Begitu pantasanya masa berlalu tau-tau kelas eksekutif kembali lagi! Seakan baru semalam markah akhir semester lepas dilangsaikan .. fuhh! Apapun, tanggungjawab dan amanah yang diberi haruslah dilaksanakan sebaiknya. Alhamdulillah, seharian bersama dengan para pelajar batch baharu untuk program Sumber dan Teknologi Maklumat yang datang dari pelbagai negeri dan latar belakang .. dan seperti biasa untuk program Sumber dan Teknologi Maklumat, selain para guru, kami sering menerima pelajar dari bidang yang berbeza. Itulah yang membuatkan program ini bersifat holistik serta berpaksikan praktis dalam dunia pekerjaan sebenar - bukan terbatas kepada proses pengajaran pembelajaran di dalam kelasa semata-mata ;) Terlalu banyak yang hendak dikongsi bersama pelajar-pelaajr saya pada hari ini sehingga towards the end suarapun sudah terasa serak, tekak terasa perit. Namun seperti biasa, saya puas apabila dapat berkongsi banyak perkara dengan para pelajar. Antara yang dibincangkan termasuklah konsep teknologi, pembelajaran serta teknologi pendidikan. Kesemua domaiin dalam Teknologi Pendidikan juga turut dikupas selain perbincangan yang agak mendalam tentang Instructional Design dan 'position'nya di dalam Educational Technology. Class, please remember which one is the big umbrella okay! Online visibility mungkin bukan satu topik yang sering diperkatakan, meskipun kesedaran tentang aspek ini merupakan satu perkara yang penting dalam membina imej individu dalam talian. Jika anda seorang profesional, apakah imej dan identiti yang anda ingin tunjukkan kepada orang lain? Adakah anda tidak kisah apabila ada pengguna internet yang membaca komen-komen kurang manis dan bahasa kesat yang anda gunakan dalam media sosial? Atau kisahkah anda jika penulisan anda yang berbentu 'judgemental' serta mengutuk individu lain yang tersiar dalam blog penulisan anda dibaca khalayak netizen? Oleh itu, berfikir dahulu sebelum mengepos sesuatu dalam talian adalah ramuan penting yang boleh menjamin aspek kualiti dan penghasilan imej positif anda dalam talian. Alhamdulillah juga meski masa terlalu suntuk dan memburu - langkah penghasilan bahan e-portofolio serta bahan Augmented Reality berjaya dilangsaikan. Saya bersyukur kerana telah memuatnaik tutorial kesemuanya itu di channel YouTube sendiri jadi mudahlah untuk anda semua merujuknya kemudian hari ye! All the best buat semua! Berikut adalah refleksi pelajar tentang aktiviti pada hari ini. Thanks for all your valuable thoughts!
0 Comments
Leave a Reply. |
What do you want to read?
All
Archives
June 2022
My Students' Prezi
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. Hey .. whatssup? |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |