Assalamualaikum semua,
Untuk tujuan tugasan berkumpulan, ada lima tajuk yang telah saya sediakan, iaitu: 1. Facebook dalam Pendidikan 2. YouTube dalam Pendidikan 3. Blog dalam Pendidikan 4. Aplikasi Google dalam Pendidikan 5. Ipad dalam Pendidikan Arahan: a) Sila pilih satu tajuk untuk kumpulan masing-masing. b) Untuk tugasan ini, anda dikehendaki mencari 20 jurnal berteks penuh dan diambil dari database seperti database perpustakaan UKM dan lain-lain. c) Tahun penerbitan hendaklah bermula dari tahun 2010 hingga 2014. d) Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari artikel-artikel tersebut, buat satu sorotan literatur yang lengkap dengan mengkategorikan maklumat tersebut ke dalam sub-sub topik yang bersesuaian. e) Penulisan dan rujukan serta bibliografi hendaklah ditulis mengikut Gaya UKM f) Kesemua artikel yang dimuatturun hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama dengan penulisan yang dihasilkan. Selamat Maju Jaya :)
0 Comments
Leave a Reply. |
GE2153
|