syabas dan tahniah buat semua yang bertungkus-lumus menjayakan projek buku kali ini - Asni, Nik, Sam, Azi, Syuhada, Adilah dan Nisa! Pembentangan ucaptama oleh kenalan saya Dr Mas Nida Khambari bertajuk "Gamification for 21st Century Pedagogy: Why Should We?" amat menarik minat para pendengar. Saya kira konsep gamifikasi seharusnya dihadam oleh semua pendidik agar kemahiran ini dapat dicerna dan dijelmakan dalam aktiviti sebenar bagi membuahkan hasil pembelajaran yang bermakna buat para pelajar. Sekalung penghargaan buat Dr Mas yang sudi hadir meskipun dikekangi faktor masa. Beliau bergegas pula ke Singapura seusai sesi perkongsian di seminar ini. Semoga apa yang disampaikan memberi manfaat buat semua. Terima kasih daun keladi Dr. Mas! :) Sedikit refleksi saya - keseluruhan perjalanan projek nampaknya berjalan lancar, meskipun pada awalnya perjalanan agak perlahan khususnya fasa penulisan draf pertama. Selaku penyelaras kursus, saya terpaksa bertindak seperti 'penukul' dan memberi sedikit tekanan untuk memulai proses pemilihan tajuk dan tema serta seterusnya tarikh akhir untuk proses pewasitan. Demi menjamin mutu karya, setiap bab melalui sekurang-kurangnya dua kali proses pemurnian berdasarkan komen pewasit. Jawatankuasa susun atur pula memainkan peranan penting untuk memastikan kualiti penulisan seperti ejaan susun atur dan reka bentuk keseluruhan yang memuaskan. Syabas di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh semua - meskipun tugas yang digalas berbeza-beza skopnya. Saya percaya, setiap inci pengalaman yang dilalui menjadi bekal berharga buat anda semua. Selesai sudah acara seminar. Paling penting, impak kepada semua. Alhamdulillah, meneliti kesemua penulisan refleksi metakognitif yang panjang lebar, saya kira banyak yang memberi kesan positif buat anda. Kursus ini bukan sekadar memberi pendedahan kepada konsep serta ilmu baharu berkaitan teknologi, malah lebih jauh dari itu menginspirasikan pengalaman bermakna serta impak daripada sebuah komuniti pelaksana (Community of Practice). Selamat maju jaya dan salam hormat :) Alhamdulillah dan tahniah semua di atas kejayaan menganjurkan ceramah tentang kesedaran Cyber Security ini. Saya kira ini satu perkara yang sangat relevan dan bermakna kerana rata-rata pelajar yang hadir ke acara ini mengatakan rasa teruja mereka apabila diberi pendedahan yang sangat bermanfaat kerana ramai dalam kalangan mereka berasakan bahawa sememangnya sebagai pengguna Internet mereka sangat mudah terdedah dengan pelbagai risiko dalam talian. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Cyber Security Malaysia khususnya saudara Ridwan Fathil selaku salah seorang Eksekutif Cyber Security yang telah sudi datang untuk berkongsikan maklumat yang berguna ini. Juga kepada Prof Dekan kami yang sudi hadir untuk perasmian penutup. Your presence is meaningful to all of us! Semoga sedikit pendedahan in membuka mata semua tentang pentingnya kesedaran kita semua tentang risiko-risiko apabila berurusan dalam talian khususnya dalam penggunaan media sosial. Inilah sebahagian daripada tanggungjawab sosial atau fardhu kifayah yang harus sebahagian daripada kita laksanakan. Biarpun kecil namun signifikan! Tahniah semua pelajar kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengjaaran Sumber dan Teknologi Maklumat yang telah bertungkus lumus menjayakan agenda ini!! xoxo 17 Disember tahun ini menjadi satu tarikh yang akan saya kenang selamanya. Alhamdulillah, segala penat lelah serta jerih perih setiap ahli akhirnya membuahkan hasil dan akhirnya tugas merancang, melaksana serta membentang dalam Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat akhirnya terlangsai sudah. Sekalung tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Uniknya seminar ini adalah kerana kesemua ahli jawatankuasa kerja juga merupakan pembentang. Syabas juga kerana sebagai output, lahir sebuah lagi buku di bawah projek kursus GE6433. Harapan saya agar pengalaman dalam kursus seminar ini memberi sesuatu yang bermakna buat semua kerana konsep kursus ini lebih kepada student-centered serta amalan community of practice yang melihat setiap ahli belajar dengan satu sama lain. InsyaAllah setiap topik yang pernah kita bincangkan dapat dihadam dan dijadikan bekalan pengetahuan kerana saya kira kita telah menyentuh banyak topik terkini yang 'trending' dalam pembelajaran menggunakan teknologi maklumat. Di kesempatan ini saya sekali lagi merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih atas segala daya usaha dan komitmen yang sangat tinggi oleh semua pelajar. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat setiap titik peluh yang didedikasikan untuk menjayakan majlis kita bersama ini. Love you all <3 Note: Masa begitu mengejar, maafkan saya kerana mengambil sedikit masa untuk mengabadikan coretan tentang seminar ini! So many things .. yet so little time. Perhaps this saying suits well with what I am facing right now. One after another .. there are always things to be done, I mean quickly done. Ad hoc tasks are unavoidable. But Alhamdulillah He still grants me His Blessings .. no matter how tough the work can be, I managed to accomplish everything on time .. so far. How time flies! It's already 13th week of this semester! And to follow the routine of this course, everybody are seem so busy with all the preparation. I am so honoured with the class commitment and hard working shown by all of you guys. Without your cooperation, I am sure that the seminar will not take place as planned. InshaAllah we will have another seminar this year. Similar to the last year's event, we are putting our effort to complete the compilation of all 15 chapters written by our talented students and publish our book! I am so excited to see the real copy of the book, honestly! And InshaAllah there will be a book launching ceremony on that day. Let's pray to Allah that everything will run smoothly. This seminar will be something that I will cherish too, as I managed to invite my sifu - Prof Wong Su Luan to officiate the seminar and deliver her Keynote speech as well. I can't wait :) Alhamdulillah .. segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana segala usaha keras dan kerjasama yang padu akhirnya berjaya juga kita semua merealisasikan Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat. Tahniah dan tahniah! Saya begitu bangga dengan anda semua! Inilah group terbaik yang pernah saya ada di sepanjang mengendalikan kursus-kursus sarjana! (Pat on your backs!!!) Saya begitu berharap yang proses perbincangan panjang yang kita lalui dalam seminar tempohari memberi ruang yang lebih luas kepada penerokaan pelbagai isu berkaitan pendidikan serta teknologi. Daripada e-learning ke m-learning, LMS dan CMS hingga ke MOOC .. saya kira tajuk-tajuk yang dipersembahkan sangat relevan dengan kehendak semasa. Kupasan tajuk tidak terhenti pada pembentangan semata-mata, namun saya kita kehadiran rakan-rakan baik saya para pensyarah dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat telah banyak memberi warna dan input yang berguna buat kita semua, kan? Itulah kami .. para pensyarah sumber yang mempunyai talian silaturahim yang rapat antara satu sama lain .. yang saling mengukuh sesama sendiri .. (atau kadangkala boleh menjadi devil advocate juga hehe). Saya juga berharap agar persahabatan yang terjalin tidak terputus di sini sahaja. Anda, anda dan anda yang lain pastinya akan bertemu lagi dalam kursus-kursus lain pada semester akan datang .. justeru, peliharalah hubungan baik ini ye .. mudah-mudahan anda semua akan berjaya with flying colours! Jangan lupa bahawa para pensyarah sumber sentiasa di belakang anda di masa susah dan senang. Jemputlah datang ke bilik jika ada apa-apa yang bisa dibantu .. insyaAllah kami akan memberikan yang terbaik untuk semua. Jika ada seminar dalam masa terdekat, jangan segan silu turut serta, ye .. kerana platform sebeginilah yang akan membantu memperkasa kemahiran berkomunikasi serta penyampaian dengan cara yang berkesan. Saya abadikan sebahagian daripada gambar2 sekitar seminar di sini :) |
What do you want to read?
All
Archives
February 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |