Memiliki kamera yang sofistikated dengan perincian terkini pun tiada guna jika ilmu fotografi tiada di dada. Akasnya, hanya dengan kamera ringkas dengan perincian automatik mampu menghasilkan kerja seni yang bermutu tinggi sekiranya aktiviti tersebut didasari oleh kefahaman pemiliknya tentang komposisi, pemilihan ruang, cahaya dan perspektif. Saya kongsikan teknik-teknik asas dalam penghasilan fotografi untuk direnung dan dicuba. Kemahiran dalam bidang ini tidak akan dapat dikuasai dengan baik jika tidak disusuli dengan aktiviti hands-on. Jadi saudara-saudari harus mengambil peluang semasa mengikuti kursus ini dengan mengaplikasikan teknik-teknik ini dalam kehidupan seharian, barulah jadi expert gitu! Saya sendiri mempelajari teknik-teknik ini di atas dasar minat dan tidak terfikir bahawa kelak saya juga akan mengajar kursus Fotografi. Senifoto, sama seperti seni dalam penulisan kreatif dapat membangun kapasiti estetika dalam diri anda. Penceritaan dalam setiap gambar yang dihasilkan adalah merupakan manifestasi kepada pemikiran dan perasaan si pengambil. Latihan-latihan ini juga sebenarnya dapat menjadikan seorang photographer lebih sensitif terhadap persekitaran. Perhatikan, biasanya gambar candid akan membangkitkan emosi yang lebih mendalam berbanding dengan gambar yang dihasilkan semasa objek 'sedar' yang dirinya sedang dirakam. Ok saya perlu hentikan bebelan kerana masih banyak perkara perlu diberesi. Salam permisi.
1 Comment
Hello guys, thanks for attending the lecture and spending a little time to jot down your views. Let's see what you have to say! :)
Ramai yang berminat untuk mempelajari teknik penghasilan fotografi secara professional kerana ianya adalah suatu seni yang boleh dibentuk dan dibangunkan berasaskan ilmu dan latihan. Namun, tidak ramai yang mungkin berminat untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang sejarah fotografi bukan? Saya kongsikan penerangan ringkas tentang sedikit sejarah fotografi untuk tatapan semua. Semoga bermanfaat :) #fotografi #historyofphotography Hasrat untuk menyediakan bahan tutorial in telah bertahun-tahun difikirkan namun seringkali masa tidak menyebelahi. Alhamdulillah, sempena musim bekerja dari rumah in, saya sempat mengabadikan masa beberapa hari untuk menyiapkan tutorial ini yang saya kira dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar kelas Fotografi yang perlu membangunkan e-portfolio masing-masing menggunakan Weebly. Semoga semua dapat merujuk kepada tutorial in ye. Dan boleh hubungi saya sekiranya ada sebarang pertanyaan. Oh ya, jangan lupa subscribe kepada channel saya okay! Give me some love guys! :) Thanks! Here is another useful and excellent sharing on the Rule of Thirds by Photographer Talk. In this guide, you can have a deeper look at the rule of thirds - the definition and the explanation of how and why it works.
The link to the actual page can be accessed HERE I would like to thank Rachel for her kind sharing!
Here is the tutorial for using Powtoon 2017 - obviously many features had been changed that makes Powtoon more awesome now! but before that let's listen to these tips and reasons why animation can be one of the best approach to communicate your ideas! |
Welcome to your photography site!!
What do you want to read?
All
Useful LinksKen Rockwell
Hong Kiat SLR Lounge Poppohoto Nikousa Mir WikiHow Cambridge in Colour Digital Photography School Digital Camera World Smashing Magazine Belajar Kamera Your Weebly!!ATIYAH NADHIRAH BINTI SALIM
Ramyah a/p V. Rajendran Nurul Nabila Saad Nurul Huda Mohd Farith Auswenik a/p Paramasivan Mohammad Syazwan Abd Rahim Meor Mohamed Azri Meor Idris Sherry Michelle anak Bumpoh Nur Amanina Sarib Hassan Siti Nazirah Mazlan Muhamad Malyan Saputra Nur Syahirah Mydin Atiyah Nadhirah Salim Izad Firdaus Ya'kob This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. Archives
October 2021
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |