Fuh fuh .. banyaknya sawang di blog ini! Harap semuanya boleh faham dengan ujian wabak Covid 19 yang melanda, semua kelas ditukar ke mod dalam talian dan bermakna beberapa persediaan perlu dilakukan. Saya malah, meluangkan masa di rumah untuk membangunkan beberapa video tutorial ringkas untuk rujukan rakan-rakan pensyarah lain sebagai bantuan segera yang diperlukan. Beberapa draf artikel yang tergendala juga turut dicanai semula. Meskipun berada di rumah bermakna kita telah menjimatkan banyak masa untuk memandu ke tempat kerja namun tempo kerja dan mood ternyata agak menyimpang :( Justeru, penulisan catatan bengkel ini seringkali tertunda-tunda meskipun hati terasa excited sungguh untuk menulis tentang aktiviti ini! Alhamdulillah, perancangan untuk berkolaborasi dengan Asia Pacific University (APU) untuk menjalankan bengkel berkaitan Internet of Things akhirnya menjadi kenyataan pada tanggal 12 Mac 2020. Terima kasih semua pelajar kursus GE6543 Sem ini yang memberikan kerjasama yang tip top untuk sama-sama menjayakan acara ini. Bermula dengan perbincangan tentang konsep 4th Industrial Revolution dan letak duduk Internet of Things dalam gelombang 4IR ini, saya kira semua yang hadir jelas tentang peri pentingnya IoT sebagai tulang belakang kepada 4IR. Memandangkan kebanyakan yang hadir tidak mempunyai latar belakang tentang IoT secara spesifik, lalu bengkel ini direka bentuk dengan memasukkan sedikit elemen coding menggunakan Arduino agar para peserta dapat merasai sendiri pengalaman penginterasian IoT dan bagaimana aspek koding misalnya terhadap sesuatu device yang hendak digunapakai. Semuanya excited dan tidak ada yang berganjak dari tempat duduk di sepanjang tempoh bengkel! Syabas semua! Rasanya ini antara kenangan manis kita untuk semester ini bukan? Seusai bengkel, pihak APU membawa kami untuk meninjau sekitar kampus. Meskipun ini bukan kali pertama saya diundang ke APU, namun lawatan kali ini memberi lebih gambaran tentang prasarana yang saya kira amat kondusif untuk para pelajar, sejajar dengan tuntutan 4IR serta keperluan pelajar masa kini. Syabas buat pengurusan APU! Ramai juga yang saya kira teruja dengan bilik pintar (smart room) kan? Sampaikan ada yang tak berhenti mengambil gambar sana sini .. riuh rendah uols! :P So, saya harap acara ini menjadi pengalaman bermakna buat semua ye! Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak APU (khususnya En Kamalanathan Shanmugam dan Cik Intan Farahana) di atas kesudian untuk menerima pelajar-pelajar saya ke kampus APU dan sekaligus berkongsi kepakaran tentang IoT dan menjadi maklumat berguna buat semua :) #stayathome #takecare #iloveyou
2 Comments
Nur Ily Imanina
3/28/2020 02:52:57 am
Assalamualaikum, Dr Fariza. Terima kasih banyak Dr, atas peluang yang diberikan untuk kami menimba pengalaman yang sangat menyeronokkan di APU. Banyak pengetahuan mengenai IoT sebagai elemen yang terpenting dalam 4IR dapat diterokai termasuklah pengetahuan asas dalam mengendalikan Arduino UNO. Tak cukup dengan itu, kami juga berpeluang untuk melihat dan merasai sendiri suasana yang kondusif dan penuh dengan penggunaan teknologi di sekitar APU. Ianya adalah sebuah pengalaman menarik yang sarat pengetahuan dan kenangan yang sangat manis untuk diingati, Dr! Saya percaya bahawa barangkali akan ada lagi kenangan yang manis belaka, bakal saya dan rakan-rakan kecapi bersama-sama Dr dalam subjek ini sepanjang semester ini berlangsung. Didoakan agar Dr Fariza dan rakan-rakan sentiasa sihat dan terhindar daripada wabak bahaya yang kian menular ini. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik saja dan dipermudahkan segala urusannya. 🌹
Reply
Leave a Reply. |
What do you want to read?
All
Archives
June 2022
My Students' Prezi
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. Hey .. whatssup? |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |