How time flies!! Tau-tau musim baharu sudah tiba! Kali ini bersama para pelajar master eksekutif, kami berkampung di Bangi untuk mengharugi hari-hari yang panjang :) Selamat bersua muka para pelajar bidang Sumber dan Teknologi dan selamat datang ke kelas GE6453. Senang sekali kerana jumlahnya yang tidak begitu ramai - sekitar 15 orang semuanya menjadikan sesi perbincangan dapat dijalankan dengan lebih interaktif meski masih ada yang malu-malu kucing. Pertemuan pertama yang memakan masa sekitar 12 jam rasanya tidak memadai untuk saya menyentuh kesemua topik yang perlu dibincangkan. Namun saya percaya dengan adanya teknologi, banyak perbincangan bermanfaat dapat kita lakukan secara dalam talian. Di kesempatan ini juga, para pelajar telah diuji daya fokus dan kerjasama serta berkomunikasi sejajar dengan kemahiran abad ke-21 yang menuntut kemahiran 4C. Jangan lupa akan cara-cara pencarian jurnal misalnya JetP serta teknik snowball yang telah kita bincangkan. Manfaatkannya untuk penghasilan tugasan berkumpulan kelak agak hasilnya tip top dan menyebabkan 'dagu saya terjatuh' heh! Maaf kerana coretan ini kiranya siaran tertunggak. Terlalu banyak yang hendak dicatat namun tersekat di kotak zihni justeru masa yang ada begitu terhad sekali. Sehingga ketemu lagi kelas! SMJ! Dr F xoxo
0 Comments
Apa respon anda tentang perkara yang ditonjolkan dalam video ini berkaitan penggunaan teknologi dalam pendidikan ? Sila klik pada ruang komen di bawah:
|
What do you want to read?
All
Archives
August 2020
My Students' Prezi
![]() This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. Hey .. whatssup? |