Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Bengkel Internet of Things

3/28/2020

2 Comments

 
Picture
Fuh fuh .. banyaknya sawang di blog ini! Harap semuanya boleh faham dengan ujian wabak Covid 19 yang melanda, semua kelas ditukar ke mod dalam talian dan bermakna beberapa persediaan perlu dilakukan. Saya malah, meluangkan masa di rumah untuk membangunkan beberapa video tutorial ringkas untuk rujukan rakan-rakan pensyarah lain sebagai bantuan segera yang diperlukan. Beberapa draf artikel yang tergendala juga turut dicanai semula. 

Meskipun berada di rumah bermakna kita telah menjimatkan banyak masa untuk memandu ke tempat kerja namun tempo kerja dan mood ternyata agak menyimpang :(  Justeru, penulisan catatan bengkel ini seringkali tertunda-tunda meskipun hati terasa excited sungguh untuk menulis tentang aktiviti ini! 

Alhamdulillah, perancangan untuk berkolaborasi dengan Asia Pacific University (APU) untuk menjalankan bengkel berkaitan Internet of Things akhirnya menjadi kenyataan pada tanggal 12 Mac 2020. Terima kasih semua pelajar kursus GE6543 Sem ini yang memberikan kerjasama yang tip top untuk sama-sama menjayakan acara ini. 

Bermula dengan perbincangan tentang konsep 4th Industrial Revolution dan letak duduk Internet of Things dalam gelombang 4IR ini, saya kira semua yang hadir jelas tentang peri pentingnya IoT sebagai tulang belakang kepada 4IR. 

Memandangkan kebanyakan yang hadir tidak mempunyai latar belakang tentang IoT secara spesifik, lalu bengkel ini direka bentuk dengan memasukkan sedikit elemen coding menggunakan Arduino agar para peserta dapat merasai sendiri pengalaman penginterasian IoT dan bagaimana aspek koding misalnya terhadap sesuatu device yang hendak digunapakai.

Semuanya excited dan tidak ada yang berganjak dari tempat duduk di sepanjang tempoh bengkel! Syabas semua! Rasanya ini antara kenangan manis kita untuk semester ini bukan? 

Seusai bengkel, pihak APU membawa kami untuk meninjau sekitar kampus. Meskipun ini bukan kali pertama saya diundang ke APU, namun lawatan kali ini memberi lebih gambaran tentang prasarana yang saya kira amat kondusif untuk para pelajar, sejajar dengan tuntutan 4IR serta keperluan pelajar masa kini. Syabas buat pengurusan APU! 

Ramai juga yang saya kira teruja dengan bilik pintar (smart room) kan? Sampaikan ada yang tak berhenti mengambil gambar sana sini .. riuh rendah uols! :P 


So, saya harap acara ini menjadi pengalaman bermakna buat semua ye! Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APU (khususnya En Kamalanathan Shanmugam dan Cik Intan Farahana) di atas kesudian untuk menerima pelajar-pelajar saya ke kampus APU dan sekaligus berkongsi kepakaran tentang IoT dan menjadi maklumat berguna buat semua :) 
 
​#stayathome #takecare #iloveyou
2 Comments

    What do you want to read?

    All
    21st Century Skills
    Augmented Reality
    Course Topics
    Diffusion Of Innovation
    Disruptive Innovation
    Effective Teaching
    ELearning
    Ely's Conditions
    Expectations
    ICT And Pedagogy
    Internet In Real Time!
    Introduction
    IoT
    Learning Theories
    MOOC
    RIPPLES Model
    Students' Works
    Web 2.0

    Archives

    June 2022
    August 2020
    May 2020
    April 2020
    March 2020
    August 2019
    January 2019
    August 2018
    May 2018
    October 2017
    July 2017
    March 2017
    December 2016
    November 2016
    September 2016
    December 2015
    November 2015
    October 2015
    September 2015

    My Students' Prezi

    Hasna
    ​Azureen 

    RSS Feed

    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

    Hey .. whatssup?

      Contact me for any inquiries

    Submit

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks