Semenjak musim Covid 19 ini, gambar-gambar screenshot kelas dalam talian muncul di sana sini - kerana inilah normal baharu! So, saya abadikan juga kenangan di sini sempena kelas terakhir bersama pelajar-pelajar GE6543 sebelum cuti Aidil Fitri. Mereka tidak ramai namun kerana jumlah yang kecil ini sering menjadikan suasan pembelajaran dan perbincagan sesuatu yang sangat kondusif. Semua orang mampu bercakap dan bertanya. Sesekali bergurau mesra. Di slot ini, mereka membentangkan perancangan tugasan yang diberi. Bermula dengan projek Augmented Reality, pembangunan video pendidikan (educational video) dan seterusnya mini kajian. Tahniah di atas persiapan yang cukup memberangsangkan. Di atas segala maklumbalas yang diberi, saya berharap semua akan dapat mengambilnya sebagai sesuatu yang membina. Pengaplikasian model Instructional Design di dalam projek AR saya kira mampu memberikan pengalaman nyata kepada semua tentang bagaimana ID dapat dimanfaatkan dalam merancang, melaksana dan menilai sesuatu bahan yang dihasilkan. Saya tidak sabar menanti hasil akhir yang akan dipersembahkan. Selamat maju jaya semua, jumpa lagi selepas cuti raya :)
0 Comments
Tahniah semua di atas pembentangan produk AR yang paling menarik di antara kelas-kelas saya yang lainnnya! |
What do you want to read?
All
Archives
June 2022
My Students' Prezi
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. Hey .. whatssup? |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |