Fariza Khalid
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks

2 . Conception on Learning

3/16/2018

51 Comments

 
Sekarang mari tonton video di atas dan kemudian sila tuliskan pada ruang komen perkara yang menarik perhatian anda tentang kefahaman sedia ada anda tentang pembelajaran. 
51 Comments
Nurhani Farhanah
3/21/2018 09:31:23 pm

Pembelajaran meliputi semua hal, bukan sahaja pembelajaran di dalam bilik darjah, tetapi juga meliputi pembelajaran di luar bilik darjah. Pembelajaran yang berkesan adalah dari pengalaman bermakna yang dirasai sendiri oleh setiap orang. Namun demikian, pembelajaran secara tradisional juga tidak dapat dipinggirkan kerana terdapat sesetengah pembelajaran yang masih relevan untuk menggunakan kaedah pembelajaran tradisional. Strategi pembelajaran bergantung kepada tahap kesediaan seseorang individu sama ada ingin bergantung kepada pembelajaran tradisional, pembelajaran alaf 21 ataupun sebaliknya. Kesimpulannya, pendidikan di negara kita sering mengalami transformasi di mana perubahan yang dilakukan adalah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara yang untuk melahirkan modal insan secara holistik.

Reply
Dr F
3/21/2018 10:09:15 pm

thank you for being the first commentator!

Reply
Lenny
3/21/2018 09:36:29 pm

Conception on learning involved 4 key principal. Learning is personalized, learning is competency-based, learning happens anytime and anywhere and the last one is students take ownership. The student needs to practice all of this principal in order to succeed in the future. In this globalization era, the model of learning must change. The student must know how to market themselves. These 4 key principal incorporated student skill and approach.

Reply
Haina
3/21/2018 09:37:37 pm

Konsep pembelajaran kini lebin berpusatkan mürid kerana ini membantu seseorang untuk mengetahui apa yang mahu dipelajari dan tahu apa yang dilakukan. Pembelajaran juga boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila masa ya mana ia berterusan seiring dengan persekitaran. Pembelajaran ini juga memberi peluang kepada murid untuk membuat keputusan sendiri.

Reply
jenny bong
3/21/2018 09:38:54 pm

Student Centered Learning
1.Pembelajaran lebih berfokus kepada pelajar
2.Guru selaku fasilitator mahupun pemudahcara agar murid lebih cenderung untuk menjana idea agar pembelajaran lebih berkesan untuk berlaku
3.Pembelajaran yang berkesan melalui cara experimential, teamwork untuk menyelesaikan sesuatu masalah disebabkan setiap individu mempunya idea yang tersendiri dan kreatif (multiple intelligence)
Pembelajaran sedemikian berlaku agar semua murid dapat pembelajaran yang sama dan seiring untuk mencapai kerjaya individu serta pembangunan sesebuah negara yang merangkumi pelbagai bidang (sains, alam sekitar, muzik etc).

Reply
Evelyn Anak Banu link
3/21/2018 09:40:08 pm

Student centered learning are the modern world of education system which consist of 4 aspects namely personalized learning, competency based, happens anytime & anywhere where students take ownership on their studies. Students engaging in this type of learning can discover and enhance their own skills. In a way learning is fun, not rigid compared to the traditional way of learning and is made flexible. If fully implemented, students from all walks of life and different level of competency should be able to effectively improve themselves with full responsibility despite the many challenges they may face.

Reply
AMIE DORIS link
3/21/2018 09:40:46 pm

Learning works for all student if four main things are incorporated into teaching. The four important principles are:
i. Learning is personalised,
ii. Learning is competency based,
iii. Learning is happen anytime and anywhere.
iv. Student take ownership.

For learning to take place, we need to engage our student in the learning and teaching process.

Reply
melvinmaxwell link
3/21/2018 09:41:08 pm

Proses pembelajaran yang terperinci kepada perincian yang dikehendaki,memiliki perubahan prestasi pengetahuan yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan tempat dan pelajar dapat merasai diri sebahagian daripada proses pembelajaran.

Reply
Christine Wong
3/21/2018 09:41:27 pm

For student-centered learning, students move from passive receivers of information to active participants in their own discovery process. When students take responsibility for their own learning, they become explorers. Their learning processes are determined by each individual student’s needs and abilities.

Reply
SIM PIK YUN link
3/21/2018 09:42:03 pm

Student-centered learning refers to an active learning process among students whereas a teacher has strong relationship with them, a.k.a personalized learning. it operates on collaboration, interaction(conversation btw teacher and students), competency-based learning. Teacher may replace homework with some activities that are driven by interactive web tools. Besides, projects, group task, and other involving students in evaluation's activities could be carried out.

Reply
Sasha
3/21/2018 09:43:21 pm

Pembelajaran masa kini tidaklah seperti pembelajaran pada masa dahulu. Seiring dengan peredaran masa dimana system pendidikan kini menuju kearah perubahan yang begitu ketara sekali. Oada era dimana dunia dihujung jari ini, tugas murid tidak hanya sebagai pendengar, malahan bertindak sebagai peneroka dunia ilmu dibantu oleh guru sebagai pemudah cara ataupun fasilitor. Pembelajaran kendiri masa kini lebih terarah kepada pembelajaran berpusatkan murid. Video ini telah menggariskan empat elemen yang harus diaplikasikan dalam pembelajaran abad 21 ini.

Howard gardner terkenal dengan teori Multi Intelligent (MI) ataupun kepelbagaian kecerdasan. Beliau menggariskan terdapat 9 jenis kepelbagaian kecerdasan yang dimiliki oleh manusia. Melalu teori, pembelajaran berpusatan murid ini menggalakkan pembelajaran beraspirasikan personality murid yang mempunyai kepelbagaian kecerdasan. Hal ini bermakna, murid boleh belajar mengikut kecenderungan kecerdasan yang dimiliki.

Seterusnya, dalam pembelajaran berpusatkan murid ini menekankan competency based, dimana murid itu mengikuti pembelajaran mengikut aras kognitif yang dimiliki. Hal ini selari dengan konsep Teori Constructivisme dimana pengetahuan murid ini dibina dari peringkat yang rendah lagi sehinggalah murid itu boleh meletakkan aras kognitif mereka pada aras yang lebih tinggi secara berperingkat.

Yang ketiga, konsep pembelajaran berpusatkan murid ini meletakkan idea murid boleh belajar dimana dan pada masa bila yang mereka mahukan. Penyataan ini sekaligus menunjukkan bahawa konsep ini tidak hanya mengehadkan pembelajaran itu hanya boleh ebrlaku di dalam kelas sahaja malahan, diluar daripada kelas juga dapat menjadi tempat murid itu belajar selagi stimulus atau bahan pembelajaran itu terdapat di sekitar murid. Murid yang mempunyai daya ingin tahu yang tinggi tidak mengehadka proses pembelajaran mereka hanya di dalam bilik kelas, malahan bebas membuat ekplorasi dimana dan bila-bila masa sahaja.

Yang terakhir, murid mempunyai autoriti untuk melaksanakan aktviti pembelajaran yang mereka inginkan. Autoriti ini memberi kebebasan kepada murid untuk menjadi pelaksana atau ketua kepada pembelajaran mereka sendiri. Kebebasan untuk melaksana aktiviti pembelajaran di dalam kelas menjadikan mereka lebih mengoptimumkan keupayaan mereka untuk meneroka dengan lebih dalam mengenai topik pembelajaran mereka pada waktu tersebut serta menjadikan mereka lebih ekpressif dalam menyampaikan pandangan mereka .

Reply
Mason Maur link
3/21/2018 09:43:21 pm

Video ini mengisahkan tentang pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Pembelajaran berpusatkan murid adalah lebih effisen dalam membantu menggembangkan bakat diri murid. Dalam pembelajaran berpusatkan murid, ianya melibatkan empat prinsip, Oleh itu, dengan pembelajaran secara berpusatkan murid ini, murid dapat belajar di mana sahaja tanpa mengira masa dan tempat dengan adanya kemudahan dan jaringan internet serta teknologi yang terkini. Murid juga dapat memilih serta menentukan pembelajaran mereka sendiri tanpa ditetapkan oleh sesorang pihak. Murid juga dapat belajar mengikut kemahiran yang ada seterusnya menggembangkan bakat ada dengan menghasilkan sesuatu. Tuntasnya, pembelajaran berpusatkan murid ini tidak akan terikat kepada sukatan malahan, murid bebas untuk memilih gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.

Reply
JOHNNY
3/21/2018 09:43:38 pm

Pembelajaran berpusatkan murid bermakna guru harus membimbing dan membantu murid berdasarkan perkembangan kecerdasan dan kekuatan murid. Dalam masa yang sama guru hanya menjadi pemudahcara dan medium untuk membimbing murid terus berjaya dalam bidang yang diceburi berdaasrkan kemampuan pelajar sendiri.

Reply
Gomez
3/21/2018 09:45:04 pm

Sistem pembelajaran masa kini perlu diubah dari segala persepsi, pembelajaran tidak terhenti dikala murid melangkah keluar dari sekolah. Pembelajaran akan sentiasa berlaku secara tidak langsung. Bahkan sebagai dewasa sendiri kita tidak pernah rasa puas hati dalam perkara yang kita lihat dan miliki dan kita akan cuba mengubah kepada ke arah yang lebih baik atau memudahkan kita. begitu juga dengan murid perlu perubahan kepada pemikiran dan bebas melakukan apa yang difikirkan tentang peningkatan pembelajaran.
konsep ini menekankan 4 perkara penting iaitu:
1. pembelajaran kendiri/peribadi
2.kecekapan
3. pembelajaran berlaku di mana sahaja
4. autoriti kepada pelajar itu untuk belajar apa yang mereka minat..

Reply
Mary Anak Lawrence Ballang
3/21/2018 09:45:13 pm

Daripada video di atas,kita dalam melihat bahawa pembelajaran pada masa kini seharusnya berpusatkan murid. Ini kerana kita mahu supaya murid dapat mengalami sendiri pengalaman mereka melalui "learning Is personalized". Selain itu ,murid juga seharusnya kompenten untuk melakukan aktiviti tanpa mengharapakan arahan guru. Dalam prinsip yang ke tiga,sebagai guru kita seharusnya memberi peluang murid mampu belajar sendiri dimana dan bila bila masa . Prinsip keempat"stundent take ownership" bermaksud murid mempuyai keyakinan dan kepercayaan pada diri. Jadi ini memberi peluang untuk mereka lebih kreatif dan berinisiatif.

Reply
Lucy Tambi
3/21/2018 09:45:25 pm

Pembelajaran berpusatkan murid/pelajar meletakkan guru sebagai fasilitator ataupun pemudahcara dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebolehjadian murid/pelajar ini ditentukan dengan berdasarkan 4 prinsip utama iaitu Learning is personalised, Learning is competency-based, Learning happens anywhere,anytime dan students takes ownership. Dengan adanya keempat-empat prinsip ini, diharapkan tiada lagi jurang perbezaan diantara pelajar pandai,sederhana mahupun lemah. Ini kerana muris/pelajar tidak lagi belajar berdasarkan kurikulum semata-mata. Mereka menguasai sesuatu pembelajaran berdasarkan kebolehan dan tahap kecerdasan masing-masing. Pembelajaran ini tidak hanya berlangsung di dalam bilik darjah sahaja tetapi melalui sekeliling. Ini meneguhkan lagi Teori Pembelajaran Konstruktisme.

Reply
NORASHIKIN BINTI JAMAL
3/21/2018 09:45:36 pm

Assalamualaikum.Berdasarkan pemahaman saya terhadap video tersebut, sebagai seorang guru saya perlu menyedari bahawa zaman telah berubah dan guru pada hari ini tidak lagi boleh menggunakan kaedah pengajaran sebagaimana pada tahun-tahun terdahulu. Hal ini kerana murid akan merasa sangat bosan dan tidak berminat pada pengajaran yang diberikan kerana ianya tidak sejajar dengan perkembangan dunia masa kini. Oleh itu, guru hendaklah memikirkan satu konsep pengajaran yang lebih sesuai sejajar dengan zaman kini iaitu "Pembelajaran Berpusatkan Murid" yang mana merupakan salah satu kaedah pengajaran yang ditekankan dalam Pengajaran Abad ke-21 (PAK21). Pembelajaran Berpusatkan Murid ini berfokuskan kepada 4 prinsip. Prinsip yang pertama ialah *pembelajaran berdasarkan personaliti* yang mana guru hendaklah melaksanakan aktiviti merujuk kepada tahap murid, minat murid dan juga kecenderungan dalam kalangan murid. Murid juga boleh merujuk kepada Teori Kecerdasan Pelbagai bagi membantu murid dalam menguasai tajuk pembelajaran yang difokuskan. Sebagai contoh, jika murid lebih cenderung kepada Kecerdasan Muzikal, guru digalakkan untuk merancang serta melaksanakan aktiviti nyanyian, syair, video-video lagu dan sebagainya. Prinsip yang kedua ialah *pembelajaran berdasarkan kecepakapan* dimana guru hendaklah merancang pengajaran dan pembelajaran yang boleh mengasah kecekapan murid atau merancang pengajaran yang boleh berfokuskan pada satu-satu kecepakan yang ingin dinilai oleh guru.Prinsip yang ketiga ialah *pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Ini bermakna proses pembelajaran tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah semata-mata malah juga di luar bilik darjah. Tambahan pula, kini kita hidup dalam zaman yang kaya dengan Tekonologi yang mana sangat memudahkan guru dan murid untuk melaksanakan interaksi pengajaran dengan mudah dan pantas.Prinsip yang keempat pula ialah *murid-murid mempunyai autoriti dan hak kepunyaan*. Ini bermaksud, guru tidak semestinya membuat satu-satu keputusan untuk murid tanpa persetuan mereka. Murid juga mempunya autoriti dan hak terhadap apa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang mereka ingini, namun guru tetap berperanan sebagai fasilitator dan pemudahcara bagi memantau hala tuju pembelajaran pada hari tersebut serta mampu mencapai objektif yang dikehendaki. Kesimpualnnya, bagi mewujudkan *Pembelajaran Berpusatkan Murid* ini, keempat-empat prinsip tersebut hendaklah berjalan selari dan saling melengkapi satu sama lain. Jika ianya berjaya, ia akan mendatangkan implikasi dan impak yang sangat positif kepada guru, murid dan sistem pendidikan di Malaysia.

Reply
DANNY RACHEL ANAK SAHEK
3/21/2018 09:45:38 pm

Video menerangkan tentang pembelajaran berpusatkan murid seiring dengan perkembangan teknologi. Untuk melahirkan murid-murid yang berdaya saing, guru perlu melangkaui aspek pdpc sedia ada dan tidak mengfokuskan pdpc konvensional.

Terdapat empat elemen yang saling memerlukan antara satu sama lain iaitu pembelajaran peribadi (guru perlu kenal murid dan kebolehan murid untuk tahu hala tuju kekuatan murid), pembelajaran berasaskan kompetensi (murid perlu tahu sendiri tentang kebolehan sendiri dan bagaimana untuk mengembang kebolehan diri), pembelajaran bila-bila masa dan di mana jua (pembelajaran tidak hanya terhenti di sekolah kerana murid-murid boleh sentiasa belajar di luar masa sekolah) dan pembelajaran kendiri (murid-murid sendiri yang akan terokai pembelajaran sendiri tanpa arahan dari guru).

Keempat-empat elemen ini menekankan kualiti pempelajaran murid-murid berdasarkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) serta murid-murid akan sentiasa mempunyai persoalan untuk setiap perkara.

Reply
FARAH FARHANA BINTI JAMIL
3/21/2018 09:46:00 pm

Perkembnagan teknologi kini banyak berubah dan memberikan impak dalam pembelajaran. Ianya bersesuaian dengan Pembelajaran Abad Ke 21. Dalam pembelajaran berpusatkan murid, ia melibatkan tenaga pengajar sebagai permulaan dalam menyampaikan maklumat kepada anak murid. Terdapat 4 prinsip yang dipegang antaranya pembelajaran secara kendiri, pembelajaran berdasarkan tahap kemampuan, pembelajaran berlaku di mana dan bila-bila sahaja serta murid-murid boleh memilih apa yang mereka hendaki.

Dalam pembelajaran berpusatkan murid ini, setiap tahap daya pemikiran, minat dan perbezaan individu akan dapat dipertimbangkan dan dilihat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Setiap aktiviti yabf dirancang adalah untuk melibatkan penglibatan aktif murid dan guru lebih kepada fasilitator. Pembelajaran kendiri dan akses kendiri juga akan diberi
keutamaan.

Reply
Norfarhana Inai
3/21/2018 09:46:00 pm

Secara ringkasnya, cara pembelajaran pada masa kini kian berubah dan tidak lagi bercorak kepada konsep tradisional. Hal ini kerana dunia kian membangun pesat seiring dengan perkembangan pendidikan. Justeru itu, model pembelajaran turut berubah.Terdapat pelbagai cara yang membantu untuk meningkatkan kualiti pembelajaran seseorang individu. kunci utama adalah guru perlu mendekatkan diri dengan murid terutama melibatkan kepercayaan dan kesediaan semasa melibatkan diri dalam pembelajaran. Pembelajaran berlaku tidak kiralah dimana dan masa ia terjadi. Pembelajaran yang lebih berkesan melibatkan perlibatan murid di dalam sesi pembelajaran supaya mereka lebih memahami dengan lebih mendalam. Akhir sekali ialah, guru perlu memberi kebebasan kepada murid untuk membuat keputusan sendiri. Guru perlu meletakkan kepercayaan kepada murid untuk terus mencuba dengan bimbingan yang kurang. Kesannya akan membantu melahirkan murid yang bersikap ingin tahu dan sentiasa ingin mencuba sesuatu perkara. Tuntasnya, pembelajaran masa kini perlu berubah seiring dengan masa.

Reply
Suzie Sinja Anak Mathew Brayon
3/21/2018 09:46:28 pm

berdasarkan video tersebut, ia menerang dua jenis konsep pembelajaran iaitu pembelajaran yang berkonsepkan di dlaam bilik darjah dan pembelajaran di luar bilik darjah.

1. Pembelajaran di dalam bilik darjah
Konsep pembelajaran di mana pelajar terhad di mana pelajar telah di setkan untuk mengikuti silibus yang ditetapkan dan juga pembelajaran yang lebih memahami teori. Pelajar perlu mengikuti pembelajaran dalam tempoh yang ditetapkan.

2. Pembelajaran di luar kelas.
Berdasarkan video selepas minit ke 1, menunjukkan konsep pembelajaran di luar kelas. Pembelajaran berkonsep sebegini lebih memberikan ruangan yang sangat luar untuk pelajar mengekplorasi pembelajaran mereka sendiri di mana pelajar itu sendiri akan melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tanpa tempoh yang di tetapkan. Pelajar juga lebih berfokus dan menguasai kemahiran dan bukan teori dan ini memberikan kualiti pembelajaran yang lebih baik.

Pendekatan yang ditunjukkan di dalam video tersebut iaitu pembelajaran yang berlaku di luar kelas dan pelajar boleh menyusun pembelajaran yang mereka inginkan mengikut kesesuaian mereka.

Reply
Jennifer Laie Mulok
3/21/2018 09:48:49 pm

Pembelajaran berpusatkan murid fokus kepada empat fokus utama:
1. Learning is personalized (guru dan murid mempunyai hubungan yg kuat dan guru perlu sentiasa mmemantau tahap perkembangan murid)
2. learning is competency-based (guru bergerak sebagai fasilitator dan membimbing murid untuk semakin menguasai kemahiran yang murid minat)
3. Learning happen anytime, anywhere (murid boleh belajar di mana tidak kira di mana murid berada. Murid boleh belajar secara meneroka kerana murid boleh belajar melalui pengalaman)
4. Student take ownership (murid memainkan peranan sendiri. Guru tidak boleh menyekat kreativiti seseorang murid. Guru perlu berfungsi sebagai fasilitator)

Reply
Macliffton Tembak Sinau
3/21/2018 09:49:40 pm

Pendidikan seharusnya berfokuskan kepada pelajar daripada kandungan yang ingin dipelajari di dalam sukatan pelajaran. Pelajar zaman sekarang lebih kepada pendidikan yang melibatkan aktiviti interaksi dua hala dan tidak bergantung kepada guru semata-mata. Pelajar juga harus berpeluang untuk menentukan kehendak yang ingin mereka capai bukan semata-mata daripada seorang guru. Pelajar perlu diberi peluang untuk menentukan pembelajaran yang mereka ingin kuasai dengan bimbingan guru. Selain itu, Pendidikan sekarang perlu berubah mengikut peredaran masa yang bersesuaian dengan keperluan pelajar, termasuk mendidik pelajar untuk menjadi rakyat yang berguna kepada negara serta menjadi pelajar yang cemerlang. Zaman sekarang telah merentasi globalisasi dan pendidikan juga harus berkembang sama. Marilah bersama-sama kita menggunakan kemudahan yang sudah sedia ada dengan sebaik mungkin untuk mengembangkan kemajuan negara dalam bidang pendidikan setanding dengan negara-negara luar yang telah berkembang dengan maju.

Reply
Connee Kartika Anak Bakar
3/21/2018 09:50:12 pm

Seperti yang kita semua tahu, teknologi telah menawarkan banyak peluang kepada guru dalam meningkatkan mutu pdp di dalam kelas. Chalk and talk technique juga telah berubah dengan adanya teknologi yang kini berkembang dengan majunya. Kini, pdp haruslah lebih kepada pupils centered di mana murid involve and interact more in learning. They should know their right in their own learning and also their own responsibilities in their learning. When they know and aware about these two things, their learning process can be maximized. For pupils centered kind of learning, teacher should not make decision for the pupils what they have and dont have to learn. Apart from that, learning also should be hollistic. When they learn about theory of something, they also should learn on how to apply that in real world or real context. For example, ipg's student learn about methodologies in teaching, theories involved in teaching but still they are not competent for the real demands of the profession. They should learn on how to apply the methodologies and theories in the real world or context. Which means, ss centered learning also should be competency based. When the lesson is interactive and fun, ss understanding and interest towards learning can be enhanced.

Reply
NURUL FAZEELA BINTI NORHID
3/21/2018 09:50:57 pm

Salam,

Pada pendapat saya, pengajaran dan pembelajaran pada era kini telah berubah di mana perubahannya adalah secara holistik iaitu abad ke 21.Oleh yang demikian, penggunaan teknologi sangat penting kerana setiap indidvidu mampu mengubah kehidupan berdasarkan perubahan peredaran kecanggihan teknologi yang mampu mengubah gaya kehidupan serta kecenderungan individu dalam kehidupan seharian.

Selain daripada itu, dengan adanya teknologi individu dapat memantapkan lagi kecekapannya dalam penggunaan teknologi sebagai pemudahcara untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. malah, ianya dapat meningkatkan mutu serta kualiti kerja individu tersebut.

Pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan terjadi dengan pengaplikasian teknologi. Subjek yang digabungjalinkan dengan teknologi dapat memudahkan mana-mana individu untuk mengakses dalam apa jua bentuk pencarian seperti ilmiah, maklumat bersejarah, "online-games", dan sebagainya di mana-mana dan bila -bila masa sahaja

Sebagai guru, murid juga punyai hak untuk memilih kaedah pembelajaran yang mereka inginkan. Hal ini kerana dengan adanya teknologi, guru dapat menukar cara tradisional kepada cara yang lebih menyeronokkan iaitu dengan menggunakan kaedah teknologi.

Reply
Jessica
3/21/2018 09:51:15 pm

Pada suatu ketika dulu, masyarakat beranggapan bahawa pembelajaran hanya berlaku di sekolah. Konsep ini merujuk kepada pelajar hanya duduk di dalam kelas bermula daripada awal pagi persekolahan sehingga bunyi loceng akhir. Akan tetapi, kita perlu sedar bahawa konsep itu tidak sesuai untuk diguna pakai pada masa sekarang. Dalam sistem pembelajaran masa sekarang, kita perlu mengambil kira faktor skil dan minat murid bagi memastikan mereka dapat belajar. Perubahan ini ialah lebih menjurus kepada konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Ini ialah bagi memastikan proses pembelajaran itu berlaku. Terdapat empat prinsip yang dinyatakan dalam video tersebut iaitu:
1) pembelajaran berasaskan individu (personalized learning) - konsep ini melibatkan wujudnya ikatan dan pemahaman yang kuat antara guru dan pelajar. Sebagai seorang guru, kita perlu mengenali keperluan dan minat pelajar kita supaya kita dapat memastikan pelajar belajar secara optimum.
2) pembelajaran berasaskan kompetensi (competency-based learning) - ini merujuk kepada proses pelajar belajar. Dalam hal ini, pelajar harus diberi ruang untuk belajar mengikut rentak (pace)mereka sendiri. Ini kerana setiap individu mempunyai limitasi masing-masing untuk menyerap apa yang dipelajari pada satu-satu masa.
3) pembelajaran boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja - proses pembelajaran bukan hanya berlaku di dalam kelas dan berhenti apabila loceng terakhir persekolahan berbunyi. Malahan, kita dapat belajar melalui persekitaran kita sendiri. Apa-apa sahaja yang kita temui setiap hari dapat dijadikan sebagai satu pembelajaran yang baru.
4)pelajar mempunyai hak dalam pembelajaran mereka (students' ownership in learning) - sebagai seorang guru, kita tidak patut membuat keputusan untuk pelajar kita dan mengabaikan pendapat mereka. Kita perlu memberi ruang kepada pelajar kita untuk meneroka ilmu mengikut cara yang sesuai dengan mereka sendiri.
Kesimpulannya, pada era ini, proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih sesuai diaplikasi kerana pelajar mempunyai banyak ruang dan medium untuk mereka mencari ilmu. Konsep pembelajaran harus berubah seiring dengan perubahan arus yang kita sedang alami.

Reply
Sangin Juat
3/21/2018 09:53:18 pm

Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan satu pendekatan yang sangat efektif melihat kepada keperluan semasa. Melalui kaedah ini, proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa.

Apa yang menarik, kaedah ini percaya dan memberi ruang kepada pelajar untuk mengembangkan potensi yang ada pada diri. Tidak seperti kaedah pembelajaran konvensional yang bersifat sehala.

Reply
Wielhma link
3/21/2018 09:53:22 pm

Pembelajaran yang berpusat kepada pelajar adalah menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam proses PdPc. Selain itu, pelajar dapat membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar itu sendiri. Malahan pelajar bebas membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Pelbagai kaedah boleh digunakan seperti kumpulan, lawatan (Galery Walk), bermain, simulasi @ main peranan dan pengajaran individu.

Reply
cecelia anak Aying
3/21/2018 09:54:35 pm

Pembelajaran hari ini lebih kepada pembelajaran abad ke 21. Dimana murid perlu mempelajari semua perkara melalui pengajaran dari guru, perbincangan dengan rakan, pengalaman sendiri, melalui eksperimen dan juga perlu mengetahui ict. Proses pembebelajaran bukan sahaja berlaku di kelas tetapi mereka perlu di luar kelas melalui apa yang mereka buat, apa yang mereka lalui dan pelajari. Dengan ini mereka belajar banyak perkara untuk mengembangkan potensi diri. selain itu juga murid perlu tahu menilai atau kebolehan diri dan menggunakan kebolehan yang sedia ada untuk mengembangkan bakat tersebut untuk berjaya.

Reply
Agnes Lema
3/21/2018 09:55:35 pm

pada awalnya, sistem pendidikan hanyalah chalk and talk dan pembelajaran itu hanyalah terhad di dalam bilik darjah sahaja. Murid menjadi semakin bosan dan semakin hilang minat untuk belajar sekiranya tiada perubahan dalam sistem pendidikan. jadi, kementerian perlu membuat penambahbaikan melalui sistem pendidikan tradisional yang perlu diselaraskan dengan zaman era teknologi terkini iaitu pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Terdapat 4 elemen untuk pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu pembelajaran kendiri, pembelajaran berasaskan kecerdasan pelbagai, pembelajaran boleh dilakukan di mana2 atau bila2 masa sahaja dan sesi PdPc adalah adalah dikuasai oleh murid. Dalam sesi PdPc di bilik darjah, murid perlu merasai sendiri proses pembelajaran untuk mendapatkan pengalaman belajar sesuatu yang baru dan mendapat pengetahuan yang baru daripada pengalaman sedia ada disamping berkongsi maklumat/pendapat masing2. selain itu, interaksi antara guru dan murid juga semakin berkembang kerana wujudnya komunikasi dua hala. Daripada itu, guru lebih mengenali personaliti dan kebolehan pelbagai murid. Pembelajaran bukan terhad di dalam bilik darjah sahaja,malah murid boleh belajar sendiri tentang sesuatu maklumat atau proses secara tidak langsung dalam kehidupan seharian melalui pengalaman baru atau pengalaman sedia ada mereka. Dengan semua perolehan maklumat secara langsung atau tidak langsung di sekeliling dapat melahirkan generasi yang lebih maju dan berfikiran ke hadapan seterusnya melahirkan generasi baru yang menyumbangkan jasa kepada bangsa dan negara.

Reply
Neil Raphael link
3/21/2018 09:56:38 pm

Proses pembelajaran pada masa kini sedang mengalami transformasi yang menyeluruh sesuai dengan kemajuan teknologi. Proses-proses mendapatkan ilmu tidak lagi terbatas dengan chalk and talk atau berpusatkan guru dan murid hanya mendengar sahaja. Peranan mendapatkan ilmu kini lebih bergantung kepada pelajar itu sendiri. Pelajar bebas mendapatkan ilmu pada bila-bila masa sama ada secara individu atau di dalam kumpulan kecil. Kepelbagaian kecerdasan pelajar juga turut diberikan perhatian kerana pelajar hanya perlu fokus kepada kecenderungan atau minat mereka sahaja untuk menimba ilmu. Ini dapat memupuk dan menggilap bakat atau kemahiran yang mereka miliki. Pelajar turut mempunyai authoriti terhadap diri sendiri. Mereka diberikan kuasa penuh untuk menentukan bentuk-bentuk ilmu yang mereka ingin kuasai dan mengaplikasikan ilmu tersebut sesuai dengan minat mereka sendiri.
Selain itu, fasiliti atau kemudahan seperti kolej dan universiti turut membuka peluang dan ruang pelajar untuk menimba ilmu. Walaupun pencapaian keputusan SPM yang lemah juga masih berpeluang menimba ilmu yang setaraf dengan pelajar-pelajar lain. Individu yang cenderung dengan kemahiran-kemahiran tertentu turut berpeluang menggilap kemhairan di kolej vokasional.
Konklusinya, semua pelajar mempunyai akses yang tidak terbatas di dalam proses belajar. Hak untuk mendapatkan ilmu pada bila-bila masa sudah diberikan. Hanya yang perlu dilakukan adalah guru perlu memberikan bimbingan kepada pelajar supaya mereka tidak mensia-siakan peluang yang mereka miliki.

Reply
CHANG SIANG CHENG
3/21/2018 09:58:45 pm

keberkesanan Pendidikan Abad ke -21 bukan sekadar tumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid ( student oriented learning). 4 prinsip yang utama dalam pdpc yang berpusatkan murid ialah :
a. learning is personalise
b. learning is competency-based
c. learning happen, anytime, anywhere
d. students take ownership
Pelbagai sumber ilmu pengetahuan boleh diperolehi bukan setakat di dalam bilik darjah saja. Untuk menjayakan transformasi pendidikan, keempat prinsip ini harus diutamkan demi melahirkan murid yang seimbang pada abad ke 21.

Reply
EMPATI ANAK TINGGI link
3/21/2018 09:58:53 pm

Pembelajaran berpusatkan murid menggalakkan mereka untuk mengkaji dan mempelajari sesuatu perkara dengan dibimbiing oleh guru.Pengetahuan dan kemahiran pelajar juga perlu diperluaskan dari semasa ke semasa agar mereka tidak terhad kepada satu-satu perkara sahaja. Pembelajaran yang tidak terhad di dalam kelas semata-mata menjadikan pelajar lebih kreatif dan kritis. Selain itu, pelajar juga perlu diberi ruang dan peluang untuk mempelajari apa yang mereka inginkan dan tidak terhad dengan apa yang telah ditetapkan. Pembelajaran berpusatkan pelajar dapat melatih pelajar untuk menjadi individu yang lebih berkeyakinan diri di samping memiliki ilmu pengetahuan yang meluas.

Reply
Fathin Adilah link
3/21/2018 10:00:38 pm

Nowadays, we could not think in conservative way to define learning. Learning concept in 21st century is wider in the aspect of perception and the learning strategies itself.

The concept of learning in 21st century is based on personalized learning, competencies, unlimited thought/areas and students' ownership.

Avoid thinking in traditional way in which learning can only occur in the classroom. Learners gain knowledge in and outside of the classroom through exploration and experiences.

Furthermore, autocratic way does not apply in learning concept nowadays as we should apply 'give and take' method in learning. Pupils may have better knowledge and we as educators can appreciate their opinions if they try to give ideas and point of views in learning session.

By doing this, learners will respect the educators and learning will give positive impacts in the education.

Reply
Justin link
3/21/2018 10:01:20 pm

Dunia semakin berubah dan sistem pendidikan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Sebagai generasi abad ke 21 kita seharusnya bersedia menerima perubahan. Banyak peluang dan ruang untuk pelajar belajar meningkatkan ilmu.
Model pembelajaran telah berubah kepada pembelajaran berpusatkan murid. Ada empat jenis pembelajaran berpusatkan murid.

1. Pembelajaran kendiri - Guru mengetahui perkembangan murid lebih mendalam. Hubungan antara guru dan murid berbentuk dua hala. Bila keadaan ini berlaku maka pembangunan perkembangan murid menjadi lebih mudah.

2. Pembelajaran kompetensi - Belajar tentang kemahiran menganalis maklumat dimana guru bertindak balas terhadap keperluan, minat dan cabaran yang dihadapi oleh murid.

3. Pembelajaran bila-bila masa dan dimana sahaja - Pembelajaran sepanjang hayat dan dimana sahaja berada. Tidak semestinya pembelajaran di sekolah sahaja tetapi boleh berlaku di luar bilik darjah.

4. Pembelajaran milik pelajar
Guru tidak dapat membuat keputusan tanpa pelajar. Kejayaan pelajar bergantung kepada pelajar itu sendiri dan bukan tenaga pengajar semata-mata. Pelajar memainkan peranan menentukan kejayaan mereka.

Reply
Josephine Guntol
3/21/2018 10:01:28 pm

Berdasarkan video tersebut, jelaslah bahawa kaedah pembelajaran pada masa kini perlu melalui transformasi yang menyeluruh agar sistem pendidikan negara kita mampu melahirkan murid yang mampu bersaing di peringkat dunia. Kaedah pembelajaran berpusatkan murid yang sering digunakan dijangkakan dapat memberikan impak yang besar kepada sistem pendidikan negara melalui empat prinsip yang utama.

Pertama, pembelajaran ialah bersifat peribadi. Melalui prinsip ini, guru dan murid perlu mempunyai hubungan yang erat dan kukuh agar tiada jurang diantara mereka supaya murid menjadi selesa apabila belajar dengan guru. Maka, perkara ini akan membolehkan guru untuk membimbing murid dalam perkembangan diri mereka.

Kedua, prinsip dalam pembelajaran berpusatkan murid menekankan kepada kecekapan dan kompetensi murid. Melalui penekanan ini, murid bukan hanya mempelajari kandungan yang terdapat dalam kurikulum sebaliknya secara tidak langsung murid dapat mengembangkan bakat dan kebolehan mereka. Contohnya, semasa belajar mata pelajaran Sejarah, murid bukan hanya belajar berkaitan tentang fakta sejarah tetapi murid dapat mengasah bakat mereka dalam seni melukis melalui penulisan nota ringkas fakta yang telah dipelajari oleh mereka.

Berdasarkan prinsip yang ketiga, murid dapat melalui proses pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini bermakna murid akan melalui proses pembelajaran yang berterusan kerana pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran di waktu persekolahan sahaja.

Berdasarkan prinsip yang terakhir pula, murid sepenuhnya bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri. Dalam situasi ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Hal ini bermakna guru tidak perlu membuat keputusan kepada murid sebaliknya hanya membiarkan sahaja murid untuk membuat keputusan berdasarkan logik akal mereka sendiri. Impaknya, akan lahirlah murid yang mampu berdiri kukuh di atas kaki sendiri dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang dihadapi oleh mereka pada globalisasi ini.

Tuntasnya, prinsip pembelajaran berpusatkan murid akan membawa impak yang baik sekiranya dilaksanakan secara maksima di dalam sistem pendidikan negara kita.

Reply
Zareen link
3/21/2018 10:02:57 pm

Pembelajaran berpusatkan murid merupakan proses pdpc yang memerlukan penglibatan murid secara aktif dan memberi peluang kepada murid untuk mengetengahkan potensi diri untuk diperkembangan lagi. Proses pdpc ini mampu menarik minat murid kerana boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan kaedah mengikut kesesuaian gaya pdpc yang dipilih.

Reply
Nurul Yasmin
3/21/2018 10:04:13 pm

For centuries, books, blackboard, chalks had defined our way of learning but it is time to change because the world is changing. The needs for students to excel in the future differs from what we needed during our years as the demands of today's world is no longer the same as what we once faced.

Gone are the days of the teacher centered approach we once had where teachers were all about chalk and talk. Student centered learning replaces it as the needs of our students and the current demand now differs.

Pupils are no longer passive in class thanks to our student centered learning that promotes 4 key principles, as stated below:

1. Learning is personalized. As we know, pupils are of various multiple intelligence. therefore the standard learning back in the old days don't cater to all these various personalities. with student centered learning, this problem can be overcome as learning is personalized to cater to each and every student.

2.Learning is competency based. how do we expect a cat to fly and an eagle to slither? Student centered learning is based on students' individual competency. This approach helps students to develop themselves in the areas that they are competent in and they have higher chance to excel in the future.

3. Learning happens anywhere, anytime. Back in the old days, learning means chalk and talk and being confined between four walls. There are limits to this and students have limited access to education. nowadays, with student centered learning, students can actively learn on their own using computer as a tutor or computer as a tutee anytime, anywhere, even without the existence of a teacher.

4. Students take ownership to their learning and they are more responsible towards their learning.

Reply
Ormilla
3/21/2018 10:04:32 pm

pelbagai perubahan dalam pendidikan telah dibuat berdasarkan keperluan negara. contohnya dalam ppc masa kini pembelajaran lebih berpusat kpd murid. murid diberi peluang untuk berkolaborasi satu sama lain dalam pembelajaran contohnya membuat aktiviti secara berkumpulan. guru juga perlu menggunakan kaedah pdpc yang pelbagai. pdpc bukan jahaja dijalankan di dalam kelas, malas boleh dijalankan diluar bilik darjah. salah satu contoh subjek yang memerlukan murid diluar bilik darjah adalah subject RBT dimana guru perlu menunjukkan cara sebenar dalam aktiviti bercucuk tanam. melalui penglibatan secara langsung murid, murid akan lebih dapat mengingati apa yang dipelajari.

Reply
Jerini Jalil link
3/21/2018 10:05:28 pm

When we talk about school, the thing that come across our mind is all about books, board, examination, and homework. Which means that the teachers is responsible towards every corner of the student. But, now the systems have changed. The system of learning have changed. Its not about just a teachers, instead, the students also playing the most crucial role in education. Its called Student Centred Learning.

In this system, its consist of 4 steps. The first one, LEARNING IS PERSONALIZED. This means that the teacher knows every each of the students. This is the most important things, because this will make the students feel more appreciated by the teachers, if the teachers know them personally.

Second one is LEARNING IS COMPETENCY-BASED. In this steps, the teachers are going to response towards students and all the information. Not just the teachers will sharing the information, but the same things goes to students. This will helps the students to find all of the information that given by the teacher and they work together at the school. (Which means that they not dependence to the teachers only).

Third one, LEARNING HAPPENS ANYTIME, ANYWHERE. Nowadays, the learning process not just happen only at school, but also beyond the school.There is no boundaries of learning. And the students cannot just rely on the teachers to give them all of the information.

The fourth one, STUDENTS TAKES OWNERSHIP. The students have the full responsibility in their success. In this content, the students playing the direct role on their success. The teachers cannot make the decision about the students, instead they have to make the decision by their own.

This helps the students to be able to works with teachers, in their journey of success. This also contribute to the students to be more independent.

Reply
ABDUL GAFAR MAHDI link
3/21/2018 10:07:00 pm

Pembelajaran berpusatkan pelajar membina keupayaan atau potensi diri pelajar itu sendiri, di mana pelajar mempelajari sesuatu perkara melalui pengalamannya sendiri.

Pembelajaran tidak terhad kepada pembelajaran secara formal atau teori semata-mata, tetapi pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, di mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

Pembelajaran berpusatkan pelajar melatih diri pelajar untuk berada dalam situasi atau keadaan yang boleh dirasai, dipegang dan dilihat oleh pelajar secara realiti, bukan hanya dalam bayangan pemikiran atau persepsi semata-mata.

Reply
Awg Omar
3/21/2018 10:07:39 pm

Pembelajaran berasaskan murid merupakan satu bentuk pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Guru hanyalah sebagai pembimbing dan pemudahcara di dalam kelas serta memberi galakan kepada murid dalam proses pembelajaran meraka. Guru bukan lagi bersifat sebagai penyampai ilmu semata-mata.

Reply
Md Zan
3/21/2018 10:09:58 pm

Pembelajaran berpusatkan pelajar adalah kaedah yang membuatkan pelajar belajar mengikut kecenderungan individual mengikut kecerdasan pelbagai berdasarkan model Howard Gardner.

Peranan guru dlm sesi pembelajaran ini adalah untuk memudahcarakan ilmu itu untuk disampaikan mengikut kecerdasan murid-murid yang berlainan seperti menggunakan pendekatan word smart, music smart, picture smart, nature smart, people smart dan yg berkaitan.

Reply
Graeszila Jonathan
3/21/2018 10:10:23 pm

Pembelajaran berpusatkan murid berasaskan 4 prinsip utama iaitu "Learning i s personalised'. Pupils learn in different ways and paces dan proses pembelajaran disesuaikan dengan kebolehan dan keupayaan yang pelbagai.
"Learning is competency based" di mana pembelajaran membolehkan murid menunjukkan keupayaan mereka di dalam melakukan sesuatu.
'Learning happens anytime and anywhere' di mana pembelajaran tidak terbatas di dalam bilik darjah dan boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa.
'Students take ownership' di mana pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri dan guru hanya lah sebagai fasilitator sahaja.

Reply
NURUS DHASHIELA BINTI ROSLAN link
3/21/2018 10:11:37 pm

Pada pandangan saya sendiri, pembelajaran sepatutnya melangkau daripada apa yang telah ditetapkan di sekolah. Seperti apa yang video yang telah tayangkan, negara kita sendiri sedikit sebanyak telah menekan elemen-elemen ini walaupun bukan 100% namun masih lagi dalam proses asimilasi pembelajaran tradisional ke pembelajaran abad yang ke 21 secara berperingkat. Banyak kaedah pembelajaran yang telah diguna pakai oleh sistem pendidikan kita sendiri seperti pembelajaran berpusat pelajar (hands on) Sebagai contoh pelajar membuat pilihan terhadap apa yang mereka mahu dalam kelas pembelajaran dan pengajaran dimana guru hanya sebagai fasilitator/pembimbing. Banyak kaedah pdpc yang boleh diberikan perhatian dalam menarik minat pelajar untuk mengikuti pdpc secara aktif seperti merancang pembelajaran yang interaktif sebagai contoh menggunakan ICT selari dengan zaman yang mereka(pelajar) lalui sekarang, supaya pembelajaran lebih menarik bahkan boleh melangkau pembelajaran global dimana pelajar sendiri boleh berinteraksi dengan pelajar luar negara secara tidak langsung. Namun begitu, secara realiti dan hakikat yang perlu kita akui ialah, tidak semua pembelajaran ini boleh berlaku secara baik, sekiranya sekolah tidak dibekalkan kemudahan ICT terutamanya sekolah pendalaman. Dengan kata lain, idea daripada tayangan video ini nampak mudah dalam membina pembalajaran masa depan yang lebih baik, tetapi yang mudah ini belum tentu mudah bila dilaksanakan secara keseluruhan.

Reply
YONG KAI SIONG link
3/21/2018 10:35:27 pm

Melalui video ini, kita boleh rumuskan bahawa cara pengajaran dan pembelajaran perlu berubah mengikut perdaran masa. pembelajaran untuk PAK 21 perlulah lebih berfokuskan kepada student centred learning tetapi bukan lagi kaedah tradisional yang berasaskan chalk and talk. Dalam student centred learning, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan iaitu pembelajaran kendiri. Pelajar perlu aktif di mana guru perlu menggalakkan pelajar untuk belajar mengikut cara sendiri tetapi bukanlah bergantung sepenuhnya kepadqa guru. Mereka perlu memahami kekendak sendiri, kemampuan serta matlamat sendiri supaya mereka boleh merancang cara pembelajaran sendiri. Sebaliknya, guru hanya berperanan sebagai fasilator dan pemudahcara yang akan memantau dan membimbing pelajar untuk mencari hala tuju sendiri. Dalam kaedah ini, interaksi antara guru dan pelajar dan pelajar dengan pelajar perlulah sentiasa aktif agar mereka dapat mencapai matlamat sendiri. seterusnya, dalam aspek konpetensi, pelajar perlu memahami dan menguasai semua indikator yang menandakan bahawa kompetensi telah tercapai.pelajar akan lebih berdikari untuk meneroka sendiri informasi yang diperlukan. Pembelajaran perlu sentiasa berlaku sama ada dalam kelas dan luar kelas. Proses pembelajaran sentiasa berlaku di mana-mana saja. Semasa di sekolah, indikator yang dipelajari berkaitan dengan silibus yang ditetapkan, tetapi ia juga merangkumi segala pengalaman dan pengetahuan yang diterokai. Sebagai contoh, aktiviti projek paper, pembentangan, dan online learning bukan saja memberi ilmu kepada pelajar tentang fakta, malah ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran untuk menerokai info baru sebagai satu pengalaman. Di luar kelas, pembelajaran turut berjalan seperti dalam kehidupan seharian. Tiada seorangpun yang terus menjadi pandai semenjak lahir. Pengalaman hidup yang bermula sejak kecil adalah merupakan hasil pembelajaran yang kita tidak perasaani sebelum ini tetapi itulah yang mendidik kita menjadi matang dan berkebolehan. Sebagai guru, kita harus membimbing pelajar menetapkan matlamat sendiri dan mengubah pemikiran mereka bahawa ilmu yang dipelajari akan menentukan masa depan mereka dan tidak akan lenyap. Dengan ini, pelajar lebih cenderung untuk menerokai ilmu masing-masing berdasarkan kemampuan dan minat masing-masing.

Reply
ZURICCA ANAK ROBEN link
3/21/2018 10:38:32 pm

Nowadays, student-centered learning is important.The realities of the 21st-century learning require that schools and educators fundamentally change their practice. Student-centered learning needs four key principles to works.
1) Personalised learning
2) Competency based learning
3) Learning happen anytime, anywhere
4) Students take ownership
-Personalised learning is an approach that aims to customize learning for each student's strength, needs, skills and interest.
-Competency based learning is an approach used in learning concrete skills than abstract learning.
-Learning happens everywhere, not just in the classroom. Learning takes place beyond the traditional school day, and even the school year. The school’s walls are permeable that learning is not restricted to the classroom
-Students set their own goals, they take responsibilities and ownership of their learning.

Reply
Jesamine A
3/21/2018 10:39:22 pm

Pada pandangan saya, video ini berkaitan proses pembelajaran yang dulunya berfokus pada guru (teacher centered) kini menjadi pembelajaran yang berpusat pada murid (student centered) diharapkan dapat mendorong murid untuk terlibat secara aktif dalam membangun pengetahuan, sikap dan perilaku. Melalui proses pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif, guru tidak lagi mengambil hak seorang murid untuk belajar. Terdapat 4 prinsip yang perlu ada bagi menjayakan pembelajaran yang berpusatkan murid ini. Yang pertama ialah pembelajaran secara peribadi. Murid akan berusaha mencari maklumat untuk sesuatu perkara yang bakal dipelajari secara individu. Sebagai contoh guru memberi 1 tugasan dan murid bebas mencari maklumat berkaitan tajuk tersebut mengikut keselesaan masing-masing. Prinsip yang kedua ialah pembelajaran adalah berdasarkan kemahiran murid. Murid diberi peluang mengasah kemahiran yang telah mereka kuasai. Guru hanya sebagai "Scaffolding" yang membantu murid mengukuhkan lagi kemahiran yang telah dikuasai murid. Prinsip yang ketiga ialah pembelajaran berlaku di mana saja dan pada bila-bila masa saja (24/7). Pembelajaran murid tidak hanya bermula dan berakhir apabila loceng di sekolah berbunyi sebaliknya ia 1 proses yang berterusan pada bila-bila masa dan dimana jua. Prinsip yang keempat ialah pembelajaran berunsur hak murid sendiri. Ini bermakna guru hanya sebagai fasilitator manakala murid membuat keputusan sendiri untuk mencapai kejayaan masing-masing. Guru tidak campur tangan dalam membuat keputusan untuk murid dan hanya menjadi pendorong kepada murid dalam membuat keputusan. Secara keseluruhannya, secara peribadi saya berpendapat bahawa pembelajaran berpusatkan murid ini memang sangat berkesan dalam pembelajaran yang aktif dan bermakna. Murid tidak perlu lagi hanya merujuk guru untuk mendapat ilmu sebaliknya mendapat ilmu secara meluas tidak kira daripada pengalaman sendiri, buku, internet dan sebagainya.

Reply
TEO LING
3/22/2018 02:44:22 am

Student-Center Learning merupakan pembelajaran yang berpusatkan murid. Guru berperanan sebagai pemimpin untuk membantu murid alalm bidang pembelajaran.
Konsep ini menekankan 4 perkara:
1. Pembelajaran kendiri
2. Murid ikut kecerdikan diri-sendiri
3. Aktiviti P&P dapat dijalankan di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa
4. Setiap pelajar pilih belajar apa yang mereka pakar dan minat.

Reply
SAWAI ANAK PILOK
3/30/2018 06:37:49 pm

Pembelajaran berpusat kepada murid/pelajar sesuai dengan PAK21. Hasrat ini memberi keutamaan kepada pelajar untuk menerokai sendiri pembelajaran. Pelajar boleh akses bila-bila masa dan di mana- mana tempat serta mendapat pelbagai pandangan di seluruh dunia. Pembelajaran gaya ini mampu memupuk keyakinan diri pelajar dan mereka lebih berfokus. Pengalaman sendiri pelajar akan membina rasa keterujaan dalam pembelajaran dan meningkatkan minat pelajar. Pembelajaran berpusat kepada pelajar menjadikan guru sebagai mentor/fasilitator. 4 perkara ditekankan dalam student center learning:
1. Pembelajaran kendiri
2. Pembelajar berdasarkan tahap kemahiran diri
3. Pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja dan bila-bila masa
4. Pelajar boleh pilih apa yang diminati dan kepakaran mereka.

Reply
Martina Rabai Lee
3/30/2018 07:26:45 pm

Pembelajaran berpusatjan pelajar memberikan peluang kepada pelajar bebas membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Guru adalah sebagai fasilitator semasa proses pdpc. Selain itu, konsep pembelajaran ini memerlukan penglibatan pelajar secara aktif. Pelajar mendapat bimbingan sepenuhnya daripada guru. Sebagai hasil daripada proses pembelajaran ini, pelajar dapat memupuk kolaborasi dalam membina pengetahuan dan persekitaran yang positif.

Reply



Leave a Reply.

    What do you want to read?

    All
    21st Century Learning
    Assignment
    Computer As Tool
    Designing E-Learning Content
    E-Portfolio
    Learning Theories
    Meaning Of Learning
    Proforma Kursus
    Self-introduction
    Storyboarding Strategies
    Technology For Education
    Tool
    Tutor And Tutee
    VARK

    e-Portfolio 

    Justin
    page counter
    Creative Commons License
    This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
    Based on a work at www.farizakhalid.com.

Connect with me:

Picture

​Department of Learning and Teaching Innovations
Faculty of Education
Universiti Kebangsaan Malaysia 
43600 Bangi
Selangor
MALAYSIA

​ 

Site map:
​

​GE1155 Computer in Education 
GE2153 Educational Technology 
GE3404 Photography
GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning 
GB6013 Research Methods 1
GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer 
GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat
​GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan 
Research Support
e-Learning Support
Publication 
Supervision
​Awards 
When My Mind Speaks
​Guestbook 


Creative Commons License
This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.
Based on a work at www.farizakhalid.com.
  • Home
    • Guestbook
  • Publication
    • Awards
    • Past & Current Research
  • e-Learning Support
  • RESEARCH SUPPORT
  • When My Mind Speaks