Salam semua,
Terima kasih kerana mendaftar untuk kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat ini. Mohon kerjasama anda agar dapat berkongsi sedikit jangkaan anda terhadap kursus ini .. terima kasih. KLIK DI SINI
0 Comments
Alhamdulillah .. segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana segala usaha keras dan kerjasama yang padu akhirnya berjaya juga kita semua merealisasikan Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat. Tahniah dan tahniah! Saya begitu bangga dengan anda semua! Inilah group terbaik yang pernah saya ada di sepanjang mengendalikan kursus-kursus sarjana! (Pat on your backs!!!) Saya begitu berharap yang proses perbincangan panjang yang kita lalui dalam seminar tempohari memberi ruang yang lebih luas kepada penerokaan pelbagai isu berkaitan pendidikan serta teknologi. Daripada e-learning ke m-learning, LMS dan CMS hingga ke MOOC .. saya kira tajuk-tajuk yang dipersembahkan sangat relevan dengan kehendak semasa. Kupasan tajuk tidak terhenti pada pembentangan semata-mata, namun saya kita kehadiran rakan-rakan baik saya para pensyarah dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat telah banyak memberi warna dan input yang berguna buat kita semua, kan? Itulah kami .. para pensyarah sumber yang mempunyai talian silaturahim yang rapat antara satu sama lain .. yang saling mengukuh sesama sendiri .. (atau kadangkala boleh menjadi devil advocate juga hehe). Saya juga berharap agar persahabatan yang terjalin tidak terputus di sini sahaja. Anda, anda dan anda yang lain pastinya akan bertemu lagi dalam kursus-kursus lain pada semester akan datang .. justeru, peliharalah hubungan baik ini ye .. mudah-mudahan anda semua akan berjaya with flying colours! Jangan lupa bahawa para pensyarah sumber sentiasa di belakang anda di masa susah dan senang. Jemputlah datang ke bilik jika ada apa-apa yang bisa dibantu .. insyaAllah kami akan memberikan yang terbaik untuk semua. Jika ada seminar dalam masa terdekat, jangan segan silu turut serta, ye .. kerana platform sebeginilah yang akan membantu memperkasa kemahiran berkomunikasi serta penyampaian dengan cara yang berkesan. Saya abadikan sebahagian daripada gambar2 sekitar seminar di sini :) Salam semua .. Seminar kitapun dah tak lama lagi kan .. bab-bab juga telah dimurnikan ..dan dalam proses kompilasi oleh editors. Hmm .. macamana pula dengan persediaan anda untuk sesi pembentangan? Saya kongsikan video yang memberi kita panduan bagaimana menghasilkan pembentangan yang baik .. semoga dapat direalisasikan kelak semasa seminar kerana kita akan ada Anugerah Pembentang Terbaik nanti :) Video di bawah pula sekadar selingan :D Selamat maju jaya semua :)
Terima kasih kepada JK yang terlibat dalam pembikinan cover buku serta urusan ISBN buku kita. Semoga usaha kita membuahkan hasil insyaAllah ... :)
Salam semua .. di sini saya kongsikan panduan APA style untuk digunapakai dalam setiap penulisan rujukan dalam bab buku kita. (Sumber: http://web.calstatela.edu/library/guides/3apa.pdf) Boleh juga dimuatturn di sini:
Another guide: Sumber: https://writing.wisc.edu/Handbook/PDF/APADocumentation_uwmadison_writingcenter_rev_feb2013.pdf
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Sepertimana yang telah dipersetujui, untuk semester ini kita akan sama-sama sekali lagi meneruskan aktiviti pembentangan dalam Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Teknologi Maklumat. Bahan pembentangan akan dihasilkan dalam bentuk bab-bab dalam buku. Saya pasti semua sudahpun bersedia dengan tajuk masing-masing kan. Please then share your title and abstracts by clicking on the comment section. I will look through to decide on the themes. Mejar will be with you in today's meeting. InsyaAllah I will be joining you next week. Seems like we have lots of things to do/discuss. Till then, see you! Dr. F Buku yang bertajuk Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan merupakan hasil gabungan penulisan para pelajar yang mengikuti kursus ini. Projek ini merupakan tugasan utama yang yang perlu dihasilkan oleh para pelajar. Tujuan penghasilan buku ini adalah sebagai dokumentasi beberapa hasil kajian kepustakaan serta kajian empirikal yang telah mereka jalankan. Tajuk-tajuk bab dalam buku ini adalah refleksi daripada sebahagian cakupan tajuk dalam kursus ini.
Bab-bab dalam buku adalah seperti berikut: Muka hadapan Kata Aluan Penghargaan Abstrak Isi kandungan Bab Penuh
|
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |