Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Teori Pengembangan Inovasi

6/4/2022

0 Comments

 
Alhamdulillah meski kelas dijalankan pada waktu malam, semangat yang ditunjukkan semua begitu membugar. Tahniah di atas pembentangan tentang teori-teori Pengembangan Inovasi oleh setiap kumpulan. 
Picture
Picture
Picture
0 Comments

Pertemuan  Pertama

8/20/2020

0 Comments

 
Picture

Begitu pantasanya masa berlalu tau-tau kelas eksekutif kembali lagi! Seakan baru semalam markah akhir semester lepas dilangsaikan .. fuhh! Apapun, tanggungjawab dan amanah yang diberi haruslah dilaksanakan sebaiknya. 

Alhamdulillah, seharian bersama dengan para pelajar batch baharu untuk program Sumber dan Teknologi Maklumat yang datang dari pelbagai negeri dan latar belakang .. dan seperti biasa untuk program Sumber dan Teknologi Maklumat, selain para guru, kami sering menerima pelajar dari bidang yang berbeza. Itulah yang membuatkan program ini bersifat holistik serta berpaksikan praktis dalam dunia pekerjaan sebenar - bukan terbatas kepada proses pengajaran pembelajaran di dalam kelasa semata-mata ;) 

Terlalu banyak yang hendak dikongsi bersama pelajar-pelaajr saya pada hari ini sehingga towards the end suarapun sudah terasa serak, tekak terasa perit. Namun seperti biasa, saya puas apabila dapat berkongsi banyak perkara dengan para pelajar. 

Antara yang dibincangkan termasuklah konsep teknologi, pembelajaran serta teknologi pendidikan. Kesemua domaiin dalam Teknologi Pendidikan juga turut dikupas selain perbincangan yang agak mendalam tentang Instructional Design dan 'position'nya di dalam Educational Technology. Class, please remember which one is the big umbrella okay! 

Online visibility mungkin bukan satu topik yang sering diperkatakan, meskipun kesedaran tentang aspek ini merupakan satu perkara yang penting dalam membina imej individu dalam talian. Jika anda seorang profesional, apakah imej dan identiti  yang anda ingin tunjukkan kepada orang lain? Adakah anda tidak kisah apabila ada pengguna internet yang membaca komen-komen kurang manis dan bahasa kesat yang anda gunakan dalam media sosial? Atau kisahkah anda jika penulisan anda yang berbentu 'judgemental' serta mengutuk individu lain yang tersiar dalam blog penulisan anda dibaca khalayak netizen? Oleh itu, berfikir dahulu sebelum mengepos sesuatu dalam talian adalah ramuan penting yang boleh menjamin aspek kualiti dan penghasilan imej positif anda dalam talian. 

Alhamdulillah juga meski masa terlalu suntuk dan memburu - langkah penghasilan bahan e-portofolio serta bahan Augmented Reality berjaya dilangsaikan. Saya bersyukur kerana telah memuatnaik tutorial kesemuanya itu di channel YouTube sendiri jadi mudahlah untuk anda semua merujuknya kemudian hari ye! 

All the best buat semua!

Berikut adalah refleksi pelajar tentang aktiviti pada hari ini. Thanks for all your valuable thoughts! 


Made with Padlet
0 Comments

Konsep Teknologi

8/19/2020

0 Comments

 

Made with Padlet
0 Comments

Sebelum  beraya . . .

5/22/2020

0 Comments

 
Picture

Semenjak musim Covid 19 ini, gambar-gambar screenshot kelas dalam talian muncul di sana sini - kerana inilah normal baharu! So, saya abadikan juga kenangan di sini sempena kelas terakhir bersama pelajar-pelajar GE6543 sebelum cuti Aidil Fitri. 

Mereka tidak ramai namun kerana jumlah yang kecil ini sering menjadikan suasan pembelajaran dan perbincagan sesuatu yang sangat kondusif. Semua orang mampu bercakap dan bertanya. Sesekali bergurau mesra. 

Di slot ini, mereka membentangkan perancangan tugasan yang diberi. Bermula dengan projek Augmented Reality, pembangunan video pendidikan (educational video) dan seterusnya mini kajian. 

Tahniah di atas persiapan yang cukup memberangsangkan. Di atas segala maklumbalas yang diberi, saya berharap semua akan dapat mengambilnya sebagai sesuatu yang membina. 

Pengaplikasian model Instructional Design di dalam projek AR saya kira mampu memberikan pengalaman nyata kepada semua tentang bagaimana ID dapat dimanfaatkan dalam merancang, melaksana dan menilai sesuatu bahan yang dihasilkan. Saya tidak sabar menanti hasil akhir yang akan dipersembahkan. 

Selamat maju jaya semua, jumpa lagi selepas cuti raya :) 

0 Comments

Pembentangan  Projek  Augmented  Reality

4/1/2020

0 Comments

 
Picture
Tahniah semua di atas pembentangan produk AR yang paling menarik di antara kelas-kelas saya yang lainnnya! 
0 Comments

Bengkel Internet of Things

3/28/2020

2 Comments

 
Picture
Fuh fuh .. banyaknya sawang di blog ini! Harap semuanya boleh faham dengan ujian wabak Covid 19 yang melanda, semua kelas ditukar ke mod dalam talian dan bermakna beberapa persediaan perlu dilakukan. Saya malah, meluangkan masa di rumah untuk membangunkan beberapa video tutorial ringkas untuk rujukan rakan-rakan pensyarah lain sebagai bantuan segera yang diperlukan. Beberapa draf artikel yang tergendala juga turut dicanai semula. 

Meskipun berada di rumah bermakna kita telah menjimatkan banyak masa untuk memandu ke tempat kerja namun tempo kerja dan mood ternyata agak menyimpang :(  Justeru, penulisan catatan bengkel ini seringkali tertunda-tunda meskipun hati terasa excited sungguh untuk menulis tentang aktiviti ini! 

Alhamdulillah, perancangan untuk berkolaborasi dengan Asia Pacific University (APU) untuk menjalankan bengkel berkaitan Internet of Things akhirnya menjadi kenyataan pada tanggal 12 Mac 2020. Terima kasih semua pelajar kursus GE6543 Sem ini yang memberikan kerjasama yang tip top untuk sama-sama menjayakan acara ini. 

Bermula dengan perbincangan tentang konsep 4th Industrial Revolution dan letak duduk Internet of Things dalam gelombang 4IR ini, saya kira semua yang hadir jelas tentang peri pentingnya IoT sebagai tulang belakang kepada 4IR. 

Memandangkan kebanyakan yang hadir tidak mempunyai latar belakang tentang IoT secara spesifik, lalu bengkel ini direka bentuk dengan memasukkan sedikit elemen coding menggunakan Arduino agar para peserta dapat merasai sendiri pengalaman penginterasian IoT dan bagaimana aspek koding misalnya terhadap sesuatu device yang hendak digunapakai.

Semuanya excited dan tidak ada yang berganjak dari tempat duduk di sepanjang tempoh bengkel! Syabas semua! Rasanya ini antara kenangan manis kita untuk semester ini bukan? 

Seusai bengkel, pihak APU membawa kami untuk meninjau sekitar kampus. Meskipun ini bukan kali pertama saya diundang ke APU, namun lawatan kali ini memberi lebih gambaran tentang prasarana yang saya kira amat kondusif untuk para pelajar, sejajar dengan tuntutan 4IR serta keperluan pelajar masa kini. Syabas buat pengurusan APU! 

Ramai juga yang saya kira teruja dengan bilik pintar (smart room) kan? Sampaikan ada yang tak berhenti mengambil gambar sana sini .. riuh rendah uols! :P 


So, saya harap acara ini menjadi pengalaman bermakna buat semua ye! Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APU (khususnya En Kamalanathan Shanmugam dan Cik Intan Farahana) di atas kesudian untuk menerima pelajar-pelajar saya ke kampus APU dan sekaligus berkongsi kepakaran tentang IoT dan menjadi maklumat berguna buat semua :) 
 
​#stayathome #takecare #iloveyou
2 Comments

Scan Me!

8/13/2019

0 Comments

 
Picture
0 Comments

Konsep Teknologi, Pendidikan dan Teknologi Pendidikan

8/12/2019

0 Comments

 

Made with Padlet
0 Comments

AR-based Learning Kits

1/5/2019

0 Comments

 
Picture
Time flies so fast that I didn't realized that I had so many things in the blog update list. But people say, it's better late than never, and I believe so :) 

Augmented Reality is no longer a new version of learning technology. Rather, most of us have at least heard about it somewhere. For this group of teacher-students (executive master class) , I gave them a challenge to design and develop an AR learning kits, based on any instructional design model that they chose. 

We had a good time listening and scanning the AR cards during the final presentation. They were unbelievably creative and awesome! Prior to AR-based learning kit presentation, there were also presentations on few topics. One of the groups brought a VR glass for others to try on. I was happy to learn that everybody seemed enthusiastic towards the sharing session. 


As for the AR-based learning kits - I received five kits that focused on various topics (students had a freedom to choose their own topic based on their areas/interest). 

We made a full use of face-to-face time that we had during the second meetings. Every group had to present their product, and acted like they were in a real competition. We moved form one station to another to listen and try out the AR materials. This presentation was not only to test the confident level of the students, but they were encouraged to give constructive feedback on how to improve the kits. Since there were rooms for improvement found, they decided to accept their existing product as a prototype. A final version (V.2) were then sent to my room no long from the presentation date. 

Congrats to all of you who made this activity a fun and exciting one! 
What is more interesting was the fact that - the development of these AR-based learning kits was done by following one ID Model (again students had a freedom to choose which model they wanted to use). I had a good time reading their written reflections on the whole process (each of them had to write a reflection not more than 4000 words at the end of the semester). Aha .. that's why I loveeee emic perspective research!! 

Will share the stories they wrote in the reflection seom other time. 

Phewww .. sorry that I took a loooooong time to write this post. 
See you in the next semester!! ^___^ 

0 Comments

Another momentous occasion

8/26/2018

0 Comments

 
Picture
How time flies!! Tau-tau musim baharu sudah tiba! Kali ini bersama para pelajar master eksekutif, kami berkampung di Bangi untuk mengharugi hari-hari yang panjang :) 

Selamat bersua muka para pelajar bidang Sumber dan Teknologi dan selamat datang ke kelas GE6453. Senang sekali kerana jumlahnya yang tidak begitu ramai - sekitar 15 orang semuanya menjadikan sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lebih interaktif meski masih ada yang malu-malu kucing. 

Pertemuan pertama yang memakan masa sekitar 12 jam rasanya tidak memadai untuk saya menyentuh kesemua topik yang perlu dibincangkan. Namun saya percaya dengan adanya teknologi, banyak perbincangan bermanfaat dapat kita lakukan secara dalam talian. 

Di kesempatan ini juga, para pelajar telah diuji daya fokus dan kerjasama serta berkomunikasi sejajar dengan kemahiran abad ke-21 yang menuntut kemahiran 4C. 

Jangan lupa akan cara-cara pencarian jurnal misalnya JetP serta teknik snowball yang telah kita bincangkan. Manfaatkannya untuk penghasilan tugasan berkumpulan kelak agak hasilnya tip top dan menyebabkan 'dagu saya terjatuh' heh! 

Maaf kerana coretan ini kiranya siaran tertunggak. 
Terlalu banyak yang hendak dicatat namun tersekat di kotak zihni justeru masa yang ada begitu terhad sekali. 

Sehingga ketemu lagi kelas! SMJ! 

Dr F
xoxo 






0 Comments
<<Previous

    What do you want to read?

    All
    21st Century Skills
    Augmented Reality
    Course Topics
    Diffusion Of Innovation
    Disruptive Innovation
    Effective Teaching
    ELearning
    Ely's Conditions
    Expectations
    ICT And Pedagogy
    Internet In Real Time!
    Introduction
    IoT
    Learning Theories
    MOOC
    RIPPLES Model
    Students' Works
    Web 2.0

    Archives

    June 2022
    August 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    August 2019
    January 2019
    August 2018
    May 2018
    October 2017
    July 2017
    March 2017
    December 2016
    November 2016
    September 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    My Students' Prezi

    Hasna
    ​Azureen 

    RSS Feed

    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

    Hey .. whatssup?

      Contact me for any inquiries

    Submit

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks