Tahun baharu, azam baharu, visi baharu dan semangat yang baharu! Maka 2018 disambut dengan rasa pelbagai, azam berwarna-warni. Selari dengan kedatangan tahun baharu ini juga, Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri KPT turut mengambil peluang untuk bersama-sama mengongsikan amanat beliau kepada semua warga kerja KPT agar setiap visi dan misi dapat dicapai seoptimanya. Saya menerima jemputan rasmi daripada JPT untuk menghadiri majlis yang penting lagi signifikan ini sebagai satu penghormatan terhadap diri saya selaku seorang penjawat awam di bawah naungan KPT. Soaring Upwards! Bertempat di PICC, majlis tersebut dihadiri oleh ramai sekali tetamu. Dewan penuh dari bawah hingga ke atas! Selama hampir 2 jam dengan asyiknya mendengar celoteh beliau, yang jelas, bersahaja tetapi pernuh inspirasi. Sesekali mengangkat telefon bimbit untuk merakam momen penting khususnya paparan slide yang dirasakan perlu untuk rujukan semula. Seperti dijangka, isu 4IR merupakan intipati penting dalam amanat Dato's Seri. Saya turut mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama tiga wanita hebat dari tiga institusi berbeza: PM Dr Azidah (USM), PM Dr Wan Zuhainis (UPM) dan Dr Rosemaliza (UIA). Alhamdulillah, silaturahim yang terjalin beberapa tahun sebelum ini akhirnya melahirkan satu kesepakatan untuk sama-sama menjayakan satu projek merentas institusi. Beberapa minggu nan sudah, kami sempat ber Zoom.us untuk perbincangan lanjut tentang projek bersama ini.
Apabila dikelilingi tokoh-tokoh hebat ini, aura positifnya memang terasa. Benarlah hikmahnya pesan Rasulullah agar kita berdampingan dengan mereka yang baik dan positif kerana tempiasnya pasti ada! Dr Azi, Dr Wan, Dr Rose - terima kasih atas persahabatan ini :)
2 Comments
Alhamdulillah meskipun dijemput bukan atas kapasiti pemenang (hahaha .. memang tidak pernah bermimpipun untuk mengisi borang pencalonan!) namun aura dan bahangnya tetap dirasakan. Bertempat di Hotel Mariott Putrajaya, acara gilang gemilang ini sememangnya memberi impak tersendiri kepada hadirin, apatah lagi buat pememang-pemenang yang merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam akademia! Sekalung tahniah diucapkan buat semua khususnya buat idola saya PM Dr Azidah Abu Ziden dari USM yang turut merangkul gelaran AAN bagi kategori Pengajaran. Saya mengenali beliau beberapa tahun yang lalu apabila kami sama-sama menghadiri module e-Learning di AKEPT. Meskipun perkenalan kami begitu singkat, namun saya sentiasa mengingati Dr Azidah sebagai seorang yang berdedikasi serta satu contoh yang perlu dijadikan role model. I am so proud of you !! Yeayy!! Bersama-sama saya pada malam itu juga adalah para pelajar yang terlibat dalam showcase e-portfolio mereka kepada YBhg Dato Seri Idris ketika pelancanra e-portfolio pada 26 Oktober di UPM baru-baru ini. Terima kasih semua! Tidak terkecuali, di majlis ini berkesempatan juga bertemu rakan akademia yang jarang-jarang sekali dapat bersua! Terima kasih atas kenangan indah!
Tiada yang marah untuk kita bersahabat, malah Deen Islami sendiri menggalakkan kita bermahabbah meskipun melibatkan mereka yang bukan Muslim.
Jessica Gregson. Daripada hubungan profesional kepada seorang sahabat. Begitu perjalanan hubungan kami yang selama ini terpisah antara dua benua. Dia yang saya kenali ketika giat menyiapkan bab 5 kajian PhD tidak pernah terputus sehingga kini. Selama ini juga kami berurusan hanya melalui emel dan malah, saya tidak pernah sekalipun melihat wajah sebenar beliau. Pernah suatu ketika saya begitu ingin mengetahui siapa sebenarnya Jessica lalu saya mencari nama beliau di enjin pencarian Google dan yang terpacul di hadapan hasil pencarian adalah maklumat bawah seorang Jessica Gregson adalah penulis novel British. Hmm .. tetapi persoalan itu lama saya simpan. Sehinggalah awal September baru-baru ini (siaran ini tertunda sekian lama!!!) beliau menghubungi dan memberitahu hasratnya untuk ke Malaysia buat beberapa hari lalu mencadangkan agar kami bertemu empat mata. Saya mengajaknya datang ke Putrajaya lalu beliau bersetuju. Tentulah ini peluang yang tidak akan saya lepaskan. Selama inipun, tiada terlintas bahawa kami akan ditakdirkan bertemu secara fizikal! Saya cuma sesekali membayangkan jika saya berpeluang ke Glasgow, saya ingin cuba mencarinya! Dan, benarlah hasil carian Google saya - beliau penulis novel-novel itu! Oh banyak sekali perihal yang kami koingsi. Namun kata beliau, dia kasihankan saya kerana dia banyak mengetahui tentang diri saya lewat penulisan dan bahan ilmiah yang saya hasilkan tetapi saya hanya mengetahui nama dan alamatnya sahaja hahaha! Memang benar. Ianya tidak adil. Sehari bersama sahabat saya tidak terasa. Kala petang dia dihantarkan ke KLIA kerana ada janji dengan rakan dari UK yang transit sekitar 8 jam di sana. Tiada yang jauh dalam hidup ini. Sekali aku menerimamu sebagai sahabat, selamanya kau dalam hatiku. Sudah beberapa minggu berlalu. Masa senggang sukar dicari. Baru saat ini saya bisa membuat catatan kecil ini. Alkisah di cuti persekolahan Mac baru-baru ini, saya diamanahkan untuk melaksanakan kuliah bagi kumpulan pelajar Master Eksekutif di Kuching, atau lebih tepat lagi di IPGKTAR Kota Samarahan. Kebetulan, sahabat lama saya di UM - Dr. Noraini Omar bertugas di IPGKTAR lalu beberapa hari sebelum ke Kuching kami sempat berhubung. Sebelum saya terbang ke Kuching, beliau menghubungi saya dan menyatakan yang beliau akan menjemput saya di lapangan terbang dan kami akan terus makan malam bersama Kak Edot - seorang lagi rakan sekelas di UM dahulu. Tentulah hati ini girang sekali kerana kesempatan bertemu sahabat lama amat jarang diperolehi! Pertama kali bersua semula dengan Kak Edot- lidah saya agak kelu. Maklumlah sudah berpulh tahun tiada ketemu, tahu-tahu kami sidah bertentang mata! Tentulah nama rakan-rakan meniti di bibir - satu persatu dan semua cerita lucu kembali diputar semula. Aduh! Kepenatan dari kelas semenjak jam 8.30 pagi sehingga ke malam tidak dirasakan gara-gara keterujaan bertemu sahabat lama. K. Nor bukan sahaja meraikan saya pada malam ketibaan, malah keesokan harinya saya dibawa menjamah Laksa Sarawak serta mencari bekalan kek lapis Sarawak. Saya juga dibawa berkunjung ke rumah K. Nor yang cukup kemas dan rapi! Terima kasih yang tidak terhingga K.Nor atas budi baikmu itu. Akanku kenang dan mudah-mudahan kebaikan itu diganjari pahala yang tiada kesudahannya ameen! :)
Pada malam ke-dua pula saya menemui sahabat akrab yang sama-sama bermusafir ke Nottingham sewaktu pengajian PhD dahulu - Sal, pensyarah di UNIMAS. Projek asal untuk dia bermalam di bilik hotel saya tidak kesampaian kerana menurut Sal, ada hal yang harus dilangsaikan awal pagi esoknya lalu termangu-mangu saya sendiri kerana saya sudah memasang angan-angan untuk ber'pillow talk' bersama Sal hingga pagi tidak kesampaian! Sal datang ke lobi hotel dan membawa saya menjamu selera makan laut di Top Spot. Duh! Terlalu banyak yang hendak ditelan sehingga tidak mampu untuk menghabiskan juadah di meja. Banyak juga yang kami bicarakan. Terasa seperti malam-malam di Hartley Road di mana kami sering berbual sambil menghabiskan berkole-kole teh! Terasa masa begitu singkat sedangkan masih banyak perkara yang hendak dibualkan. Terima kasih mate, atas kesudian bertemu buat kali ini. Semoga Allah membalas kebaikanmu jua dan mempermudahkan segala urusanmu ameen! Lebaran datang hanya sekali setahun. Saat ini saya kira menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu barangkali khususnya anak-anak kecil kerana lebaran bermaksud keraian dan pesta kegembiraan. Anak bujang saya tahun ini berjaya menjalani ibadah puasa penuh sebulan (kecuali hari terakhir kerana mengalami sakit perut dan cirit-birit). Alhamdulillah, satu pencapaian yang membanggakan untuk anak kecil seperti dia.
Lebaran turut sinonim dengan duit raya serta ziarah menziarah. Ketupat lemang, rendang, nasi himpit dan pelbagai juadah menjadi senarai pilihan. Itulah budaya yang telah sebati dalam masyarakat. Tahun ini, permintaan anakanda jua, ingin menjenput rakan sekelas ke rumah. Sementelah tahun nan lepas tiada rumah terbuka diadakan, tahun ini secara sederhana atua kecil-kecilan saya bekerja di dapur untuk menyediakan sedikit juadah. Tetamu-tetamu cilik datang sempena undangan. Saya turut menjemput beberapa sahabat yang telah begitu lama tidak bertemu untuk turut sama di samping sekumpulan pelajar sarjana dan Phd. Alhamdulillah ala kulli hal .. memang seronok sesekali menerima kunjungan ke rumah. Di atas segala kekurangan saya menyusun 10 jari memohon kemaafan. Dari sudtu hati yang paling dalam, terima kasih atas kesudian untuk mampir ke perteduhan kami sekeluarga :) Semoga silaturahmi ini sentiasa terpelihara jua. Salam Syawal yang sudah mengensot ke penghujung! Detik waktu datang dan pergi, meninggalkan setiap kita dengan bekalan memori yang menjadi ingatan abadi. Hampir pasti tiada seorangpun yang akan menyangkal keindahan musim kanak-kanak sehingga memanjat usia remaja. Pabila dikenang waktu yang telah berlalu, pasti ingatan dan rindunya pada musim itu mencengkam kabad dan hati.
Kamariah, seperti yang sering saya war-warkan sebelum ini, merupakan sahabat saya semenjak di zaman kanak-kanak. Kami bertemu ketika di darjah empat, bila mana masing-masing merupakan pelajar baharu yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan Binjai. Kami benar-benar akrab. Banyak cerita yang dikongsi, banyak rahsia yang disimpan, malah banyak jenis kegilaan yang menjadi memori kami. Lokasi kami tidaklah terpisah begitu jauh kerana Dr. Kamariah bertugas di UPM. Dekat tapi jauh. Begitu keadaannya kerana sukar untuk kami bertemu dan bersua muka. Alhamdulillah, akhirnya ada juga ruang senggang yang dapat dirancang untuk pertemuan ini. Kesempatan masa yang tidak sampai berapa jam itu walau bagaimanapun, banyak memberi kekuatan, umpama bateri yang dicas penuh. Perbincangan dan bicara yang lunak itu banyak memberi semangat dan keazaman untuk memastikan setiap pekerjaan ini dijalankan dengan jiwa ikhlas dan diteduhi rahmat-Nya ... 'Setiap yang baik, tidak semestinya baik .. setiap yang tidak baik tidak semestinya tidak baik' .. itu satu perkara yang perlu kita selami dalam hidup ini kerana pusaran hidup tidak pernah lekang daripada ujian, bukan? Namun hati yang dekat dengan-Nya akan memujuk dengan ungkapan sebegitulah .. Allahku, bersihkanlah jiwa kami agar sentiasa redha dengan apa jua kurnia-Mu kerana hidup ini bukanlah sesuatu yang abadi! Kemaman, daerah kelahiran. Tempat membesar di zaman bocah. Sudah beberapa bulan tidak menjenguk ranah yang dirindu serta menatap wajah bonda yang kian dimamah usia. Syukur dalam kesempatan baru-baru ini saya kembali menjejak segala kenangan dan ingatan itu. Oh oh saya rindu sekali akan bau angin pantai timur yang berbaur hanyir ikan serta gemalai bayu yang menyapa. Sesekali pulang, saya bawa anak-anak bermesra dengan pasir dan pantai. Laut yang tidak bertepi, saya perhatikan sepuasnya seakan mencari titik pemisah antara garis laut dan langit yang membiru senada. Seakan tergambar di fikiran bagaimana saya dan rakan-rakan berlarian menyusur gigi pantai Chendor. Kamariah dan Azizawati - dua nama yang melekat di hati - kerana bersama merekalah saya turut sama menganggotai kumpulan BlackCat. Oh oh .. entah siapa pernah bilang bahawa bunyinya seperti kumpulan samseng! Haha! Namun itulah sebenarnya jolokan kepada persahabatan rapat kami bertiga di sekolah rendah dahulu. Sama-sama menjadi pengawas, seorang anak sulung, seorang anak tengah dan seorang lagi anak bongsu. Syukur alhamdulillah sehingga kini silaturahmi masih tetap utuh meski dipisah jarak dan masa. Benar, bilang orang bahawa sahabat di zaman sekolah tidakkan sama dengan sahabat yang baharu kita temui ditempat kerja atau lainnya. Justeru mungkin kerana zaman sekolah merupakan zaman membesar, zaman mencari identiti dan jatidiri lalu banyak sekali kenangan yang bejat yang sihat menjadi perhiasan memori! Saya tidak lupakan bagaimana kami menyusup ke kuari kilang batu-bata kala petang untuk melihat pemandangan pasir yang memutih .. atau kenangan berlarian ke petak sawah di Paman, sambil menghirup udara petang yang nyaman dengan tolakan angin semilir menyapu rambut bertocang panjang! Juga tidak ketinggalan pengalaman meloncat bas Thong Aik untuk ke pekan Chukai dengan duit bekalan di tangan tidak sampai sepuluh ringgit! Kemudian keberanian berganda pula untuk menjadi penumpang bas Sihat untuk ke pekan Kuantan! Semua itu gara-gara mencari kepuasan dan pengalaman baharu! Pantai, petak sawah dan kenangan masih di situ. Di manakah kan kutemui kenangan yang serupa di kota? Persahabatan saya dan dia, Dr. Kay sudah lama terjalin. Seringkali juga saya menulis dalam blog-blog saya yang lain tentang dia. Kami bertemu ketika di darjah empat, namun silaturahmi ini masih kuat terjalin hingga kini, di kala usia makin meniti hari. Kebetulan, ada beberapa perkara yang mendesak pertemuan ini berulang. Lalu kami berpeluang bertemu lagi. Alhamdulillah. Kupasan tentang hidup serta refleksi terhadap susur galur hari, minggu, bulan dan tahun yang telah dilalui dikisahkan bab demi bab. Seperti menyelak lembaran kitab lama yang bersusun-susun jilidnya. Semua itu ilmu pengkisahan yang akhirnya membawa makna ke dalam diri tentang erti hidup yang penuh misteri. Pastinya perkataan ulul albab seringkali diulang dalam kitab suci Al Quran. Apakah kita tidak mahu mengambil makna dari hidup ini? Hanya orang-orang yang mahu berfikir dan meneliti, mengasuh hati mencari kebenaran serta menerima khilaf-khilaf yang lalu sebagai panduan untuk tidak lagi mengulanginya dalam hayat yang ternyata singkat sisanya ini. Dunia sudah terlalu tua. Kita pula gila mengejar dunia. Kontra ini membekas sebagai pedoman jiwa, serta peringatan akan tujuan kita dihidupkan. Oh oh, saya 'eksaited' sekali dengan dua projek silaturahmi kami ini! Allah .. Allah .. permudahkan urusan kami, mudah-mudahan niat suci ini dimakbuli ...! Berputar mengejar. Masa memang tidak pernah dirasakan cukup jika kita asyik mengejar dan mengejar, tanpa kita peduli kepada apa yang ada di sekeliling kita, serta insan-insan yang datang dan pergi yang mewarnai kanvas hidup yang berkitar ini. Semester ini sememangnya menyesakkan dada hingga sesekali hampir jua tersungkur. Namun syukur ke hadrat-Nya Yang Maha Rahman dan Rahim kerana masih diberi runag bernafas sebagai hamba. Kenangan manis ketika menyertai National University Carnival on e-Learning (NUCEL) di Shah Alam baru-baru ini bila mana penyertaan saya yang tidak seberapa diberi ganjaran jua. Hmm .. banyak yang dipelajari hasil penglibatan dalam aktiviti sebegini. Lalu menghadirkan rasa sedar akan terlalu banyak perkara yang belum diketahui, justeru jangan sesekali merasa diri kita hebat. Kita hanya menumpang setitis dari ilmu Allah! Karnival ini juga memberi ruang saya bertemu sahabat-sahabat lama! November juga bulan kelahiran. Tiada yang harus lebih disyukuri selain atas nikmat kehidupan kurniaan Azza wa Jalla. Alhamdulillah ya Allah kerana memberi peluang untuk aku meneruskan langkah-langkah meski sesekali sumbang rentaknya, tergelincir di liku-liku yang berduri. Ampunilah ya Ghafiir .. atas segala khilafku, justeru hamba-Mu ini insan penuh dosa dan alpa.
Family and friends: I love you all <3 Saya mengikuti perkembangan di Palestine saban hari dengan pelbagai perasaan yang mendalam. Kadangkala sebak lalu berair mata mengenangkan kekejaman terhadap saudara seagama di sana. Apatah lagi kala lagu-lagu jihad dikumandangkan, begitu menggegar nurani. Betapa dekatnya mereka dengan semangat mati kerana Allah, berbanding kita yang hidup bersenang-lenang di bumi bertuah ini. Peristiwa berdarah ini turut membuat saya terkenangkan kenalan saya Brother Dr. Musa dan keluarganya yang berasal dari tanah Palestine.
Mereka saya kenali ketika bermukim di Nottingham dahulu. Musa seorang yang sentiasa tenang, begitu menjaga solatnya. Sering kali, saya lihat beliau tanpa sangsi mendirikan solat di atas lantai di bilik kerja kami C12. Malahan, penghuni lain yang bukan Muslim sepertinya sudah lali serta tidak hairan dengan situasi begitu. Satu lagi sikap mereka yang membekas di hati adalah nilai 'takreemud dhuyuf' (menghormati tetamu) yang bersangatan. Pernah kami mengunjungi rumah beliau dan isterinya Rana, dua hari setelah mereka menerima cahaya mata baru, bernama Bana. Saya tidak percaya bahawa Rana yang baru beberapa melahirkan begitu gigih di dapur mempersiap juadah untuk kami. Beliau kelihatan kuat seperti bukan di dalam pantang. Kami pula yang 'seriau' melihat kelasakan Rana sehingga kami menariknya supaya duduk di kerusi. Pernah juga saya tanyakan keadaan di bumi Palestine. Balas Musa, mereka tidak pernah gentar, dan setelah tamat pengajian PhD beliau dengan pasti akan pulang ke Palestine untuk berkhidmat di salah sebuah universiti di sana. Tidak pula saya pastikan universiti yang mana satu. Lalu, setelah menerima khabar bahawa pihak tentera Zionis sudah mula mensasarkan sekolah serta institusi pengajian di sana, hati saya tiba-tiba terjentik. Allah, Allah .. Kau selamatkan mereka dan ahli keluarga di sana! Andai mereka terkorban, bariskanlah mereka dalam kalangan syuhada' ..ameen ya rabb! NOTA: Nikmatnya kita hidup di bumi bertuah ini. Jika tiada rasa syukur, maka apalah ertinya segalanya ... :( Manis. Itulah apa yang saya rasa tentang perkenalan kami. Bermula di tahun-tahun awal pengajian di Nottingham University, dan akhirnya berlarutan sehingga kembara kami ke England, lalu menjejak beberapa negara Eropah lain. Sahabat saya ini bukanlah orang jauh. Asalnya dari Selangor, namun hijrahnya ke Sarawak memberi makna tersendiri tentang ketabahan dan jatidiri serta pengorbanannya buat keluarga. Banyak cerita-ceriti, masam-manis dalam sejarah kembara kami berdua - bukan sahaja kembara ke benua dan negara orang, malah kembara dalam perjalanan sebuah PhD juga. Mungkin kerana saya dan dia, sama-sama menjadi pelajar di universiti yang sama, kebersamaan itu banyak mengikat silaturahim saya dengannya. Satu perkara yang membuat saya sering kagum dengan beliau adalah kecekapannya dalam pencarian maklumat, malah tepat pula. Beliau banyak juga berkongsi pautan serta bahan-bahan yang dimuat turun daripada laman sesawang untuk faedah bersama. Malah, ketika kami di England, hati lebur kerana terpaksa beraya di negara orang, tanpa kehadiran suami dan anak-anak tersayang. Dialah insan yang paling cekap mencari maklumat penerbangan serta melengkapkan jadual perjalanan kembara kami di Perancis. Mana boleh saya lupakan hasrat beliau yang begitu berkobar-kobar hendak bersembahyang sunat Idul Fitri di Mosque de Paris. Kerana jasa beliau juga, akhirnya kami yang baru menjejak kaki di lapangan terbang Charles De Gaulle akhirnya sempat tiba di perkarangan masjid tertua di Paris itu untuk sama-sama merasakan semangat idul fitri bersama umat Islam di Paris, biarpun kami terlepas upacara solat sunat berjemaah. Kehidupan di Hartley Road bersama dia juga banyak memberi ruang untuk kami saling menyelami hati budi masing-masing. Semangat berdikari, toleransi serta kerjasama banyak mengajar saya tentang mualamat yang berkesan. Saya juga banyak belajar daripada kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. Malah permukiman di England turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan baik seperti K.Faizah dan Zac. Kami pernah bertemu di Kampus Bandar di Chulan Tower Kuala Lumpur ketika menghadiri modul Research Methods bersama Dr Peter Gates. Lalu kedatangan kami disambut mesra dua sahabat yang pernah dikenali itu. Saya tidak akan pernah melupakan jasa K.Faizah sekeluarga yang datang menjemput kami di Birmingham, malah jaza baik Zac menguruskan rumah sewa daripada Symond, si tuan rumah yang baik hati itu. Banyak kisah yang boleh dicatat namun saya tidak berniat untuk bercerita panjang kali ini. Cuma ada bingkisan buat sahabat saya ini: Sal, Aku sentiasa mendoakan agar setiap usaha dan jerih perihmu itu akan membuahkan kejayaan sedikit masa lagi. Semoga Allah mempermudah segala urusanmu, mate. Persahabatan kita ini aku anggap sebagai satu anugerah; kerana melaluinya aku belajar banyak tentang erti kehidupan. Rabbi yassir wa la tuassir .. rabbi tammim bil khair ... |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |