Kelas bersama anak-anak pelajar dari kumpulan sarjana eksekutif sememangnya berlaku dalam tempoh yang begitu singkat namun say sebaiknya menggunakan masa yang ada untuk perkara-perkara yang bermakna serta yang bertepatan dengan keperluan pelajar-pelajar.
Alhamdulillah, tahun-tahun nan lepas sehingga sekarang saya tidak banyak berhadapan dengan masalah meskipun pertemuan hanya berlangsung sepenuhnya dalam talian. Masing-masing mempamerkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi dalam menyaipakn tugasan dan tidak melepaskan peluang untuk mengutarakan soalan sekiranya diberi peluang. Syabas dan tahniah semua .. kebanyakan artikel yang dihasilkan juga banyak yang berkualiti serta publishable - pada hemat saya. Teruskan usaha anda semua .. inshaAllah sehingga berjumpa di pentas konvokesyen!!
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
February 2022
Categories |