Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Buku baharu!

3/29/2021

1 Comment

 
Picture

Buku terkini hasil penulisan para pelajar bagi kursus ini telah berjaya diterbitkan! 

Pendekatan Teknologi Terkini dalam Mendepani Era RI 4.0

SINOPSIS 
BAB 1: REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 DALAM PENDIDIKAN 
Revolusi Industri 4.0 ini secara umumnya adalah melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir kesemua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada Revolusi Industri 1.0 yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, Revolusi Industri 2.0 yang menjurus kepada elektrik dan Revolusi Industri 3.0 yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Dalam ini, penulis mengupas berkenaan RI 4.0 serta sejarahnya dan bagaimana ia diimplementasikan ke dalam sistem pendidikan secara global, terutamanya di Malaysia. Bab ini juga menceritakan tentang komponen utama yang mengukuhkan lagi RI 4.0, sejajar dengan peralihan zaman yang semakin berkembang pesat dan maju. Pembaca juga akan didedahkan dengan kelebihan, kekurangan dan cabaran RI 4.0 di dalam pendidikan di Malaysia, khususnya kepada negara, sistem pendidikan, tenaga pengajar dan pelajar, demi mengisi ruang dan kosong pada setiap pertanyaan asas agar masyarakat lebih cakna tentang perkembangan dan kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi masa kini.
 
BAB 2: INTERNET of THINGS (IoT) 
Internet segala benda (Internet of Things- IoT) ialah platform yang membolehkan pelbagai peranti berhubung dan membentuk satu rangkaian komunikasi gergasi. Ia merupakan platform yang menyediakan bahasa umum untuk peranti dan aplikasi berkomunikasi antara satu sama lain. Di dalam bab ini, maklumat berkenaan definisi, konsep dan sejarah IoT akan dikupas bagi memberi pengetahuan umum kepada pembaca. Gambaran keseluruhan secara menyeluruh tentang IoT juga akan didedahkan kepada pembaca melalui penjelasan dari aspek komponen, senibina dan protokol yang ada di dalam teknologi IoT. Selain itu, pembaca akan diperkenalkan tentang penggunaan IoT dalam bidang-bidang tertentu pada masa kini. Terdapat enam taksonomi IoT dan setiap taksonomi akan diberikan contoh aplikasi yang telah dibangunkan menggunakan teknologi IoT yang memberi impak kepada kehidupan komuniti. Hal berkenaan pelaksanaan dan penggunaan IoT di luar negara dan di dalam Malaysia juga akan disentuh untuk memberi makluman kepada pembaca mengenai teknologi IoT yang ada dipersekitaran tanpa sedar. Seiring dengan cabaran yang wujud, peluang dan kesan penggunaan semestinya juga wujud bersama dalam penggunaan teknologi IoT pada masa kini. Di hujung bab ini, pembaca akan mengetahui tentang peluang implementasi dan kesan penggunaan teknologi ini.

BAB 3: LEARNING ANALYTICS 
Penggunaan perisian data pada masa kini digunakan untuk menganalisis data bagi mengenal pasti sesuatu masalah dan proses untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Ia juga merupakan kunci utama kelangsungan dalam pengembangan dalam pelbagai sektor industri mahupun pendidikan. Proses analisis ini dapat membantu dalam menguruskan perkembangan sumber, kemahiran, prestasi dan juga dapat memaksimumkan strategi untuk mendapat hasil yang lebih baik. Ia juga dapat memberi impak yang positif untuk diaplikasikan dan digunakan dalam sesebuah organisasi dan juga sistem pendidikan. Terdapat beberapa kaedah analisis yang dapat digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dapat diperbaiki dan dibaik pulih untuk masa hadapan. Menerusi bab ini, para pembaca akan didedahkan dengan penggunaan analisis pembelajaran serta kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran. Penulis turut membincangkan mengenai kelebihan-kelemahan proses tersebut dan juga penggunaan analisis pembelajaran dalam sektor industri dan pendidikan.
 
BAB 4: VIRTUAL REALITY (REALITI MAYA) 
Realiti Maya (VR) adalah teknologi pengkomputeran untuk mewujudkan persekitaran yang disimulasikan. VR dapat membawa pengguna ke dalam sesebuah pengalaman maya yang sukar digambarkan. Hal ini adalah berbeza dengan pengalaman yang diperolehi secara fizikal. Kini pengguna dapat mendalami, menyelami serta berinteraksi dengan dunia tiga dimensi (3D) dari skrin di hadapan mereka seperti di alam nyata. Dengan mensimulasikan sebanyak mungkin deria, seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan bau, pengkomputer mengubahnya menjadi gerbang ke dunia buatan ini. Teknologi VR telah digunakan di pelbagai bidang industri selama bertahun-tahun, dari pemasaran dan hiburan hingga ke misi penjelajahan angkasa lepas. VR bakal menjadi pencetus pengalaman yang sangat mendalam dimana pengguna dapat menjelajahi sesebuah pengalaman dengan selamat disamping meneroka sesuatu yang nyata. Bab ini membawa pembaca mengenal dan mendalami aplikasi VR dalam kehidupan. Dengan pengaplikasian VR sebagai media interaksi, penulis merumuskan kandungan penyampaian akan tetap relevan disaat teknologi yang mendasarinya sentiasa berkembang mengikut pekembangan zaman. Bab ini turut meliputi sejarah ringkas perubahan dan perkembangan VR, jenis, sistem dan reka bentuk yang dibangunkan termasuk keperluan perkakasan, integrasi sistem, teknik interaksi, dan penerapan aplikasi serta kelemahan dan kelebihannya.
 
BAB 5: UNIVERSAL DESIGN (REKABENTUK SEJAGAT) 
Universal Design (UD) atau Rekabentuk Sejagat merupakan konsep yang diguna pakai dalam industri rekaan dan penciptaan barangan serta binaan. UD adalah rekabentuk produk dan persekitaran yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin tanpa memerlukan penyesuaian atau rekabentuk khusus. Konsep UD telah diterima baik oleh masyarakat khususnya mereka yang terlibat dalam inovasi dan rekaan sehinggalah ia tidak lagi berkisar tentang produk gunaan am dan binaan sahaja malah ia telah dikembangkan kepada pembinaan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran ataupun lebih dikenali sebagai UDL (Universal Design for learning) iaitu rekabentuk sejagat dalam pembelajaran. Melalui pembacaan bab ini, pembaca akan mengenali tujuh prinsip UD dalam pelaksanaan dasar pendidikan disamping memperkenalkan beberapa kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan prinsip yang sama. Bab ini turut mengupas kelebihan prinsip UDL dan juga cabaran dalam melaksanakannya bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain.
 
BAB 6: PENDIDIKAN JARAK JAUH TERBUKA (OPEN AND DISTANCE LEARNING) 
Open and Distance Learning (ODL) atau Pendidikan Jarak Jauh Terbuka merujuk kepada pengajaran yang fleksibel, boleh diakses oleh semua golongan melalui pendekatan yang pelbagai sama ada secara dalam talian atau secara jarak jauh. Antara istilah lain yang turut digunakan dalam kontek ODL ialah  pendidikan gaya pos, pembelajaran di rumah, pembelajaran kendiri, pengajian luaran, pendidikan berterusan, pengajaran jarak jauh, pendidikan dewasa, Pendidikan berasaskan atau melalui teknologi, pendidikan berpusatkan pelajar, pembelajaran terbuka, akses terbuka, pembelajaran fleksibel dan pembelajaran teragih. Bab ini bukan sahaja mengupas tentang konsep ODL malah turut menyajikan penulisan tentang peluang yang diperolehi oleh golongan yang berbeza dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui bab ini, pembaca akan dapat mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai dengan konsep ODL khususnya melibatkan aktiviti segerak dan bukan segerak.
 
BAB 7: OPEN EDUCATIONAL RESOURCES 
Pembelajaran dalam talian memerlukan sumber yang mencukupi bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) mencapai objektif yang ditetapkan. Pelbagai sumber kini dapat diteroka dengan mudah melalui Internet. Namun, pengguna terdedah dengan hakcipta bahan tersebut. Oleh demikian, bab ini akan mengupas tentang sumber pembelajaran terbuka atau Open Educational Resources (OER) yang dapat diambil dan diubah suai mengikut kesesuaian pengguna. Hakcipta bahan merupakan hak ekslusif terhadap bahan yang dicipta namun pencipta boleh melepaskan hakcipta tersebut dengan meletakkan bahan di domain awam. Sumber pembelajaran terbuka (OER) mempunyai prinsip yang tersendiri dan pengguna boleh mendapatkan sumber tersebut menerusi medium yang akan diterangkan oleh penulis dalam bab ini. Saranan OER oleh UNESCO kepada negara anggota dan Inclusive Open Educational Resources (IOER) akan dikupas dengan lebih lanjut dalam bab ini. Penulis turut membincangkan impak penggunaan sumber pembelajaran terbuka dalam PdP dan cabaran dalam menggunakan OER serta menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan lesen ‘common creative’. Dalam bab ini juga, penggunaan sumber pembelajaran terbuka di Malaysia yang menarik minat kalangan pendidik Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut akan dikupas.

BAB 8: PEMBELAJARAN MIKRO 
Micro learning (ML) atau pembelajaran mikro adalah kaedah pembelajaran yang memecahkan kandungan pembelajaran yang besar kepada unit-unit yang lebih kecil. Pembelajaran mikro menjadi trending sekarang dalam organisasi di mana maklumat yang diterima tidak kompleks atau terlampau berat, pelajarnya mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap apa yang mereka pelajari, pemilihan tempat, bagaimana mereka belajar dan masa mereka belajar, dengan syarat pembelajaran itu benar-benar relevan. Dalam bab ini dimensi-dimensi pembelajaran mikro, kelebihan dan kekangan serta alatan yang diguna pakai akan dibincangkan. Turut dikupas dengan lebih lanjut adalah reka bentuk kandungan mikro yang sesuai untuk dunia pendidikan dan perbincangan diakhiri dengan hala tuju pembelajaran mikro ini dalam pendidikan khususnya di sekolah.
 
BAB 9: PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL 
Menerusi tajuk Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking (CT), penulis mengupas tentang latar belakang istilah CT yang pertama kali digunakan pada tahun 1980 oleh Seymour Papert. CT bermula seawal tahun 1950-an lagi dan terus berkembang sehingga hari ini dengan pelbagai perspektif dan tinjauan baharu. Kemudian ia terus berkembang sehinggalah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah di Malaysia pada tahun 2017. Penulis juga membincangkan tentang pelbagai tafsiran CT oleh beberapa tokoh. CT ialah kemampuan berfikir untuk menyelesaikan masalah secara menyeluruh, logik dan teratur melalui pelbagai pendekatan. Terdapat empat teknik asas dalam CT yang menerapkan langkah sistematik yang membantu kepada penyelesaian masalah yang lebih teratur. Seiring kemajuan semasa, penerapan CT di sekolah telah direalisasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Elemen CT memberi kaedah lain dalam penghasilan sesuatu inovasi yang baharu.
 
BAB 10: KESELAMATAN SIBER 
Tidak dapat dinafikan, seiring dengan kemajuan teknologi dan internet, bilangan ancaman keselamatan dan jenayah siber turut menunjukkan peningkatan yang ketara (Atlas et al, 2020). Walaupun teknologi dan penggunaan internet dianggap sebagai inovasi yang paling berharga, ia turut mempunyai sisi gelap yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna termasuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Bagi mengatasi masalah jenayah siber yang semakin berleluasa ini, elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet perlu dipandang serius. Hal ini kerana, melalui kesedaran dan kefahaman berkaitan keselamatan siber yang tinggi boleh membantu dalam mengurangkan kadar jenayah siber di Malaysia mahupun di peringkat dunia. Menerusi bab ini, para pembaca akan didedahkan dengan apakah cabaran keselamatan siber dan ancamannya, bagaimana guru berperanan dalam memberi kesedaran pendidikan keselamatan siber kepada golongan remaja dan kanak-kanak yang merupakan golongan yang paling berisiko dengan ancaman siber. Pembaca turut disajikan dengan konsep Digital Fluency sebagai salah satu mekanisma perlindungan diri berkaitan jenayah siber.
​
BAB 11: KEFASIHAN DIGITAL (DIGITAL FLUENCY) 
Bab ini mengupas secara lebih mendalam tentang Fasih Digital. Dalam bab ini, pembaca akan didedahkan dengan konsep Fasih Digital di mana ia adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap warga digital dalam mencari, menggunakan dan menyebarkan maklumat digital secara beretika. Seterusnya, perbezaan istilah antara Fasih Digital dan Digital Literasi akan diperincikan secara mendalam bagi memberi pencerahan terhadap kesalahfahaman definisi kedua-duanya. Di samping itu, cabaran dalam literasi maklumat serta isu-isu yang menuntut keperluan terhadap pengetahuan dan kemahiran berkaitan Fasih Digital disebarluaskan dalam dunia pendidikan. Melalui perbincangan tentang topik ini, pembaca juga dibekalkan dengan penerangan mengenai kemahiran yang diperlukan dalam Fasih Digital serta langkah-langkah untuk menerapkan kemahiran tersebut di dalam penggunaan Internet seharian dalam kalangan guru, murid dan pelajar. Akhir sekali, kepentingan dan manfaat dalam mengamalkan Fasih Digital turut dikupas.

Harga: RM25.00
​Postage: RM8.00 
 
* Berminat" Boleh hubungi saya:  013 3883387  
1 Comment
liana link
8/9/2022 11:26:05 pm

thanks for info

Reply



Leave a Reply.

    What do you want to read? 

    All
    Abstracts
    ADDIE Model
    APA Style
    Buku Seminar
    Communities Of Practice
    Cyber Security
    Expectations
    Final Presentation
    Format Bab Dalam Buku
    Good Presentation Tips
    Identities
    Individual Final Presentations
    Literature Review
    Proforma
    Reflections
    Seminar
    The Concept Of Seminar

    RSS Feed

    Archives

    June 2021
    May 2021
    March 2021
    February 2021
    November 2020
    July 2020
    January 2020
    November 2019
    April 2019
    January 2019
    December 2017
    December 2016
    September 2016
    August 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    January 2015
    November 2014
    September 2014

    Buku Hasil Seminar

    Sem 1 2018-2019

    Picture
    Picture

    Sem 1 2016-2017

    Picture
    Picture

    Sem 1 2015-2016

    Picture
    Picture

    Sem 1 2014-2015

    Picture
    Picture
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.
    free counters

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks