Yang tidak mengenalinya akan menganggap dia seorang yang garang dan sukar didekati. Namun bila sudah mengenali, ternyata wanita ini tidak seperti yang difikirkan.
Acara santap bersama sudah banyak kali dirancang namun seringkali tertunda-tunda kerana pelbagai sebab (yang logik dan tak logik semua ada hahaha!). Pertemuan ini tidak lama sebelum dia terbang mengerjakan umrah di tanah suci. Tumpang gembira kerana dirimu dijemput sebagai tetamu Allah, sahabat. Dia juga merupakan baking queen. Tidak sesisa saya berdikir (meminjam frasanya) dan akhirnya puas hati dapat menjamah kek sarang lebah yang begitu enak sekali. Terima kasih Cik Jem di atas persahabatan ini. Semoga Allah merahmati :)
0 Comments
Meski sering makan-makan bersama staf UKMShape, namun acara khas yang dirancang sebegini jarang-jarang berlaku. Alhamdulillah meski dalam keadaan penuh kesederhanaan, acara ini mengukuhkan lagi ukhuwwah antara semua.
Inilah wajah-wajah hero heroin saya yang menjadi tulang belakang kepada kebanyakan urusan di UKMShape. Mereka ini jugalah yang sama-sama telah memerah tenaga secara 'terkejut-terkejut' apabila wahyu tiba-tiba turun tanpa diduga. Tahniah dan syabas buat semua rakan-rakan saya di UKMShape yang telah berjaya menyiapkan kertas kerta Pewujudan Kampus Satelit di Johor dan akhirnya diterima pihak menteri kita YBM Dato Seri Noraini Ahmad. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, dan mudah-mudahan kerja yang ikhlas ini diberi ganjaran kebaikan. Mohon dijauhkan kita semua daripada sifat mazmumah dalam pekerjaan ameen ... These are among the staffs, whom I consider as my colleagues from UKMShape. Muda-muda semua. Teruskan komitmen terhadap tugas dan amanah yang diberi. Mudah-mudahan Allah memelihara kita semua agar kekal di bawah lembayung rahmat dan redha-Nya jua :)
Kepulangannya dari Warwick sememangnya saya tunggu justeru Dr. Hazrati merupakan junior saya dalam bidang yang sama - Edutech. Banyak yang kami kongsi dan lalui bersama di sepanjang tahun-tahun yang sudah.
Terkini, beliau dilantik sebagai Penyelaras Program Teknologi Pendidikan untuk penawaran secara ODL dan beliau telah menyerlahkan kemahiran serta gerakerja yang efisyen - satu nilai yang amat perlu sebagai seorang penyelaras program. Syabas Haz di atas kerja keras yang diberikan! Banyak perancangan yang hendak dilaksanakan untuk modul kami namun kerana keahlian dalam modul ini tidaklah begitu ramai yang aktif memandangkan sebahagian ahli modul yang lain juga telah ada komitmen dari segi jawatan pengurusan di luar fakulti, lalu banyak juga perkara yang tertangguh sekian lama. Jadi kepada Haz lah tempat saya merujuk dan meminta bantuan. Haz, didoakan Haz terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di fakulti ye. Mudah-mudahan segala jasa baik Haz akan diganjari pahala berlipat kali ganda daripada-Nya jua .. InshaAllah ada ruang kira kembara lagi bersama. Tentunya kenangan di Hong Kong akan sentiasa dalam kenangan :D Salmah a.k.a mate.
Itulah sahabat saya. Sahabat dalam kembara dunia akademia, malah kembara ke benua Eropah. Pertemuan kami bukanlah sesuatu yang diduga namun tentu sekali perancangan Allah itulah yang sebaiknya. Pertama kali kami bersua adalah pada tahun 2008 di sesi block Research Methods bersama Dr. Peter Gates di Chulan Tower - city campus untuk pelajar-pelajar Doktor Falsafah dari University of Nottingham berkampung sebelum meneruskan aktiviti penyelidikan bersama penyelia masing-masing. Dari kelas hingga ke makan tengahari, malah membawa kepada minum petang di KL Sentral. Acara kebersamaan ini cukup untuk saya mengerti betapa secocoknya kami! Dalam santai berbual, pelbagai cerita lama dikongsi. Begitulah chemistry yang wujud antara dia dan saya begitu membuai rasa. Keakraban semakin terjalin tatkala masing-masing mengambil keputusan untuk pergi sendiri-sendiri tanpa keluarga ke bumi Nottingham. Lalu bermulalah episod sebagai housemate - dan itulah yang membawa kepada gelaran 'mate' antara kami sehingga kini. Banyak ceritera yang kami kongsi. Ada suka ada duka. Rencamnya pelbagai. Terlalu banyak memori yang dicipta bersama untuk dikenang. Alhamdulillah setelah lebih sepuluh tahun bersahabat ukhuwwah tetap terjalin. Kebetulan dia turun ke KL untuk urusan kemasukan anaknya Dina ke UPM lalu peluang ini tidak dapat dilepaskan. Saya terus mencarinya di Conezion lalu memandunya ke IOI untuk acara makan malam meskipun perut ketika itu belum terasa lapar. Duduk-duduk selama beberapa jam sambil mengupas pelbagai isu itu ini, begitu begini, tidak terasa masa yang terlalu pantas beredar. Tau-tau malam sudah larut lalu kami terpaksa berpisah. Mate, Terima kasih di atas persahabatan yang dihulurkan. Tidak lupa di atas ihsanmu yang sudi mendengar setiap ocehanku dari dulu hingga kini! Banyak rahsiaku dalam poketmu mate! Semoga Allah memelihara persahabatan ini selagi hayat dikandung badan. Mudah-mudahan akan ada laig pertemuan antara kita. Di saat itu, aku berharap agar aku kelihatan lebih dewasa dan berwibawa di matamu :D Persahabatan kami bertaut sudah agak lama di bawah bumbung fakulti tentunya. Inilah geng jiwa lara yang sama-sama menyusur jalan berliku dalam perjalanan semasa masing-masing dalam tempoh cuti belajar untuk pengajian PhD.
Aida dan Faridah. Kami juga pernah menjadi penghuni blok bangunan Keris Mas. Acara bowling, makan siang, makan petang malah aktiviti ke panggung wayang menjadi sulaman kebahagiaan meski otak ketika itu sarat dengan tesis, tesis dan tesis. Begitulah. PhD itu perjalanan yang panjang dan sunyi namun jangan sesekali bergerak sendiri. Never walk alone, kata tokwan saya. Silaturahim itu tetap terpatri. Meski masa dan jarak membatasi. Tahu tahu salah seorang ingin pergi. Lalu pertemuan diatur secara adhoc. Banyak cerita yang tersimpan dibuka lembar demi lembar. Tidak sedar masa berputar, terasa baru setengah jam bertamu di situ. Rupanya sidah hampir 3 jam mendodoi kisah dan ceritera. Selamat berhijrah sahabatku Faridah. Semoga hijrahmu membawa ke satu dimensi yang lebih berwarna-warni. Kami mendoakan kebahagiaanmu di tempat baharu. Janji di akhir sesi. Pertemuan ini perlu diulang meski bukan selalu. Cukuplah untuk memupuk silaturahim agar tidak kering dan hancur ditelan waktu. Selamat meneruskan perjalanan. Juga buat sahabatku Aida. Best betul mendengar suara merdumu di corong radio! ^___^ Memang.
Kami kaki sushi. Jika mahukan makanan Jepun, dia (Dr Azlin) akan saya cari hehe.. Sayangnya gambar-gambar di restoran Jepun lain yang pernah kami jejaki tiada dalam simpanan - atau dengan erti kata lain - tiada rakamanpun! Gambar ini diambil ketika kami mengisi perut di Miyagi sambil rancak bercerita hal itu dan ini .. dan yang pasti penuh dengan pengajaran dan pembangunan profesional - bukan membawang ye :D Mungkin bukan semua orang menggemari makanan Jepun. Rata-rata yang menolak makanan Jepun seperti sushi mempunyai alasan yang tersendiri. Antara sebab utama mereka tidak menggemari sushi dan rakan-rakannya adalah kerana merasakan bahawa ianya sesuatu yang mentah dan hanyir. Oh oh .. jangan cepat melatah. Cubalah dahulu baru anda tahu enaknya makanan Jepun ini! Saya kongsikan sedikit maklumat berguna tentang khasiat sushi. Selain ia mengandungi kandungan mineral dan vitamin, sushi juga dikatakan dapat membekalkan asid omega, vitamin B, sebatian mineral dalam bentuk fosforus dan magnesium. Mana tidaknya, komponen utama dalam hidangan sushi adalah ikan misalnya tuna atau salmon. Sushi juga merupakan hidangan yang rendah kolesterol. Jadi bagi mereka yang mempunyai masalah kolesterol tinggi di dalam darah boleh mencuba sebagai alternatif hidangan. Namun jagan pula sushi diambil setiap hari. Setiap apapun, jika diambil berlebihan tentu akan membawa ketidakseimbangan pula kepada sistem tubuh badan :) 2005 merupakan tahun di mana saya mula bertugas di Fakulti Pendidikan UKM setelah beberapa tahun bertugas di lapangan industri pendidikan. Bermula detik itu, saya melebarkan circle persahabatan bersama-sama pensyarah di fakulti dan tentunya oleh kerana saya merupakan tenaga pengajar yang baharu, maka sayalah antara yang termuda antara kesemua kakak-kakak yang ada.
Gambar di atas dirakam selepas acara Konvokesyen 2021 di DECTAR ketika makan tengahari. Dari kiri - Dr Khadijah aka Kak Kathy, Fariza aka saya :D, Dr Norshidah akak Kak Shidah, Prof Ruhizan aka Prof Ruhi, PM Dr Manisah aka kak Manih, dan PM Dr Azlin aka Kak Lin. Momen ini sengaja disimpan di sini kerana sewaktu menikmati hindangan nasi ayam yang tidak seberapa rasanya itu, kami membilang ahli yang bakal bergelar YB. Ternyata, hal itu membekas di jiwa. Tentunya sedih untuk melepaskan pemergian sahabat-sahabat saya yang banyak memberi kekuatan di waktu jatuh dan bangun ... Dalam tempoh dua tahun kurang lebih, kami bakal ditinggalkan oleh Dr Shidah, Dr Manih dan Dr Azlin :( Hilanglah geng makan tengahari dan teman berduka lara. Namun yang tinggal harus meneruskan kehidupan .. begitulah kitaran hidup kita yang bermula pasti berakhir .. namun begitu di saat catatan ini dibuat, ketika jemari mencatuk aksara hati ini dibalut rasa pilu membungkam. Indahnya persahabatan, ukhuwwah yang dibina namun perpisahan bukanlah satu titik pemisah yang mutlak. Namun selagi ada nyawa dan kudrat, selagi kukuhnya ingatan dan ikatan kami akan tetap bertemu lagi :) Despite a hectic schedule throughout the week, we finally managed to spend a few hours shooting our center's corporate video.
This is not my first time working on a corporate video. I have done it a few times before, particularly for my faculty and school. And working with the Creative Content team is not my first time either. We had collaborated on MOOC projects and other multimedia projects since years. When I was appointed to coordinate our Open & Distance Learning (ODL) program for the university, I was fear of not having sufficient support, especially for graphic and video development in our ODL unit. I was worried that designers who will be part of our team would not deliver the tasks as expected. What more if they are new staffs hired by our center. But Allah is The Most Beneficent, the Most Merciful. He answered my prayer instantly. Alhamdulillah, who might expect that these three awesome guys are sent to our unit when we least expect it. They are skilled and proficient designers, have a handful of experience and outstanding portfolios. This is what I believe to be a 'rahmah' and 'saadah' from Him. Anyway, it has been around six months since I joined the center. During the period, there is not a day left without me thinking about ODL. Since my first day at PKP, I tried to grasp the university's expectations and diligently think about the best way to make the initiative a reality. Of course, I am not doing this alone. And even if I did, I am quite sure that everything will never be as good as we have so far today. And for that, I am enormously thankful for having such great partners at PKP who had assiduously help me out and always be there to assist me in whatever matters it takes. Words alone will never be adequate to express my gratitude and appreciation for their kindness. Terima kasih banyak Dr. Faidzul and Dr. Zainol for being there all this while and for many more provisions of help in the future. Thanks for being part of our ODL think-tank group (but yes, sometimes during the discussions we became 'ting tong' as well!) Oh, oh .. there are many more things in the pipeline for our ODL program. I don't have the courage to tell you all the matters, still. InshaAllah .. later, when everything is settled and in place .. there will be chapters of stories I shall tell. Alhamdulillah... I take it as a 'rezeki' to have a chance to meet these wonderful ladies on Saturday afternoon! Alas, it was so unfortunate that Dr. Jid wasn't able to join the group! I couldn't imagine if the four of us met up that day - then the discussion would have been a complete one.
It's been ages since we last met face to face. It was a refreshing session - we shared all sorts of stories - from formal and academic topics to personal and life tales. Not 'membawang' hokey! Rose said - we should have this kind of catch-up more often. Yes, I do agree. Dr. Wan valued the session as mental therapy. Of course! Some may wonder how did we get to know each other. Dr. Wan is currently the Director of Academic Excellence at the Ministry of Higher Education (but still attached to UPM), while Dr. Rose is currently teaching at the Kulliyyah of Education IIUM in Gombak. Dr. Azidah is the Deputy Director of the Centre for Development and Academic Excellence USM. I first met Dr. Azidah at AKEPT somewhere in 2015. We both attended the 4th Scholarship in Teaching and Learning (SoTL) Symposium. My friendship with Dr. Wan started when I attended her talk at UKM. Not long after, we met again at Anugerah Pemikiran dan Rekabentuk Semula Pendidikan Tinggi as contestants in 2017. While for Dr. Rose - I first saw her during our FRGS grant meeting in IIUM somewhere in 2017. All four of us - we started as formal acquaintances, but through regular meetings, we bonded well. We even have a Whatsapp Group that uses a daring and havoc name (sorry, no disclosure allowed, hehe). True enough, friendship has no boundaries. As long as we share something in common, then it will remain the relationship. Keep up, ladies. I know you are busy, prominent figures to the public. May Allah grant us the strength to carry out our duty as the Khalifah Allah. Till we meet again! Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha!
Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! #friendshipremainsandnevercanend Benarlah kata orang .. kita sebenarnya bukan dipisahkan oleh jarak tetapi sering terpisah kerana waktu .. Begitu lama, ya .. tersangat lama kisah yang pernah kami pahatkan di kampus Lembah Pantai. Kami terpisah berpuluh tahun lamanya namun waktu juga yang mengizinkan pada kali ini, akhirnya dapat bersua muka. Sahabat lama saya, anak jati Sarawak, yang kini bertugas di PPD Mukah dan pernah bergelar Pengetua sekolah di daerah Daro Sarawak. Hebat orangnya. Besar auranya. Norhayati Sulaiman. Begitu nama beliau. Kedatangan saya ke Mukah tanpa sebarang agenda sampingan melainkan untuk mengendalikan bengkel; lalu tidak pernah terlintas akan bertemu dengannya lantaran saya sendiri lupa ada teman di Mukah. Secara rambang saya melontarkan maklumat ke group Telegram UM kami bertanyakan jika ada sesiapa di sana. Terus beliau membalas. Selang beberapa hari, saya dihubunginya untuk berjanjitemu. Alhamdulillah, perjalanan 2 jam dari Bintulu ke Mukah menaiki kereta Politeknik Mukah yang menjemput saya ke sana tidak terasa meskipun permukaan bumi tidak begitu rata. Setibanya di hotel tempat penginapan, dia datang menjemput saya untuk makan malam. Namun agenda utama tentulah untuk bersembang panjang! Hampir lupa dunia sekeliling apabila kami ralit membilang nama sahabat-sahabat satu persatu. Duh, memang asyik sekali. Di hujung bicara, banyak juga muhasabah yang dibincangkan - tentang hidup dan tanggungjawab, tentang usia dan kematian. Terima kasih K.Yati atas kenangan indah di bumi Mukah :) Semoga panjang umur ketemu lagi! Mungkin kerana telah ditetapkan rezeki saya untuk menyelidik hal ini, justeru permohonan geran FRGS saya berjalan lancar dan diluluskan setelah mencubanya buat pertama kali. Alhamdulillah thummalhamdulillah! Idea untuk menjalankan kajian tentang kesedaran siber ini muncul setelah saya mendengar ceramah daripada Brother Aaron yang ketika itu masih bertugas di Cyber Security Malaysia. Beliau dijemput ke UKM untuk memperkatakan tentang bahaya siber serta risikonya andai pengguna tidak tahu mekasnisme pertahanan diri. Sudah ramai menjadi mangsa. Tidak sedikit pula yang dipersia. Semua itu membuatkan saya mula celik mata. Betapa membarahkah keadaan ini? Sejauh mana ketagihankah anak remaja kita kepada media sosial serta komunikasi dalam talian? Tidak adakah mekanisme pertahanan diri? Apakah mereka akan merujuk ibu bapa, guru atau teman kiranya sesuautu kejadian tidak diingini menimpa diri? Itu antara perkara yang melingkari pemikiran saya kala menulis proposal kajian. Lalu apabila permohonan saya diluluskan, dan mendapat remark daripada penilai bahawa ini kajian yang sangat kontemporari dan diperlukan dalam keadaan semasa, saya menghela nafas lega. Namun cemas pula apabila memikirkan ini satu tugas yang berat dan panjang yang harus dipikul sebaiknya. Alhamdulillah, setelah proses pembangunan item dilaksanakan beserta pilot test yang menghasilkan Alpha Cronbach yang memuaskan, penyelidikan saya kini melangkah setapak lagi - iaitu pengutipan data sebenar. Negeri pertama tempat saya singgah adalah Sarawak Bumi Kenyalang. Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat sahabat rapat saya Dr. Salmah yang telah sudi meluangkan masa dan tenaga untuk sama-sama mengharungi dua hari penuh makna itu. Saya membawa pulang lebih 200 soal selidik yang lengkap ditanda (berkilo-kilo beratnya!). Orang Sarawak memang hebat lagi penyantun. Hospitalitynya tip top. Di kesempatan ini juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pengetua di dua buah sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk saya meluangkan masa bersama para pelajar. Jamuan makan tengahari yang enak pasti juga tidak dilupakan! Malah di salah sebuah sekolah yang kami lawati, menyediakan ruang masa yang begitu panjang sehingga sempat pula saya dan Dr Salmah menjalankan sesi ceramah tentang Kesedaran Siber. Semoga anak-anak yang bersama dalam sesi tersebut mendapat sedikit sebanyak maklumat tentang bahaya yang menunggu dalam talian kiranya tiada waspada. Di sebelah petang hari pertama juga sempat singgah ke UNIMAS untuk perkongsian kecil tentang CONDUCTING RESEARCH AND SYSTEMATIC DATA ANALYSIS IN CASE STUDY
Warga UNIMAS juga begitu peramah menjadikan saya lebih selesa bergurau senda. Oh oh -- tidak ketinggalan ketemu pula dengan senior di UM dahulu - Pn Samsiah Jayos. Tidak dilupakan perkenalan penuh makna bersama Pn Nora .. sehingga terjebak saya dengan satu jenis obsesi hehe (rahsia). Salmah sahabatku Susuk yang kukenali di zaman bergelar pelajar PhD. Ternyata persahabatan ini masih terpatri dengan kukuh. Banyak susur galur hidup kita lalui bersama mate, dan semua itu kukenang dalam sangkar memori jua. Mate, masih banyak perkara yang hendak kita lakukan. Mohon titiskan doamu dari kejauhan. Mudah-mudahan segala perancangan dapat dilunaskan dengan redha Ilahi jua. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA MATE! Secebis kenangan di Nottingham dan Paris ^___^ Begitu lama, sungguh lama. Terpisah pula oleh jarak dan masa. Namun yang jauh itu masih dalam ingatan jua. Syukur jua dengan kesempatan yang diberi. Pemergian saya ke Kuching adalah atas tuntutan penyelidikan namun masa yang terluang tidak disia-siakan. Terima kasih Kak Bib dan Kak Edot yang sudi meluangkan masa untuk menemani saya makan lewat petang di Matang tadi. Kedua-duanya rakan sekuliah sewaktu di Universiti Malaya dahulu. Alangkah pantasnya masa meninggalkan kita .. tidak terasa bahawa zaman ijazah pertama telah terlalu lama dilewati. Dalam usia sebegini, banyak perkara yang menjadi kenangan. Perjalanan hidup dalam tahun-tahun yang panjang membina satu kefahaman tentang makna hidup yang tidak selalunya cerah. Namun, kerana rencah dan rasa yang pebagai itulah telah membentuk landskap warna-warni kehidupan. Penuh suka dan hiba. Sarat rasa yang berselirat. Hanya pergantungan kepadaNya jua menjadi penawar dan kapsul yang membekalkan tenaga buat jiwa. Mudah-mudahan sahaja silaturahim ini terus kukuh dan padu. SM Teknik Kuala Lumpur - antara premis kerja yang sentiasa dekat di hati, ampuh dalam ingatan. Bukan hanya kerana persahabatan yang indah bersama rakan-rakan setugas, malah hubungan harmoni bersama pelajar tentu sekali menjadi penyebab kenapa SMTKL tempatnya begitu dekat dengan jiwa. Paling utama, di sinilah saya membentuk profesionalisme diri sebagai seorang pendidik sejati. Budaya kerja di sini begitu asing buat saya pada mulanya. Namun semakin lama, semakin banyak cara pemikiran dan kerja yang saya serap dengan bimbingan rakan-rakan senior. Pulang jam 6 petang bukanlah perkara pelik sewaktu kami bertugas di sini. Tiada istilah 'berkira' dengan jam kerja. Yang menjadi keutamaan adalah kepuasan diri dengan apa yang dicurahkan buat sekolah, anak didik pastinya. Di sini juga saya mempunyai ramai 'suri teladan' - Datin Hjh Jaminah Hj Hashim antaranya yang begitu memberi inspirasi dari sudut kekemasan kerja, disiplin serta kepimpinan. Datin Sharifah Asmah selaku Ketua Bidang, Datin Siti Hajar dan Puan Khatmi selaku ketua panitia, antara yang memberi banyak kesan kepada cara saya melihat diri saya sebagai seorang guru. Tidak dilupakan Kak Haslawati, Kak Roy yang sama-sama menjadi ahli panitia yang banyak memberi contoh yang begitu positif buat saya. Terima kasih semuanya - rakan-rakan yang tidak tersebut namanya di sini. Empat tahun di sini merupakan satu tempoh yang singkat namun begitu membekas di hati. Dan apabila Cikgu Yati Sidek menghubungi saya untuk bersama-sama menyertai pertemuan semula bekas-bekas guru SMTKL pada Syawal nan lalu saya tidak berfikir dua kali dan terus mengatakan "YES". Kenangan indah ini kusimpan jua. Terima kasih atas persahabatan dan nilai murni yang menjadi nadi dalam silaturhim kita :) |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |