Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

3 . 21st Century Learning

3/15/2018

37 Comments

 
Learning can happen anywhere anytime ... 
Let's watch this video and then state 3 things that struck your mind from this video and explain why? 

37 Comments
JOHNNY
3/21/2018 10:00:00 pm

Pendidikan abad ke 21 menerangkan bagaimana teknologi semasa menjadi medium penyampaian dan pemberian maklumat yang lebih berkesan di mana pembelajaran membolehkan murid dan pelajar untuk terus berinteraksi serta mendapatkan maklumat tanpa sempadan. Pendidikan abad ke-21 memberi lebih ruang dan peluang kepada murid untuk terus meneroka kepelbagaian dalam internet untuk pembangunan kemahiran yang pelbagai dalam perkembangan murid.
Walaubagaimanapun guru sebagai pemudahcara harus bijak mengurus penggunaan kemudahan agar tidak terpesong dari objektif pembelajaran.

Reply
Christine Wong
3/21/2018 10:00:51 pm

1. A focus on 4Cs (learning and innovation skills) is essential to prepare our students for the future.
2. To be effective in the 21st century, our students must be able to master information, media and technology skills.
3. Today's students need to develop thinking skills, content knowledge and social emotional competencies.
In short, the way we learn is changing.

Reply
Lenny
3/21/2018 10:03:35 pm

Pada masa kini negara menuju ke arah Pembelajaran Abad ke-21. Pembelajaran pada masa kini bukan hanya tertumpu di dalam kelas dan berpusatkan guru tetapi lebih menekankan serta berpusatkan murid. Pembelajaran berlaku bukan hanya di dalam kelas tetapi meliputi persekitaran kita. Kaedah pembelajaran haruslah menjurus kepada apa yang berlaku di persekitaran agar sesuatu pembelajaran dapat diaplikasikan di dalam kehidupan murid. Pembelajaran abad ke 21 juga menekankan konsep "4C" iaitu Collaboration, Creativity, Critical Thinking dan Communication. Pembelajaran abad ke 21 bukan hanya untuk murid tetapi ianya juga penting bagi pendidik dan merupakan keperluan dalam menghadapi era teknologi yang berkembang pesat.

Reply
FARAH
3/21/2018 10:05:21 pm

Pembelajaran Abad Ke 21 seiring dengan PPPM 2013-2025 bagi membangunkan modal insan yang seimbang. Penggunaan teknologi sebagai jaring utama untuk mendapatkan sebarang maklumat dan pengetahuan baru banyak memberikan impak dalam dunia pendidikan. Kemudahan terkini di mana murid boleh menggunakan jaringan internet untuk mendapatkan maklumat seperti wikipedia, facebook dan sebagainya. Bukan itu sahaja, murid juga boleh bertukar pendapat dan pandangan pada individu lain untuk menambahkan pengetahuan. Jaringan internet ini amat meluas dan boleh diguna pakai dalam pembelajaran abad 21. Seorang guru juga boleh menggunakan aplikasi yang sedia ada seperti penggunaan power point sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dalam sesi pembelajaran. Ianya juga satu usaha untuk membuka minda murid pada generasi mendatang bahawa pembelajaran kini boleh diperoleh dimana dan bila-bila sahaja

Reply
Amie Doris link
3/21/2018 10:07:27 pm

In 21st century learning, student do not need to go to school to learn but learning still can takes place through digital textbook and online learning. Student can access the internet while taking exam. Student are allow to create their own individual schedule.

Reply
Gomez D
3/21/2018 10:07:41 pm

PAK21 merupakan satu era pembelajaran yang baru. Murid belajar tidak hanya berasaskan buku semata-mata. mereka dapat pelbagai sumber maklumat tidak hanya di Malaysia sahaja malah mereka dapat meneroka ke seluruh dunia hanya dengan mengakses komputer dan internet sahaja. Pembelajaran sebegini sudah dipraktikan di negara luar. murid dapat belajar dan menerima tugasan hanya perlu menghadap laptop di rumah sahaja. self learning berlaku dan guru bertindak sebagai menyelia sahaja.

Reply
Mary Lawrence Ballang
3/21/2018 10:08:09 pm

Di Dalam Video pertama. pembelajaran abad ke 21 adalah satu carapembelajraan yang menghubungkan murid menggunakan teknologi . murid dapat berhubung atau berkomunikasi hanya menggunakan teknologi seperti internet . Melalui teknologi terkini murid mendapatkan maklumat dengan mudah dan melatih mereka untuk berfikir lebih kritis dan kreatif berdasarkan vidoo kedua.

Pelajaran dalam abad ke21 ini menjadikan pelajar lebih kreative, dan kritis. Melalui pembelajaran ini juga pelajar dapat berkomunikasi antara satu sama lain. Ini juga memudahkan mereka berhubung dengan lebih cepat . Selain itu,maklumat juga dapat diteria dengan lebih cepat dari guru. Jadi dalam PAK21 ini pelajar dapat belajar di mana sahaja dan pada bila bila masa.

Reply
Evelyn Banu link
3/21/2018 10:08:11 pm

3 things that struck me:
a. Incorporation of technology in today's learning strategy.
- multiple online approaches.
- students are engaged in an ongoing updated sites.
- use of technology to enhance thinking skills, i.e: making
graphics, creating webpage, etc..

b. 4C's skill and its correlation to the 21st Century Learning
- personalized learning methods are in line with the
enhancement of 4C's skill (Communication, Collaboration,
critical thinking & Creativity)

c. Education is becoming global and how educators are playing an
important role.
- Educators have to be well prepared to face the challenges &
constantly changing way of learning interactions.

Reply
NURHANI FARHANAH
3/21/2018 10:10:23 pm

In my opinion, 3 things that struck my minds from this video are:
1) we can learn anywhere and anytime
-with technology, we can search everything with just one click. There are so many websites and sources that provide us with information such as academia.edu, scribd.com and etc. So, it's depends on us to filter the information given based on our needs.
2) everyone can connect with technology
social media play the important roles to helps us to connect with everyone around the world. We can get new friends, share our knowledge and make discussion online. This way is more compatible rather than we have to go somewhere to get the information that we need.
3) technology enhance 4C in the classroom
-with technology, students able to share their opinions freely. They can do online tasks rather that do the work on the paper. Technology helps student to collaborate from the other school too.

As a conclusion, technology makes our life easier. There's nothing impossible if we are willing to learn to improves ourself to be a better person.

Reply
Lucy Tambi
3/21/2018 10:10:36 pm

PAK21 bukan benda yang asing lagi. Sistem di Malaysia sendiri telah mula melaksanakan PAK21 ini tetapi masih banyak ruang yang memerlukan banyak penambahbaikan. Ini kerana PAK21 ini bukan hanya meletakkan PDPC itu sebagai PAK21 malahan PAK21 ini memerlukan pendekatan sistem secara teratur dan penggunaan teknologi yang meluas.

Seumpama negara Korea Selatan, Denmark, USA dan Australia, PAK21 ini merupakan pendidikan berlangsung secara global dengan penggunaan technology. Tiada lagi buku teks, peperiksaan secara paperless ini nyata meletakkan negara-negara ini mengamalkan PAK21 secara menyeluruh. Sistem pendidikan ini memberi impak dalam masa jangka yang panjang kerana murid/pelajar yang mengalami sendiri PAK21 ini dapat membuat penyelesaian masalah dan tidak hanya bersandarkan keputusan daripada guru-guru semata-mata. Murid/pelajar juga dilihat dapat berkomunikasi, berkolaborasi dengan kreatif bersama rakan-rakan dimana proses pembelajaran itu tidak hanya berlaku di dalam bilik darjah dan di sekolah sahaja. Murid-murid akan sentiasa memperoleh pendidikan tanpa batas tanpa limitasi masa dan tempat. PAK21 ini mendukung Teori Pembelajaran Connectivisme secara langsung.

Reply
DANNY RACHEL ANAK SAHEK
3/21/2018 10:10:40 pm

Pembelajaran abad ke-21 menekankan pembelajaran yang berpusatkan murid. Murid-murid berupaya mempelajari sesuatu perkara dengan sendiri dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja. Sebagai contoh, penggunaan e-book yang diperkenalkan di Korea membolehkan murid-murid mempelajari sesuatu perkara di mana-mana sahaja tanpa perlu membawa buku yang banyak.

Selain itu juga, pembelajaran ini memberi penekanan kepada 4c's iaitu pemikiran kritikal, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti. Pembelajaran ini akan melatih murid-murid yang mampu untuk mengenal pasti masalah, menganalisis dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan sendiri. Malah, pembelajaran ini akan menggalakkan murid-murid berkomunikasi dengan baik serta memberi pendapat dan pandangan tentang sesuatu perkara.

Selain itu, murid-murid boleh berkolaborasi antara satu sama lain bagi menyelesaikan tugasan tanpa bimbingan guru. Malah, murid-murid akan menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah berdasarkan pengetahuan yang meluas sejajar dengan perkembangan teknologi.

Melalui pembelajaran abad ke 21, kita akan berjaya melahirkan murid-murid yang kreatif dalam menyelesaikan masalah dan mampu berkomunikasi dengan baik, sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian ke 4.

Reply
Sangin Juat
3/21/2018 10:10:42 pm

1. Pelajar boleh belajar melalui pelbagai sumber.

2. Pelajar tidak perlu berada di sekolah semata-mata untuk belajar. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana.

3. Exam boleh diduduki secara atas talian. Pada masa yang sama pelajar juga boleh akses kepada sumber internet semasa menjawab soalan.

Reply
melvinmaxwell link
3/21/2018 10:11:08 pm

Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang mengaplikasikan teknologi abad ke 21 bagi penyaluran ilmu dan pengetahuan baru secara meluas dengan berpusatkan pelajar tanpa mengira tempat dan masa.Pelajar dapat menerima akses pendidikan tanpa had.

Reply
Fathin Adilah link
3/21/2018 10:11:52 pm

21st century education is a pace for revolution takes place. A lot of new and previous information need to be gasp.

Resources are mostly online-based in which the learners will not face difficulties in finding learning materials to complete their tasks.

One of the aims or targets of 21st century education is creating big changes towards education and produce more competency citizens in the future.







During teaching and learning session, it is a must for every educators to emphasize 4C element in order to enhance learners' competency in learning.

4C element helps the learners to communicative effectively with their peers in order to exchange knowledge, build teamwork through collaborative learning, improve creativity skills which could lead to innovation which might be produced by the learners and improve critical thinking skills among the learners.

Reply
SIM PIK YUN link
3/21/2018 10:12:20 pm

3 things that struck my mind.
1. Education for everyone. 21st century learning is incredible as it may happen everywhere and everytime with a technology tool(handphone, computer, ipad) for everyone to learn through website such as wiki, blog, and informative videos.
2. it provides an interesting and convenient learning environment for both teachers and students as it connects us eventhough we are not being together in a classromm. all the dicussion, explanation, and annoucement and be done easily.
3. Students will be more creative and communicative. and it can develop student's thinking skill.

Reply
Mason Maur
3/21/2018 10:12:29 pm

Video 1 :

Dalam video ini, ianya menerangkan tentang pembelajaran abad ke-21. Di dalam abad ini, murid akan belajar dengan menggunakan bahan berteknologi seperti komputer, buku teks digital dan sebagainya. Seperti di 3 buah negara, korea telah menggunakan buku teks digital, Denmark pula menjalankan ujian di atas laman sesawang dan USA pula membenarkan murid mereka untuk membina cara dan bahan pembelajaran sendiri, Semestinya, dalam abad 21, murid tidak terbatas kepada cara yang lama tetapi berubah mengikut peredaran zaman.

Pada hemat saya, pembelajaran abad 21 ini amat berkesan dan meninggalkan impak yang lebih mendalam kepada murid. Hal ini demikian kerana murid tidak hanya dikongkong untuk mengikut silabus yang telah ditetapkan tetapi mereka bebas untuk belajar sesuatu mengikut tahap pemikiran mereka. Selain itu, pembelajaran abad 21 turut memberi peluang kepada murid untuk lebih meneroka ilmu dengan rakan lain melalui jaringan internet.


Video 2
Murid haruslah mempunyai gaya pembelajaran dan pemikiran yang mantap. Murid haruslah mempunyai pemikiran yang kritis iaitu mampu menganalisis, menginterpretasi, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Dengan memiliki pemikiran tersebut, murid pasti mampu melahirkan pemikiran minda kelas pertama seperti yang diinginkan oleh kerajaan.

Murid juga haruslah mampu untuk berkomunikasi bersama dengan rakan sebaya. Murid haruslah berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan orang lain. Mereka juga haruslah mendengar pendapat orang lain agar dapat bertukar pendapat dan ilmu pengetahuan.

Di samping itu, murid haruslah berkolaborasi dengan rakan mereka. Dengan berkolaborasi, murid dapat menyelesaikan masalah serta berkongsi pengetahuan bersama dengan rakan mereka.

Akhir sekali, murid juga haruslah mempunyai pemikiran yang kreatif. Mereka dapat berkongsi idea dan pendapat bersama dengan rakan lain.

Reply
Haina
3/21/2018 10:12:54 pm

PAK 21 membantu murid untuk bersedia untuk menghadapi dunia akan datang yang lebih mencabar yang mana perubahan yang tampak dari segi penggunaan teknologi. 4Cs yang mana berkait rapat dengan PAK 21 mengkehendaki murid untuk memperkembangkan kemahiran berfikir aras tinggi dan menggunakan media sebagai medium. Yang penting sekali adalah kita mesti peka dengan perubahan semasa dalam dunia pendidikan.

Reply
Nurul Yasmin
3/21/2018 10:15:28 pm

21st Century learning includes the 4 C’s creativity, critical thinking, communication, and collaboration.
It promotes inclusion and the development of digital literacy skills. It extends learning beyond the text – and beyond the classroom walls. It ultimately exposes students and teachers to new online global communities. This in turn promotes a global awareness, which is an essential component to a 21st century education.

We all know that there has been, and will continue to be, different levels of students in our classrooms – and with uniquely important learning needs. Through the use of instructional technology, differentiated instruction can be made much easier. It can become more of a reality! With differentiated instruction, students are provided an education that is personalized – and that meets them where they are, developmentally. More students are able to benefit from this type of instruction. The use of technology also provides students access to very rich learning materials outside of the classroom.

Finally, it is of paramount important that while in school, students use tools that will best prepare them for their future academic and professional experiences. – This includes a blend of new tech and old tech. Integrating technology into the classroom provides students with a set of skills to navigate through the variety of online tools we have today. It also provides teachers opportunities to educate students on digital citizenship and the new challenges to academic integrity

Reply
cecelia anak Aying
3/21/2018 10:21:55 pm

Pembelajaran abad ke 21 adalah pendekatan pembelajaran pada masa kini yang ditekankan oleh Kementerian Pendidikan dan juga guru. Pendekatan ini di jalankan seiring kehendak pelajar hari ini yang semakin mencabar, Pembelajaran abad ke 21 berasaskan konsep 4C. C for creativity di mana dalam pdp guru harus kreatif menggunakan bahan, soalan mampu menjana pemikiran pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kreatif. Critical thinking pula menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis. Oleh itu teknik penyoalan mestilah berbentuk kreatif dan kritis supaya dapat menjana pemikiran murid. Collaboration pula di mana pembeelajaran murid secara langsung dalam Pdp. Di mana murid berkolaborasi dengan rakan-rakan yang lain. Dalam erti kata lain melakukan kerja kumpulan. Kerja kumpulan ini memberi peluang untuk murid berbincang dan melakukan kerja kumpulan secara bekerjasama. Communication pula murid digalakkan berkomunikasi antara satu sama lain untuk berbincang sesuatu tugasan secara tidak langsung mereka telah berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Kemajuan dalam teknologi maklumat seperti facebook, whatsapp dan sebagainya banyak membantu murid untuk berkongsi maklumat, menyampaikan dan mencari maklumat.

Reply
Macliffton Tembak Sinau
3/21/2018 10:28:35 pm

1. Pembelajaran Abad ke-21 atau secara ringkasnya PAK21 (21st Century Learning) merupakan pendekatan yang semakin ditekankan pada zaman sekarang. Ini kerana, keperluan zaman sekarang untuk bergerak dengan kehendakan pendidikan masa kini, maka pembelajaran abad 21 wajar diberi perhatian serius bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara seperti negera-negara luar.

2.. Pelajar harus menguasai "Learning and Innovations Skills - 4Cs ( Critical Thinking, Communication, Collaboration and Creativity".
a) Critical Thinking- PdPc perlu ada unsur yang menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Pengguanaan tools seperti I Think, soalan-soalan KBAT, serta peta minda mampu menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif dan inovatif.
b) Communication - Pelajar digalakkan berkomunikasi menggunakan pelabagai jenis bahan dan juga pendekatan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan yang mereka fahami dari konteks pemahaman individu daripada pembelajaran. Pembentangan di hadapan kelas merupakan salah satu pembelajaran yang melibatkan kemahiran komunikasi untuk pelajar berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan yang lain.
c) Collaboration - Pembelajaran pelajar berlangsung dengan cara berkolaborasi dengan rakan. Pembelajaran berkolaborasi ini doleh dilaksanakan melalui aktiviti berkumpulan atau berpasangan bagi mereka untuk bertukar-tukar pendapat, idea dan pandangan. Banyak pendekatan yang boleh didunakan seperti Gallery Walk.
d) Creativity - Semasa pdp, guru perlu memasukkan unsur-unsur kreatif dalam aktiviti, kreatif pada bahan yang digunakan, kreatif pada soalan dan yang paling penting, semasa pdp berlangsung mampu menjana pelajar untuk menjadi kreatif terutamanya dari segi berfikir. Pelajar yang kreatif akan meningkatkan lagi perkembangan dalam pembelajaran yang seiring dengan zaman sekarang.

3. Pendidikan zaman sekarang telah berkembang dengan lebih maju. Pendidikan zaman sekarang semua di hujung jari. Dimana pun berada, dengan kemudahan teknologi dapat berkomunikasi diantara satu sama lain. Pelajar dapat menerima akses pendidikan tanpa had.

Reply
Suzie Sinja Anak Mathew Brayon
3/21/2018 10:35:38 pm

Pembelajaran Abad Ke 21

Pembelajaran yang berkonsepkan alam maya di mana pembelajaran boleh dilakukan mengikut fleksibiliti pelajar itu sendiri. Selain itu, melalui pembelajaran seperti ini, ia lebih mengalakkan kreativiti pelajar di mana pelajar belajar lebih kepada konsep self-learning. Perkongsian idea di kalangan pelajar melalui komunikasi dari platform massenger / media sosial Sumber pembelajaran yang banyak melalui laman yang melebihi 2000.
Konsep pembelajaran abad 21 lebih menerapkan pembelajaran yang berpusatkan murid juga bersifat kolaboratif. Pelajar lebih melakukan praktikal sepanjang pembelajaran mereka. Ini memberikan satu pengalaman dalam pembelajaran yang boleh diamati dan meningkatkan pemikiran aras tinggi pelajar.

Reply
Ormilla
3/21/2018 10:39:47 pm

pembelajaran abad 21 menjurus kepada pembelajaran berpusatkan murid. guru tanya bertindak sebagai pemudah cara dan murid sendiri akan menyelesaikan sesuatu topik yang diberi. murid akan saling berkolaborasi bersama satu lain untuk menyelesaikan masalah yang siberian oleh guru. pembelajaran abad ke 21 ini juga boleh dijalankan dimana dan bila-bila masa sahara dennen menggunakan teknologi pada zaman sekarang. pembelajaran abad ke-21 menekankan 4c iaitu :
1. critical thinking
2. communication
3. collaboration
4. creativity.
pembelajaran abad ke-21 boleh dilaksanakan tanpa kemudahanan teknologi dengan menggunakan pelbagai pendekatan mengajar dan menggalakkan murid-murid untuk bertanya agar dapat menerapkan KBAT dalam diri mürid.

Reply
EMPATI ANAK TINGGI link
3/21/2018 10:41:06 pm

Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam sesi pembelajaran. terdapat 4 perkara yang ditekankan iaitu komunikasi,kolaboratif, kreativiti dan pemikiran kritis. PAK21 menekankan sepenuhnya kepada pdp berpusatkan pelajar manakala guru pula merupakan sebagai pembimbing. PAK21 juga menekankan penguasaan kemahiran menggunakan teknologi sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Reply
Jessica
3/21/2018 11:05:06 pm

1) perubahan dalam sistem pendidikan ekoran kepesatan pembangunan dalam bidang teknologi - perubahan dalam bidang teknologi membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Oleh itu, wujudnya konsep pembelajaran abad ke-21. Pembelajaran abad ke-21 mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.
2)Penggunaan digital book di dalam kelas - telah wujud buku digital untuk kegunaan di dalam kelas yang menggantikan penggunakan buku-buku yang biasa (contohnya buku teks). Ini dapat membantu meringankan beban murid untuk tidak membawa beban buku teks yang berat ke sekolah.
3) kemahiran 4C dalam konsep pembelajaran abad ke-21 - kemahiran 4C yang diperkenalkan dalam pembelajaran abad ke-21 iaitu komunikasi, kolaborasi, kreativiti dan berfikir secara kritikal digunakan untuk tujuan pembelajaran. Apabila murid dapat menguasai 4 kemahiran ini, mereka dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Reply
Norfarhana
3/21/2018 11:41:07 pm

Pembelajaran abad ke 21 merupakan matlamat pendidikan pada masa kini. Secara ringkasnya, pembelajaran abad ke 21 menyediakan pembelajaran yang menjurus kepada pemikiran aras tinggi (KBAT). Cabaran kepada pembelajaran abad ke 21 ini perlu dilihat secara meluas terutama dalam melibatkan matlamat pendidikan tersebut. Seiring dengan pembangunan yang makin pesat, penggunaan ICT digunakan bagi membantu meningkatkan kualiti pendidikan. Penggunaan ICT membantu menghubungkan di dalam dunia maya. Malah ia membantu menyebarkan maklumat tanpa langkauan. Pembelajaran abad ke 21 menekankan kepada 4CS iaitu kemahiran berfikir (critical thinking), komunikasi (communication), kerjasama (collaboration) and kreativiti (creativity). Pembelajaran abad ke 21 membantu meningkatkan keupayaan murid untuk berfikir. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemahiran berfikir akan membantu murid untuk menganalisis, menilai, mentafsir, membuat keputusan dan menyelesaikan permasalahan. Aspek komunikasi pula membantu murid untuk berkongsi maklumat, pemikiran, pendapat dan menggunakan kemahiran mendengar serta mentafsir apa yang mereka perolehi. Manakala dalam aspek kerjasama pula, dengan penggunaan ICT akan menyemai sikap kerjasama di kalangan pengguna. Contohnya seperti di dalam video di atas. Murid bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman sedia ada mereka. Akhir sekali adalah melibatkan aspek kreativiti di mana murid boleh menggunakan kemahiran ICT untuk membuat cabang minda, bertindak balas terhadap idea sendiri ataupun orang lain serta membina kreativiti sendiri. Kesimpulannya, pembelajaran dalam abad ke 21 membantu meningkatkan kemahiran berfikir secara KBAT dan meransang minda untuk berdaya saing seiring dengan perkembangan masa.

Reply
CHANG SIANG CHENG
3/21/2018 11:46:56 pm

Pendidikan abad ke-21 menekankan bagaimana teknologi menjadi alat penyampaian maklumat. Pelbagai informasi pengetahuan boleh diterokai melalui teknologi seperti internet secara global.

Reply
Md Zan
3/21/2018 11:50:54 pm

4Cs as in learning process means learners should be:

creative
able to contribute fresh ideas in a company

critical
able to think logically to solve problems

communicative
able to give and take during information transfer

collaborative
able to work with people of different potentials

Reply
Agnes Lema
3/22/2018 12:13:15 am

Pembelajaran Abad Ke-21 bukanlah sesuatu yang asing lagi pada sistem pendidikan seluruh dunia pada masa kini. PAK 21 ini adalah satu revolusi pendidikan yang pernah mengejutkan seluruh sekolah,daerah dan malah seluruh negara. pelaksanaan PAK 21 ini merupakan satu pengalaman baru terhadap guru dan murid malah ibu bapa diseluruh dunia. Kini murid di rumah sudah dapat mengakses berjuta2 video yang terdapat di laman youtube dan apabila di sekolah murid berkawan dengan beribu2 rakan di dalam alam maya. di sini kita dapat melihat betapa meluasnya penggunaan teknologi malahan di luar rumah dan di luar bilik darjah. adanya pelaksanaan PAK 21 ini diseluruh institusi pendidikan dan industiri bakal melahirkan pekerjaan dan tugas yang pelbagai berbantukan alat teknologi dan mempelajari kemahiran yang baharu. tanggungjawab sebagai pendidik adalah sangat besar untuk menghasilkan anjakan paradigma dan melahirkan murid,pelajar dan graduan yang berkebolehan dlm pelbagai bidang dalam bidang industri dan pendidikan. Pelaksanaan PAK 21 ini bakal melahirkan insan yang kreatif dalam pelbagai bidang. Jika kita melihat dan membandingkan, negara kita sudah jauh ketinggalan dari segi penggunaan alat teknologi dalam konteks pendidikan. jadi ,sudah menjadi tanggungjawab kita dan kementerian pendidikan malaysia untuk membuat suatu perubahan ini kepada seluruh negara dan menyingkirkan jurang antara bandar,luar bandar dan pedalaman. namun, pelbagai usaha perlu dilakukan bagi menjayakan PAK 21 ini untuk setiap segi pembentukan pembangunan.

Reply
TEO LING
3/22/2018 02:58:02 am

Pada zaman kini yang menuju ke abad-21, bidang pendidikan telah menggunakan media massa yang canggih untuk menjalankan pdpc atau menyampaikan maklumat yang pentingdan berkesan kepada pelajar-pelajar, Contohnya, melalui internet. Keadaan atau cara mengajar ini telah cuba dan mulan dijalankan di seluruh dunia/global.

Reply
YONG KAI SIONG link
3/22/2018 04:44:37 am

PAK 21 telah menekankan proses pembelajaran berpusatkan pelajar. Peranan guru hanya sebagai fasilator dan pemudahcara yang akan membimbing pelajar untuk berfikir secara aras tinggi. Melalui PAK 21, pelajar boleh belajar pada bila-bila masa secara online di mana penyebaran maklumat bukan lagi sekadar melalui pembelajaran dalam kelas tetapi meliputi skop yang luas. Pelajar zaman sekarang kebanyakan pandai dalam menggunakan IT seperti smartphone. Mereka boleh menerokai apa-apa saja maklumat dengan adanya Internet. Perisian seperti facebook, telegram, twitter sesuai digunakan dalam P&PC kerana pelajar boleh berkongsi maklumat antara satu sama lain. Pelajar turut boleh membuat perbincangan dan berinteraksi melalui media ini. Masa dan lokasi bukan lagi satu penghalang dalam pembelajaran. Keadaan ini dapat membina keberhasilan pelajar dari aspek softskill. Melalui kecanggihan teknologi, pelajar boleh mengakses maklumat secara online serta mendapat info yang terbaru. Mereka dapat menguasai kemahiran untuk berfikir aras tinggi kerana pengetahuan mereka bukan sekadar dari buku teks, tetapi turut merangkumi skop yang lebih besar sama ada dalam Negara ataupun luar Negara. Justeru itu, ia dapat mendorong pelajar untuk belajar sendiri tanpa bergantung sepenuhnya dengan guru.
Dari aspek 4C, iaitu kreatif, ia merupakan kemampuan pelajar untuk mencipta sesuatu yang baru dan mempunyai inovasi. Sebagai contoh, guru boleh memberi kebebasan kepada pelajar untuk membuat pembentangan berdasarkan idea masing-masing. Pelajar boleh menghasilkan teknik penyampaian maklumat mengikut acuan sendiri dengan adanya bimbingan dari guru sama ada melalui rakaman video, lakonan, powtoons dan sebagainya. Seterusnya, dari aspek kolaborasi, pelajar digalakkan untuk berkerjasama dalam satu kumpulan. Melalui cara ini, pelajar boleh berkongsi maklumat supaya dapat meransang pemikiran mereka ke aras yang lebih tinggi. Bagi aspek critical thinking, pelajar mempunyai kemampuan untuk menganalisis, membuat penilaian dan keputusan serta menyelesaikan masalah. Guru hanya perlu membimbing mereka semasa mereka berkerja dalam satu kumpulan tetapi bukannya menggunakan cara menyuap. Aspek yang terakhir adalah komunikasi. Elemen ini amat penting kerana ia merupakan softskill yang paling penting dalam kehidupan seharian. Pelajar dapat saling berinteraksi untuk berkongsi maklumat dan idea masing-masing yang boleh memperkembangkan pemikiran mereka. Dengannya interaksi yang positif, ia dapat membantu pelajar memperolehi lebih banyak informasi serta pandangan yang mungkin tidak terfikir oleh mereka. Justeru itu, 4C sebenarnya adalah saling bergantungan dalam PAK 21 kerana 4 aspek ini yang akan membentuk masyarakat Malaysia yang mempunyai pemikiran bertaraf dunia.

Reply
JustinJT link
3/22/2018 06:11:40 am

Pendidikan Abad ke 21 ialah satu revolusi dan perubahan dalam dunia pendidikan. Ianya berlaku di seluruh dunia. Contohnya seperti negara Korea Selatan, Denmark, USA, Australia dan sebagainya. Perubahan ini berlaku melibatkan semua lapisan masyarakat di dunia. Di mana dengan adanya teknologi, masyarakat di dunia boleh belajar di mana sahaja mereka berada.
Pendidikan Abad ke 21 mengubah cara pembelajaran pelajar dari segi kebolehan pelajar berfikir secara 4C iaitu (Critical thinking, communication, collaborative and creative)
Pertama ialah berfikir secara kritikal. Berfikir secara kritikil ialah pelajar boleh menganalisis, mantafsir, menilai, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Pelajar boleh menyelesaikan masalah mereka menggunakan carta, grafik, graf dan sebagainya dan dikongsikan dengan pelajar lain.
Kedua ialah komunikasi. Pada abad ke 21 pelajar perlu bijak berkomunikasi dan berkemahiran mengunakan peralatan komunikasi yang ada pada masa kini. Maklumat yang diperolehi dapat dikongsikan dengan pelajar lain di seluruh dunia. Komunikasi ini memerlukan pelajar yang mempunyai kemahiran menilai dan kemahiran berkomunikasi dengan multimedia dengan baik.
Ketiga ialah Kolaboratif. Kolaboratif dalam pembelajaran abad ke 21 merangkumi pelajar yang boleh bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah dan tugasan mereka. Pada masa yang sama pelajar berkongsi maklumat dengan rakan mereka.
Ke empat ialah Kreatif. Pembelajaran abad ke 21 memerlukan pelajar yang boleh berfikiran secara kreatif iaitu pelajar berupaya bersumbang saran dan berkongsi idea dengan rakan yang lain.
Kesimpulannya, pembelajaran abad ke 21 ialah berkait rapat dengan teknologi. Teknologi memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia pendidikan. Di mana teknologi boleh dijadikan sebagai peralatan untuk belajar tidak kira dimana sahaja kita berada. Dengan adanya peralatan teknologi yang berkembang pada masa kini, pelbagai peralatan teknologi boleh digunakan tidak kira anda belajar dalam bilik darjah atau luar bilik darjah. Peralatan teknologi yang berkembang pesat ini dapat membantu pelajar belajar secara kreatif, berkomunikasi, berkolaboratif dan berfikir secara kritikal bagi melahirkan pelajar yang dapat berfikir aras tinggi.

Reply
Jenny Bong
3/27/2018 06:14:50 am

Three things that struck my mind about pembelajaran abad ke-21 & 4C:
1.satu medium pembelajaran yang lebih kepada penglibatan murid secara individu mahupun kolaborasi dan perkongsian maklumat secara global melalui medium pembelajaran spt youtube, facebook, CD, di mana pembelajaran interaktif dan lebih menyenorokkan
2.Teknologi selaku medium Kaedah pembelajaran dalam abad ke-21 lebih menyediakan learners untuk berfikir secara kritikal dan kreatif, berkolaborasi dan berkomunikasi antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah
3.Pembelajaran ini penting untuk menyediakan satu platform agar individu lebih berdaya saing untuk kerjaya masing-masing pada masa akan datang

Reply
Sawai Pilok
3/31/2018 12:27:15 am

1. PAK21 berpusatkan pelajar dengan kemudahan teknogi terkini membolehkan pelajar menjana kemahiran dan lebih berfokus.
2. Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan bila-bila masa. Pelajar boleh membuat jaringan pembelajaran dengan luas.
3. PAK21 mampu melahirkan pelajar dengan 4c skill yang tinggi. Kreativiti, inovasi dan pemikiran kritis (HOTS) dapat ditingkatkan dengan kolaborasi pelbagai hala dan penvetahuan antara pelajar.

Reply
Martina
3/31/2018 12:27:45 am

Berdasarkan video tersebut dapat dirumuskan bahawa dasar terbuka abad ke-21 menjadikan Malaysia mengalami kemajuan yang dramatik dalam bidang teknologi dan penyebaran maklumat. Semua elemen dalam pembelajaran abad ke - 21 adalah terkandung dalam PPPM 2013 - 2025. Pendidikan abad ke-21 menekankan elemen 4C iaitu kreativiti, pemikiran kritis (critical thinking), komunikasi dan kolaborasi. Apa yang terlintas dalam fikiran saya berkenaan dengan kreativiti adalah kreativiti yang dilakukan sama ada melalui bahan pembelajaran dan pengajaran akan dapat menjana pelajar untuk menjadi kreatif dari segi pemikiran pelajar. Manakala pemikiran secara kritis membolehkan pelajar untuk melatih diri menyelesaikan masalah. Pada abad ke -21, pdpc perlu ada unsur yang dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kritis. Teknik yang mudah diaplikasikan ialah menggunakan teknik penyoalan yang betul. Contoh memberikan soalan berunsur KBAT. Bagi komunikasi pula, penglibatan pelajar secara aktif adalah melalui perbincangan bersama rakan dan guru. Pelajar dapat berkongsi pandangan atau idea, bertanyakan soalan dan menyelesaikan masalah. Pelajar digalakkan untuk berkomunikasi dengan menggunakan apa - apa bahan atau pendekatan bagi menyampaikan ilmu yang mereka fahami daripada sesi pembelajaran. Pembentangan, penggunaan kertas mahjong, powerpoint, gambar rajah dll membolehkan pelajar untuk berkongsi pengetahuan mereka. Bagi elemen kolaborasi pula, pembelajaran yang melibatkan aktiviti secara berkumpulan dapat mewujudkan kolaborasi antara pelajar. Contoh pendekatan yang boleh digunakan Galery Walk, Think Pair - Share dll.

Reply
Jesamine A. link
4/5/2018 05:19:26 am

3 things that struck my mind about 21st Century Learning based on the videos:
1. Memudahkan
Pembelajaran abad 21 lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.Ini kerana proses tersebut boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana jua. Sebagai contoh seperti di dalam video, penggunaan media sosial iaitu Facebook. Guru boleh berhubung dengan anak murid tanpa bersemuka dan hanya melalui Facebook. Selain itu, guru juga boleh memberi tugas kepada murid untuk mengakses maklumat berkaitan topik yang dipelajari sebelum guru memulakan topik tersebut. Murid akan mendapat maklumat melalui Youtube serta laman web yang berkaitan untuk pembelajaran kendiri serta persediaan sebelum masuk kelas. Sekurang-kurangnya murid mendapat gambaran sesuatu topik sebelum guru mengajar.

2. Pembangunan Modal Insan
Modal insan yang ingin dihasilkan dalam abad 21 ini adalah yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah. Seperti yang terdapat dalam video, pembelajaran abad 21 berupaya menghasilkan insan yang lebih kreatif dalam menyelesaikan masalah, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan pembelajaran sepanjang hayat. Namun, untuk memastikan kejayaan tersebut, perubahan harus dilakukan. Ini bermakna guru perlu membuat perubahan bermula dari diri sendiri iaitu kaedah pengajaran. Guru perlu ada kemahiran dan pengetahuan dalam melaksanakan pembelajaran abad 21.

3. Meningkatkan kemahiran 4C
4 C singkatan bagi 4 kemahiran dalam pembelajaran abad 21 iaitu Critical Thinking, Communication, Collaboration dan Creativity. Secara peribadinya saya berasa keempat-empat kemahiran tersebut sangat penting untuk dipupuk dari awal lagi. Guru adalah medium utama yang dapat membantu murid meningkatkan kemahiran 4 C tersebut. Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kemahiran 4C. Sebagai contoh dalam kemahiran Creativity. Melalui video kedua di atas, salah satu aspek dalam Creativity ialah Brainstorming. Guru boleh menggunakan peta I-think untuk membantu murid menghasilkan idea-idea yang kreatif.

Secara kesimpulannya, saya melihat bahawa pembelajaran abad 21 sangat memberi impak yang positif dalam dunia pendidikan. Namun, terdapat juga pelbagai cabaran dalam perlaksanaannya. Oleh itu, guru perlu bijak menghadapi cabaran dalam pembelajaran abad 21.

Reply
Zuricca Roben link
4/7/2018 09:07:28 pm

Terdapat tiga perkara yang terlintas di fikiran saya setelah menonton kedua-dua video tersebut iaitu:
1) Konsep Pembelajaran Abad ke-21 dapat memantapkan lagi bidang pendidikan yg lebih berpusatkan pelajar. Dasar Global langit terbuka di abad ke-21 ini, penentu utama kejayaan adalah pdpc dimana pelajar sangat berperanan penting serta aktif. Manakala, guru menjadi pemudahcaraan atau pembimbing kepada pelajar. Kemenjadian murid penting dalam Konsep PAK21. Dalam mencetuskan pendidikan abad ke-21, 'softskill' amat diperlukan untuk memudahkan pelajar berkomunikasi dalam perbincangan yang menggalakkan mereka berinteraksi sesama sendiri. Kemajuan teknologi terkini serta keupayaan pelajar perlu diguna sebaik mungkin bagi mengoptimumkan penghasilan kemenjadian murid yang tinggi pada abad ke-21 tidak seperti abad ke-20. Transformasi dalam dunia pendidikan untuk kepentingan bersama.

2) Pembelajaran yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dapat melahirkan pelajar yang berketrampilan tinggi serta mengukuhkan modal insan. Pada masa kini, pendidikan dilakukan dengan bantuan teknologi terkini. Pelajar boleh meneroka apa-apa sahaja maklumat melalui internet. Mereka boleh berbincang serta berkomunikasi antara satu sama lain melalui media massa terkini tanpa sempadan. Dengan wujudnya website, facebook, blogger, wikipedia, twitter, wordpress, flicker, soundcloud, pelajar dapat berkongsi maklumat, idea serta ilmu pengetahuan. Hal ini, memudahkan pelajar masa kini untuk memperoleh kejayaan dalam pendidikan. Di negara-negara maju seperti Korea, Denmark dan USA, pendidikan berlandaskan globalisasi serta teknologi tinggi. Mereka dapat mengembangkan idea, maklumat dan buah fikiran bukan berdasarkan buku teks, tetapi dengan adanya internet serta aplikasi-aplikasi terkini yang sangat membantu bidang pendidikan. Hal ini dapat membantu pelajar untuk belajar sendiri / kendiri tanpa bergantung sepenuhnya terhadap guru atau pembelajaran di dalam kelas. Dengan ini, Pembelajaran Abad ke-21/ PAK21 pasti dicapai serta membuahkan hasil.

3) Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad 21 (PAK21) dapat meningkatkan lagi kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa. Guru sememangnya bergerak seiring dengan kehendak pelajar masa kini. Terdapat empat aspek yang dititikberatkan iaitu:
a) Kemahiran Pemikiran Kritis
Kemahiran ini dapat membantu pelajar terutamanya berkaitan dengan penyelesaian masalah. Jenis pemikiran sebegini akan membantu pelajar untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Di samping itu, dapat membantu mereka untuk membuat banding beza, mengkategori, menghurai dan membuat rumusan serta ramalan.
b) Kemahiran Pemikiran Kreatif
Kemahiran pemikiran kreatif pula dapat membantu pelajar menghasilkan idea serta mereka cipta untul menghasilkan sesuatu yang baru. Dengan ini, pelajar akan mampu untuk membuat hipotesis, mensintesis dan membuat hubung kait.
c) Kemahiran Kolaboratif
Dengan adanya kemahiran ini, pelajar akan mempunyai semangat juang dan berketrampilan diri yang unggul serta mampu untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Kemahiran ini juga memupuk pelajar supaya bekerjasama dalam satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam pelajaran atau pendidikan.
d) Kemahiran Berkomunikasi
Dengan adanya kemahiran ini, pelajar boleh membuat pertukaran / perkongsian buah fikiran serta idea menerusi lisan ataupun tulisan. Sesuai dengan perkembangan teknologi, pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat serta media atau lebih mudah lagi disebut celik IT. Hal ini, mendorong pelajar kepada pengukuhan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan. Pelajar pada abad ke-21 sememangnya dapat memperolehnya ilmu dengan lebih meluas dan mudah dalam dunia tanpa sempadan.

Secara kesimpulannya, transformasi dalam dunia pendidikan di seluruh negara telah memberi kesan positif kepada semua pihak sejajar dengan kemajuan dunia yang berteknologi tinggi.

Reply
Wielhma
4/7/2018 10:19:54 pm

Konsep 4C:
1 Menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif tanpa terhadap
serta disokong dengan kemajuan teknologi pada abad
ke-21, dimana mereka dapat mengakses maklumat
dimana-mana sahaja dan bila-bila masa, berbanding
pembelajaran yang dilaksanakan sebelum ini yang hanya
menerima input daripada guru (guru tanya, guru jawab) dan

membataskan pelajar menggunakan kemahiran berfikir.
2 Para pelajar juga diasah berfikir secara kritis melalui
penggunaan pelbagai tools seperti peta i-Thinks dan soalan
KBAT.
3 Para pelajar boleh bertukar idea serta pandangan dalam
kalangan mereka. Secara tidak langsung telah memupuk
pelbagai nilai murni seperti keyakinan diri dan juga
kerjasama. Ada antara pelajar yang mempunyai idea dan
pandangan kreatif tetapi terbatas kerana kurangnya
keyakinan diri. Melalui konsep 4C, pelajar boleh
mempersembahkan idea dan pandangan mereka dalam
kalangan mereka sendiri tanpa rasa ragu-ragu (takut salah).
4 Pelajar boleh berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya
dan juga guru. Mereka menyampaikan ilmu yang mereka
pelajari melalui pelbagai aktiviti yang diadakan seperti
pembentangan yang menggunakan kertas mahjong,
powerpoint, gambar rajah atau video. Dengan erti kata lain,
konsep 4C meggalakkan pengkongsian ilmu dalam
kalangan pelajar.
Kesimpulannya, Konsep 4C dalam PAK 21 memberikan kesan positif dari segi pembelajaran pelajar terutamanya dalam menghadapi gelombang kemajuan teknologi yang serba canggih di mana pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana dan bila-bila masa. Malahan, turut memupuk pelbagai nilai murni dalam kalangan pelajar.

Reply



Leave a Reply.

    What do you want to read?

    All
    21st Century Learning
    Assignment
    Computer As Tool
    Designing E-Learning Content
    E-Portfolio
    Learning Theories
    Meaning Of Learning
    Proforma Kursus
    Self-introduction
    Storyboarding Strategies
    Technology For Education
    Tool
    Tutor And Tutee
    VARK

    e-Portfolio 

    Justin
    page counter
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks