Teaching Research Method class has always been my passion! Why do I say that? What is so fun about teaching Research Method? Well, my point of view might not be the same with others but I strongly beleive that being in this class had actually spurred my own critical thinking, stimulated my spontaneity as well as problem solving skills. Say, in the middle of the session some of my students raised few complicated questions that need to be quickly attended and explained. This situation really made your adrenaline rushed and your neuron suddenly busy finding the right information .. you have to stand on your own feet and do the brain activity to actually arrange the information to be delivered in understandable manner. I consider the activity as a trivia that activated my thoughts and memory. In giving the explanation, I have to make sure that the examples given are applicable to their life and situation. Frankly speaking, teaching this class had also strengthened my understanding on those theoretical parts of research. My fellow students - whom I appreciate their attendance and resilience - are my own strength. Look at their faces .. they are future researchers! I wish to see their success in conducting their research in a very near future.
To all my students - please remeber the date - our exam will be on the 31st December - 10am - DTAMS! See you there!
0 Comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera BAGI YANG BARU MENEMUI ENTRI INI, BOLEH RUJUK MAKLUMAT TERKINI TENTANG PROSEDUR TERSEBUT DI SINI Ramai antara penyelidik khususnya dalam bidng pendidikan yang menjalankan penyelidikan melibatkan para guru serta pelajar sama ada di sekolah rendah, menengah mahupun di IPG dan Kolej Matrikulasi. Satu prosedur penting yang harus dilalui sebelum seseorang penyelidik menjalankan proses pengumpulan data adalah mendapatkan kelulusan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, anda harus berhubung dengan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar KPM dan memastikan borang permohonan diisi dengan lengkap. Antara perkara yang harus diselesaikan sebelum menghantar borang permohonan tersebut termasuklah mengemukakan: 1. Satu salinan Borang Penyelidikan BPPDP 1.2 yang lengkap. 2. Satu salinan cadangan penyelidikan yang lengkap mengandungi Bab 1: Pengenalan, Bab 2: Tinjauan Literatur dan Bab 3: Metodologi. 3. Satu salinan instrumen kajian. 4. Satu salinan senarai sampel yang terlibat dalam kajian. 5. Kertas cadangan dan instrumen kajian yang telah diluluskan dan disahkan oleh penyelia. 6. Surat pengesahan status pelajar daripada universiti. 7. Dua keping sampul surat (21.5 cm x 10.5 cm dan bersetem RM 0.80 setiap satu); satu daripadanya beralamat pemohon (option - jika anda ingin mengambil sendiri surat kelulusan maka perkara 7 boleh diabaikan) Tambahan: Pastikan sampel kajian anda tidak melibatkan murid kelas peperiksaan (UPSR, PT3, SPM dan STPM). Borang yang telah lengkap dengan lampiran boleh dihantar ke: BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN ARAS 1-4, BLOK E8 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN PUTRAJAYA Telefon :03-8884 6591 62604 / Faks :03-8884 6579 Kebiasaannya proses untuk mendapatkan surat kelulusan tidak memakan masa yang terlalu lama, mungkin sekitar seminggu sahaja. Jika ada yang memerlukan borang tersebut, bolehlah muatturun di sini:
Prosedur seterusnya - setelah mendapat kelulusan daripada pihak EPRD KPM, anda perlu berurusan dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri - bergantung kepada lokasi insitutsi yang terlibat dengan penyelidikan anda, misalnya Selangor dan Perak. Dalam contoh ini, anda perlu mendapatkan permohonan daripada JPN kedua-dua negeri dengan mengemukakan surat yang telah diperolehi daripada EPRD. Surat daripada JPN perlu dibawa ke institusi terlibat sebelum pengumpulan data dilakukan. Mungkin ada yang merasakan proses ini sebagai sesuatu yang sukar namun hakikatnya, inilah prosedur yang harus dilalui oleh setiap penyelidik yang beretika. Tiada yang mudah dalam perjalanan penyelidikan, namun proses ini hanya umpama secebis daripada proses keseluruhan yang lebih panjang pastinya! Always keep your aim high! :) Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana bengkel penulisan yang dirancang berjaya dilaksanakan. Paling manis kerana bengkel kali ini mengumpulkan majoriti pelajar masters dan PhD di bawah penyeliaan saya. Terima kasih semua atas kehadiran sehingga ke petang. Tidak banyak perkara yang dikongsikan sebenarnya. Sekadar mengingat semula ciri-ciri artikel yang baik serta tips penulisan yang efektif. Selebihnya saya lebih banyak bersama pelajar secara one-to-one dan melihat perkembangan penulisan serta tajuk pilihan masing-masing. InshaAllah satu bengkel lain akan dijalankan untuk proses pemilihan jurnal pula. Di pertengahan bengkel, kala saya sedang ralit memberi maklumbalas kepada penulisan Intan, Afiqah datang memanggil saya dengan nada cemas .. "Syaida!" katanya ..lalu meluru ke luar. Saya mula membayangkan sesuatu yang buruk lalu bergegas mengekori Fiqah. Tiba di luar bilik mesyuarat, kejutan berlaku. Memang benar-benar mengejutkan! Sebiji kek dan sejambak bunga segar menanti saya di sana, serentak dengan itu lagu Happy Birthday berkumandang ... Allahu .. air mata saya bagai tidak dapat ditahan-tahan. Perasaan berbaur ketika itu. Alahai ... bukan ini yang saya pinta .. namun ingatan ikhlas daripada barisan pelajar saya cukup menyentuh rasa sesunggahnya! Terima kasih semua - Shah, Ila, Syaida, Nad, Fiqah, Lee, Huda, Intan Fairus dan Firdaus atas kejutan yang tidak diduga ini ^___^ Apa yang berlaku membuat saya merefleksi diri. Sesungguhnya, hubungan supervisor dan supervisee bagi saya bukan sekadar hubungan formal yang terbatas dengan penyelidikan dan penulisan semata-mata. Sebaliknya ianya sebuah silaturahim yang luhur, kerana melalui proses penyeliaan saya mengenali hati budi para pelajar dan saya sebenarnya enjoy our togetherness! Semoga silaturahim ini kekal bertaut meski masa memisahkan kita kelak ameen.. Masa begitu pantas berlalu, hanya hari ini sempat saya luangkan masa untuk mencoret. Doa saya sentiasa mengiringi semua agar segala hajat dan impian berjaya dicapai dengan cemerlang dan warna-warna kegemilangan! Jumpa lagi! InsyaAllah sebagai sokongan berterusan kepada para pelajar pascasiswazah di bawah penyeliaan saya, satu bengkel penulisan akan diadakan minggu hadapan. Objektif bengkel pada kali ini adalah untuk membantu setiap pelajar untuk menyiapkan satu artikel secara sistematik serta menepati ciri-ciri artikel yang boleh diterbitkan dalam jurnal berindeks. Kemahiran penulisan akademik akan ditekankan di samping format umum yang perlu ada pada sesebuah artikel.
Semoga usaha kecil ini memberi makna dan pengalaman yang berkesan kepada semua pelajar di bawah seliaan saya. Mudah2an kita dikurniakan ilham mencurah-curah kelak ..ameen.. Alhamdulillah all praise to Allah The Almighty! And congratulations .. specifically to Nadirah and Afiqah - my two master students on your graduation day. Indeed, the research journey is not something that everybody would cherish but believe me, if you do it with passion and sincerity, soon as it finishes .. all the hurdles will one day become something that you will value and treasure! Both Nadirah and Afiqah had successfully published an article in indexed journals and completed a chapter of a book. They had recently presented their research findings at the international conference as well. Obviously what they produced is beyond the requirement set by our faculty, i.e., each student should at least present their work at any conference as a prerequisite/condition for graduation.
My other students had also published chapters in book and are currently working on their journal articles. As to spur the momentum, a writing workshop will be held in the near future. In this case, a supervisor plays an important role - not only to make sure that they (students) will write, but more than that, a supervisor should spend his/her precious time to read and rewrite students' work. It is of importance that the writing and review process is done by both parties (student and supervisor). This effort will not only increase the quality of the article but also inculcate a sense of belonging to the writing process. Once again - congrats Nad and Fiqah! To my other beloved students - take this as a spirit to gear up! Cheers!
ALhamdulillah Isaya telah diberi ruang untuk berkongsi sedikit pengetahuan yang ada tentang Bicara Tuntas bersama para pelajar serta pensyarah IPG Kampus Teknik Nilai.
Berikut adalah slaid untuk rujukan bersama:
Bagi pelajar siswazah, menyambung pelajaran di peringkat Sarjana mahupun Phd memberi maksud tersendiri kerana pada tahap ini, pelajar perlu bersikap mandiri serta tidak bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. Dalam kebanyakan keadaan, ia menuntut individu pelajar untuk memikul tanggungjawab yang lebih berat terhadap penyelidikan mereka – bermula daripada penyataan masalah, pemilihan konteks dan sampel kajian, sehinggalah pengutipan data, analisis dan seterusnya penulisan setiap bab sehingga sempurna. Namun demikian, kehidupan sebagai pelajar pasca siswazah tidaklah dibiarkan begitu sahaja. Meskipun di hadapan mereka ada lautan yang luas terbentang untuk diteroka, namun para pelajar turut dibekalkan pelampung yang berkhidmat memastikan mereka tidak langsung hanyut dibawa arus deras, atau barangkali juga tenggelam ke dasar lautan jaga. Dalam konteks ini, pelampung merujuk kepada penyelia. Atau saya lebih gemarkan analogi penyeliaan ini seperti seorang yang pemain layang-layang manakala layang-layang itu adalah pelajar di bawah penyeliaan. Bayangkan ketika sebelum layang-layang itu boleh terbang di udara bebas, pemain mempunyai tugas berat untuk memastikan ‘kesediaan’ layang-layang untuk terbang. Faktor angin, ruang, saiz, bentuk serta panjangnnya tali layang-layang menjadi sebahagian daripada aspek pertimbangan. Ketika layang-layang sudah terbang, pemain tidak sesekali melepaskan tali begitu sahaja, jika tidak pastilah layang-layang akan terbang jauh dan akhirnya terhempas ke tanah dalam keadaan yang tidak diingini. Pemain yang baik akan memastikan kepanjangan tali memadai untuk membolehkan layang-layang itu terbang dalam kadar yang seharusnya. Di sinilah, dikatakan bahawa meskipun kemahiran penyeliaan boleh diajar dan dibentuk, namun tidak seperti kemahiran yang lain, penyeliaan menuntut pembelajaran berasaskan ‘proses’ yang membutuhkan gabungan pengetahuan dan pengalaman. Dalam erti kata lain, untuk seseorang pensyarah menjadi penyelia yang berkesan mereka perlu melalui sendiri proses untuk menjadi seorang pelajar yang diselia. Tanggungjawab seorang penyelia banyak bertumpu kepada pembinaan persekitaran yang selesa dan selamat untuk para pelajarnya merentas setiap cabaran dan rintangan dlaam proses penyelidikan, membina motivasi kendiri, autonomi serta kesedaran untuk terus berganjak dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Penyeliaan yang berkesan akan mampu membangunkan nilai keyakinan diri yang tinggi dalam kalangan pelajar yang diselia tentang kemampuan mereka untuk melengkapkan tugasan yang diperlukan dalam menyempurnakan penyelidikan. Hal ini ternyata tidak mudah dicapai kerana kejayaan sesuatu proses penyeliaan menuntut kemahiran dan kelenturan (flexibility) kedua-dua belah pihak (penyelia dan pelajar seliaan) untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk melangsaikan setiap fasa dalam penyelidikan yang perlu dilalui, di samping bentuk halangan yang berbeza yang menanti di sana-sini.
Saya sendiri secara peribadi bukanlah seorang yang banyak pengalaman dalam aspek penyeliaan. Saya malah tidak pernah melalui proses pembelajaran yang formal dalam aspek penyeliaan. Saya hampir pasti yang cara penyeliaan saya banyak dipengaruhi oleh cara saya diselia ketika menjalankan penyelidikan di peringkat Master dan Doktor Falsafah. Secara jujur, saya bangga dengan kesemua penyelia saya yang pernah menyumbang bakti dalam membantu saya sehingga terlangsainya penyelidikan yang dirancang dan didambakan. Untuk rakan-rakan seperjuangan serta peringatan buat diri saya sendiri juga, saya kongsikan 10 kunci penyeliaan yang berkesan: Pertama – Sediakan ruang untuk pembangunan profesional para palajar seliaan termasuklah perancangan kerjaya dll Kedua – Sentiasa bersama-sama dengan pelajar seliaan apabila diperlukan. Ini merujuk juga kepada apa yang dinamakan sebagai ‘Open Door Policy’ serta kekerapan dalam pertemuan secara bersemuka dengan pelajar. Ketiga – Berikan pujian kepada pelajar yang menunjukkan komitmen serta daya usaha yang tinggi – sama ada secara informal atau secara formal. Keempat – Letakkan satu jangkaan yang mencerminkan mutu kecemerlangan tersendiri – hal ini boleh dilaksanakan melalui maklum balas terhadap penulisan, hasil dapatan serta perancangan jangka masa panjang seperti aspek penerbitan dan kerjaya. Kelima – Tingkatkan atau wujudkan akauntabiliti – melalui penghasilan budaya kerja yang sistematik, berkala serta melibatkan komitmen daripada kedua-dua belah pihak. Keenam – Bincangkan potensi pelajar serta wujudkan atmosfera yang membangunkan keyakinan diri serta peluang untuk meraih kejayaan. Ketujuh – Biasakan sikap tidak bergantung sepenuhnya kepada penyelia melalui perbincangan serta menggalakkan agar pelajar berani mencuba dan berani menerima risiko. Kelapan – Perkongsian secara tekal antara penyelia dan pelajar seliaan serta meningkatkan kemahiran mendengar secara aktif and bersikap telus. Kesembilan – tingkatkan rasa pemilikan (ownership) dengan memberi ruang yang lebih luas kepada pelajar untuk membangunkan potensi diri mereka – misalnya dalam menghasilkan bukan hanya satu artikel yang menjadi syarat graduasi sebaliknya mereka mampu menghasilkan lebih daripada itu. Dan yang terakhir, kesepuluh – perkukuhkan hubungan baik antara penyelia dan pelajar seliaan melalui proses perkongsian dan sikap ambil berat antara satu sama lain, serta memahami faktor yang mampu memotivasi pelajar. Secara kesimpulannya, daripada kesepuluh tips di atas, bolehlah disimpulkan bahawa proses penyeliaan tidaklah sepenuhnya merujuk kepada proses pengajaran atau penilaian, tetapi lebih kepada proses memberi galakan membina untuk kelangsungan pembentukan kemahiran dan motivasi seseorang pelajar untuk meneruskan tugasnya sehingga ke titik terakhir. Hmm.. tidak mudah juga untuk merasai pengalaman penyeliaan yang menyeronokkan sehingga ia menjadi kenangan terindah dalam hidup bukan? Namun, saya berpegang kepada prinsip bahawa – hidup ini jangan dirumitkan, sebaliknya bersikap optimis serta jangan terlalu formal dalam urusan penyeliaan. Justeru penyeliaan melibatkan dua pihak yang mempunyai hati, perasaan serta kehidupan yang berpanca warna. Hidupkan rasa gembira, bersyukur dan terbuka. Pasti yang susah menjadi mudah inshaAllah. Di kala saya menulis ini, fikiran saya terbayang-bayang akan wajah pelajar seliaan saya .. dan terfikir juga di fikiran – apakah reaksi mereka dengan cara saya menyelia? Tentu banyak yang perlu dipinda! Rujukan: Pierce, R. A, & Rowell. J. S. (2005). The 10 Keys to Effective Supervision. Alhamdulillah.
Dan saya tahu dia benar gembira. Bukan setakat dia, namun saya turut merasakan betapa hebatnya perasaan apabila destinasi yang didamba akhirnya tiba jua. Saya ada menulis tentang dua pelajar sarjana saya - Fiqah dan Nadirah dalam page When My Mind Speaks yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka dengan cemerlang. Dan semalam, seusai majlis tandatangan perjanjian bersama rakan penyelidik Lesson Study dari Nagoya University - Prof. Shibata dan Dr. Arani, saya didatangi Afiqah di ruang luar Bilik Telesidang untuk penyerahan tesis berkulit keras ini. Semoga ini akan membakar semangat rakan-rakan yang lain untuk meneruskan perjalanan. Ingatlah bahawa tiada yang mudah dalam hidup ini, namun jalannya perlu diteroka dengan azam dan istiqamah yang padu. "Focus on the journey, not the destination. Joy is found not in finishing an activity but in doing it" - Greg Anderson "It is good to have an end to journey toward, but it is the journey that matters in the end" - Ursula K. Le Guin "Friends are as companions on a journey, who ought to aid each other to persevere in the road to a happier life" - Pythagoras "Sometimes it's the journey that teaches you a lot about your destination" - Drake "Do the difficult things while they are easy and do the great things while they are small. A journey of a thousand miles must begin with a single step" - Lao Tzu If you appreciate your journey as a postgraduate student, you will definitely agree that the above quotes are indeed meaningful, as the journey along the path is not always easy as it may look or expected. All the difficulties, hiccups and hurdles are the best 'guru' that mould you to be the way you are today. It has never been straight forward process when you talk about writing up your research. Most of the time I found that students tend to overlook the importance of being 'transparent' about their research and as a consequence, many things were not clearly mentioned to the reader/audience. Well, expertise comes with practice so please do not feel bad or unmotivated when you get comments from your SV :) it is part of the process and believe me that everybody has gone the same process as well! It is also vital to have a framework of the structure of your chapters. One of the best ways to ensure that you write what has to be written in your chapters respectively, is to jot down the keywords/headings first. You may then add in some main points underneath each heading and from there you start writing. Do not correct your grammar while writing - let it flow easily because it is hard to retrieve the ideas back once you stop! After pouring up your ideas, then only you revisit the sentence and check the spelling, or the structure of the sentence. It is also good to step back and put yourself in reader's shoes. Look at the coherence of your ideas, the flow and the most importantly the clarity of your intended explanation. The process may took a while, but once you get the rhythm, you will enjoy it. Remember that Rome wasn't built in a day. So does your skills in academic writing. So do not give up, cherish the journey instead! Anyway, congratulations everybody who had presented their research progress this afternoon. I will be sharing the videos of your presentation via Trello, so please check it up. Have a nice holiday and I'wll see you after Eid! xoxo |
Archives
April 2023
Do your search here:Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |