Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

Tajuk 

Pengintegrasian aplikasi Weebly dan Google Drive sebagai platform kolaborasi dan portfolio pelajar bagi kursus Komputer dalam Pendidikan 


Ringkasan kajian 

Kajian ini bakal melibatkan proses pengintegrasian aplikasi Weebly serta Google Drive sebagai sebahagian besar komponen Web 2.0 dalam kursus GE1155 (Komputer dalam Pendidikan). Pelajar yang mengikuti kursus ini adalah terdiri daripada seramai 120 orang pelajar tahun satu semester pertama. Dalam kursus GE1155 ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kemahiran penggunaan komputer iaitu sebagai alat (tool), guru (tutor) dan pelajar (tutee). Penggunaan ini secara langsung melibatkan kemahiran dalam penggunaan aplikasi Web 2.0 seperti Weebly, Google Drive, Open Source Office serta aplikasi lain. Dalam usaha meningkatkan kreativiti dan kolaborasi yang maksimum dalam kalangan pelajar dengan ahli kumpulan mereka, pada semester akan datang ini, satu aplikasi Weebly telah disediakan yang bertindak sebagai platform utama untuk rujukan para pelajar, memuat naik tugasan mereka dalam e-Portfolio serta mengintegrasikan penggunaan Google Drive untuk aktiviti berkumpulan. Keseluruhan aktiviti ini diharapkan akan meningkatkan lagi sikap kerjasama yang tinggi dalam kalangan pelajar, menanamkan nilai sebagai ahli dalam komuniti pembelajaran (learning community), serta penghasilan e-portfolio yang bukan sahaja bertindak sebagai medan mempamerkan hasil kerja mereka, tetapi juga sebagai rekod simpanan tugasan yang kekal dan boleh diakses bila-bila masa. 


Penyataan masalah

Pengajaran kursus Komputer dalam Pendidikan selama ini telah menggunakan laman media sosial sebagai platform perbincangan para pelajar, di mana setiap kumpulan kecil dibawah kendali seseroang pensyarah akan menganggotai kumpulan Facebook khusus untuk ahli tutorial mereka. Walaupun perbincangan di media sosial seperti Facebook menyediakan platform yang membantu mereka membuat perbincangan, namun, terdapat runguntan kecil daripada para pelajar bahawa penggunaan Facebook sebenarnya menyebabkan ramai daripada mereka ‘tersasar’ daripada tujuan sebenar (data daripada refleksi pelajar ke atas penggunaan Facebook sebagai platform perbincangan). Penggunaan kumpulan Facebook berdasarkan kumpulan-kumpulan kecil ini pula menyukarkan penyelaras untuk memantau peterlibatan para pelajar. Selama ini juga, pembangunan portfolio pelajar hanya dikongsi dengan pensyarah melalui Dropbox dan Facebook. Kelemahan sistem ini ialah, hasil kerja para pelajar hanya diletakkan dalam satu folder dan ini menyukarkan pensyarah untuk mengaksesnya satu-persatu. Penggunaan Weebly sebagai laman di atas talian untuk para pelajar memuat naik kesemua tugasan mereka akan membolehkan semua pelajar melihat hasil tugasan rakan-rakan yang lain.

Banyak kajian menunjukkan kesan yang positif terhadap penggunaan portfolio di atas talian tetapi tidak banyak yang mengungkap bagaimanakah langkah-langkah serta proses yang diambil sebelum, semasa dan selepas proses pembangunan portfolio ini. Rekod terhadap setiap proses yang dilalui amat penting kerana ini akan memberi panduan kepada pengkaji-pengkaji lain pada masa akan datang yang turut ingin menggunakan Weebly sebagai platform portfolio untuk para pelajar mereka. 


Sorotan literatur 

Pembelajaran secara kolaborasi (collaborative learning) merupakan pendekatan yang melibatkan sekelompok pelajar untuk belajar bersama dengan ahli-ahli kumpulan melalui proses penyelesaian masalah, melaksanakan tugasan berkumpulan, atau untuk menghasilkan sesuatu produk tertentu. Pendekatan ini didasari oleh kefahaman bahawa pembelajaran berlaku secara semulajadi dalam situasi sosial yang melibatkan perkongsian, perbincangan dan komunikasi dalam kalangan pelajar, sama ada secara bersemuka atau maya (Wenger, 1998). Ciri-ciri utama dalam pembelajaran kolaboratif ini melibatkan beberapa aspek, iaitu: saling bergantungan antara ahli kumpulan, rasa tanggungjawab sebagai ahli, akauntability serta identiti sebagai ahli dalam komunitti pembelajaran (Wenger et al., 2002).

Banyak kajian yang telah membuktikan bagaimana pembelajaran melalui kolaborasi atas talian dapat meningkatkan kapasiti pelajar untuk menguasai sesuatu bidang atau topik yang dipelajari. Perkongsian maklumat di atas talian bukan sahaja membolehkan pelajar yang terlibat untuk berkongsi bahan, idea dan pengetahuan, malah memberi pendedahan kepada pelajar tentang aktiviti yang lebih fleksibel di samping dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga (Boling dan Martin, 2005; Watson, 2006), serta membolehkan perbincangan secara ‘synchronous’ atau ‘asynchronous’ (Baran dan Cagilty, 2006). Lebih penting daripada itu, aktiviti perkongsian serta kolaborasi dalam kalangan pelajar diharapkan agar dapat membentuk hubungan positif, dorongan serta sokongan untuk mereka lebih maju dan berkemahiran (Bierema dan Merriam, 2002).

Topik-topik dalam kursus Komputer dalam Pendidikan banyak melibatkan kapasiti pelajar untuk menghurai, mencari makna serta membangunkan kesimpulan sendiri berdasarkan penemuan mereka terhadap maklumat-maklumat berkaitan setiap topik, misalnya Kemahiran Abad ke 21, Etika dalam Penggunaan Website, perbezaan antara Course Management System dan Learning Management System dan pelbagai topik lagi. Pendekatan pembelajaran secara kolaboratif amat perlu diterapkan agar pelajar tidak lagi disuap dengan maklumat daripada pensyarah, sebaliknya mereka harus bertindak secara proaktif untuk mendapatkan maklumat berkaitan. Perbincangan dengan ahli kumpulan serta perkongsian bahan dan penulisan tugasan boleh dioptimumkan melalui penggunaan Google Drive. Aplikasi Docs, Spreadsheet dan Forms yang tersedia dalam Google Drive boleh membantu pelajar menghasilkan tugasan secara serentak dengan memastikan setiap individu memberi input secara aktif. Ini kerana, melalui penggunaan Google Docs, setiap perubahan atau penambahan dalam penulisan projek akan disimpan secara automatik (autosave).

Penggunaan Weebly sebagai platform untuk portfolio pula membolehkan para pelajar bukan sahaja untuk meneroka satu aplikasi Web 2.0 yang baru tetapi juga akan berkebolehan untuk mempamerkan keseluruhan tugasan mereka dalam portfolio yang akan dibangunkan. Weebly merupakan satu aplikasi atas talian yang membolehkan pengguna merekabentuk dan membangunkan laman web, blog serta forum untuk berinteraksi secara percuma tanpa menggunakan sebarang kod HTML. Di antara kriteria utama dalam penggunaan laman mengedit Weebly adalah wujudnya konsep tarik dan lepas (drag and drop) serta pelbagai aplikasi lain. Ini menjadikan Weebly sebagai pilihan oleh lebih 20 juta pengguna berdaftar (Weebly, 2004).

Di samping itu juga, Weebly menyediakan kemudahan untuk pengguna dalam sebelas bahasa utama dunia, selain ianya dapat diguna secara efektif bukan sahaja menggunakan komputer riba, malahan tablet dan juga telefon pintar. Kemudahan ini selaras dengan tuntutan serta perkembangan semasa dalam penggunaan pelbagai peralatan untuk penulisan atau pembangunan laman web. Seperti host yang lain, Weebly menyediakan rekaan yang menarik dan pelbagai corak untuk disesuaikan dengan pengguna dan sasarannya.

Objektif

1. Mendokumentasikan proses pembangunan, pelaksanaan, dan penilaian Weebly sebagai platform e-portfolio secara bersistematik.
2. Menghasilkan portfolio atas talian oleh para pelajar secara bersistematik.
3. Mengenalpasti kesan dalam aktiviti penggunaan Weebly dan pengintegrasian Web 2.0 dalam meningkatkan kemahiran pelajar berkaitan Komputer dalam Pendidikan. 



Metodologi

Kajian ini akan dilaksanakan menggunakan pendekatan Kajian Tindakan yang melibatkan enkuiri, serta refleksi dalam setiap fasa terlibat (Whitehead et al., 2003). Kajian ini secara tersiratnya bertujuan untuk membantu pelaksanaan pengajaran serta pembelajaran pelajar ke arah yang lebih berkesan berbanding semester-semester daripada sebelumnya. Ini selaras dengan apa yang diutarakan oleh Meyer (2000) yang menyifatkan kajian tindakan sebagai satu pendekatan yang memfokuskan penyelesaian kepada kekusutan yang dialami serta memberikan ruang yang luas kepada penyelidik untuk merancang, melaksana serta menilai semula aktiviti yang dilakukan itu, serta melibatkan refleksi yang telus daripada penyelidik itu sendiri (Koshy, 2010).

Empat fasa utama yang akan dilibatkaan dalam pelaksanaan kajian ini adalah: (a) perancangan, (b) pelaksanaan dan pemantauan, (c) refleksi ke atas proses yang dilalui serta (d) perancangan semula (Kemmis dan McTaggart, 2000). Pengumpulan data kajian akan melibatkan beberapa sumber serta tujuan sebagai mana tertera:  

Peserta kajian
  • 4 orang pensyarah yang mengendalikan kursus Komputer dalam Pendidikan di sepanjang semester 1 2014-2015 
  • 120 pelajar yang dibahagikan kepada lima kumpulan tutorial 

 Objektif Pengumpulan Data 
  • Mendapatkan pandangan tentang perancangan pembangunan Weebly sebagai platform untuk perkongsian bahan pengajaran, perbincangan serta portfolio pelajar 
  • Mendapatkan maklumbalas tentang pelaksanaan, serta masalah yang dihadapi untuk ditambahbaik 
  • Melihat pola perbincangan mereka serta masalah berkaitan penggunaan Weebly atau GoogleDrive, serta cadangan penambahbaikan 

Kaedah pengumpulan data
  • Temubual berfokus (focus-group)
  • Soal selidik 
  • Data perbincangan pelajar 120 pelajar yang mengambil kursus ini 

Penganalisisan data
  • Data temubual serta perbincangan di atas talian oleh para pelajar akan dianalisis secara bertema (thematic analysis) berpandukan objektif kajian secara ‘constant comparative’ (Kemmis dan McTaggart, 2000). Tema yang dihasilkan melalui proses analisis akan diintepretasi serta disahkan oleh peserta kajian sebagai verifikasi (Bryman, 2004). Dapatan kajian akan digunakan untuk mengenalpasti perkara yang memerlukan penambahbaikan pada pelaksanaan akan datang. 
 

Rujukan 

  1. Baran, B., & Cagiltay, K. (2006). Knowledge management and online communities of practice in teacher education. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 5(3), 1303-6521.
  2. Bierema, L. L., & Merriam, S. B. (2002). Virtual mentoring: Using technology to enhance the mentoring process. Innovative Higher Education, 26 (3), 211-227.
  3. Boling, C. J., & Martin, S. (2005). Supporting teacher change through online professional development. The Journal of Educators Online, 2 (1), 1-15.
  4. Bryman, A. (2004). Social research methods (2nd ed.). Oxford: Oxford University Press Inc.
  5. Kemmis dan McTaggart, 2000). Kemmis, S., & McTaggart, R. (2000). Participatory action research. In N. Denzin & Y. Lincoln (Eds.), Handbook of qualitative research (2nd ed., pp. 567–605). Thousand Oaks, CA: Sage.
  6. Koshy, 2010). Action research for improving educational research: A step-by-step guide. London: Sage.
  7. Watson, S. (2006). Virtual mentoring in higher education: Teacher education and cyber-connections. International Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 18 (3), 168-179.
  8. Wenger, E. (1998). Communities of practice: Learning, meaning, and identity. NY: Cambridge University Press.
  9. Wenger, E., McDermont, R., & Snyder, W. M. (2002). Cultivating communities of practice. Boston: Harvard University Business School Press.
  10. Weebly. (2014). The weebly blog. Retrieved from www.blog.weebly.com. 

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Teaching
    • GP6193 Asas Teknologi Pendidikan
    • GB6022 Academic Writing 2
    • GE1153 Computer in Education
    • GE2153 Educational Technology
    • GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning
    • GE3403 Photography
    • GB6013 Research Methods
    • GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
    • GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan
    • Supervision
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks