Pembelajaran imersif merujuk kepada proses di mana seorang individu pelajar berada dalam satu suasana pembelajaran interaktif sama ada secara virtual ada bersemuka, dan individu tersebut terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran aktif. Meskipun dalam kebanyakan literatur membincangkan bagaimana Virtual Reality dan Augmented Reality boleh digunakan sebagai platform utama untuk pembelajaran ini, tidak dinafikan bahawa aktiviti secara bersemuka juga boleh memupuk pembelajar imersif secara efektif. Sebagai pensyarah yang gemar melaksanakan pendekatan SoTL dalam P&P, saya seringkali melihat potensi sesuatu pendekatan itu dalam kalangan pelajar saya. Semester ini saya bersama sekumpulan pelajar sarjana Eksekutif yang sentiasa menunjukkan sikap positif serta 'attentive' dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Bermula dengan perbincangan dalam kumpulan sehinggalah kepada pencarian bahan dan pembentangan yang dihasilkan, mereka tetap menunjukkan ciri-ciri pelajar yang benar-benar serius dengan apa yang ditugaskan. Penglibatan yang serius serta aktif inilah sebenarnya yang menjadikan sesuatu pengalaman pembelajaran menjadi imersif. Syabas buat semua! dan tahniah di atas kupasan tajuk yang menarik!
2 Comments
|
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |