Begitulah rutin kelas bersama pelajar-pelajar eksekutif. Mereka datang dan pergi. Setelah bertemu dan bermesra, kami berjumpa dan berpisah. Apapun, pertemuan yang singkat ini tidak bermakna silaturahim tidak bertaut. Saya kira kumpulan kali ini memang meriah dan mesra. Terima kasih semua di atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan meskipun kita terpaksa kematu di kerusi selama berjam-jam dari pagi hingga ke petang :D Selamat maju jaya semua dalam perjalanan akademik masing-masing. Sempat saya berpesan agar tidak ada yang gugur di tengah jalan. Ayuh, teruskan perjuangan, kejapkan semangat dan tajamkan iltizam. Let's meet again at the concovation guys!! Ingat KP1, ingat Dr. F! ^___^ ​Mari baca apa refleksi anda tentang kelas ini:
4 Comments
WONG MEI TI
6/13/2021 04:35:20 pm
Prof paling saya gemari. Prof is the best ☺️☺️☺️😍😍😍 Pembelajaran yg tenang tapi padat. Cara mengajar yang lembut. Terima kasih atas segala ilmu prof. Semoga kami Boleh berjumpa lagi
Reply
Dr. F
6/14/2021 06:18:52 am
Terima kasih Cg Wong,
Reply
Hau
6/14/2021 09:55:58 am
Terima kasih atas pengajaran Prof yang jelas dan mudah difahami.Amat bersyukur kerana mendapat pensyarah yang sabar dan bertanggungjawab.Harap dapat belajar dengan prof lagi🤭😁
Reply
CHONG YU FONG
6/16/2021 09:32:19 am
Terima kasih, prof. Prof banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan mengenai kaedah penyelidikan 1 bersertakan dengan penerangan yang jelas dan padat. Selesa dan seronok mengikuti kelas prof.
Reply
Leave a Reply. |
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |