Alhamdulillah apa yang dirancang berjalan lancar. Saya pada awalnya agak risau jika masa tidak mencukupi untuk melaksanakan keseluruhan aktiviti memandangkan bengkel dijalankan pada hari Jumaat. Namun syukur sekali lagi semuanya berjaya dilunaskan dalam masa yang diperuntukkan. Syabas buat semua peserta yang sangat aktif dan cekap! Cuma saya menunggu-nunggu refleksi yang dijanjikan oleh para peserta namun belum kunjung tiba!
0 Comments
Sehari setengah berkampung di Kolej Komuniti Selayang untuk Bengkel 21sy Century Learning Designer in Augmented Reality - Flipped Classroom Specialist Designer. Para peserta merupakan para pensyarah Kolej Komuniti yang datang dari pelbagai negeri. Memang terasa keseronokannya apabila berada bersama kumpulan yang begitu peramah serta gemar ketawa ini! Apatah lagi penceramah juga kaki melawak! Satu perkara yang saya perasan adalah aspek di mana para pensyarah masih kurang didedahkan dengan kemahiran dalam pedagogi serta perancangan dalam pdp. Let alone the concept of ID and Scholarship of Teaching and Learning. Namun alhamdulillah di kesempatan ini kami berkesempatan untuk membincangkan isu-isu berkaitan dan sekali lagi saya menekankan problem-based approach sebelum sesuatu perancangan dilakukan. Kadangkala kesukaran untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang bermakna berlaku apabila pendidik tidak dapat mengenalpasti 'performance descrepancy' para pelajar. Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga apabila bahan yang dibangunkan serta masa yang diluangkan untuk pdp tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Duh, masa terlalu suntuk. Malangnya saya tidak berkesempatan untuk berkongsi secara lebih mendalam tentang SoTL dan selok beloknya. InshaAllah jika ada peluang di lain kali kita bersua untuk berkongsi rasa! Terima kasih kepada pihak penganjur for a great hospitality and fabulous food! ^___^ Tidak pernah terfikir untuk terbang ke Mukah. Namun di atas jemputan akhirnya tiba juga saya ke sini. Saya dijemput untuk mengendalikan sebahagian daripada pengisian sempena Bengkel Industry4ward: AR untuk Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi di Politeknik Mukah. Para peserta semuanya bersemangat dan sangat sporting tentunya! Antara hang dibincangkan termasuklah kemahiran Merekabentuk Pengajaran menggunakan model-model ID, pembangunan bahan Augmented Reality untuk Pembelajaran Abad ke 21 serta penghasilan e-portfolio akademik. Saya turut memberikan penekanan terhadap aspek problem-based approach yang sekiranya dilaksanakan secara sistematik pasti akan membuahkan hasil yang positif dan konstruktif terhadap pekembangan dan pembelajaran pelajar. Jutaan terima kasih kepada pihak politeknik di atas jemputan ini, serta tidak lupa sahabat saya PM Dr Shahrul Mizan yang mencetuskan kerjasama yang awesome ini :) Alhamdulillah, I had a great time mingled with fellow lecturers from the Faculty of Science and Technology UKM during our workshop on Active Learning. I know, it was held on 8th August .. weekssss ago! And a usual, this is a late update folks! It was a day workshop and the activities planned were quite heavy in a sense that it really required their participation and engagement. I was initially worried that they would be uninterested or perhaps I couldn't reach their expectation .. but it turned out that everybody was so active and participative! Thanks everyone! I hope that you enjoyed the session as much as I did! :) |
Find categories here
All
Archives
March 2023
Linksi-folio
i-direktori Maklum balas dan aduan Gerbang SMS Direktori Akademik UKM Webmail Papan Digital UKM PTSL Kalendar Acara Universiti Logo UKM Penerbit UKM Repositori Artikel Journal e-Repositori Penerbitan UKM e-journals Links to Web 2.0 AppsWeb 2.0 Cloud Storage
Google Drive Dropbox SkyDrive Web 2.0 Sharing & Creation Tools Weebly WordPress Blogger Youtube Camtasia Jing Raptivity Slideshare Evernote Flipsnack Scribd Socrative LectureMaker Blendspace PowToon Web 2.0 Social Networking Edmodo Schoology Web 2.0 Sharing & Knowledge Scoop it Tumblr Web 2.0 Interactive Board Padlet Educreations This work by Dr. Fariza Khalid is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License. Based on a work at www.farizakhalid.com. |
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |