Alhamdulillah sekali lagi webinar anjuran para pelajar bagi kursus GE6433 (Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Sarjana Eksekutif. Sekalung tahniah semua yang telah bertungkus lumus membuat persiapan meskipun dalam tempoh yang agak singkat. Tajuk pilihan kali ini adalah tentang Pendidikan Digital. dimana fokus diberikan kepada program Terbuka & Jarak Jauh. Webinar ini agak istimewa kerana dua pelajar ODL yang sedang mengikuti pengajian telah dijemput untuk berkongsi tentang pengalaman mereka sebagai pelajar jarak jauh. Saya turut ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di atas kesudian untuk menjalinkan kerjasama menjayakan projek ini. Semoga terus maju dan semoga bakti yang disemai terus menyubur. Inilah barisan anak didik kursus GE6433 yang terbukti memberikan komitmen padu .. congrats all!! Bagi yang berminat mengikuti intisari webinar bolehlah menontonnya ye.
Jika berminat mengikuti pengajian secara ODL, boleh klik pada LINK INI atau pada banner di bawah:
0 Comments
Kelas kali ini dijalankan secara bersemuka. Setelah sekian lama bersiaran secara maya, saya kira pertemuan secara bersemuka begini memang banyak manfaatnya, malah lebih menyeronokkan. Selamat maju jaya semua .. tugasan kursus ni sikit aje tapi kalau tidak dilaksanakan dengam sempurna, ramai yang terjejas nanti hehe! Congratulations to all my seminar class students for a huge success in organizing a webinar on Digital Citizenship and Educators' Roles! It has been our class' KPI that students are required to organize an event on any topics, as long as it relates to Educational Technology area. For this semester, we agreed to highlight Digital Citizenship as the key title for discussion. Tahniah semua! Looking forward to reading out your reflections on the overall learning process for this course :) So proud of you guys!!! Di sebalik tabir: Kelas eksekutif, adatnya memang begitu.
Kami bertemu dan berpisah. Bertemu lagi dan berpisah lagi. Namun apa pun, alhamdulillah selesai juga perjumpaan kali ke dua bersama anak-anak saya dari program Sumber & Teknologi Maklumat. Thanks everyone for your endless commitment throughout the days we were together. It was a moment to remember by everybody when we explored many new topics together - from Computational Thinking and Cyber Security to Digital Citizenship; from Open & Distance Learning to Virtual Reality. Shout out to Cikgu Anuar and friends for handling the demo session on how to effectively integrate CT into problem solving. I think everybody was having fun, gained more understanding about CT, particularly on how to actually choose appropriate elements in CT so as to be be able to solve issues effectively and efficiently. I believe that once we witness the benefits of CT, and know how to use it rigorously, nobody will leave it behind. Come on everyone, let's inculcate the CT skills among your students and let me know their experience! This must be fun to learn different stories from all of you! Thanks to other groups for your impressive presentations too! We learned how vulnerable a person can be when he/she goes online through Cyber Security group's presentation. That's why it is important for us to be aware of the threats when we are online. Please spread the awareness to all your acquaintances, friends and relatives. What citizenship? Digital Citizenship? How significant is the knowledge of this topic to us? Since it is not something that students will learn formally at school, how can we play our role to disseminate the knowledge and hence, help them to become ethical netizens? Open & Distance Learning might not be a new term for all of us. But, do you think our conception aligns with the actual philosophy of ODL? Does simply going online mean ODL? What difference does it make from remote learning? or e-learning? I do hope our discourse helped enlightened our insights of the notion of ODL! Virtual Reality is another interesting topic. It goes well with the discussion on the concept of AR. We know there are some aspects that differentiate between these two. But how do we dcide when is it appropriate to select VR over AR or vice versa? What kind of skills that can be enhanced through the use of VR in teaching & learning? I do hope this topic opened up our eyes about the beauty of technology which is there to be explored! I am contented with what we went through so far. Wishing you all the best class .. looking forward to reading your mini research report ! ^__^ PENDIDIKAN DIGITAL ERA IR 4.0 SINOPSIS BAB Seiring dengan gelombang era RI 4.0, bidang pendidikan turut menjadi tanggungjawab para pendidik untuk memahami keperluan serta peranan masing-masing bagi melahirkan sumber manusia yang mampu berfungsi selari dengan keperluan dalam era RI 4.0 ini. Anjakan dalam aspek pendekatan dalam pengajaran serta teknologi pembelajaran serta pengintegrasian teknologi pembelajaran harus sentiasa diberi penelitian dan perancangan mendalam serta bermakna agar objektif pembelajaran yang disasarkan akan dapat dicapai secara optimum. Dalam Bab 1, penulis mengupas konsep IoT serta sejarahnya dan bagaimana ia diimplementasikan ke dalam sistem pendidikan secara global dan Malaysia khususnya. Bab berjudul “Internet of Thing” dan Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0 ini juga menerangkan kedudukan dan peranan IoT dalam era RI 4.0 di mana sistem pendidikan kini perlu berupaya menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan mampu berliterasi dengan persekitaran IoT seterusnya menjadi nilai tambah buat mereka sebagai modal insan kelak. Pembaca juga akan didedahkan dengan serba sedikit scenario dan inovasi IoT yang dilaksanakan di peringkat global yang diharapkan dapat dijadikan cetusan buat pendidik tempatan dalam memanfaatkan kelebihan IoT dalam dunia pendidikan. Penggunaan data raya dalam sistem pendidikan RI 4.0 dikupas di dalam bab 2 yang berjudul Data Raya Dalam Pendidikan RI 4.0. Data Raya dalam pendidikan dapat meningkatkan hasil pendidikan menggunakan teknologi di seluruh tahap sistem pendidikan sama ada pada pengajaran, pembelajaran dan juga sistem pentadbiran. Data raya adalah Volume data yang bergerak terlalu cepat dan pantas serta terlalu besar dan kompleks untuk menganalisis dan memproses tanpa menggunakan teknologi yang canggih merujuk kepada sejumlah data besar yang dikumpul dan disimpan atau dikenali juga sebagai Data Besar. Ia membolehkan kita untuk melakukan pencarian, pembandingan maklumat serta melihat korelasi dan trend semasa. Data raya sangat penting untuk aplikasikan dan digunakan dalam sistem pendidikan. Bab 3 pula menyentuh isu berkaitan Kelayakan Mikro (Microcredential). Melalui pembacaan bab ini, pembaca akan disajikan dengan penerangan tentang konsep kelayakan mikro atau microcredentials serta objektifnya selari dengan penekanan terhadap pendidikan sepanjang hayat. Selain itu, kelebihan yang diperolehi dari kelayakan tersebut turut dibincangkan. Di dalam era RI 4.0, kelayakan mikro sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Perubahan daripada kaedah konvensional kepada kaedah kelayakan mikro juga diterangkan dalam bab ini. Dalam pada menghadapi era RI 4.0, amalan pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada chalk and talk semata. Malahan dengan arus perubahan dan senario pembelajaran generasi masa kini yang lebih cenderung kepada terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri, maka pendekatan gamifikasi atau biasanya disebut ‘belajar sambil bermain’ amat bertepatan untuk diterapkan dalam pendidikan kerana ia mampu memotivasikan murid untuk terus belajar seterusnya membawa kepada hasil pendidikan yang lebih baik. Menerusi bab 4 iaitu Gamifikasi Dalam Pendidikan, para pembaca akan didedahkan dengan konsep, teori- teori yang mendasarinya, bentuk-bentuk gamifikasi yang sesuai untuk diterapkan dalam PdP, proses pembentukannya dalam dunia pendidikan seterunya elemen-elemen penting dalam pembentukan sebuah gamifikasi yang baik. Penulis turut membincangkan aspek-aspek perbezaan antara gamifikasi dengan game-based learning selain membincangkan implikasi penerapan gamifikasi dalam pendidikan serta cabarannya dalam mendepani era RI 4.0. Setiap pelajar mempunyai kekuatan, kemahiran, pengalaman serta minat yang unik dan tersendiri. Namun begitu, kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan pada masa kini adalah pembelajaran yang setara kepada semua pelajar yang berbeza. Oleh yang demikian, bab 5 akan mengupas tentang Pembelajaran Peribadi yang merangkumi definisi utama pembelajaran peribadi yang sering digunakan dalam bidang pendidikan. Seiring dengan RI 4.0, pembelajaran peribadi turut mempunyai cabarannya tersendiri terutama dalam penggunaan teknologi yang sentiasa berkembang di mana pembelajaran peribadi merupakan langkah pendekatan pembelajaran yang bukan sahaja menumpukan kepada pelajar itu sendiri, malah mengolah pembelajaran itu sendiri agar bersesuaian dengan potensi serta matlamat pelajar. Buku ini diakhiri dengan Bab 6 di bawah tajuk Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) yang menyentuh tentang konsep Digital Citizenship serta isu-isu yang menuntut keperluan terhadap pengetahuan dan kemahiran berkaitan Digital Citizenship disebarluaskan dalam dunia pendidikan. Penekanan pelaksanaan Digital Citizenship dalam Pendidikan dan juga dalam era RI 4.0 turut dibincangkan. Selain itu, pembaca juga dibekalkan dengan maklumat amalan terbaik Digital Citizenship oleh negara-negara terpilih sebagai Penandaarasan Global Amalan Terbaik. Akhir sekali, cabaran dalam melaksanakan digital Citizenship di Malaysia turut dikupas. Harga RM25.00 Postage: RM8.00 Berminat? Sila hubungi saya 0133883387 Buku terkini hasil penulisan para pelajar bagi kursus ini telah berjaya diterbitkan! Pendekatan Teknologi Terkini dalam Mendepani Era RI 4.0 SINOPSIS BAB 1: REVOLUSI PERINDUSTRIAN 4.0 DALAM PENDIDIKAN Revolusi Industri 4.0 ini secara umumnya adalah melibatkan Internet of Things (IoT) dalam hampir kesemua aspek kehidupan seharian dan berbeza daripada Revolusi Industri 1.0 yang tertumpu kepada penggunaan mesin berkuasa wap, Revolusi Industri 2.0 yang menjurus kepada elektrik dan Revolusi Industri 3.0 yang lebih kepada penggunaan teknologi maklumat (IT). Dalam ini, penulis mengupas berkenaan RI 4.0 serta sejarahnya dan bagaimana ia diimplementasikan ke dalam sistem pendidikan secara global, terutamanya di Malaysia. Bab ini juga menceritakan tentang komponen utama yang mengukuhkan lagi RI 4.0, sejajar dengan peralihan zaman yang semakin berkembang pesat dan maju. Pembaca juga akan didedahkan dengan kelebihan, kekurangan dan cabaran RI 4.0 di dalam pendidikan di Malaysia, khususnya kepada negara, sistem pendidikan, tenaga pengajar dan pelajar, demi mengisi ruang dan kosong pada setiap pertanyaan asas agar masyarakat lebih cakna tentang perkembangan dan kecanggihan teknologi informasi dan komunikasi masa kini. BAB 2: INTERNET of THINGS (IoT) Internet segala benda (Internet of Things- IoT) ialah platform yang membolehkan pelbagai peranti berhubung dan membentuk satu rangkaian komunikasi gergasi. Ia merupakan platform yang menyediakan bahasa umum untuk peranti dan aplikasi berkomunikasi antara satu sama lain. Di dalam bab ini, maklumat berkenaan definisi, konsep dan sejarah IoT akan dikupas bagi memberi pengetahuan umum kepada pembaca. Gambaran keseluruhan secara menyeluruh tentang IoT juga akan didedahkan kepada pembaca melalui penjelasan dari aspek komponen, senibina dan protokol yang ada di dalam teknologi IoT. Selain itu, pembaca akan diperkenalkan tentang penggunaan IoT dalam bidang-bidang tertentu pada masa kini. Terdapat enam taksonomi IoT dan setiap taksonomi akan diberikan contoh aplikasi yang telah dibangunkan menggunakan teknologi IoT yang memberi impak kepada kehidupan komuniti. Hal berkenaan pelaksanaan dan penggunaan IoT di luar negara dan di dalam Malaysia juga akan disentuh untuk memberi makluman kepada pembaca mengenai teknologi IoT yang ada dipersekitaran tanpa sedar. Seiring dengan cabaran yang wujud, peluang dan kesan penggunaan semestinya juga wujud bersama dalam penggunaan teknologi IoT pada masa kini. Di hujung bab ini, pembaca akan mengetahui tentang peluang implementasi dan kesan penggunaan teknologi ini. BAB 3: LEARNING ANALYTICS Penggunaan perisian data pada masa kini digunakan untuk menganalisis data bagi mengenal pasti sesuatu masalah dan proses untuk meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Ia juga merupakan kunci utama kelangsungan dalam pengembangan dalam pelbagai sektor industri mahupun pendidikan. Proses analisis ini dapat membantu dalam menguruskan perkembangan sumber, kemahiran, prestasi dan juga dapat memaksimumkan strategi untuk mendapat hasil yang lebih baik. Ia juga dapat memberi impak yang positif untuk diaplikasikan dan digunakan dalam sesebuah organisasi dan juga sistem pendidikan. Terdapat beberapa kaedah analisis yang dapat digunakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan yang dapat diperbaiki dan dibaik pulih untuk masa hadapan. Menerusi bab ini, para pembaca akan didedahkan dengan penggunaan analisis pembelajaran serta kaedah-kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran. Penulis turut membincangkan mengenai kelebihan-kelemahan proses tersebut dan juga penggunaan analisis pembelajaran dalam sektor industri dan pendidikan. BAB 4: VIRTUAL REALITY (REALITI MAYA) Realiti Maya (VR) adalah teknologi pengkomputeran untuk mewujudkan persekitaran yang disimulasikan. VR dapat membawa pengguna ke dalam sesebuah pengalaman maya yang sukar digambarkan. Hal ini adalah berbeza dengan pengalaman yang diperolehi secara fizikal. Kini pengguna dapat mendalami, menyelami serta berinteraksi dengan dunia tiga dimensi (3D) dari skrin di hadapan mereka seperti di alam nyata. Dengan mensimulasikan sebanyak mungkin deria, seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, dan bau, pengkomputer mengubahnya menjadi gerbang ke dunia buatan ini. Teknologi VR telah digunakan di pelbagai bidang industri selama bertahun-tahun, dari pemasaran dan hiburan hingga ke misi penjelajahan angkasa lepas. VR bakal menjadi pencetus pengalaman yang sangat mendalam dimana pengguna dapat menjelajahi sesebuah pengalaman dengan selamat disamping meneroka sesuatu yang nyata. Bab ini membawa pembaca mengenal dan mendalami aplikasi VR dalam kehidupan. Dengan pengaplikasian VR sebagai media interaksi, penulis merumuskan kandungan penyampaian akan tetap relevan disaat teknologi yang mendasarinya sentiasa berkembang mengikut pekembangan zaman. Bab ini turut meliputi sejarah ringkas perubahan dan perkembangan VR, jenis, sistem dan reka bentuk yang dibangunkan termasuk keperluan perkakasan, integrasi sistem, teknik interaksi, dan penerapan aplikasi serta kelemahan dan kelebihannya. BAB 5: UNIVERSAL DESIGN (REKABENTUK SEJAGAT) Universal Design (UD) atau Rekabentuk Sejagat merupakan konsep yang diguna pakai dalam industri rekaan dan penciptaan barangan serta binaan. UD adalah rekabentuk produk dan persekitaran yang boleh digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin tanpa memerlukan penyesuaian atau rekabentuk khusus. Konsep UD telah diterima baik oleh masyarakat khususnya mereka yang terlibat dalam inovasi dan rekaan sehinggalah ia tidak lagi berkisar tentang produk gunaan am dan binaan sahaja malah ia telah dikembangkan kepada pembinaan kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran ataupun lebih dikenali sebagai UDL (Universal Design for learning) iaitu rekabentuk sejagat dalam pembelajaran. Melalui pembacaan bab ini, pembaca akan mengenali tujuh prinsip UD dalam pelaksanaan dasar pendidikan disamping memperkenalkan beberapa kaedah pembelajaran dan pengajaran menggunakan prinsip yang sama. Bab ini turut mengupas kelebihan prinsip UDL dan juga cabaran dalam melaksanakannya bukan sahaja di Malaysia malah di negara-negara lain. BAB 6: PENDIDIKAN JARAK JAUH TERBUKA (OPEN AND DISTANCE LEARNING) Open and Distance Learning (ODL) atau Pendidikan Jarak Jauh Terbuka merujuk kepada pengajaran yang fleksibel, boleh diakses oleh semua golongan melalui pendekatan yang pelbagai sama ada secara dalam talian atau secara jarak jauh. Antara istilah lain yang turut digunakan dalam kontek ODL ialah pendidikan gaya pos, pembelajaran di rumah, pembelajaran kendiri, pengajian luaran, pendidikan berterusan, pengajaran jarak jauh, pendidikan dewasa, Pendidikan berasaskan atau melalui teknologi, pendidikan berpusatkan pelajar, pembelajaran terbuka, akses terbuka, pembelajaran fleksibel dan pembelajaran teragih. Bab ini bukan sahaja mengupas tentang konsep ODL malah turut menyajikan penulisan tentang peluang yang diperolehi oleh golongan yang berbeza dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Melalui bab ini, pembaca akan dapat mengenalpasti pendekatan pengajaran yang sesuai dengan konsep ODL khususnya melibatkan aktiviti segerak dan bukan segerak. BAB 7: OPEN EDUCATIONAL RESOURCES Pembelajaran dalam talian memerlukan sumber yang mencukupi bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran (PdP) mencapai objektif yang ditetapkan. Pelbagai sumber kini dapat diteroka dengan mudah melalui Internet. Namun, pengguna terdedah dengan hakcipta bahan tersebut. Oleh demikian, bab ini akan mengupas tentang sumber pembelajaran terbuka atau Open Educational Resources (OER) yang dapat diambil dan diubah suai mengikut kesesuaian pengguna. Hakcipta bahan merupakan hak ekslusif terhadap bahan yang dicipta namun pencipta boleh melepaskan hakcipta tersebut dengan meletakkan bahan di domain awam. Sumber pembelajaran terbuka (OER) mempunyai prinsip yang tersendiri dan pengguna boleh mendapatkan sumber tersebut menerusi medium yang akan diterangkan oleh penulis dalam bab ini. Saranan OER oleh UNESCO kepada negara anggota dan Inclusive Open Educational Resources (IOER) akan dikupas dengan lebih lanjut dalam bab ini. Penulis turut membincangkan impak penggunaan sumber pembelajaran terbuka dalam PdP dan cabaran dalam menggunakan OER serta menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan lesen ‘common creative’. Dalam bab ini juga, penggunaan sumber pembelajaran terbuka di Malaysia yang menarik minat kalangan pendidik Institut Pengajian Tinggi (IPT) turut akan dikupas. BAB 8: PEMBELAJARAN MIKRO Micro learning (ML) atau pembelajaran mikro adalah kaedah pembelajaran yang memecahkan kandungan pembelajaran yang besar kepada unit-unit yang lebih kecil. Pembelajaran mikro menjadi trending sekarang dalam organisasi di mana maklumat yang diterima tidak kompleks atau terlampau berat, pelajarnya mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap apa yang mereka pelajari, pemilihan tempat, bagaimana mereka belajar dan masa mereka belajar, dengan syarat pembelajaran itu benar-benar relevan. Dalam bab ini dimensi-dimensi pembelajaran mikro, kelebihan dan kekangan serta alatan yang diguna pakai akan dibincangkan. Turut dikupas dengan lebih lanjut adalah reka bentuk kandungan mikro yang sesuai untuk dunia pendidikan dan perbincangan diakhiri dengan hala tuju pembelajaran mikro ini dalam pendidikan khususnya di sekolah. BAB 9: PEMIKIRAN KOMPUTASIONAL Menerusi tajuk Pemikiran Komputasional atau Computational Thinking (CT), penulis mengupas tentang latar belakang istilah CT yang pertama kali digunakan pada tahun 1980 oleh Seymour Papert. CT bermula seawal tahun 1950-an lagi dan terus berkembang sehingga hari ini dengan pelbagai perspektif dan tinjauan baharu. Kemudian ia terus berkembang sehinggalah diperkenalkan dalam kurikulum sekolah di Malaysia pada tahun 2017. Penulis juga membincangkan tentang pelbagai tafsiran CT oleh beberapa tokoh. CT ialah kemampuan berfikir untuk menyelesaikan masalah secara menyeluruh, logik dan teratur melalui pelbagai pendekatan. Terdapat empat teknik asas dalam CT yang menerapkan langkah sistematik yang membantu kepada penyelesaian masalah yang lebih teratur. Seiring kemajuan semasa, penerapan CT di sekolah telah direalisasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Elemen CT memberi kaedah lain dalam penghasilan sesuatu inovasi yang baharu. BAB 10: KESELAMATAN SIBER Tidak dapat dinafikan, seiring dengan kemajuan teknologi dan internet, bilangan ancaman keselamatan dan jenayah siber turut menunjukkan peningkatan yang ketara (Atlas et al, 2020). Walaupun teknologi dan penggunaan internet dianggap sebagai inovasi yang paling berharga, ia turut mempunyai sisi gelap yang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pengguna termasuk golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Bagi mengatasi masalah jenayah siber yang semakin berleluasa ini, elemen kesedaran dalam kalangan pengguna Internet perlu dipandang serius. Hal ini kerana, melalui kesedaran dan kefahaman berkaitan keselamatan siber yang tinggi boleh membantu dalam mengurangkan kadar jenayah siber di Malaysia mahupun di peringkat dunia. Menerusi bab ini, para pembaca akan didedahkan dengan apakah cabaran keselamatan siber dan ancamannya, bagaimana guru berperanan dalam memberi kesedaran pendidikan keselamatan siber kepada golongan remaja dan kanak-kanak yang merupakan golongan yang paling berisiko dengan ancaman siber. Pembaca turut disajikan dengan konsep Digital Fluency sebagai salah satu mekanisma perlindungan diri berkaitan jenayah siber. BAB 11: KEFASIHAN DIGITAL (DIGITAL FLUENCY) Bab ini mengupas secara lebih mendalam tentang Fasih Digital. Dalam bab ini, pembaca akan didedahkan dengan konsep Fasih Digital di mana ia adalah satu kemahiran yang perlu ada pada setiap warga digital dalam mencari, menggunakan dan menyebarkan maklumat digital secara beretika. Seterusnya, perbezaan istilah antara Fasih Digital dan Digital Literasi akan diperincikan secara mendalam bagi memberi pencerahan terhadap kesalahfahaman definisi kedua-duanya. Di samping itu, cabaran dalam literasi maklumat serta isu-isu yang menuntut keperluan terhadap pengetahuan dan kemahiran berkaitan Fasih Digital disebarluaskan dalam dunia pendidikan. Melalui perbincangan tentang topik ini, pembaca juga dibekalkan dengan penerangan mengenai kemahiran yang diperlukan dalam Fasih Digital serta langkah-langkah untuk menerapkan kemahiran tersebut di dalam penggunaan Internet seharian dalam kalangan guru, murid dan pelajar. Akhir sekali, kepentingan dan manfaat dalam mengamalkan Fasih Digital turut dikupas. Harga: RM25.00 Postage: RM8.00 * Berminat" Boleh hubungi saya: 013 3883387 Pendidikan Digital Era 4.0: Menyantuni Golongan Berkeperluan Khas - begitu judul webinar yang telah berjaya dilaksanakan oleh barisan pelajar bagi kelas GE6433 pada semester ini.
Sekalung tahniah di atas kejayaan yang membanggakan ini! Penyertaan daripada pihak luar yang sangat memberangsangkan sememangnya di luar jangkaan. Alhamdulillah, kupasan yang menarik dariapda pakar-pakar yang dijemput. Tidak ketinggalan dekan kami turut menyumbang kepakaran dan buah fikiran. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pihak terbabit. Entah bila lah agaknya nak belanja mereka ni! Oh oh kiranya belum sempat saya mencatat apa-apa tentang kohort untuk semester 1 2020-2021 ini! Kebanyakan pelajar untuk sem ini merupakan pelajar semester pertama yang baharu saja mendaftar manakala hanya 2 orang merupakan pelajar semester kedua.
Tahniah semua kerana tegar menyahut cabaran untuk mendaftar bagi kelas Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat ini meskipun outcome kursus ini agak menyeramkan bagi sesetengah pelajar (berdasarkan komen pelajar-pelajar terdahulu). Sehingga kini, sebanyak 6 topik telah dibentang dan dibincangkan secara terperinci. Tahniah buat semua yang telah berusaha sedaya baik untuk mencari bahan dan menyusun serta membentangkanya kepada rakan-rakan yang lain. Sememangnya nature of business dalam kursus ini sangat berbentuk student-centred selain active learning yang menjadi paksi utama. I wish you all the best and inshaAllah we will have a further discussion on our proposed seminar within 2-3 weeks from now. Kelas terakhir bersama group pelajar eksekutif untuk semester ini. Pembentangan projek diadakan pada sebelah malam bagi membolehkan semua yang bertugas di sinag hari dapat turut serta dalam sesi ini. Bermula jam 9.00 malam dan berakhir sekitar 11.45 malam. Meskipun ada yang mungkin keletihan namun energy yang dikongsi tetap terasa. Tahniah semua di atas penghasilan projek yang begitu menarik! Didoakan semua terus cemerlang dan berjaya! Penganjuran seminar merupakan salah satu daripada KPI yang perlu dilunasi oleh para pelajar bagi kursus ini. Alhamdulillah buat ke sekian kalinya, projek seminar telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan. Kali ini saya kira, kumpulan ini sangat beruntung kerana mendapat kerjasama daripada pihak Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan KPM dan diberikan peluang menggunakan Auditorium di Bukit Kiara untuk pelaksanaan Seminar Pendidikan Digital dalam Era RI 4.0. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak BSTP, khususnya buat tuan Pengarah, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin yang telah memberikan ruang untuk para pelajar kursus ini merasai sendiri pahit manis dalam penganjuran seminar. Sememangnya, tugasan ini bukan bersifat untuk mengukur kemahiran kognitif seperti tugasan yang lainnya, tetapi lebih kepada softskills, kemahiran berkolaborasi, berkomunikasi malah juga mengukur daya tahan mental mereka yang terlibat. Saya kira, kursus ini antara yang memberi impak kepada perkembangan sahsiah serta kemahiran pengurusan projek buat semua pelajar. Malah bukan itu sahaja, melalui projek ini juga mereka menghasilkan sebuah buku yang turut dilancarkan pada seminar terbabit. Syabas dan tahniah yang setinggi-tingginya buat semua - Syazwan, Haz, Shikin, Jannah, Farahin dan Raja kerana mereka berenam sememamngnya awesome! Saya harap tiada yang serik dengan projek ini ye! Melalui seminar ini juga, kami menjemput beberapa pakar untuk turut sama berkongsi ilmu dengan para audiens - Dr. Masnida (UPM), Dr Abdul Hadi (FTSM UKM) serta Kolonel Mustaffa (Cyber Security Malaysia). |
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |