Alhamdulillah, setelah menyelesaikan perbincangan serta bedah siasat blog-blog pendidikan serta perbincangan tentang media tradisional, tutorial minggu ini kita sempat menyaksikan empat pembentangan daripada semua pelajar tentang bagaimana penggunaan sesuaatu media boleh digunakan secara efektif untuk pengajaran dan pembelajaran. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam menghasilkan persembahan yang menarik meskipun dalam tmepoh waktu yang singkat serta terhad. Good job everybody!! Tahniah juga kepada kumpulan yang memenangi Pembentangan Terbaik. Semoga ini memberi lebih motivasi kepada anda semua untuk berusaha dengan lebih tekun lagi pada kelas-kelas yang akan datang ye! :) Berikut merupakan slaid ringkas yang digunakan untuk pembentangan. Semoga memberi manfaat buat semua: InternetLCDPosterVideo
1 Comment
Alhamdulillah, the trip planned went smoothly well - although there were few hiccups here and there but the overall trip was just awesome! Thanks guys, for making this a sweet memorable moment! I do hope that everybody had enough time and space to snap beautiful photos; not only beautiful but you should be bale to demonstrate your photography techniques too! Do not forget to share your art works in your Flickr stream - or alternatively, in your e-portfolios. Can;t wait to see all of them! XOXO Tahniah buat semua yang telah mengemukakan persembahan video yang menarik! Sebagaimana yang anda semua telah lalui, proses menghasilkan video bukanlah suatu proses yang mudah bukan? Ia memerlukan perancangan rapi di samping semangat kerjasama berpasukan serta ketepatan masa. Semoga pengalaman yang anda semua lalui ini dapat memberi panduan untuk menghasilkan bahan-bahan berbentuk multimedia khususnya apabila bergelar guru sebenar di sekolah kelak. Jadikan ilmu dan kemahiran yang diterima dalam kursus Teknologi Pendidikan ini sebagai sebahagian daripada 'mutiara' yang berguna. Mari kita lihat beberapa video hasil pembikinan anda :) Fasa Seorang StudentAku yang Dulu Bukanlah yang SekarangMasa & Minggu AKhirGo CleanAssalamualaikum semua,
Untuk tujuan tugasan berkumpulan, ada lima tajuk yang telah saya sediakan, iaitu: 1. Facebook dalam Pendidikan 2. YouTube dalam Pendidikan 3. Blog dalam Pendidikan 4. Aplikasi Google dalam Pendidikan 5. Ipad dalam Pendidikan Arahan: a) Sila pilih satu tajuk untuk kumpulan masing-masing. b) Untuk tugasan ini, anda dikehendaki mencari 20 jurnal berteks penuh dan diambil dari database seperti database perpustakaan UKM dan lain-lain. c) Tahun penerbitan hendaklah bermula dari tahun 2010 hingga 2014. d) Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari artikel-artikel tersebut, buat satu sorotan literatur yang lengkap dengan mengkategorikan maklumat tersebut ke dalam sub-sub topik yang bersesuaian. e) Penulisan dan rujukan serta bibliografi hendaklah ditulis mengikut Gaya UKM f) Kesemua artikel yang dimuatturun hendaklah dicetak dan dikepilkan bersama dengan penulisan yang dihasilkan. Selamat Maju Jaya :) |
GE2153
|