Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bab dalam Buku Seminar 

11/20/2015

22 Comments

 
Picture
Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua, 

Sepertimana yang telah dipersetujui, untuk semester ini kita akan sama-sama sekali lagi meneruskan aktiviti pembentangan dalam Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Teknologi Maklumat. Bahan pembentangan akan dihasilkan dalam bentuk bab-bab dalam buku. Saya pasti semua sudahpun bersedia dengan tajuk masing-masing kan. 

Please then share your title and abstracts by clicking on the comment section. 
I will look through to decide on the themes. 
Mejar will be with you in today's meeting. InsyaAllah I will be joining you next week. Seems like we have lots of things to do/discuss. 

Till then, see you! 

Dr. F 
​
22 Comments
Nur Afiqah
11/20/2015 06:39:42 pm

TAJUK:
Manfaat Penerapan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pembelajaran Matematik serta Kekangannya.


ABSTRAK
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang semakin meluas telah mempengaruhi kaedah pengajaran guru dengan menerapkan penggunaannya dalam pembelajaran dan pengajaran Matematik. Maka, sebagai pendidik dalam bidang Matematik, kajian literatur ini bertujuan meneroka manfaat penerapan TMK serta kekangan yang dihadapi oleh guru semasa proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Matematik. Penerokaan sorotan kajian yang berkaitan bermula dengan pencarian kajian menggunakan kata kunci berkaitan. Kemudian pemilihan kajian berdasarkan dapatan yang menjawab kepada persoalan kajian yang dibina. Persoalan kajian yang dibina adalah untuk mengekalkan fokus kajian literatur yang diterokai. Hasil daripada penerokaan kajian yang dipilih, didapati manfaat penerapan TMK dalam pengajaran Matematik ialah; menarik minat murid terhadap Matematik, peningkatan prestasi, menggalakan pembelajaran sepanjang hayat dan berlaku hubungan interaktif yang positif. Walaubagaimanapun, beberapa kekangan dihadapi oleh guru Matematik semasa proses pengajaran yang melibatkan TMK. Kekangan yang dikenal pasti ialah guru kurang pengetahuan mengenai TMK, latihan dan peluang pelajari TMK yang minima, serta sokongan teknikal yang terhad. Sehubungan itu, diusulkan dalam kajian ini agar memperbanyak latihan untuk guru Matematik tentang penggunaan komputer dan penerapan TMK bagi tujuan pengajaran mereka. Sokongan teknikal juga perlu dititikberatkan agar menjadi motivasi kepada guru matematik untuk menerapkan elemen TMK dalam pengajaran. Hal ini supaya dapat mengekalkan perubahan dan persepsi positif daripada murid mengenai pembelajaran Matematik.

Reply
Fariza
11/21/2015 07:39:24 am

Terima kasih Fiqah .. teruskan dengan penulisan bab penuh ye. See me if you need to. 👍👍👍

Reply
Jannah
11/21/2015 01:37:10 am

TAJUK
Platform-Platform untuk Massive Open Online Course (MOOCs)

ABSTRAK

Kertas ini adalah bersifat kertas konsep yang membincangkan mengenai platform-platform yang digunakan dalam MOOC. Tujuan kertas ini adalah untuk memberi pendedahan yang optima kepada pembaca mengenai platform MOOC yang ada kerana masih kurang kajian yang menyentuh mengenai platform MOOC. Kaedah yang digunakan adalah analisis comparative yang mana data disusun dengan melihat kepada setiap platform satu persatu serta menyatakan persamaan atau perbezaan yang dikenalpasti. Antara yang dibincangkan adalah mengenai asal-usul platform, bidang kursus yang ditawarkan, penggunaan bahasa, hak cipta dan pengiktirafan. Terdapat pelbagai platform yang menjadi penyumbang kepada MOOC namun begitu dalam kertas ini akan menfokuskan kepada platform yang digunakan di negara kita Malaysia iaitu OpenLearning serta empat lagi platform utama MOOC iaitu Coursera, edX, Udacity dan FutureLearn. Setiap platform ini mempunyai ciri-ciri dan keunikannya yang tersendiri, oleh yang demikian pengguna berhak membuat keputusan sendiri untuk memilih platform mereka sesuai dengan kehendak masing-masing.

Reply
Fariza
11/21/2015 07:41:26 am

Tajuk yg menarik Jannah. Teruskan dengan penghasilan bab ye 👍👍👍

Reply
syaida
11/21/2015 07:53:49 am

TAJUK : Implementasi Aplikasi Web 2.0 Dalam Pendidikan Abad Ke-21


ABSTRAK

Penggunaan teknologi web 2.0 dalam pendidikan pada abad ini bukanlah perkara biasa lagi. Pelbagai aplikasi yang disediakan dalam teknologi web teknologi bagi memenuhi keperluan dibangunkan. Penggunaan teknologi web 2.0 yang diaplikasikan dalam pendidikan mempunyai potensi yang besar untuk menyokong dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Kesesuaian peranan serta sifatnya mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang flexsibel dan menyeronokkan. Bukan itu sahaja, dengan penggunaaan teknologi web 2.0 dalam pendidikan dapat melahirkan pelajar yang celik teknologi, berdaya maju, berfikiran kreatif dan berkemahiran tinggi. Peranan pendidik, pentadbir institusi tinggi dan pelajar perlu bagi menjayakan penggunaan teknologi web 2.0 dalam pendidikan. Strategi Blended Learning, Strategi E-komuniti dan juga Strategi M-Learning adalah konsep yang boleh diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Penggunaan teknologi web 2.0 yang maksimum juga turut menampakkan kesan positif dengan peningkatan penguasaan pengetahuan oleh pelajar. Justeru, mengimplementasikan teknologi web 2.0 dalam pendidikan abad ini dengan menggunakan strategik yang disarankan mampu mengubah corak pendidikan yang lebih berdaya saing.

Reply
Fariza
11/23/2015 02:11:54 am

Syaida,

boelh tambah/ubah sedikit - dlm abstrak ni dengan menerangkan bab ini membincangkan ... (fokus penulisan perlu ada)
Jika pelaksanaan (jgn guna implementasi ye sbb ada istilah dlm BM) apa dia fokus berkaitan -- adakah faktor yang mendorong? faktor mengekang? isu dll?

Reply
Nadirah
11/22/2015 06:56:33 am

TAJUK
Sistem Pengurusan Pembelajaran dan Sistem Pengurusan Kandungan: Satu Analisis Perbandingan

Kertas ini adalah bersifat kertas konsep yang membincangkan mengenai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dan Sistem Pengurusan Kandungan (CMS). Tujuan kajian ini adalah untuk melihat perbandingan antara sistem pengurusan pembelajaran dengan sistem pengurusan kandungan. Kaedah yang digunakan dalam kertas ini adalah analisis perbandingan yang mana maklumat yang diperolehi daripada sorotan kajian-kajian lepas disusun mengikut tema-tema yang dikenalpasti iaitu dari segi jenis LMS dan CMS, platform sumber terbuka dan komersial bagi LMS dan CMS, dan ciri-ciri LMS dan CMS. Terdapat tiga jenis CMS iaitu enterprise CMS, komponen CMS dan web CMS. Manakala LMS pula terdapat dua jenis LMS yang dikenalpasti iaitu Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRIS), dan Perancangan Sumber Perusahaan (ERP). Terdapat pelbagai platform LMS dan CMS yang diguna pakai di setiap institusi. Dan fokus diberikan platform yang digunakan oleh institusi di Malaysia. Setiap LMS dan CMS mempunyai ciri-ciri yang tersendiri, oleh itu dalam pemilihan penggunakan LMS dan CMS oleh mana-mana institusi adalah berdasarkan keperluan setiap institusi tersebut.

Reply
Fariza
11/23/2015 02:13:14 am

OK Nadirah, abstrak nampak berfokus .. selamat maju jaya dengan penulisan bab penuh

Reply
Shahfiezul
11/23/2015 07:15:08 pm

PENGINTEGRASIAN BLENDED LEARNING DALAM PEMBELAJARAN PERSEKITARAN MAYA (VLEFROG)


ABSTRAK
Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLE FROG) merupakan medium pembelajaran maya yang menjadi antara agenda utama dalam pendidikan masa kini. Melalui anjakan ke tujuh di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dinyatakan agenda mentransformasi sistem dengan menyediakan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet kesemua 10,000 sekolah seluruh Malaysia. Artikel ini merupakan kertas konsep yang bertujuan membincangkan konsep pengintegrasian Blended Learning dalam Pembelajaran Persekitaran Maya Frog (VLEFROG). Blended Learning merupakan satu konsep pencampuran model pembelajaran secara konvensional dengan pembelajaran secara maya melalui teknologi maklumat komunikasi. Artikel ini juga membincangkan secara jelas konsep dan komponen blended learning dalam pembelajaran maya. Beberapa teori pembelajaran dan model yang mendasari kajian-kajian berkaitan VLEFROG melalui beberapa artikel juga akan turut dibincangkan. Diharap melalui kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran dengan kemudahan yang disediakan dapat menarik minat pelajar supaya lebih inovatif dan berdaya saing dalam meningkatkan kualiti pendidikan berkonsep maya dalam sistem pendidikan negara.

Kata Kunci : blended learning, pembelajaran persekitaran maya, vlefrog, teori pembelajaran maya,

Reply
Fariza
11/24/2015 07:22:02 am

Shahfiezul, so the focus of the chapter will be on they integration of Blended Learning approach via the use of VLE FROG ye. Make sure that the discussions in the chapter reflect the title. All the best with your writing!

Reply
Samsul link
11/24/2015 07:07:16 am

CABARAN IMPLEMENTASI LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS)DALAM E-PEMBELAJARAN

Abstrak: Artikel ini membincangkan berkenaan cabaran implementasi Learning Management System(LMS) dalam e-pembelajaran di sekolah. Perkembangan teknologi telah memberi impak kepada pelaksanaan e-pembelajaran yang memberi kesan yang positif terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran. LMS merupakan salah satu alat dalam e-pembelajaran yang mengubah cara penyampaian guru dalam pengajaran dan meningkatkan tahap pembelajaran terarah kendiri murid. LMS turut menawarkan pelbagai fungsi dalam pembelajaran maya yang melibatkan komunikasi pelbagai hala dalam proses pembelajaran. Namun begitu terdapat cabaran yang dikenal pasti dalam menjayakan implementasi LMS dalam persekitaran sekolah. Cabaran yang wujud ini mengekang keberkesanan LMS dalam memberikan impak yang maksimum terhadap pembelajaran murid. Tahap kemahiran teknologi maklumat murid, persepsi murid terhadap penggunaan teknologi, penyediaan bahan yang interaktif dan infrastruktur merupakan antara cabaran yang dikenal pasti memberi kesan dalam implementasi LMS di sekolah. Oleh itu bagi memastikan kelancaran dan kesan positif yang maksimum, cabaran yang wujud perlu diatasi berdasarkan punca utama terhadap halangan tersebut.

Reply
Fariza
11/24/2015 07:26:46 am

Samsul,

The word 'implementasi' does note exist in Bahasa. his I suggest you to use 'pelaksanaan' instead. Another thing, if you talk about LMS, indirectly you are actually referring to e-learning, right .. so you might want to change you title a bit because there is redundancy in your current title. All the best!

Reply
Yefrizal bin Nadzir
11/24/2015 09:19:02 am

Tajuk:
Ruang Pembelajaran Maya Untuk Pembelajaran Kendiri Pelajar Di Institusi Latihan Pendidikan Guru

ABSTRAK
Perkembangan teknologi telah banyak mengubah kaedah dan keperluan pembelajaran. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan pembangunan ICT sebagai salah satu agenda utama di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Institut Pendidikan Guru (IPG) merupakan salah satu agensi di dalam KPM yang melaksanakan latihan perguruan bagi pelajar pra-perkhidmatan dan guru dalam perkhidmatan. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di IPG juga turut berubah mengikut perkembangan teknologi. Sehubungan itu, bagi melaksanakan pembelajaran kendiri pelajar, ruang pembelajaran maya yang kondusif perlu disediakan bagi menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bagi meneroka dan mengenalpasti keperluan-keperluan bagi ruang pembelajaran maya. Kaedah kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Sampel kajian adalah pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik yang dipilih secara rawak mudah dan data dikumpulkan melalui temubual secara separa berstruktur. Hasil kajian mendapati terdapat empat kategori elemen keperluan ruang pembelajaran maya pelajar iaitu infrastruktur, sistem pengurusan pembelajaran, peranti mudah alih dan khidmat sokongan ICT. Melalui kajian ini, adalah diharapkan agar ruang yang kondusif dapat disediakan untuk pelaksanaan pembelajaran kendiri pelajar.

Reply
Fariza
11/25/2015 06:30:02 am

Terima kasih Yef untuk abstrak serta kertas kerja penuh. InsyaAllah akan disemak dalam masa terdekat.

Reply
Yefrizal
11/25/2015 09:24:59 am

Tqvm Dr.

Jenny
11/25/2015 07:38:45 am

Integrasi M-Pembelajaran dengan E-Pembelajaran

Abstrak:

Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke E-pembelajaran dan kini M-pembelajaran merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang berkembang dengan cepatnya di Malaysia. M-pembelajaran merupakan pendekatan pembelajaran yang menggabungkan teknologi tanpa wayar dengan pengkomputeran mudah alih. Kertas kerja ini membincangkan keberkesanan melaksanakan teknologi mudah alih dalam pembelajaran dan keupayaan melaksanakan secara besar-besaran. Selain itu, kaitan pendidikan dengan teknologi mudah alih turut dibincangkan. Daripada kajian, didapati bahawa M-pembelajaran boleh dilaksanakan. Kita boleh menggunakan teknologi mudah alih sebagai alat tambahan kepada teknologi pembelajaran yang sedia ada untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan mencapai bilangan pelajar yang lebih banyak. Cadangan untuk menjayakan M-pembelajaran juga diutarakan bagi mengaplikasikan teknik ini di Malaysia.

Reply
Fariza
11/29/2015 01:08:09 am

Hi Jenny
thanks for the abstract. Looks good and let's see how you go about it in the full paper :)

Reply
Jenny
11/29/2015 07:10:57 am

tqvm Dr...^^

Nabilah Binti Othman
11/25/2015 10:45:15 am

PENGGUNAAN MOBILE LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


ABSTRAK


M-learning (Mobile Learning) merupakah salah satu medium pembelajaran yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Pembelajaran secara M-Learning ini perlulah dilaksanakan secara meluas dalam sistem pendidikan di Malaysia.Hal ini kerana pembelajaran secara M-learning tidak terhad dalam bilik kuliah semata-mata tetapi boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan penggunaan peranti mudah alih. Kertas kerja ini merupakan satu kertas tinjauan tentang m-learning di Malaysia yang mengupas tentang definisi m-learning ,konsep m-learning serta kesan positif dan negatif terhadap penggunaan teknologi mudah alih (M-Learning) dalam pendidikan.Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan analisis terhadap kajian-kajian lepas. Secara keseluruhannya, pembelajaran secara M-Learning ini adalah lebih berkesan berbanding pendekatan secara tradisional.

Reply
Fariza
11/29/2015 01:09:52 am

Nabilah .. terima kasih atas abstrak ini. Make sure you share your own thoughts in the conclusion as this will add the value to the chapter. All the best!

Reply
Nabilah Binti Othman
11/29/2015 08:36:12 am

Okey dr. .thanks.nanti sy tambah

lee siew wan
11/30/2015 07:09:04 am

Keberkesanan Penggunaan E Lite Speed (Learning Mangement System) Dalam Pembelajaran Sains Tahun satu di dalam bilik darjah.

Abstrak :
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan Learning Management sytems E Lite Speed tersebut terhadap tahap pencapaian murid-murid Tahun Satu daalam pembelajaran Dunia Sains dan Teknologi di dalam bili darjah serta dibezakan mengikut jantina. Pengkaji telah memilih topik Reka Bentuk 3 D. Reka bentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif di mana kaedah eksperimental digunakan bagi melaksanakan kajian tersebut. Kajian ini melibatkan 20 orang murid-murid yang mendapat Skor A dalam Penilaian Kendalian sekolah kali ketiga dari kelas 1 Gagah dan 1 Mulia dari setiap kelas masing-masing di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tsun Jin ,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sampel tersebut dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan (1G)( Penggunaan LMS) dan kumpulan bebas (1M) di mana setiap kumpulan terdiri daripada 20 orang murid-murid (10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan tanpa mengira bangsa) Instrumen yang telah digunakan adalah latihan buku kerja di bawah topik Reka bentuk 3D.(ujianpra dan ujian pos). Kesemua instrumen yang digunakan mempunyai kesahan dan tahap kebolehpercayaan yang baik. Data-data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian SPSS versi22. Ujian-t (independent sample t-test dan paired sample t-test) juga turut dilakukan untuk menguji hipotesis nul. Hasil kajian mendapati kumpulan murid–murid yang diajar menggunakan LMS Lite Speed learning mempunyai pecapaian skor dalam mata pelajaran sains lebih tinggi manakala murid –murid diajar menggunakan modul 3 D ( kaedah konventional ) juga mempunyai pemahaman yang baik . Data tersebut menujukkkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara murid –murid lelaki dan perempuan dalam penggunaan LMS Lite Speed. Oleh itu, penggunaan LMS Lite Speed mempunyai kesan positif terhadap pencapaian skor mata pelajaran sains murid-murid tahun satu.

Reply



Leave a Reply.

    What do you want to read? 

    All
    Abstracts
    ADDIE Model
    APA Style
    Buku Seminar
    Communities Of Practice
    Cyber Security
    Expectations
    Final Presentation
    Format Bab Dalam Buku
    Good Presentation Tips
    Identities
    Individual Final Presentations
    Literature Review
    Proforma
    Reflections
    Seminar
    The Concept Of Seminar

    RSS Feed

    Archives

    June 2021
    May 2021
    March 2021
    February 2021
    November 2020
    July 2020
    January 2020
    November 2019
    April 2019
    January 2019
    December 2017
    December 2016
    September 2016
    August 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    January 2015
    November 2014
    September 2014

    Buku Hasil Seminar

    Sem 1 2018-2019

    Picture
    Picture

    Sem 1 2016-2017

    Picture
    Picture

    Sem 1 2015-2016

    Picture
    Picture

    Sem 1 2014-2015

    Picture
    Picture
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.
    free counters

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks