17 Disember tahun ini menjadi satu tarikh yang akan saya kenang selamanya. Alhamdulillah, segala penat lelah serta jerih perih setiap ahli akhirnya membuahkan hasil dan akhirnya tugas merancang, melaksana serta membentang dalam Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat akhirnya terlangsai sudah. Sekalung tahniah yang tidak terhingga saya ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Uniknya seminar ini adalah kerana kesemua ahli jawatankuasa kerja juga merupakan pembentang. Syabas juga kerana sebagai output, lahir sebuah lagi buku di bawah projek kursus GE6433. Harapan saya agar pengalaman dalam kursus seminar ini memberi sesuatu yang bermakna buat semua kerana konsep kursus ini lebih kepada student-centered serta amalan community of practice yang melihat setiap ahli belajar dengan satu sama lain. InsyaAllah setiap topik yang pernah kita bincangkan dapat dihadam dan dijadikan bekalan pengetahuan kerana saya kira kita telah menyentuh banyak topik terkini yang 'trending' dalam pembelajaran menggunakan teknologi maklumat. Di kesempatan ini saya sekali lagi merakamkan setinggi2 tahniah dan terima kasih atas segala daya usaha dan komitmen yang sangat tinggi oleh semua pelajar. Semoga Allah memberikan ganjaran yang terbaik buat setiap titik peluh yang didedikasikan untuk menjayakan majlis kita bersama ini. Love you all <3 Note: Masa begitu mengejar, maafkan saya kerana mengambil sedikit masa untuk mengabadikan coretan tentang seminar ini!
0 Comments
Leave a Reply. |
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |