Alhamdulillah dan tahniah semua di atas kejayaan menganjurkan ceramah tentang kesedaran Cyber Security ini. Saya kira ini satu perkara yang sangat relevan dan bermakna kerana rata-rata pelajar yang hadir ke acara ini mengatakan rasa teruja mereka apabila diberi pendedahan yang sangat bermanfaat kerana ramai dalam kalangan mereka berasakan bahawa sememangnya sebagai pengguna Internet mereka sangat mudah terdedah dengan pelbagai risiko dalam talian. Saya mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada Cyber Security Malaysia khususnya saudara Ridwan Fathil selaku salah seorang Eksekutif Cyber Security yang telah sudi datang untuk berkongsikan maklumat yang berguna ini. Juga kepada Prof Dekan kami yang sudi hadir untuk perasmian penutup. Your presence is meaningful to all of us! Semoga sedikit pendedahan in membuka mata semua tentang pentingnya kesedaran kita semua tentang risiko-risiko apabila berurusan dalam talian khususnya dalam penggunaan media sosial. Inilah sebahagian daripada tanggungjawab sosial atau fardhu kifayah yang harus sebahagian daripada kita laksanakan. Biarpun kecil namun signifikan! Tahniah semua pelajar kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengjaaran Sumber dan Teknologi Maklumat yang telah bertungkus lumus menjayakan agenda ini!! xoxo
0 Comments
Leave a Reply. |
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |