Yang tidak mengenalinya akan menganggap dia seorang yang garang dan sukar didekati. Namun bila sudah mengenali, ternyata wanita ini tidak seperti yang difikirkan.
Acara santap bersama sudah banyak kali dirancang namun seringkali tertunda-tunda kerana pelbagai sebab (yang logik dan tak logik semua ada hahaha!). Pertemuan ini tidak lama sebelum dia terbang mengerjakan umrah di tanah suci. Tumpang gembira kerana dirimu dijemput sebagai tetamu Allah, sahabat. Dia juga merupakan baking queen. Tidak sesisa saya berdikir (meminjam frasanya) dan akhirnya puas hati dapat menjamah kek sarang lebah yang begitu enak sekali. Terima kasih Cik Jem di atas persahabatan ini. Semoga Allah merahmati :)
0 Comments
Meski sering makan-makan bersama staf UKMShape, namun acara khas yang dirancang sebegini jarang-jarang berlaku. Alhamdulillah meski dalam keadaan penuh kesederhanaan, acara ini mengukuhkan lagi ukhuwwah antara semua.
Inilah wajah-wajah hero heroin saya yang menjadi tulang belakang kepada kebanyakan urusan di UKMShape. Mereka ini jugalah yang sama-sama telah memerah tenaga secara 'terkejut-terkejut' apabila wahyu tiba-tiba turun tanpa diduga. Tahniah dan syabas buat semua rakan-rakan saya di UKMShape yang telah berjaya menyiapkan kertas kerta Pewujudan Kampus Satelit di Johor dan akhirnya diterima pihak menteri kita YBM Dato Seri Noraini Ahmad. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, dan mudah-mudahan kerja yang ikhlas ini diberi ganjaran kebaikan. Mohon dijauhkan kita semua daripada sifat mazmumah dalam pekerjaan ameen ... Kepulangannya dari Warwick sememangnya saya tunggu justeru Dr. Hazrati merupakan junior saya dalam bidang yang sama - Edutech. Banyak yang kami kongsi dan lalui bersama di sepanjang tahun-tahun yang sudah.
Terkini, beliau dilantik sebagai Penyelaras Program Teknologi Pendidikan untuk penawaran secara ODL dan beliau telah menyerlahkan kemahiran serta gerakerja yang efisyen - satu nilai yang amat perlu sebagai seorang penyelaras program. Syabas Haz di atas kerja keras yang diberikan! Banyak perancangan yang hendak dilaksanakan untuk modul kami namun kerana keahlian dalam modul ini tidaklah begitu ramai yang aktif memandangkan sebahagian ahli modul yang lain juga telah ada komitmen dari segi jawatan pengurusan di luar fakulti, lalu banyak juga perkara yang tertangguh sekian lama. Jadi kepada Haz lah tempat saya merujuk dan meminta bantuan. Haz, didoakan Haz terus cemerlang dan dipermudahkan segala urusan di fakulti ye. Mudah-mudahan segala jasa baik Haz akan diganjari pahala berlipat kali ganda daripada-Nya jua .. InshaAllah ada ruang kira kembara lagi bersama. Tentunya kenangan di Hong Kong akan sentiasa dalam kenangan :D Kisah semalam. Dijemput ke Pengajaran UKM oleh orang kuatnya cik Jamilah a.k.a Cik Jem. Turut memeriahkan perbincangan adalah PM Dr Roziah - Pengarah PJK, Timbalan Pengarah Pembangunan Kurikulum yang baharu - PM Dr Zulkefli, Dr Laili dari GSB dan Pn Yanti, Project Manager untuk ODL UKM. Ada beberapa perkara yang diperhalusi dan cuba dihadam. Meski ada kesangsian tentang penggunaan istilah Semakan Kurikulum untuk program ODL (yang sepatutnya mengikut MQA adalah dianggap program baharu) kami sepakat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik. Seperti biasa bila group ini berkumpul, hal-hal lain lebih banyak daripada agenda utama! Namun slot petang semalam bagi saya adalah satu sesi yang bermakna buat semua PTj terlibat - UKMShape, Pengajaran UKM dan Pusat Jaminan Kualiti UKM. Alhamdulillah terima kasih semua, semoga apa yang kita kerjakan sebagai satu amanah diganjari dengan kebaikan dan redha-Nya jua. Salmah a.k.a mate.
Itulah sahabat saya. Sahabat dalam kembara dunia akademia, malah kembara ke benua Eropah. Pertemuan kami bukanlah sesuatu yang diduga namun tentu sekali perancangan Allah itulah yang sebaiknya. Pertama kali kami bersua adalah pada tahun 2008 di sesi block Research Methods bersama Dr. Peter Gates di Chulan Tower - city campus untuk pelajar-pelajar Doktor Falsafah dari University of Nottingham berkampung sebelum meneruskan aktiviti penyelidikan bersama penyelia masing-masing. Dari kelas hingga ke makan tengahari, malah membawa kepada minum petang di KL Sentral. Acara kebersamaan ini cukup untuk saya mengerti betapa secocoknya kami! Dalam santai berbual, pelbagai cerita lama dikongsi. Begitulah chemistry yang wujud antara dia dan saya begitu membuai rasa. Keakraban semakin terjalin tatkala masing-masing mengambil keputusan untuk pergi sendiri-sendiri tanpa keluarga ke bumi Nottingham. Lalu bermulalah episod sebagai housemate - dan itulah yang membawa kepada gelaran 'mate' antara kami sehingga kini. Banyak ceritera yang kami kongsi. Ada suka ada duka. Rencamnya pelbagai. Terlalu banyak memori yang dicipta bersama untuk dikenang. Alhamdulillah setelah lebih sepuluh tahun bersahabat ukhuwwah tetap terjalin. Kebetulan dia turun ke KL untuk urusan kemasukan anaknya Dina ke UPM lalu peluang ini tidak dapat dilepaskan. Saya terus mencarinya di Conezion lalu memandunya ke IOI untuk acara makan malam meskipun perut ketika itu belum terasa lapar. Duduk-duduk selama beberapa jam sambil mengupas pelbagai isu itu ini, begitu begini, tidak terasa masa yang terlalu pantas beredar. Tau-tau malam sudah larut lalu kami terpaksa berpisah. Mate, Terima kasih di atas persahabatan yang dihulurkan. Tidak lupa di atas ihsanmu yang sudi mendengar setiap ocehanku dari dulu hingga kini! Banyak rahsiaku dalam poketmu mate! Semoga Allah memelihara persahabatan ini selagi hayat dikandung badan. Mudah-mudahan akan ada laig pertemuan antara kita. Di saat itu, aku berharap agar aku kelihatan lebih dewasa dan berwibawa di matamu :D Sungguh.
Hari ini minda agak kepenatan justeru sekian banyak perkara yang datang menuntut pemikiran serta tindakan. Rutin di pusat ini, setiap hari berhadapan dengan perkara yang memerlukan keputusan segera, malah tidak kurang yang menuntut siri perbincangan di sana sini. Kala mentari sudah agak condong ke barat, saya didatangi staf yang membawa sejambangan bunga putih dan beg kertas. Satu kejutan singgah di bilik. Bila diteliti, oh daripada IPG Ilmu Khas KL rupanya. Ingatan manis sempena ucaptama yang pernah saya sampaikan bersempena Seminar Penyelidikan Tindakan Kebangsaan 2021 yang berlangsung pada Disember nan lepas. Terima kasih. Saya tahu ini kerja Dr Hairul, orang kuat di sebalik TINDAK2021 yang juga merupakan bekas pelajar PhD saya yang begitu berdedikasi. Di sepanjang pengajian beliau telah menerbitkan enam makalah di jurnal-jurnal terindeks, serta memenangi tidak kurang dari tujuh anugerah penyelidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; sekaligus mengesahkan kredibiliti beliau sebagai penyelidik dan pakar Kajian Tindakan tentunya! Syabas Dr Hairul! Proud of you! <3 2005 merupakan tahun di mana saya mula bertugas di Fakulti Pendidikan UKM setelah beberapa tahun bertugas di lapangan industri pendidikan. Bermula detik itu, saya melebarkan circle persahabatan bersama-sama pensyarah di fakulti dan tentunya oleh kerana saya merupakan tenaga pengajar yang baharu, maka sayalah antara yang termuda antara kesemua kakak-kakak yang ada.
Gambar di atas dirakam selepas acara Konvokesyen 2021 di DECTAR ketika makan tengahari. Dari kiri - Dr Khadijah aka Kak Kathy, Fariza aka saya :D, Dr Norshidah akak Kak Shidah, Prof Ruhizan aka Prof Ruhi, PM Dr Manisah aka kak Manih, dan PM Dr Azlin aka Kak Lin. Momen ini sengaja disimpan di sini kerana sewaktu menikmati hindangan nasi ayam yang tidak seberapa rasanya itu, kami membilang ahli yang bakal bergelar YB. Ternyata, hal itu membekas di jiwa. Tentunya sedih untuk melepaskan pemergian sahabat-sahabat saya yang banyak memberi kekuatan di waktu jatuh dan bangun ... Dalam tempoh dua tahun kurang lebih, kami bakal ditinggalkan oleh Dr Shidah, Dr Manih dan Dr Azlin :( Hilanglah geng makan tengahari dan teman berduka lara. Namun yang tinggal harus meneruskan kehidupan .. begitulah kitaran hidup kita yang bermula pasti berakhir .. namun begitu di saat catatan ini dibuat, ketika jemari mencatuk aksara hati ini dibalut rasa pilu membungkam. Indahnya persahabatan, ukhuwwah yang dibina namun perpisahan bukanlah satu titik pemisah yang mutlak. Namun selagi ada nyawa dan kudrat, selagi kukuhnya ingatan dan ikatan kami akan tetap bertemu lagi :) Alhamdulillah di atas ruang masa yang diberikan meski rutin kerja harian begitu menuntut komitmen yang tinggi serta surat jemputan yang hadir dalam tempoh masa yang agak singkat.
Pertama kali bersama rakan-rakan daripada KUIS tidak sedikitpun menimbulkan rasa kekok untuk berbual mesra. Dr Md Nor, Dekan Fakulti Pengajian Peradaban Islam selaku tuan rumah menyambut ketibaan saya secara maya dengan sembangbual yang rancak sehingga terlupa seketika saya bahawa saya adalah tetamu. Dalam sesi ini, saya berkongsi tentang keseluruhan fasa dalam penyelidikan dari perspektif penyelidik - pensyarah atau pelajar. Ada di antara fasa-fasa tersebut yang memerlukan komitmen masa serta kemahiran tertentu. Dengan kewujudan teknologi dalam talian, sudah tentu akan dapat mengoptimumkan proses penyelidikan misalnya pengumpulan data, sintesis literatur dan malah, aspek pengurusan penyelidikan khususnya apabila ia melibatkan sekumpulan penyelidik. Saya sendiri telah bertahun-tahun menggunakan aplikasi Trello untuk tujuan pengurusan projek, malah untuk tujuan penyeliaan tesis dan pengajaran & pembelaajran bersama pelajar-pelajar eksekutif. Lalu saya kira tidak salah untuk saya mengongsikan kebaikan dan faedah aplikasi ini dalam membantu penyelidik menguruskan projek kajian mereka. Saya turut menyentuh tentang bagaimana Wakelet juga boleh digunakan untuk mengumpulkan segala bahan rujukan dan pembacaan dengan cara yang mudah dan efisyen. Semoga perkongsian kecil ini memberi makna dan contoh best practice buat semua. Jazakumullah khairan kathira! Pecutan 10 Terakhir Ramadhan. Begitulah kupasan tazkirah pada pagi tadi sebagai makanan rohani buat semua. Disampaikan oleh Da'i Hadhari, seorang penceramah muda yang energetik dan tidak kurang lawaknya menyebabkan audiens tidak kering gusi.
Antara inti utama yang menjadi peringatan buat semua - tiga perkara yang seringkali menyebabkan umat Islam rugi apabila menjelangnya Ramadhan: a) Kurangnya bersedekah b) Tidak melaksanakan solat sunat 2 rakaat c) TIdak membaca Al-Quran Satu peringatan penting yang membuatkan diri bermuhasabah. Terima kasih Da'i Hadhari di atas perkongsian ilmu tersebut. Syabas pihak PKP di atas inisiatif untuk majlis ilmu yang bermakna ini. Barakamullah ... Alhamdulillah, our ODL team managed to conduct another workshop to facilitate the module writing process to all subject matter experts from the Faculty of Education. This time around, we had a chance to have a face-to-face session at Bangi Resort Hotel. It was unfortunate that I had flu a day before the date :( I decided not to attend the workshop, as I know my presence might create an unease atmosphere for the attendees. Adhere to the SOP first, peeps! Time flies so fast, and I know that it is not easy to complete the module writing within a short period. For that, I admire the commitment shown by all the module writers; despite a hectic schedule - classes, supervision, plus research activities - they dedicated their precious and valuable time to sit down for a whole day to continue with the writing process. Bravo to our Program Manager -Yanti, and our instructional designer - Sheril, for your diligence and enthusiasm throughout the day! Let's have Japanese cuisine together after the Raya! Despite a hectic schedule throughout the week, we finally managed to spend a few hours shooting our center's corporate video.
This is not my first time working on a corporate video. I have done it a few times before, particularly for my faculty and school. And working with the Creative Content team is not my first time either. We had collaborated on MOOC projects and other multimedia projects since years. When I was appointed to coordinate our Open & Distance Learning (ODL) program for the university, I was fear of not having sufficient support, especially for graphic and video development in our ODL unit. I was worried that designers who will be part of our team would not deliver the tasks as expected. What more if they are new staffs hired by our center. But Allah is The Most Beneficent, the Most Merciful. He answered my prayer instantly. Alhamdulillah, who might expect that these three awesome guys are sent to our unit when we least expect it. They are skilled and proficient designers, have a handful of experience and outstanding portfolios. This is what I believe to be a 'rahmah' and 'saadah' from Him. Anyway, it has been around six months since I joined the center. During the period, there is not a day left without me thinking about ODL. Since my first day at PKP, I tried to grasp the university's expectations and diligently think about the best way to make the initiative a reality. Of course, I am not doing this alone. And even if I did, I am quite sure that everything will never be as good as we have so far today. And for that, I am enormously thankful for having such great partners at PKP who had assiduously help me out and always be there to assist me in whatever matters it takes. Words alone will never be adequate to express my gratitude and appreciation for their kindness. Terima kasih banyak Dr. Faidzul and Dr. Zainol for being there all this while and for many more provisions of help in the future. Thanks for being part of our ODL think-tank group (but yes, sometimes during the discussions we became 'ting tong' as well!) Oh, oh .. there are many more things in the pipeline for our ODL program. I don't have the courage to tell you all the matters, still. InshaAllah .. later, when everything is settled and in place .. there will be chapters of stories I shall tell. Agak lama tidak mengendalikan bengkel latihan, sementelah dalam keadaan negara masih berjaga-jaga dengan wabak Covid 19. Apapun, perihal kerja sendiri juga banyak membataskan keaktifan dalam sesi perkongsian akademik bersama rakan-rakan di luar sana.
Namun alhamdulillah, semalam dan hari ini berkesempatan meluangkan masa untuk berbincang tentang Scholarship of Teaching and Learning bersama rakan-rakan pensyarah dari Fakulti Perubatan UKM. Terima kasih di atas perhatian dan komitmen disepanjang 2 hari bengkel berlangsung. Slot saya - berbincang tentang bagaimana mengendalikan SoTL dalam konteks P&P menggunakan kerangka model ADDIE serta bagaimana menggarap keperluan dari sudtu teori pembelajaran, pendekatan pembelajaran, metodologi serta pelaksanaan penilaian untuk disesuaikan dengan keperluan P&P dan dalam masa yang sama mengendalikan satu kajian empirikal. Usai sesi perkongsian, kami dipecahkan pula kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membantu penyediaan proposal kajian. Saya dan Dr Azlina bertanggungjawab membantu kajian yang berhasrat membangunkan satu Virtual Clerkship untuk pelajar-pelajar Farmasi. Banyak input yang diberi, serta cadangan bagi membolehkan proposal lengkap dapat dihasilkan dan selari dengan perspektif pendidikan. All the best semua .. hope to see a complete proposal on the 22nd! Sekalung budi buat Fakulti Perubatan di atas jemputan ini. Tidak dilupakan Prof Lilia dan Prof Kamisah yang telah menjemput saya menjadi sebahagian daripada ahli pasukan :) Semoga ada manfaat daripada keseluruhan pembentangan dan perkongsian yang telah diberikan. Allahul musta'an .. ! #SoTL #training #medicukm #fpendukm Saya dihubungi oleh sorang pelajar dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat dan beliau menyatakan hasrat untuk menemubual bagi tujuan penghasilan tugasan berkumpulan bagi tajuk Tokoh UKM untuk kursus Citra (Fotografi). Tidaklah selayaknya saya digelar tokoh, memandangkan pengalaman dan sumbangan yang ada tidaklah seberapa namun kerana menghormati permintaan pelajar, saya bersetuju untuk ditemubual secara ringkas.
Kumpulan ini merupakan gabungan para pelajar daripada fakulti yang berbeza - Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Fakulti Pendidikan, serta Fakulti Sains dan Teknologi. Setiap mereka bertanyakan soalan bagi bahagian masing-masing - Claudia, Pek Yun, Kang Hoa dan Anis. Ringkas tak ringkas, hampir 1 jam juga bercerita itu ini. Tidak lupa juga diselitkan kata-kata nasihat untuk anak-anak muda tentang keghairahan menggunakan teknologi serta tips untuk mencapai kejayaan dalam hidup. To all of you who came to me today, I wish you the best of luck! xoxo Hasrat ini seringkali tertangguh-tangguh meskipun banyak kali disebut-sebut secara lisan! Sehinggalah akhirnya saya meninggalkan bilik Ketua Program PhD, baharulah akhirnya impian menjadi nyata haha!
Alhamdulillah, dapat mengumpulkan semua orang kuat jawatankuasa siswazah FPend yang selama ini banyak menjadi tulang belakang kami dalam segala urusan berkaitan pelajar Sarjana dan PhD: Nad, Siti, Naza, Sue, Anaqhi, Zura, K.Mahani, En Nizam, K Sah dan tidak ketinggalan KJK Dr Fendi serta KP Sarjana Dr Suzi. Terima kasih banyak-banyak di atas komitmen dan sokongan kepada saya selama bertugas sebagai KP PhD malah tidak jemu mengajar saya segala perkara yang saya tidak tahu sehingga menjadi tahu :) p/s: Terima kasih juga di atas kek yang marvellous! #friendshipremainsandnevercanend Saya diamanahkan untuk membangunkan serta mengendalikan salah satu modul bagi Sijil Profesional Pengajaran Pendidikan Tinggi untuk dihadiri oleh para pensyarah baharu - Modul Rekabentuk Semula Pengalaman Pembelajaran atau nama 'catchy' nya ReLEx. Bersama-sama saya yang merupakan pembangun modul dan tenaga pengajar adalah Prof Ismail Saibon serta Dr Harwati Hashim. Esok merupakan hari terakhir untuk modul ini di mana para peserta akan membentangkan pengajaran secara mikro. Selamat maju jaya buat semua! ^___^ |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |