Menerima kunjungan daripada delegasi Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd Khalid bin Awang, Dekan Fakulti Informatik dan Komputeran. Delegasi turut disertai oleh Dr. Wan Suryani binti Wan Awang Timbalan Dekan (Akademik & Siswazah) dan Dr. Abd Rasid bin Mamat Penyelaras Program Akademik.
Antara perkara pokok yang dibincangkan semasa sesi ini termasuklah ➢ Pelaksanaan ODL bagi program pasca siswazah ➢ Kaedah dokumentasi dan implementasi ODL ➢ Pemantauan dan penglibatan pelajar dan pensyarah ➢ Pembangunan Modul Kursus dan Penyediaan SIMS Memandangkan kesemua ahli delegasi merupakan 'teman sekampung' jadi saya merasakan sesi ini amat dekat di hati, tentulah kerana boleh berbahasa Terengganu dengan lawasnya :D Terima kasih teman-teman dari UNISZA yang sudi mampir ke UKMShape. Sama-samalah kita mengimarahkan penawaran program secara ODL kerana sudah pasti ODL Is The Future! #ODL #ODLUKM #Benchmarking
0 Comments
Alhamdulillah selesai satu lagi sesi lawatan penanda aras. Kali ini daripada Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) UNIMAS yang telah diadakan secara dalam talian.
Antara yang turut hadir pada sesi yang diadakan secara dalam talian tersebut adalah Dr Kartinah Zen, Pengarah Pusat Pembelajaran Fleksibel (CFLEX) serta para pensyarah UNIMAs yang lain. Perbincangan dan perkongsian dibuat seputar isu-isu berkaitan penawaran program Open & Distance Learning (ODL) serta Micro-credential. Meskipun UKM telah mendahului universiti-universiti lain dalam penawaran program secara ODL, masih banyak lagi perkara yang perlu diterokai sekaligus membantu dalam mempertingkat kualiti perkhidmatan buat pelajar ODL kami. Semoga sesi ini memberi sedikit input yang berguna kepada sahabat-sahabat di UNIMAS. Seringkali saya tekankan setiap kali lawatan penanda aras daripada rakan-rakan universiti lain - bahawa kita bukanlah bersaing antara satu sama lain; sebaliknya kita harus saling memberi sokongan agar agenda untuk menyemarakkan penawaran program secara ODL dan Micro-credential dapat dicapai sekaligus mendokong agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat negara. Terima kasih Dr Kartinah dan rakan-rakan di atas kunjungan maya ini. All the best UNIMAS :) #ODL #ODLUKM #Benchmarking |
Archives
March 2025
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |