Tiada yang marah untuk kita bersahabat, malah Deen Islami sendiri menggalakkan kita bermahabbah meskipun melibatkan mereka yang bukan Muslim.
Jessica Gregson. Daripada hubungan profesional kepada seorang sahabat. Begitu perjalanan hubungan kami yang selama ini terpisah antara dua benua. Dia yang saya kenali ketika giat menyiapkan bab 5 kajian PhD tidak pernah terputus sehingga kini. Selama ini juga kami berurusan hanya melalui emel dan malah, saya tidak pernah sekalipun melihat wajah sebenar beliau. Pernah suatu ketika saya begitu ingin mengetahui siapa sebenarnya Jessica lalu saya mencari nama beliau di enjin pencarian Google dan yang terpacul di hadapan hasil pencarian adalah maklumat bawah seorang Jessica Gregson adalah penulis novel British. Hmm .. tetapi persoalan itu lama saya simpan. Sehinggalah awal September baru-baru ini (siaran ini tertunda sekian lama!!!) beliau menghubungi dan memberitahu hasratnya untuk ke Malaysia buat beberapa hari lalu mencadangkan agar kami bertemu empat mata. Saya mengajaknya datang ke Putrajaya lalu beliau bersetuju. Tentulah ini peluang yang tidak akan saya lepaskan. Selama inipun, tiada terlintas bahawa kami akan ditakdirkan bertemu secara fizikal! Saya cuma sesekali membayangkan jika saya berpeluang ke Glasgow, saya ingin cuba mencarinya! Dan, benarlah hasil carian Google saya - beliau penulis novel-novel itu! Oh banyak sekali perihal yang kami koingsi. Namun kata beliau, dia kasihankan saya kerana dia banyak mengetahui tentang diri saya lewat penulisan dan bahan ilmiah yang saya hasilkan tetapi saya hanya mengetahui nama dan alamatnya sahaja hahaha! Memang benar. Ianya tidak adil. Sehari bersama sahabat saya tidak terasa. Kala petang dia dihantarkan ke KLIA kerana ada janji dengan rakan dari UK yang transit sekitar 8 jam di sana. Tiada yang jauh dalam hidup ini. Sekali aku menerimamu sebagai sahabat, selamanya kau dalam hatiku.
0 Comments
Leave a Reply. |
Archives
May 2023
Categories
All
|
Connect with me:Department of Learning and Teaching Innovations Faculty of Education Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 Bangi Selangor MALAYSIA |
Site map: GE1155 Computer in Education GE2153 Educational Technology GE3404 Photography GA2123 Innovation & Technology in Teaching and Learning GB6013 Research Methods 1 GB6663 Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer GE6433 Seminar Aliran Terkini dalam Pengajaran Sumber dan Teknologi Maklumat GE6543 Teknologi Maklumat dalam Pendidikan Research Support e-Learning Support Publication Supervision Awards When My Mind Speaks Guestbook |