PENDIDIKAN DIGITAL ERA IR 4.0 SINOPSIS BAB Seiring dengan gelombang era RI 4.0, bidang pendidikan turut menjadi tanggungjawab para pendidik untuk memahami keperluan serta peranan masing-masing bagi melahirkan sumber manusia yang mampu berfungsi selari dengan keperluan dalam era RI 4.0 ini. Anjakan dalam aspek pendekatan dalam pengajaran serta teknologi pembelajaran serta pengintegrasian teknologi pembelajaran harus sentiasa diberi penelitian dan perancangan mendalam serta bermakna agar objektif pembelajaran yang disasarkan akan dapat dicapai secara optimum. Dalam Bab 1, penulis mengupas konsep IoT serta sejarahnya dan bagaimana ia diimplementasikan ke dalam sistem pendidikan secara global dan Malaysia khususnya. Bab berjudul “Internet of Thing” dan Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0 ini juga menerangkan kedudukan dan peranan IoT dalam era RI 4.0 di mana sistem pendidikan kini perlu berupaya menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan mampu berliterasi dengan persekitaran IoT seterusnya menjadi nilai tambah buat mereka sebagai modal insan kelak. Pembaca juga akan didedahkan dengan serba sedikit scenario dan inovasi IoT yang dilaksanakan di peringkat global yang diharapkan dapat dijadikan cetusan buat pendidik tempatan dalam memanfaatkan kelebihan IoT dalam dunia pendidikan. Penggunaan data raya dalam sistem pendidikan RI 4.0 dikupas di dalam bab 2 yang berjudul Data Raya Dalam Pendidikan RI 4.0. Data Raya dalam pendidikan dapat meningkatkan hasil pendidikan menggunakan teknologi di seluruh tahap sistem pendidikan sama ada pada pengajaran, pembelajaran dan juga sistem pentadbiran. Data raya adalah Volume data yang bergerak terlalu cepat dan pantas serta terlalu besar dan kompleks untuk menganalisis dan memproses tanpa menggunakan teknologi yang canggih merujuk kepada sejumlah data besar yang dikumpul dan disimpan atau dikenali juga sebagai Data Besar. Ia membolehkan kita untuk melakukan pencarian, pembandingan maklumat serta melihat korelasi dan trend semasa. Data raya sangat penting untuk aplikasikan dan digunakan dalam sistem pendidikan. Bab 3 pula menyentuh isu berkaitan Kelayakan Mikro (Microcredential). Melalui pembacaan bab ini, pembaca akan disajikan dengan penerangan tentang konsep kelayakan mikro atau microcredentials serta objektifnya selari dengan penekanan terhadap pendidikan sepanjang hayat. Selain itu, kelebihan yang diperolehi dari kelayakan tersebut turut dibincangkan. Di dalam era RI 4.0, kelayakan mikro sememangnya memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Perubahan daripada kaedah konvensional kepada kaedah kelayakan mikro juga diterangkan dalam bab ini. Dalam pada menghadapi era RI 4.0, amalan pengajaran dan pembelajaran tidak hanya tertumpu kepada chalk and talk semata. Malahan dengan arus perubahan dan senario pembelajaran generasi masa kini yang lebih cenderung kepada terarah kendiri, akses kendiri dan kadar kendiri, maka pendekatan gamifikasi atau biasanya disebut ‘belajar sambil bermain’ amat bertepatan untuk diterapkan dalam pendidikan kerana ia mampu memotivasikan murid untuk terus belajar seterusnya membawa kepada hasil pendidikan yang lebih baik. Menerusi bab 4 iaitu Gamifikasi Dalam Pendidikan, para pembaca akan didedahkan dengan konsep, teori- teori yang mendasarinya, bentuk-bentuk gamifikasi yang sesuai untuk diterapkan dalam PdP, proses pembentukannya dalam dunia pendidikan seterunya elemen-elemen penting dalam pembentukan sebuah gamifikasi yang baik. Penulis turut membincangkan aspek-aspek perbezaan antara gamifikasi dengan game-based learning selain membincangkan implikasi penerapan gamifikasi dalam pendidikan serta cabarannya dalam mendepani era RI 4.0. Setiap pelajar mempunyai kekuatan, kemahiran, pengalaman serta minat yang unik dan tersendiri. Namun begitu, kaedah pembelajaran tradisional yang diamalkan pada masa kini adalah pembelajaran yang setara kepada semua pelajar yang berbeza. Oleh yang demikian, bab 5 akan mengupas tentang Pembelajaran Peribadi yang merangkumi definisi utama pembelajaran peribadi yang sering digunakan dalam bidang pendidikan. Seiring dengan RI 4.0, pembelajaran peribadi turut mempunyai cabarannya tersendiri terutama dalam penggunaan teknologi yang sentiasa berkembang di mana pembelajaran peribadi merupakan langkah pendekatan pembelajaran yang bukan sahaja menumpukan kepada pelajar itu sendiri, malah mengolah pembelajaran itu sendiri agar bersesuaian dengan potensi serta matlamat pelajar. Buku ini diakhiri dengan Bab 6 di bawah tajuk Kewarganegaraan Digital (Digital Citizenship) yang menyentuh tentang konsep Digital Citizenship serta isu-isu yang menuntut keperluan terhadap pengetahuan dan kemahiran berkaitan Digital Citizenship disebarluaskan dalam dunia pendidikan. Penekanan pelaksanaan Digital Citizenship dalam Pendidikan dan juga dalam era RI 4.0 turut dibincangkan. Selain itu, pembaca juga dibekalkan dengan maklumat amalan terbaik Digital Citizenship oleh negara-negara terpilih sebagai Penandaarasan Global Amalan Terbaik. Akhir sekali, cabaran dalam melaksanakan digital Citizenship di Malaysia turut dikupas. Harga RM25.00 Postage: RM8.00 Berminat? Sila hubungi saya 0133883387
0 Comments
Leave a Reply. |
What do you want to read?
All
Archives
May 2023
Buku Hasil Seminar
Sem 1 2018-2019Sem 1 2016-2017Sem 1 2015-2016Sem 1 2014-2015This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |