Selesai sudah pembentangan bagi tajuk yang pertama untuk kumpulan arus perdana. Syabas Syaril dan Amirah.
0 Comments
Di dalam kursus ini para pelajar diberi tugasan untuk membentangkan reka bentuk penyelidikan mengikut tajuk kumpulan masing-masing. Kebiasaannya, sesi ini merupakan saat penting bagi semua pelajar untuk menghubungkaitkan semua sub-topik berkaitan yang telah dipelajari dan cuba melihat bagaimana aspek-aspek seperti persampelan, teknik pengumpulan data serta analisis digunakan dalam kajian yang sebenar. Saya kongsikan di sini rakaman pembentangan kumpulan (eksekutif) untuk rujukan semua. This week, we gathered back online for our second meetings. This is an executive group of masters students that I have for Research Methods 1 course. As agreed by all, in this second phase of meeting, they will be presenting a research design assigned to each group. Nine topics covered by nine groups altogether: - True experiment - Quasi experiment - Survey research - Ex-post Facto - Correlational research - Case study - Ethnography - Action Research - Mixed Methods Study Pada kuliah dalam talian minggu ini saya telah berkongsi tentang penggunaan SPSS dan bagaimana pengetahuan tentang jenis-jenis data memainkan peranan penting apabila penyelidik ingin membuat analisis data menggunakan SPSS. Walaupun perkongsian yang diberi hanya menyentuh beberapa asas sahaja, saya harap ia membuka mata pelajar-pelajar tentang bagaimana memindahkan data mentah daripada Google Form ke dalam SPSS serta pengendalian data untuk analisis deskriptif serta inferensi. Untuk segmen kedua pula, saya menunjukkan cara bagaimana penyelidik dapat memanfaatkan perisian NVivo untuk dua tujuan - analisis data temubual, dan untuk sorotan literatur. Saya kira kebanyakan penyelidik tahu bahawa NVivo sememangnya satu perisina untuk menganalisi data kualitatif seperti temubual namun mungkin tidak berapa ramai yang pernah mencuba NVivo untuk tujuan sorotan literatur. Untuk maklumat lanjut tentang NVivo, sila KLIK DI SINI. Di bawah ini adalah rakaman sesi tersebut untuk rujukan: Semenjak PKP dikuatkuasakan, inilah kali pertama kami bertemu lagi - kali ini secara dalam talian tentunya. I am glad to see everybody is safe and sound! Untuk kuliah pada kali ini saya bincangkan tentang Jenis-jenis Data dan Teknik Persampelan. Kenapa seorang penyelidik perlu memahami jenis data? Dan bagaimanakah kefahaman tentang jenis data dihubungkaitkan dengan pengukuran? Apakah yang berlaku setelah data-data dikumpul dana bagaimana ia dikendalikan mengikut jenis data yang ada? Bagi penyelidik novis, persoalan ini tentunya seringkali melingkari fikiran namun sekiranya seseorang itu memahami jenis data apa yang yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan data tersebut, inshaAllah proses seterusnya (analisis data) akan menjadi mudah. Namun jika kefahaman ini diabaikan, berkemungkinan penyelidik terbabit akan melakukan kesalahan semasa analisis dilakukan. Misalnya, ada penyelidik yang mengemukakan nilai min bagi jantina! (Bagi mereka yang faham tentang jenis data tentu akan tercuit dengan kenyataan ini - dan bagi yang masih tertanya-tanya berkemungkinan anda masih belum benar-benar faham tentang jenis-jenis data - so please read and learn ye). Rakaman sesi ini boleh dilihat di bawah: ============================================================================ Segmen kedua kuliah diteruskan dengan perbincangan tentang teknik persampelan. Teknik persampelan juga penting semasa penyelidik menyediakan proposal kajian. Bila masa penyelidik menggunakan teknik persampelan rawak? dan bila pula teknik secara bertujuan perlu dipilih? Elakkan 'clash' antara epistimologi kajian anda dengan teknik persampelan! Jangan bercakap tentang generalisasi jika sampel kajian anda dipilih secara convenience! Jom fahami teknik persampelan! Saya hanya berpeluang untuk bersemuka dengan mereka pada perjumpaan pertama iaitu petang 14 Mac. Mereka adalah pelajar semester pertama yang baharu mendaftar sebagai pelajar sarjana eksekutif di Fakulti Pendidikan. Namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya menukar mod pembelajaran kepada sepenuhnya dalam talian justeru bimbang dengan risika merebaknya wabak Covid 19. Untuk kesejahteraan semua pihak, kami akur dengan keputusan ini. Meskipun pertama kali menggunakan Zoom sebagai platform, saya melihat semangat dan kesungguhan para pelajar yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan di akhir sesi selama dua hari itu, saya mendapat pelbagai maklum balas yang positif tentang penggunaan Zoom untuk pengajaran dan pembelajaran. Sudah pasti, feature 'screen share' sangat bermanfaat buat semua kerana di situlah semua bahan dipaparkan. Pengggunaan ruangan chat malah turut digunakan sebaiknya untuk mengajukan persoalan dan perkongsian fail. Saya juga telah membangunkan Google Classroom khusus untuk kumpulan ini sebagai pangkalan maklumat dan perkongsian serta platform untuk mereka menghantar tugasan yang diperlukan. Semoga semuanya berada dalam keadaan yang selamat dan disembuhkan dari segala penyakit ye! Keep it up class!
Many novice researchers who conduct a DDR (Design and Developmental Research) tend to use ADDIE model as a framework of their study. ADDIE model is 'considered and accepted' as an Instructional Model, despite the existence of many other established ID Models for instance: Morrison, Ross & Kemp Model, Dick & Carey Model, Merrill's Model etcetera. But is ADDIE a real ID Model? Read up Molenda's views on this issue and you may decide yourself. Salam semua, bertemu kembali :) Sebagai sebahagian daripada proses dalam pengumpulan data untuk penyelidikan, setiap penyelidik bertanggungjawab memastikan bahawa isu-isu berkaitan etika dan prosedur kajian dijalankan dan dilaporkan secara telus. Denscombe (2010, p. 7) menerangkan beberapa standard yang perlu dipatuhi oleh para penyelidik untuk mengurangkan risiko atau mudharat terhadap responden kajian. Antara aspek penting yang perlu diambil perhatian adalah:
Bagi sesetengah institusi, penyelidik dikehendaki mengisi borang khusus sebagai penyataan atau kesaksian yang memaparkan bagaimana penyelidik sememangnya mengambil langkah yang sewajarnya berkaitan isu etika. Misalnya, sewaktu saya di Nottingham University, saya perlu mengisi borang British Educational Research Association (BERA). Borang ini akan dinilai oleh jawatankuasa etika penyelidikan di School of Education, Nottingham University. Setelah mendapat kebenaran untuk pengumpulan data, baharulah saya melaksanakan temubual bersama responden kajian. Sebagai sebahagian daripada prosedur etika dalam penyelidikan, penyelidik juga seharusnya menyediakan satu borang pengesahan kebenaran yang perlu diisi dan ditandatangani oleh responden kajian. Kebiasaannya dalam borang tersebut, penyelidik akan memaklumkan:
* Borang-borang kebenaran ini hendaklah diletakkan dalam appendix sebagai pembuktian. Isu berkaitan privacy dan confidentiality turut ditekankan oleh (Cohen et al., 2001). Hal ini tentu sahaja kerana etika dalam penyelidikan merupakan satu aspek penting yang memastikan jaminan terhadap hak dan maruah responden kajian serta penglibatan mereka dalam sesebuah penyelidikan tidak memberikan impak negatif terhadap mereka serta kehidupan yang dikecapi. Berkait rapat dengan etika dan kerahsiaan, penyelidik juga seharusnya tidak memaparkan gambar yang menayangkan wajah responden tanpa kebenaran. Ini bermakna, setiap maklumat yang dipaparkan dalam penulisan hendaklah melalui kebenaran repsonden anda! Bagi responden kanak-kanak pula, penyelidik perlu meminta kebenaran daripada penjaga atau ibu bapa kanak-kanak terbabit. Any questions? |
MUATTURUN SLAID
Archives
January 2022
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |