Had a quick online catch up with these two students - Syaida and Rafik. It's good to see you again after months of absence! Syaida, we pray for your next data analysis to work smoothly and our heartfelt thanks to Rafik for your assistance in this matter. I am so proud of the teamwork shown. May Allah grant us with His full blessings and our next projects will turn out a success :)
0 Comments
Alhamdulillah all praise to Allah The Almighty - the viva for Letchumanan, my PhD student from Computer Education Program went smoothly. The external examiner was Prof Zaidatun from UTM and the internal was Dr Norhafizah.
Although the original date for viva was postponed due to Covid 19, the outcome was satisfactory enough. Manan was given 3 months correction time which means a minor correction. It was a relief once we heard the result. Thanks to Dr Siti, my 'other half', who has given a tremendous support to Manan throughout his PhD endeavour. To my other supervisees, please be positive. Although is it undeniable that a PhD journey might be different from one person to another, the rule is simple - your main competitor is not others but you and you yourself. So have a trust in your own work, and never compare your performance with others. As long as you know what you are doing, follow the trail up to the end. And as a supervisor, I am always here to help and my prayer goes to all of you. Let's celebrate this little good news and take it as a motivation for you to get going :) Congratulations Manan! Ini adalah para pelajar sarjana eksekutif di bawah penyeliaan saya. Mereka tidak ramai, hanya bertiga sahaja - Shahila, Nithiya dan Hafizah. Hari ini kami bertemu lagi secara maya, dibatasi jarak: Kedah-Johor-Terenggau-Putrajaya. Namun perbincangan berlaku dengan baik dan lancar, Masing-masing kelihatan bersemangat untuk menyiapkan Kertas Projek 1 serta Kajian Bebas masing-masing. Saya juga telah mengulangi lagi sekali tentang format penulisan artikel serta anatominya yang standard. Penggunaan NVivo perlu dimanipulasi sebaiknya kerana mereka akan menghasilkan penulisan berbentuk kertas konsep melibatkan Systematic Literature Review. Mudah-mudahan hasilnya dapat diterbitkan inshaAllah. All the best semua! :) #zoom #supervision #sustematicliteraturereview Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk menjemput sahabat saya PM Dr Farrah Dina dari UM akhirnya terkabul juga. Topik ini memang menjadi permintaan ramai justeru kami sendiri mempunyai ramai pelajar yang menjalankan penyelidikan DDR. Dan rata-rata penyelidikan yang dijalankan masih 'longgar' serta berkemungkinan agak meniympang daripada falsafah DDR yang sebenarnya. Syukur, dalam 2 jam lebih sesi tersebut, kami mendapat pencerahan tentang DDR dan apa do's and don'ts nya. Seringkali sebelum ini, saya cuba membangkitkan isu tentang persoalan kajian yang dibangunkan oleh para pelajar yang melakukan DDR. Saya katakan bahawa, persoalan kajian mereka begitu teknikal dan tidak berbentuk 'research' question. Apabila pengkaji mengenalpasti underpinning theory yang dijadikan landasan kepada pembangunan penyelidikan, seharusnya ia dimasukkan sebagai salah satu fokus dalam persoalan kajian. Penyelidik harus meneliti bagaimana teori yang dipilih itu telah membantu dalam pembangunan, pelaksanaan atau penilaian bahan. Saya harap agara semua yang hadir dapat mengambil maklumat penting tentang tatacara DDR yang tepat dan dapat dipraktiskan dalam penyelidikan masing-masing. Sekalung penghargaan buat Dr. Farrah! ![]() Sedar tidak sedar saya sudah agak ramai 'anak' rupanya. Saban tahun, bilangannya semakin bertambah, sama ada saya sebagai ibu kandung atau ibu tiri. Setiap seorang berada di tahap berbeza-beza mengikut tahun kemasukan serta progress individu. Ada yang full time, ada yang part time. Baru-baru ini tiga pelajar saya - Ikram, Izzat dan Syaida membentangkan proposal kajian masing-masing di Seminar Siswazah. Saya tidak ketinggalan untuk hadir memberikan semangat. Sehari sebelum pembentangan sebenar, saya sempat juga mendengar pembentangan mereka serta menyuntik beberapa input yang dirasakan sesuai. ![]() Selesai acara di Seminar Siswazah, kami menuju ke Bangi Resort Hotel untuk acara makan-makan pula. Meski tidak semua yang dapat hadir, saya berbesar hati kerana dapat meluangkan sedikit masa bersama mereka dalam keadaan santai. Banyak juga isu yang dibangkitkan semasa di meja makan. Namun itu tidak menghalang untuk mengulangambil makanan sehinga 4-5 pusingan! Sebenarnya perjalanan PhD adalah satu perjalanan yang panjang dan sunyi. Jadi, nasihat saya janganlah berjalan seorang diri. Pastikan anda sentiada ditemani rakan di kiri dan kanan kerana jika terjatuh, ada orang yang akan memimpin kita untuk bangkit semula! Perjalanan Phd memangnya tiada yang mudah, malah penuh dengan luka dan perit. Namun percayalah, kepayahan ini bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan perasaan indah tatkala perjalanan ini tamat. Percayalah! Namun, anda perlu sampai ke destinasi terlebih dahulu untuk benar-benar mengerti apa yang saya bicarakan ini :) Musim konvo telah berlalu. Sekali lagi saya menyaksikan wajah-wajah ceria pelajar berjubah oren memenuhi DECTAR. Acara tahunan ini tidak pernah saya abaikan. Setiap tahun saya pastikan untuk hadir demi meraikan semua graduan. DI sini jugalah saban tahun kami, rakan-rakan sefakulti akan berkumpul dan bergambar kenangan kala menyarung jubah masing-masing. Mungkin ini dianggap saat paling 'glamorous' bagi mereka dalam profession seperti kami hahahaha. Tahniah buat semua pelajar sama ada yang pernah mengikut kuliah bersama saya atau tidak. Semoga kejayaan ini menjadi satu pemangkin dalam meneruskan laluan untuk diterokai dalam kehidupan di luar sana. Ucapan tahniah teristimewa buat Najwa, supervisee saya dari program master eksekutif yang sudi datang mencari saya di fakulti. Najwa, semoga terus dengan semangat untuk meneruskan pengajian di peringkat PhD pula. Terima kasih juga atas ole-ole ingatan :) Nvivo barangkali bukanlah sesuatu yang asing khususnya bagi penyelidik kualitatif kerana perisian ini merupakan satu aset penting yang dapat membantu penganalisisan data kualitatif secara efektif. Namun demikian, mungkin ramai yang menganggap bahawa perisian Nvivo hanya sesuai digunakan oleh para penyelidik yang menjalankan kajian melibatkan data kualitatif. Stigma ini adalah satu kerugian kerana hakikatnya NVivo bukan sekadar diperlukan untuk aktiviti pengekodan data kualitatif, sebaliknya dapat dimanfaatkan secara optimum untuk tujuan sorotan literatur atau penghasilan kertas konsep! Saya sudah beberapa kali berkongsi tentang hal ini bersama para pelajar di kelas saya khususnya pelajar Sarjana. Saya menunjukkan demo satu persatu bagaimana artikel-artikel yang dimuatturun daripada pangkalan data dalam talian dipindahkan ke dalam perisian NVivo dan kemudiannya melalu proses pengekodan. Tidak keterlaluan jika saya katakan yang para pelajar saya menunjukkan reaksi yang pelbagai apabila selesai ditunjukkan bagaimana menghasilkan penulisan secara sintesis hanya dengan beberapa minit. Ada yang ternganga - menggeleng kepala dan tidak kurang menunjukkan riak muka tidak percaya. Ini bukan exaggeration! Selama ini para penyelidik khususnya penyelidik novis seringkali tersangkut-sangkut dalam penulisan bab 2. Dan corak penulisan paling popular adalah berbentuk annotation. Misalnya, jika penyelidik tersebut merujuk tujuh artikel atau kajian lepas, mereka akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7 paragraf berdasarkan penulis yang dirujuk. Hal ini terjadi demikian kerana penyelidik novis akan menulis satu paragraf untuk satu rujukan dan diikuti dengan rujukan seterusnya. Ini menjadikan penulisan berbentuk author-based. Sebaliknya, untuk menghasilkan penulisan yang bersifat sintesis, penyelidik seharusnya memilih dapatan atau fakta dan kemudian menyusunnya dalam bentuk fact-based. Manakala paragraf yang akan terhasil adalah berdasarkan isi-isi penting yang hendak dikemukakan, tetapi menggunakan sumber sitasi yang berbeza. Nah, di sinilah anda, anda, anda dan anda semua dapat menghasilkan penulisan yang ada nilai sintesis dengan mudah sekiranya anda menggunakan NVivo! Tak percaya? Kena cubalah! Pada tahun 2016 saya pernah menulis tatacara permohonan menjalankan kajian di institusi di bawah KPM serta pada tahun 2017 pula saya menulis tentang perkara sama (Bahagian 2) rentetan daripada berlaku perubahan prosedur permohonan kepada sistem dalam talian. Saya menerima pelbagai komen serta persoalan daripada para penyelidik tentang hal berkaitan. Untuk entri kali ini, izinkan saya berkongsi tentang cara bagaimana pengisian borang dalam talian eRAS dilakukan. Langkah pertama - sila log in ke sistem eRAS atau klik DI SINI Klik PERMOHONAN BARU Baca dahulu syarat-syarat permohonan kemudian klik pada PANDUAN PERMOHONAN 4. Baharulah dapat klik pada butang MOHON :) - it's worth to be patient :) Langkah seterusnya, masukkan semua maklumat yang diminta dan jangan lupa untuk tekan SIMPAN ye! Secara keseluruhan borang dalam talian ini merangkumi empat bahagian utama - A,B,C dan D. Sebagai contoh, saya kongsikan maklumat telah saya isi dalam setiap bahagian. Untuk anda semua, masukkanlah semua maklumat yang diminta dengan lengkap ye. Jangan tiru maklumat saya! Maklumat Bahagian A: Maklumat Bahagian B: ![]() Maklumat Bahagian C: Maklumat Bahagian D: NOTA:
1. Pastikan anda menerangkan dengan terperinci maklumat seperti objektif dan kepentingan kajian. 2. Tick negeri yang terlibat dengan kajian. (Anda jangan terburu-buru mengisi borang ini jika belum ada proposal yang lengkap serta timbal balik tentang negeri yang terlibat dalam kajian - pastikan anda telah muktamad tentang hal ini) 3. Untuk bahagian 'lokasi kajian' - pastikan anda menyenaraikan nama insitusi/sekolah di mana kajian akan dijalankan. Sekali lagi, hal ini memerlukan perancangan yang rapi. Perlu diingat bahawa kebiasaannya pihak JPN akan mengeluarkan surat kelulusan menjalankan kajian dan satu salinan akan dihantar ke sekolah berkaitan. Jadi, agak sukar jika anda mengubah nama sekolah setelah kelulusan diberi. 4. Pemilihan sampel kajian hendaklah dijelaskan dengan terperinci melibatkan teknik persampelan serta bilangan responden yang akan terlibat dengan kajian yang akan dijalankan. 5. Satu salinan soal selidik atau soalan temubual (bergantung kepada instrumen yang digunakan) hendaklah dimuatnaik ke sistem ini (Bahagian D). Sepatutnya tidak memakan masa yang terlalu lama untuk mendapatkan kelulusan ini - namun bagi kes saya pegawai yang menguruskan permohonan pada ketika itu sedang bekerja di luar kawasan (sumber diterima daripada pegawai lain yang menjawab panggilan telefon) dan perkara itu menyebabkan saya menunggu lebih 2 minggu. Untuk para penyelidik sekalian, semoga perkongsian ini memberi manfaat. All the best !! ^___^ Pekasam jika dijeruk lama, rasanya lebih sedap. Begitu juga dengan budu atau kimchi. Jadi, jangan marahkan saya kerana menjeruk coretan ini sekian lama :P Duh, masa sememangnya kejam. Atau itu salah saya yang tidak tahu mencari ruang? Apapun, niat untuk mencoret perlu diteruskan! Tahun ini, acara konvokesyen dilangsungkan lebih lewat dari biasa. Jika tahun-tahun sebelum ini musim konvo jatuh pada bulan Oktober, tahun 2018 menyaksikan perubahan di mana agenda diganjakkan ke bulan November. Namun demikian, kemeriahan acara konvo tetap meriah dan memutikkan adrenaline gembira! Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah buat semua pelajar khususnya pelajar-pelajar sarjana di bawah penyeliaan saya: Shahfiezul, Lee, Nadhirah dan Farhana serta pelajar prasiswazah - Hazeem dan Ezyan. Tidak dilupakan semua pelajar yang pernah berada di kelas kendalian saya baik di peringkat pra sis mahupun sarjana! Berakhirnya sebuah perjuangan tidak bermakna ternoktahnya perjalanan, sebaliknya itulah permulaan sebenar.
Selang beberapa hari selepas acara konvokesyen, saya bertembung dengan satu pasangan - kedua-duanya bekas pelajar fakulti yang kini telah memiliki seorang cahaya mata yang comel. Lewat perbualan yang agak panjang itu, saya mendapat tahu yang si suami menjual buah-buahan di pasar manakala si isteri menjaga bayi sebagai sumber pendapatan. Inilah semangat perjuangan dalam sebuah kehidupan. Saya kagum melihat betapa gigih pasangan ini membina kehidupan tambahan pula dengan kehadiran seorang putera, pasti keperluan perbelanjaan lebih dirasakan. Namun riak muka mereka begitu tenang, malah meyakinkan bahawa rezeki itu di mana-mana pasti ada - yang penting adalah usaha dan doa pastinya. Saya juga pasti masih ramai yang senasib dengan pasangan ini - masih mencari ruang untuk membina kehidupan yang lebih selesa. Sementelah, tiada lagi jaminan untuk dihantar bertugas tetap di sekolah, kehidupan pasca konvokesyen boleh menjadi satu mimpi ngeri jika sekiranya anda, anda, anda dan anda menjumudkan diri di satu titik. Ayuh, anak2 didikku - di tangan andalah keajaiban akan bermula. Jangan terlalu taksub dengan impian bergelar guru, meski itulah cita-cita utamamu. Dalam keadaan yang penuh ketidakpastian seperti sekarang, kalian harus berani mencari 'lubuk' tesendiri. Saya mendoakan yang baik-baik sahaja buat semua. Doakan juga kami di fakulti terus dalam limpah dan rahmat Ilahi, dapat terus berbakti dan memberi makna dalam kehidupan pelajar-pelajar kami. Selamat menyelak halaman kehidupan yang sebenar. Di kiri kanan, pasti kan kau temui makna terluka dan tercalar. Namun di hujung-hujungnya kelak pasti kau temui ramuan mujarab untuk menampal luka dan hiba. Salam sayang, Dr. F Waktu kini kian menghampiri musim konvokesyen, lalu anak-anak siswazah dan prasiswazah sudah mula melangsaikan 'hutang' mereka. Hasil jerih-perih mencatat, menganalisis dan menulis keseluruhan proses dan dapatan penyelidikan masing-masing tentunya menghambat rutin seharian namun itulah resmi hidup sebagai pelajar di IPT. Penyelidikan, tesis dan penyelia tidak dapat dipisahkan! Minggu ini saya menerima kunjungan Hazeem, Ezyan serta Shah yang masing-masing datang berbekalkan tesis berjilid keras sebagai tanda sempurna sudah sebuah karya empirikal yang menuntut ketabahan yang bukan sedikit. Mabruk semua! Tahniah yang berbanggalah dengan hasil kerja anda semua sebagai mana bangganya saya menerima naskhah tersebut! Oh, terima kasih jua atas ole-ole ingatan! Di penghujung minggu juga saya dikunjungi Syaida, pelajar PhD saya (mantan pelajar sarjana saya juga) di bilik. Terima kasih Syaida atas ingatan pada tarikh hari lahir saya yang sememangnya tidak mahu saya warwarkan di sosial media atau kepada anak-anak didik kerana bimbang menyusahkan atau terasa semaca ada keperluan mencari hadiah sempena tarikh itu. Namun, Syaida antara yang mengingatinya. Tahun nan sudah, Syaida jugalah yang hadir ke bilik bersama kek yang enak - dinikmati bersama Hazeem dan Ezyan. What a coincidence! Hehehe
Semoga Allah membalas budi baik kalian semua atas kenangan indah ini ^___^ |
Archives
November 2020
Do your search here:Categories
All
|