Menuju puncak .. gemilang cahaya .. eh tapi bukan akademi fantasia punya cerita .. ini Akademia Nyata!
Alhamdulillah ala kulli hal .. dua pelajar Sarjana saya dalam program Sumber dan Teknologi Maklumat telah berjaya menyempurnakan penyelidikan dan seterusnya menyiapkan Bab 1 hingga 5 dengan jayanya. Tahniah Nadirah dan Afiqah! Kedua2nya graduan UTM Skudai, datang ke UKM dan kebetulan pula sama-sama di bawah penyelia yang sama :) Saya kira kedua2nya punya banyak cerita yang boleh dikongsi .. suka-duka dan jerih-perih yang dilalui pasti menjadi kenangan abadi sebagai seorang mahasiswa sarjana. Gambar di bawah diabadikan sempena hari pembentangan kertas projek 2 baru-baru ini. Sesungguhnya. proses penulisan tidak akan semudah ABC - justeru, banyak lekok dan persinggahan (serta kadang-kadang memerlukan U-turn dibuat) .. namun saya bangga dengan pencapaian keduanya kerana tidak pernah merungut dengan permintaan saya untuk menambah, mengurang di sana sini. Semoga Allah memberkati hidup kalian berdua - Nadirah dan Afiqah. Nantikan foto berjubah oren pula November nanti :)
4 Comments
Cerita semalam.
Malam Apresiasi Prasiswazah Fakulti Pendidikan untuk tahun ini diadakan di Hotel Bangi-Putrajaya. Saya tidak pernah melepaskan peluang untuk meraikan anak-anak didik khususnya pelajar tahun akhir yang bakal bergraduat setiap tahun kerana saya kira inilah masanya untuk duduk-duduk dan bersembang tentang masa hadapan, aspirasi kerjaya di samping merapatkan silaturahmi pastinya. Malang sekali dua pelajar di bawah bimbingan saya tidak dapat hadir ke majlis makan malam ini meskipun saya telah bersedia untuk menaja tempat duduk mereka. Rugi untuk mereka melepaskan momen sebegini di kala pengalaman sebagai pelajar pra-siswazah semakin kian menghampiri titik akhir. Pelajar fakulti yang merupakan bakal-bakal guru, Banyak hal yang menanti di luar sana. Di saat kakimu melangkah memasuki pintu pagar sekolah, di saat itu juga kau harus membuka ruang fikir dan tindak. Banyak perkara yang tidak bisa dihadam dengan akal biasa yang menantimu di dalam bilik darjah, di ruang bilik guru malah di pejabat sekolah. Hanya dengan pengalaman, kau akan membangunkan jati diri serta aspirasi kendiri. Jangan sesekali mengharapkan segala yang muluk dan mudah dan tuntas, justeru pancawarna yang bakal menyulami kehidupanmu sebagai guru tidak semudah diangankan. Hanya jika niatmu suci, minatmu abadi, sabarmu terpuji, untuk menjadi teladan suri buat anak bangsa sendiri .. baharu kau temui kebahagiaan abadi. Kepada semua bekas pelajar saya yang bakal bergraduat, saya mengucapkan selamat maju jaya! Alhamdulillah, atas segala kurnia dan rahmat daripada-Nya. Syukur ya Allah di atas usia yang masih bersisa, udara yang masih dihirup dan hayat nadi yang masih berdenyut.
Sahabat yang saya hormati dan sanjungi - Dr Faizah telah sudi menjemput saya sebagai sebahagian daripada ahli penyelidikan untuk mengembara ke bumi Hoi Ann dan Danang di Vietnam. Kami terbang ke sana seramai lima orang. Tujuan asas lawatan kali ini adalah untuk meninjau sektor pelancongan di dua tempat ini serta sekaligus cuba memahami gaya hidup rakyat di sana. Bertindak sebagai etnographers, banyak yang perlu diperhatikan - adat budaya, cara hidup, persekitaran, bahasa malah cara pergaulan. Kembara ini turut memberi ruang untuk saya menikmati syurga dunia alam ciptaan Tuhan. Meski kepenatan diheret perjalanan nan panjang. namun kala melihat indahnya langit senja di sana, hati tiba-tiba jauh mengembara. Terasa benar akan kerdilnya kita sebagai hamba yang menumpang di satu sudut paling kecil dalam dunia nan luas terbentang ini! Alhamdulillah sykur kepada Allah jua di atas kurnia kehidupan serta ujian dan nikmat yang datang dan pergi. Syukur sekali lagi di atas kurniaan masa yang diberi untuk diisi dengan segala macam perkara - namun aku pohon keampunan dan taubat daripada-Mu ya Allah andai diri ini lalai dari memeprgunakan masa untuk jalan yang diredhai-Mu. Ah, April sudah menggulung tirai akhir. Mei bakal menjelma. 2016 sudah habis sepertiga kiranya. Banyak perkara yang berlaku dengan kehendak mahupun sebaliknya. Namun hidup perlu diteruskan jua! Saya kira dalam hidup ini, kita perlukan kepuasan kerana orang-orang yang tidak puas hatinya akan berasa kosong dan tidak bermakna. Alhamdulillah di atas kurniaan itu juga, saya mendapat satu hadiah nikmat - nikmat memberi dan kepuasan hati. Satu kumpulan kecil pelajar-pelajar saya berkumpul pada pagi ini untuk menelaah satu daripada CAQDAS (Computer-Assisted Qualitative Data Analysis) yang bernama Nvivo. Kami berbincang tentang bagaimana proses penglahiran tema serta koding, falsafah di sebalik 'grounded apporach' serta bagaimana mengintepretasi data yang diperolehi. Masing-masing kelihatan fokus dan saya mendoakan semuanya berjaya dalam melaksanakan proses penyelidikan dengan bermakna serta membuahkan hikmah (wisdom), amin ... NOTA BENGKEL BOLEH DIDAPATI DI SINI K-Novasi UKM kali ke dua telah selamat berlangsung pada 16-18 Februari 2016.
