Akhirnya tamatlah sudah siri pertemuan untuk kelas Penulisan Akademik 2 untuk semester ini. Jarang-jarang sekali kelas berlanjutan hingga melebihi jam 12 malam tetapi untuk kumpulan ini kami sudah dua kali terbabas hingga menyebabkan sesi berlangsung dalam dua hari ye berbeza!
Kelas terakhir pun begitu di mana semua pelajar menunjukkan hasil keseluruhan artikel yang dihasilkan. Kelas bermula pada 3 Feb jam 9 malam dan tamat pada 4 Feb jam 12.30 pagi :D Apapun, saya berharap agar pengalaman yang dilalui untuk kursus ini menjadi bekal terbaik untuk anda semua menyiapkan penyelidikan dengan sebaiknya. Terima kasih di atas komitmen tinggi yang ditunjukkan semua <3
2 Comments
Kelas bersama anak-anak pelajar dari kumpulan sarjana eksekutif sememangnya berlaku dalam tempoh yang begitu singkat namun say sebaiknya menggunakan masa yang ada untuk perkara-perkara yang bermakna serta yang bertepatan dengan keperluan pelajar-pelajar.
Alhamdulillah, tahun-tahun nan lepas sehingga sekarang saya tidak banyak berhadapan dengan masalah meskipun pertemuan hanya berlangsung sepenuhnya dalam talian. Masing-masing mempamerkan kesungguhan serta disiplin yang tinggi dalam menyaipakn tugasan dan tidak melepaskan peluang untuk mengutarakan soalan sekiranya diberi peluang. Syabas dan tahniah semua .. kebanyakan artikel yang dihasilkan juga banyak yang berkualiti serta publishable - pada hemat saya. Teruskan usaha anda semua .. inshaAllah sehingga berjumpa di pentas konvokesyen!! |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
February 2022
Categories |