Saya hanya menghantar satu penyertaan poster penyelidikan di bawah tajuk CMS-4-CoP: Using a Content Management System to Facilitate the Development of A Community of Practice yang melibatkan penggunaan laman web Weebly saya ini untuk tujuan P&P melalui pendekatan Community of Practice. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih buat kedua juri yang percaya dengan produk dan usaha kecil ini sehingga layak dianugerahi pingat emas, alhamdulillah. Semoga Allah mempermudahkan pula urusan kedua-duanya di dunia dan akhirat, ameen ya rabb. Sebanyak 45 pingat emas dimenangi dan selebihnya pingat perak dan gangsa. Penyertaan pada tahun ini jauh lebih banyak berbanding tahun lepas. Ujar Prof Radha, Knovasi tahun hadapan pasti lebih menarik kerana penyertaan akan dibuka kepada universiti luar. Pasti lebih sengit saya kira. Apapun, alhamdulillah .. syukur jua kepada-Mu Ya Rabb di atas kenangan manis ini. Minggu yang agak padat. Demam urat pula melanda. Ya Syaafi .. ishfini shifa'an aajlian amen.. Barang yang lepas jangan dikenang. Begitu kata orang namun kebiasaannya ujaran ini disebut bagi merujuk perkara ralat yang jika dikenang tiada gunanya, serta tidak mengubah apa-apa ketentuan yang telah terjadi. Sebaiknya dalam keadaan sedemikian, seseorang perlu terus memandang ke hadapan, menggendong bekal resolusi terbaik untuk mencapai sesuatu yang lebih baik serta melupakan ralat yang terjadi. Namun yang dikenang ini sesuatu yang manis, malah bisa membakar semangat untuk terus produktif dengan redha-Nya jua. Nucel2015Bermula 14-15 Disember 2015, jadual tersusun padat. National University Carnival on e-Learning (NUCEL 2015) pada tahun ini berlangsung di UPSI. Saya membawa tiga pelajar Sarjana sebagai pendedahan terhadap karnival tahunan ini. Kebetulan, kesemuanya dalam bidang Sumber dan Teknologi Maklumat dan berada di bawah penyeliaan saya sendiri. Shafiezul, Nadirah dan Afiqah. Saya menghantar satu poster ringkas tentang profil penggunaan komuniti atas talian yang sedang dalam proses pilot untuk Geran Galakan Penyelidik Muda. Mereka diberi peluang bersoal jawab dengan juri tentang kajian tersebut ketika saya sibuk menjuri penyertaan di booth lain. Alhamdulillah, pingat perak mejadi milik kami. Tahniah buat semua! (^_____^) Syukur juga kerana di penghujung majlis penutup nama saya diumumkan sebagai penerima Anugerah e-Pembelajaran Kebangsaan untuk kategori edublog/wiki e-Pembelajaran Terbaik. Tidak pernah saya sangka akan terpilih sebagai pemenang kerana saya hanya sekadar mengisi borang penyertaan yang telah dinamakan oleh pihak PPTP UKM. Alhamdulillah ala kulli hal .. SkepenPulang dari UPSI, 16-17 Disember pula merupakan tarikh Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara. Mujur lokasinya tidak jauh - AKEPT. Sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana, saya perlu hadir di sana selama seminar dijalankan. Tambahan pula, ingin memberi sokongan moral buat pelajar-pelajar saya yang turut membentangkan kertas kerja mereka. Paling menyeronokkan, semua pelajar dari kursus Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat hadir ke seminar ini sebagai sebahagian pengisian kursus. |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |